12 May 2017

13 MAY




Kuala Lumpur.

Sebelum berlakunya peristiwa 13 May 1969, suasana kehidupan masyarakat yang berbilang kaum pada masa itu adalah dikira baik berdasarkan jawapan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra[1] ketika disoal oleh banyak pihak tentang bagaimana beliau dapat menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia.

Tunku berpendapat bahawa, beberapa tahun yang lepas perkembangan politik dan kemajuan ekonomi adalah berjalan seimbang dengan rakyatnya hidup dengan rasa puas hati dan bahagia sahingga beliau beberapa kali menyebut iaitu beliau adalah Perdana Menteri yang paling bahagia sekali didunia ini.

Peristiwa 13hb Mei telah mengubah pendapat beliau, dimana beliau adalah Perdana Menteri yang paling mushghul[2] sekali. Tunku tidak menyangka bahawa impian untuk mencapai kejayaan telah berkecai apabila berlaku rusuhan kaum di bandar Kuala Lumpur, iaitu suatu pergaduhan dan kekacauan yang tidak pernah berlaku seumpamanya dalam sejarah negara ini.

Ujar Tunku lagi, banyak orang yang telah terperangkap di tengah-tengah kekacauan dan rusuhan yang ngeri itu, terutama mereka yang berada di panggung wayang, di kelab-kelab, di kedai-kedai makan serta di tempat-tempat hiburan lain.

Orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak dari semua kaum terpaksa mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri mereka.
Perasaan takut dan terkejut telah meresap kadalam hati sanubari seluruh peduduk negeri ini, sahingga kita masih merasa mengeletar setiap kali kita teringatkan kejadian yang dashat[3] itu. Dari segi kedudukan alam, Malayisa tidak terletak dalam lingkungan gempa bumi, tetapi 13 Mei, 1969 merupakan  satu letupan gempa masyarakat  dan politik yang amat mengerikan. - [Tunku Abdul Rahman Putra].

                      >>><<<

1-
13 May.  Setiap kali waktu melangkah menghampiri kalender tigabelas  May, pasti aku terkenang sejarah silam. Diatas, adalah sebahagian dari pandangan ikhlas Tunku Abdul Rahman Putra, yang aku kutip dari buku Sa-Belum Dan Sa-Lepas 13 Mei, tulisan beliau. Beberapa ayat dan ejaan sudah disunting bagi memudahkan pembaca memahami secara pantas, kerana buku tersebut ditulis sekitar tahun 1969 yang ayat dan ejaannya sedikit berbeza antaranya puncha, menchari, sa-imbang, semena2, ra'ayat, sa-hingga-lah, berkechai, kekachauan dan sa-umpama-nya.

Untuk mengetahui lebih lanjut akan sebab musabanya kenapa dan mengapa boleh terjadi peristiwa 13 Mei, adalah lebih baik kita toleh kebelakang sekejap. Apa kata kita bermula pada bulan Febuari 1948 dimana tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu[4]. Dalam bulan June 1948 itu juga telah berlaku dharurat[5] disebabkan percubaan Parti Komunis Malaya yang hendak menggulingkan kerajaan melalui keganasan bagi tujuan mendirikan sebuah kerajaan bernegara komunis.

Pada tahun 1952 pula, pilihanraya mula diadakan bagi majlis tempatan yang dikenali sebagai Pilihan Raya Persekutuan bagi merebut 52 buah kerusi yang dianggap tidak resmi. Dalam bulan Januari 1956, Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengetuai rombongan Merdeka ke London dan pada 31hb. Ogas 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan beberapa syarat yang akan kita bincangkan kemudian.

Apabila Sabah dan Serawak bersetuju berdiri dibawah satu tiang bendera bernama Malaysia pada 16 September 1963, lalu terjadi pula peristiwa hitam dimana konfrontasi[6] telah dilancarkan oleh Indonesia kerana tidak bersetuju Sabah dan Serawak berada dalam Malaysia. Salah satu lokasi kejadian yang direkodkan telah dikenal-pasti sebagai Peristiwa Kalabakan[7] yang berlaku pada 29hb Desimber 1963.


2- 1969.
Tahun baru, masih dengan matahari yang sama. Pada Sabtu, 10 Mei 1969 akan diadakan piliharaya lalu kempen pun bermula bertujuan memancing undi. Undi sangat mustahak bagi menentukan hidup-mati parti dan kerajaan. Ketika itu parti pembangkang cuba bersatu secara senyap bagi menumbangkan Parti Perikatan yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC manakala gabungan parti pembangkang terdiri dari Pas, Gerakan[8], DAP, PPP dan Umco.

Kempen diberi tempuh selama 7 minggu. Ini bermakna lebih banyak masa diberikan untuk menabur fitnah dan memburuk-burukan kerajaan. Antara parti yang sangat berani ialah parti Pas, yang sering berkempen dengan memainkan sentimen perkauman dan ugama untuk meraih sokongan orang Melayu. Manakala parti pembangkang lain terutama dari kaum Cina pula lebih gemar berkempen dengan ucapan-ucapan menghina orang Melayu dan kerajaan, disulami dengan perbuatan liar.

Perbutan liar itu  sudah berlaku sebelum 13 May lagi, bilamana pada 6 April 1969, sebuah scooter milik mata-mata[9] telah dijumpai terbakar di Ampang Selangor. Sabuah kereta polis dibaling batu sekitar Cheras pada 15 April 1969. Malah, jika  memori kita masih berfungsi dengan baik, pasti kita tidak lupa kejadian terdahulu seperti yang berlaku 'Peristiwa di Pulau Pinang' pada November 1967, peristiwa hukuman gantung 12 orang komunis pada Jun 1968 dan cerita parti baru Gerakan pada April 1968 dan Oktober 1968 yang ada kait-mengait dengan Parti Buruh[10].

Pepatah Melayu yang berbunyi 'Seperti api dalam Sekam'. Gerakan-gerakan bawah tanah ala' ninja turtle terus berusaha menghasut rakyat pelbagai kaum bagi menentang kerajaan. Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan juga menghadapi pengaruh dan ancaman dari negara China Komunis. Ini terbukti pada hari penamaan calun, pihak polis telah menemui 55 bendera komunis di Perak. Malah belia-belia dari parti Buruh yang berada disekitar Kuala Lumpur telah mengadakan tunjuk perasaan secara mengejut. Sayangnya kerajaan barangkali tidak dapat melihat kejadian-kejadian yang berlaku sebelum pembuangan undi  pada 10 Mei 1969 itu sebagai satu petunjuk!

Gerakan yang dirancang oleh pihak yang tidak sebulu dan tidak puas hati dengan kerajaan barangkali telah lama, mungkin ketika penubuhan Tanah Melayu pada 1948 atau ketika Malaya merdeka pada 1957. Walaupun pada 10 Mei 1969 itu, kelihatan orang ramai keluar menggundi dengan perasaan tanggung jawab serta dalam suasana muhibbah tetapi siapa tahu isi hati mereka. Ya! Rambut ketika itu sama hitam tetapi hati mereka warnanya lain-lain.


3- Api
perkauman terus dicanang ketika berkempen. Salah satu cerita yang ditulis oleh Tunku mengenai sebelum 13 May ialah peristiwa pembunuhan pekerja UMNO di Jelutong, Pulau Pinang pada 24 April 1969. Ia berlaku pada kira-kira jam 8.30 malam. Pekerja malang yang bernama En Kassim Omar itu telah diserang oleh sekumpulan orang. Setelah dibunuh, seluruh badan mayat En Kassim dilumur dengan cat merah. Perbuatan yang disengajakan itu adalah dipercayai dari pemuda-pemuda Parti Buruh.

Satu lagi cerita dari Tunku ialah peristiwa pada 4 Mei 1969, tiga orang mata-mata sedang membuat rondaan biasa telah bertembung dengan sekumpulan pemuda di Kepong, Selangor. Mereka sedang menulis menggunakan cat merah tanda-tanda[11] yang jelik diatas jalan raya. Bila dicabar oleh mata-mata, mereka telah menentang dengan membaling kayu serta besi tajam dan kemudian mereka melarikan diri masuk kedalam kawasan sebuah pasar lama yang berdekatan.

Mata-mata itu terus menghambat mereka sambil memperkenalkan diri. Pemuda-pemuda itu sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka melawan dan memaksa polis melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri. Salah seorang pemuda itu terkena tembakan, cedera dan dibawa ke rumah sakit umum. Mati dirumah sakit. Pemuda yang mati itu bernama En.Lim Soon Seng, berumur 24 tahun. Oleh kerana terpengaruh dengan dakyah dan ideologi komunis, mayat yang sepatutnya dibawa balik ke Kepong telah dibawa ke rumah mayat di Jalan Sultan iaitu salah satu jalan yang paling sibuk di Chinatown, Kuala Lumpur.

Ujar Tunku lagi, peristiwa di Kepong itu telah membuka ruang terbaik bagi  parti buroh yang dibayangi ideologi komunis untuk membuat perarakan mayat yang mereka anggap sebagai 'Pahlawan' gitu. Perarakan mayat pada 9 May 1969 itu dilihat bertukar sebagai satu tunjuk perasaan politik bagi tujuan menghalang pilihanraya diadakan pada 10 May 1969.

Perarakan mayat itu melalui jalan yang tidak menggikut arahan pihak polis. Sambil berarak mereka membuat provokasi sambil menjerit ke arah polis lalulintas. Perarakan itu berhenti dipenjuru di Jalan Petaling dengan Jalan Cecil. Mereka berucap, menyanyi dan menyebarkan risalah ajaran Mao[12] serta menampal risalah di tembuk dan tiang rumah kedai. Salah satu risalah tulisan China itu berbunyi "Rejim Tunku Kejam" dan "Ajaran Mao sahaja yang boleh diamalkan disini".


4-
Tamat pilihanraya. Hari mengundi telah berjalan lancar tanpa gangguan dan tempuh bertenang selama 12 jam sebelum keputusan diumumkan. Keputusan yang memeranjatkan ialah kejayaan besar parti DAP dan Gerakan terutama dinegeri Selangor. Beberapa ahli Parlimen Perikatan tumbang di Selangor.

Pagi Isnin bersamaan 12 Mei 1969, Dr Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebihan undi yang besar dan telah meminta kebenaran polis untuk mengadakan perarakan kemenangan, begitu juga dengan DAP yang juga mahu buat perarakan pada hari Selasa, 13 May 1969 tetapi tidak mendapat kebenaran polis.

Perarakan kemengan Dr Tan Chee Khoon[Parti Gerakan] yang mendapat kebenaran polis berjalan dalam suasana yang aman. Setelah perarakan berlesen[13] itu tamat pada pukul 8 malam, lalu ada pula perarakan haram dari  dua kumpulan parti iaitu Gerakan dan DAP. Ini dapat dilihat dari bendera dan sependuk yang dibawa oleh mereka.

Perarakan yang tidak ada permit itu adalah kerana ingin menunjuk-nunjuk, perasaan gumbira yang tidak dapat dikawal atau boleh juga di panggil 'mabuk kemenangan'. Perarakan itu telah masuk ke Jalan Campbell [Dang Wangi] dan Jalan Hale kemudian masuk ke Kampung Baru dimana ada 30 ribu orang Melayu hidup aman damai ketika itu.

Kumpulan perarakan itu bertempek sorak, berkelakuan biadab dan sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi tujuan menaikkan kemarahan orang Melayu. Perarakan haram itu kemudian berpecah kepada beberapa kumpulan. Ada yang menuju Bukit Bintang, Brickfields, Pudu dan ke Sentul. Banyak kata-kata kesat yang dilaungkan oleh mereka dan tidak perlulah saya sebutkan satu persatu disini.


5- Gombak.
12 May, Aku ketika itu tentulah masih berhingus atau ayat lain umbun-umbun masih lembik. Walaupun begitu, aku masih lagi ingat beberapa kejadian sebelum 13 May.  Petang itu aku keluar dari rumah menuju jalan besar bertemu rakan sebaya, melepak di tembuk sambil berbual kosong. Menghampiri senja, kedengaran dari jauh bunyi riuh-rendah, serta bunyi enjin motosikal. Bising! Lama-kelamaan bunyi bising itu bertambah bingit. Kelihatan sekumpulan penunggang motosikal jenis Yamaha,  sedang berkonvoi, mengiringi sebuah jeep. Diatas jeep itu aku lihat beberapa orang sedang berdiri sambil mengibarkan bendera roket. Mereka menjerit seperti disampuk hantu. Perkataan yang dijeritkan memang jelas iaitu bertujuan mahu mencabar kesabaran orang Melayu.

Esuknya! Pada pagi 13 May, Yang diPertua Kongres Kesatuan Se-Kerja Malaysia, En.Yeoh Tech Chye juga dari parti Gerakan, telah meminta maaf secara terbuka dalam akhbar diatas kelakuan penyokong-penyokong parti. Sayang seribu kali sayang, permohonan maaf itu dikira sudah terlambat kerana perbutan mereka telah mengguris hati orang Melayu.

Orang Melayu sekitar Kuala Lumpur sangat marah dan mahu bertindak balas. Mereka akan berhimpun di rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun Hj Idris di Jalan Raja Muda. Aku dapat tahu, pemuda-pemuda Gombak juga mahu turut serta kerana membantah tindakan mereka yang anti Melayu, perbuatan menghina dan biadab oleh puak-puak pembangkang.

Orang Melayu dari Gombak itu diserang ketika melalui Setapak iaitu sebuah pekan kecil yang mojoritinya dihuni oleh kaum China. Berita orang Melayu diserang telah sampai kepada mereka yang sedang berhimpun dihalaman rumah Dato' Harun lalu orang Melayu naik berang dan terus mengamok. Dua orang China yang sedang melalui jalan itu dengan menunggang motosikal telah diserang dan dibunuh. Dengan itu bermulalah rusuhan kaum 13 Mei 1969. - Cut!



Nota Lutut :
[1]Perdana Menteri [2]Mushgul [3]Dashat [4]Persekutuan Tanah Melayu [5]Dharurat [6]Konfrontasi

[7]Peristiwa Kalabakan : Sila singgah di entri 'Peristiwa Kalabakan' bertarikh 13 Mac 2013. [8]Parti Gerakan [9]Mata-Mata [10]Parti Buruh [11]Tanda-Tanda [12]Ajaran Mao [13]Berlesen.












No comments:

Post a Comment