01 January 2017

Backpacker [2] ROMPIN KE MERSING


Kuala Pontian.
Angin Laut China Selatan menerpa ikut pintu bilik yang ternganga luas, sebaik Baha membukanya. Waktu aku keluar bilik, cuaca dingin mula terasa. Aku melihat jam di tangan kanan, jarumnya menunjukkan pukul tujoh setengah pagi. Masih awal. Pun begitu, Idris dan Mahfol sudah keluar dari bilik, berjalan ke gerai makan berhampiran jeti nelayan. Aku dan Baha tidak mahu ketingalan sarapan[1] bersama, lalu kami segera melangkah meninggalkan kawasan chalet. 


Usai sarapan kami berjalan ke arah pantai Kuala Pontian, melihat pasir, buih, ombak dan beberapa orang kanak-kanak bermain di gigi pantai. Manakala penjaga kanak-kanak itu duduk mencangkung di hadapan kail yang disangkut pada ranting, sambil memasang angan-angan, mengharap banyak ikan-ikan besar akan terperangkap di mata kail.

Puas sudah melihat-lihat di pantai. Kami sepakat balik ke chalet. Kami meniti jeti kayu yang di bina oleh Cikgu Lihan Ali. Kami terpesona melihat pemandangan pagi. Ujar Baha, kawasan D'Kuala Waterfront ini sangat sesuai untuk aktiviti percutian keluarga. Malah pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berkemah, berkelah, memancing atau sekadar berjalan sambil menikmati keindahan serta kedamaian kampung nelayan. Jika di promosikan dengan bersunguh-sunguh, ia mampu meningkatkan jumlah pelancung. Mahfol hanya sengih memandang Baha. Idris tersenyum. Jauh di lubuk hatinya, dia setuju dengan kata-kata Baha.

Angin yang tadinya bertiup perlahan, tiba-tiba bertukar menjadi kencang. Berkelepak-kelepuk bunyi pelepah kelapa dihadapan chelat apabila di tiup angin. Pada masa yang sama kereta Gen-Tu Cikgu Lihan memasukki kawasan Chalet. Cikgu Lihan mengajak kami berjalan-jalan melihat sawah padi,  villa burung walid dan lokasi memancing di Empangan Pontian.

Matahari kelihatan semakin meninggi di dada langit ketika kereta yang di pandu Cikgu Lihan berhenti di Empangan Pontian. Kami keluar meninjau-ninjau orang sedang memancing di tasek, sambil aku membidik beberapa keping gambar. Tidak sampai lima belas minit berada di Empangan, Cikgu Lihat mengajak kami ke Pantai Hiburan. Lebih kurang pukul 1245 tengahari, kami telah berada di dalam rumah Cikgu Lihan. Di atas meja terhidang gulai ikan masak asam pedas, ikan bakar, gulai ayam, ikan masin dan sotong goreng tepung. Juga ada ulam tengek burung, terung rebus, pucuk ubi dan sambal mangga. Kami makan penuh berselera sekali tengahari itu.

Pukul 0115 tengahari, Cikgu Lihan menghantar kami ke stesen bas Kuala Rompin. Oleh kerana tiada perkhidmatan bas ke Endau waktu itu, kami terpaksa menaiki teksi dengan kadar bayaran rm30.00[2]. Kami tiba di stesen bas Endau dengan selamat. Suasana kelihatan sepi  dan hanya ada sebuah bas warna kuning dan beberapa orang sedang menunggu di dalam pondok. Kami menghampiri pondok bas. Dari cerita mereka, tiada bas ke Mersing kerana pemandunya cuti. Idris mengaru kepala. Baha memeicit dahi dan Mahfol terlopong seketika. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki sebuah kereta sapu dengan kadar tambang rm30.00 sahaja[3].



Bandar Mersing.
Tidak berapa lama, kereta yang kami tumpangi memasuki Mersing dan berhenti di-hadapan Hotel River View. Cuba mendapatkan bilik di hotel tersebut tetapi harganya rm90.00 bagi sebuah bilik untuk dua orang. Kami berjalan ke hadapan sedikit iaitu Jalan Dato Mohd Ali, lalu ternampak Hotel Bajet yang room rate kira murah gak. Kami bayar rm120.00[4] untuk dua buah bilik, siap ada hall dan ruang dapur untuk memasak. Udah macam homestay pulak!



Ketika di kauter pendaftaran tadi, aku terserempak dengan seorang budak lelaki, namanya Ahamad. Umurnya baru sembilan tahun. Ujarnya, dia hanya sebagai peneman kakak ketika cuti sekolah. Bagus ler gitu! Daripada melepak kat rumah dan hanya bermain vedio atau peranti pintar, ada baiknya aktiviti minda di lakukan melalui penglihatan, pendengaran dan perhubungan dengan tetamu-tetamu hotel. Sambil tu, boleh gak si Ahmad mengulang kaji pelajaran!



Kunci bilik sudah di serahkan kepada Baha. Kami naik ke tingkat satu dengan di temani si Ahmad. Kami mandi bergilir-gilir kerana bilik mandi dan tandas berada di ruang dapur.  Usai solat, kami keluar bersiar-siar sekitar waterfront iaitu tempat boat-boat berlabuh. Kemudian berhenti di kedai Mamak's, pekena teh tarik dan ruti canai[5]. Seterusnya, kami sepakat menyusuri lorong dan jalan arah ke jeti. Ketika matahari hampir bersimpuh di kaki langit, kami berempat balik ke sarang di Bajet Hotel.



Malam di Mersing.
Malam itu, selesai menunaikan solat Isha' kami berempat keluar dari sarang kerana ingin menikmati suasana malam di Bandar Mersing. Kami singgah dahulu di Restoran Syed Ali yang lokasinya terletak berhampiran waterfront. Di siar kaki, di belakang restoran itu telah di susun meja-meja makan. Beberap meja sudah di penuhi pelanggan termasuk pelancung Mat Salleh. Aku memesan semangkok sup kambing dan dua keping ruti bengali[6]. Si Baha meminta sepingan nasi putih dan semangkok tom yam campur. Mahfol pula memesan sekeping ruti nan dan ayam tandori. Idris sekadar memesan teh tarik dan air suam. Masih kenyang dan jarang makan malam ujar si Idris, Ikhlas!
 

Makan sambil berbual tentang aturcara seterusnya esuk pagi. Makin malam makin ramai orang menjamu selera, maklumlah musim cuti sekolah dan cuti umum hari Krismas. Sedang kami rancak berbual, tetes-tetes air hujan jatuh diatas meja makan kami. "Gerimis! Apa ada hal". Ujar si Baha. Kami terus berbual. Angin mula berbisik, menyatakan tetes-tetes hujan itu akan bertambah lebat.

Hilang kata-kata bilamana hujan lebat turun di ikuti cahaya kilat memancar lalu kami berlari masuk ke dalam restoran untuk berlindung. Pelanggan lainnya juga bertempiaran lari sambil menjerit tetapi tidak jelas apa yang di perkatakan kerana jeritan itu tenggelam oleh bunyi angin dari Monson Timur Laut. Dewan makan dalam restoran itu tiba-tiba penuh dengan pelanggan. Dalam hujan lebat itu kami sepakat berlari pulang ke sarang.

Malam pun semakin larut. Di luar, hujan lebat masih turun membasahi bumi Mersing. Idris dan Mahfol sedang berbaring di dalam bilik dengan berselimut, cuba melelapkan mata. Sesekali kedengaran batuk dari si Mahfol. Aku dan Baha barangkali sudah tertidur bilamana tetes tetes hujan terus mengetuk tabir malam hingga ke subuh.  Z-z-z-zzz!


Nota Lutut : Perbelanjaan Hari Ke-2

[1] Sarapan Pagi RM3.00 seorang.
[2] Tambang texi ke Endau RM7.50 [setelah di bahagi empat].
[3] Tambang kereta sapu ke Mersing RM7.50seorang.
[4] Bilik di Hotel Baget RM30.00 seorang.
[5] Minum petang RM3.00 seorang.
[6] Makan Malam RM12.00 seorang.
Jumlah Perbelanjaan : RM63.00 sahaja.

No comments:

Post a Comment