'Dalam hidup aku, tiga perkara yang buat aku gugup, berpeluh, risau dan takut ialah khatan[1] sebaik akil baligh, kedua ialah ketika ujian memandu dan ketiga sewaktu aku hendak di ijabkabul[2] oleh Tok Kadi'. - [Mj]
PERTAMAKALI
Sewaktu ekonomi gawat, syarikat tempat aku bekerja pun terpaksa di tutup. Tindakan tersebut diambil kerana pihak pengurusan gagal mencapai kata sepakat bagi penyusunan semula hutang yang tertungak. Pihak syarikat khabarnya telah memfailkan status muflis[3] manakala aku terpaksa menerima kenyataan tersebut dengan hati terbuka. Aku tidak gugup. Malah tidak risau dan takut setelah berstatus penganggur. Aku tahu bahawa itu hanyalah takdir dan tentu ada hikmah di sebaliknya.
Untuk menghilangkan rasa bosan, aku pergi mendaftar sebagai ahli APs[4] di Jalan Tun Razak. Di situ pertamakali aku berkenalan dengan ramai kawan yang sama-sama menganggur. Di Aps aku masuk kelas belajar asas graphic dan jika ada masa terluang aku mula berjinak-jinak melukis. Hujung minggu jika tidak ke sarang APs aku berjalan-jalan di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India atau ke Pasar Seni, melihat-lihat beberapa pelukis cari makan hanya dengan melukis potret.
Pada suatu petang, ketika aku menelusuri laluan pejalan kaki di tepi Pasar Seni, aku terserempak dengan rakan lama [Wan] ketika di Itm[5] Dungun. Kami bersalaman. Si Wan terus sahaja memperkenalkan rakannya yang bernama Ismail yang baru tamat belajar di Itm Shah Alam. Wan dan Ismail mengajak aku minum di Restoran Mamak yang terletak di seberang jalan. Di situ nanti bolehlah kita berbual panjang, ujar si Wan.
Di satu sudut, dalam restoran itu kami berborak tentang kenangan ketika menjadi penuntut di Itm di Dungun. Sesekali Ismail mencelah sambil menceritakan tentang nostalgia ketika di Itm Shah Alam sambil tangan kanannya menyeluk poket seluar. Ismail mengeluarkan dompet. Diambilnya sekeping business card.
"Ini kad saya" Ismail menunjukkan kepada aku.
"Terima kasih. Tapi saya takada kad. Saya baru sahaja berhenti kerja".
"Ohhh gitu! Saya dan Wan buat niaga kecil-kecilan. Buat kerja-kerja grapic. Pejabat kami di Wisma Stephens"[6].
"Wah! Bagus tu kalau berniaga. Lagi pun buat masa nie nak cari kerja yang sesuai dengan kelulusan kita susah sikit"
"Saya setuju. Walaupun kita habiskan masa bertahun untuk segulung diploma, apa salahnya kita cuba berniaga" ujar si Wan sambil menghabiskan teh tarik. Si Wan lantas melambai pelayan restoran dan melunaskan harga untuk tiga gelas teh tarik. - Cut!
2- Hujung minggu aku ke sarang Aps dengan menaiki bas mini. Aku turun di hadapan Ampang Park dan berjalan kaki ke Aps di Jalan Tun Razak. Ketika aku sampai di Aps, aku lihat si Azahan sedang tekun mencalit warna ke atas kanves. Lukisan itu mahu segera di siapkan bagi menyertai Pameran Terbuka di Balai Seni Lukis Negara[7] minggu depan ujarnya.
Sebaik sahaja Azahan selesai melukis, aku mengajak Azahan makan tengahari di Ampang Park. Kami menapak ikut kakilima Jalan Tun Razak sambil mengendong backpack menuju gerai di Ampang Park. Gerai-gerai di situ biasanya menjual lauk pauk yang enak-enak belaka dan harga pun tidaklah mahal.
Kami sepakat singgah di gerai menjual nasi berlauk. Azahan mengambil seekor ikan keli bakar bersama sedikit air asam, ulam pegaga, petai rebus dan sambal belacan. Melihat ikan keli bakar pun sudah membuatkan aku menelan air liur. Apa lagi, aku lantas meletakan ikan keli bakar ke dalam pinggan bersama petai rebus dan secekak ulam raja. Tengahari itu kami makan berselera sekali.
"Hari nie aku belaja makan"
Ujar si Azahan dengan wajah ceria, sambil bangun, berjalan ke arah sinki untuk membasuh tangan. Azahan menarik sehelai kertas tissu berwarna merah jambu lalu mengelap tangannya.
"Kak! Kira Kak! Kira sekali"
"Ya! Kira sekali. Jangan kira dua kali" Aku cuba bergurau.
Perempuan bertudung merah yang di panggil kakak itu senyum simpul, sambil mencapai calculator, menghampiri meja kami, menekan nombor, tolak bahagi dan campur. Pada masa yang sama si Azahan meraba-raba poket belakang seluarnya. Kemudian diseloknya kedua-dua poket seluar belah depan. Ditariknya pula zip backpack. Tangannya cuba menyelongkar di bahagian dalam beg. Hampa! Wajahnya berubah menjadi pucat.
"Kenapa Azahan?"
"Alamak! Dompet aku tak adalah. Mungkin cicir kat sekitar Aps atau dompet aku dah kena rembat dengan penyeluk saku"
"Sabar Azahan. Ok! Aku bayar. Lepas nie kita patah balik ke Aps. Kalau tak jumpa, kita terpaksa ge balai buat report" - Cut!
3- Petang itu kami berdua sampai di Balai Polis lima minit sebelum pukul empat. Inilah pertamakali aku jejak di Balai Polis Jalan Tun Razak kerana menemankan si Azhan membuat laporan akan kehilangan kad pengenalan dan kad bank. Azahan terus sahaja ke kauter pertanyaan. Aku pula mengambil tempat di salah sebuah kerusi mengadap kauter.
Dikauter aku lihat ada dua anggota wanita cantik manis dan seorang anggota lelaki sedang menaip sesuatu. Azahan duduk dihadapan seorang anggota polis wanita. Polis wanita itu bertanyakan sesuatu sambil retinanya mengetuk abdjat pada pemuka mesin taip. Bunyi mesin taip eletrik itu tenggelam timbul bersama soalan-soalan yang diajukan oleh tiga anggota polis tersebut.
Yang sangat jelas kedengaran soal jawab ialah dari anggota polis lelaki separuh usia yang dibahunya ada dua calit berbanding dua anggota wanita muda yang lebih bersopan santun. Anggota polis lelaki itu sedang melayan seorang lelaki Banggali warga emas. Melihat pada gaya dan raut wajahnya barangkali lelaki Banggali itu bekas seorang pengarah syarikat atau setidak-tidaknya bekas seorang ekesekutif syarikat pengeluar kereta. Agaknya!
"Encik hilang kereta bila?"
"Baru. Semalam petang juga saya mahu ambil Ampang Park belakang, itu kereta sudah hilang"
"Apa jenis kereta. Warna dan no pendaftaran"
"BMW 5 series, warna hitam dan itu no daftar ialah BBC 5040"
"Ishhh! Semalam hilang ini petang baru mahu buat report"
"Yalah Encik. Sekarang saya ada ingat juga itu kereta barangkali saya ada hantar carwash juga"
"Ha! Encik jangan main-main. Ini report saya sudah taip separuh. Kalau encik hantar itu kereta pergi cuci, itu kereta bukanlah hilang namanya. Encik tidak perlu datang buat report. Buang masa!"
Anggota polis lelaki itu nampaknya sedikit marah. Di-tariknya kertas putih yang terselit di mesin taip itu, di peronyok-peronyoknya[8] kertas itu lalu di campak ke dalam tong sampah. Dua anggota polis wanita yang sedang menaip itu berhenti menaip. Mereka tersenyum. Orang awam termasuk aku yang duduk di kerusi juga tersengih. Ada juga orang awam yang mahu ketawa tetapi terpaksa ditahan kerana menghormati Balai Polis.
"Maaf banyak Encik. Saya tua. Saya lupa"
Lelaki Banggali itu bangun perlahan-lahan. Dengan langkah berhati-hati dia berjalan menuju pintu untuk keluar. Mungkin inilah kali pertama dan terakhir lelaki Banggali itu datang ke Balai Polis membuat laporan kehilangan kereta.
Petang itu urusan Azahan di Balai Polis sudah selesai. Esuk atau lusa si Azahan terpaksa menguruskan sendiri hal berkaitan untuk menganti kad bank dan kad pengenalan baru. Sebelum beredar, aku membuka dompet. Isinya semakin menipis. Bagaimana aku hendak meneruskan hidup di kota sebesar ini jika tidak bekerja. Tidak bekerja tentulah tidak berduit, sedangkan setiap langkah termasuk masalah untuk membuang hajat kecil pun perlu diseselaikan dengan duit.
Pertamkalinya aku tidak cukup duit untuk menampung perbelanjaan. Barangkali esuk atau lusa aku terpaksa ikat perut[9] dan seterusnya mungkin terpaksa cium bau makanan sahaja. Sebelum berpisah, aku bersalaman sambil menghulurkan sekeping note berwarna merah kepada Azahan. Pertama kali aku mendengar sahabat aku si Azahan mengeluh perlahan. Begitu angin petang yang berpuput perlaan dari arah barat, begitu jugalah perlahan-lahan hatinya rusuh[10] dan sayu. - Cut!
Keterangan: [1]Khatan: Bersunat [2]Ijabkabul: Akad Nikah [3]Muflis: Bangkrap [4]APs: Angkatan Pelukis SeMalaysia [5]ITm: Institute Teknologi MARA [6]Wisma Stephens: Kini Wisma Cosway [7]Balai Seni Lukis Negara: Di kenali sebagai BSLN kini sudah berpindah di Jalan Tun Razak [BSLVN] [8]Peronyok: Membenam atau menekan kertas dll.[9]Ikat Perut [10]Rusuh.
|
No comments:
Post a Comment