06 March 2018

PADA USIA SENJA


'Ketika berlakunya pembuahan, sel telur atau pun ovum ibu itu bersenyawa dengan sperma daripada ayah. Satu daripada jutaan spermatozoa yang paling cepat, akan bersenyawa dengan sel telur itu. Pada ketika itu juga sebenarnya proses kehidupan sudah mula berlaku. Kombinasi genetik antara ayah dan ibu akan menentukan sifat fizikal dan pemikiran anak melalui kombinasi sekitar 30000 gen dalam diri bayi.
- Entri 'Janin Dalam Rahim' [05 Oct 2011][1]
               

                  PADA USIA SENJA



1-
Kehidupan
bayi sudah bermula seawal bulan pertama hingga bulan ke-sembilan iaitu minggu ke-38. Berat badan bayi bertambah sekitar 0.5kg dan bersiap sedia untuk di lahirkan. Lahir adalah perpindahan dari alam yang sempit ke alam yang amat luas. Pemindahan dari tempat yang gelap ke alam yang terang benderang.

2-
Setelah dilahirkan, bayi akan melalui beberapa proses peralihan dari merangkak, berjalan dan berlari. Dari bayi yang bertubuh comel akan membesar menjadi budak kecil, kemudian menjadi remaja. Dari alam remaja yang terpaksa menjadi orang dewasa. Proses kehidupan itu [dengan izin Allah] akan terus berlaku di mana setelah cukup dewasa akan bertemu pula zaman tua atau juga digelar orang sebagai 'Usia Senja'.

3-
Pada mereka yang berusia 55 tahun ke atas  umumnya dikira sedang meniti kearah usia senja. Kebanyakan mereka itu [antara usia 55 hingga 60 tahun] tidak lagi bekerja kerana telah memilih untuk berhenti. Jika mereka bekerja pun kerana terpaksa disebabkan wang simpanan tidak mencukupi untuk menampung sara hidup atau untuk mengelak rasa bosan jika hari-hari berkurung dalam rumah.

4-
Apabila sudah pencen pada usia senja, [umumnya si lelaki] aktiviti yang dilakukan oleh mereka ialah menghantar cucu ke sekolah, menyiram pokok bunga, mencuci kereta atau solat berjemaah disurau atau di masjid. Ada juga segelintir warga tua yang masih tidak insaf. Mereka malas hendak solat berjemaah dan hobi mereka itu suka melepak di kedai kopi dengan rakan-rakan yang lebih muda. Mereka itu walaupun tua tetapi masih berjiwa muda gitu!

5-
Ada juga mereka yang berusia senja itu mencari hobi atau aktiviti baru seperti mengayuh basikal, mengembara[backpacker], membaca buku agama, novel atau puisi misalnya. Selain itu ada yang suka melukis atau menulis cerita tentang diri sendiri sebagai aktiviti minda atau juga boleh disebut sebagai satu bentuk terapi jiwa.

6-
Di usia senja itu samalah seperti sebuah kereta lama yang sering rosak. Jika malas melakukan aktiviti senaman seperti berjalan kaki misalnya, mereka itu akan cepat jatuh sakit seperti pening kepala, batuk atau demam. Lama kelamaan sakit orang di usia senja itu bertambah berat seperti mengidap kencing manis, darah tinggi dan jantung tersumbat.

7- Orang yang  sakit itu akan mengalami dua jenis penderitaan iaitu penderitaan jasmani dan penderitaan rohani. Yang menderita jasmani itu biasanya dapat diatasi dengan bantuan doktur serta ubat-ubatan. Kebiasaannya, orang yang sakit rohani  itu pula ada tiga jenis perasaan iaitu [1]khuatir, [2]kerinduan dan [3]kesedihan. Apabila pesakit mula khuatir lalu terbayang akan kematian. Selain itu risau tentang anak isteri dan harta benda yang akan di tinggalkan.

8- Apabila sakit dan terlalu lama terbaring di atas katil akan timbul perasaan kerinduan. Rindu pada kawan-kawan lama, rindu pada sanak saudara. Rindu juga pada tempat-tempat yang pernah di kunjungi dan rindu pula akan aktiviti atau hobi yang tidak dapat lagi dilakukan kerana sakit. Kerisauan dan kerinduan itu akhirnya membawa kepada kesedihan.

9- Malang sungguh jika si pesakit tidak punya apa-apa dalam hidupnya. Tidak ada wang pencen, tidak ada wang tabungan, tidak berkelurga dan juga tidak mempunyai kawan rapat. Terlantar di atas katil sendirian sehingga kesedihan memuncak lalu membawa kepada kematian. Kematian itu pula kekadang telah seminggu baru disedari oleh jiran atau orang kampung. - Entri 'TokWan| Hujan & Dosa' [15 Nov 2017].[2]


10- Penutup!


Perbuatan dan keadaan seseorang itu di akhir usianya akan menentukan, adakah mereka itu termasuk dalam golongan orang yang baik, berbahagia atau sebaliknya. Sebaik-baik manusia menurut Rasullulah SAW ialah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatannya. Sedang seburuk-buruk manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk perbuatannya. - Entri 'Bila Usia Kita Bertambah' [15 Oct 2015][3]

Se-eloknya, orang yang sedang menghadapi mati ialah bilamana dia dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah, iaitu dengan penuh harapan yang Allah akan mengampuni dosanya, harapan yang dia dalam keadaan penuh iman dan takwa kepada Allah. Harapan yang demikan hanya dapat dicapai bila dia benar-benar sudah bertaubat serta sudah minta ampun atas segala dosa dan kesalahanya. - Walahhuaklam! 



Nota Kaki:
Entri [1] 'Janin Dalam Rahim' [05 Oct 2011]

Entri [2] 'TokWan | Hujan & Dosa' [15 Nov 2017]
 

Entri [3] 'Bila Usia Kita Bertambah'  [15 Oct 2015]

Entri [4] 'Kerjaya dan Kerja Tambahan'[20 June 2016]

No comments:

Post a Comment