02 January 2017

Backpacker [3] MERSING Ke JB


Aku dan Baha barangkali sudah terlena di buai mimpi ketika tetes-tetes hujan terus mengetuk tabir malam yang membawa hingga ke subuh. Z-Z-Z-zzz!



Pagi di Mersing.
Bunyi ringtone jam yang Baha set malam tadi berbunyi lagi. Kali ini Baha terjaga. Lantas bangun, melipat gebar dan mencapai tuala, menuju bilik mandi. Pada masa yang sama, Idris dan Mahfol sudah siap untuk turun kebawah bersarapan. Sebaik Baha menyarung senddle, kami berempat keluar dari bilik, berjalan di siar kaki, melintas jejambat yang menghubungkan kawasan sesak shop lot dengan stesen bas serta pasar basah. 


Sambil berjalan, mata memerhatikan bot-bot nelayan yang bersidai di sepanjang muara sungai. Pemandang seperti ini memang asing bagi kami. Walaupun ada bot yang kelihatan usang tetapi bila di rakam, ia menjadi indah, damai dan sejuk mata memandang. Tepat pukul lapan pagi, kami berempat sudah sampai di stesen bas Mersing.

 

"Kita minum dulu".
Cadangan Idris kami terima dengan senang hati. Kami melangkah menuju food court. Ada beberapa buah stall sedang beroperasi. Suasana nampak muram, walaupun lampu di pasang. Barangkali disebabkan kurang pencahayaan stall-stall tersebut kelihatan tidak ceria. Dalam kesuraman itu, kami memilih untuk bersarapan ruti canai[1] sahaja.

Usai sarapan, kami singgah di kauter tiket. Hasrat hati hendak membeli tiket bas ke Kluang. Di Kluang nanti kami akan tidur semalam dan esuk paginya kami  balik ke Kolompo dengan menggunakan perkhdmatan KTM. Itu hanyalah rancangan atas kertas bilamana bas untuk ke Kluang hanya tinggal satu perjalanan sahaja iaitu pada pukul 04.30 petang. Itulah yang di beritahu oleh petugas di salah sebuah kauter tiket. Fuhhh! Lama lagi tu. Aku, Baha dan Idris hanya tersenyum bila Mahfol mendegus!


Keputusan sudah di buat. Kami membeli tiket bas untuk ke JB dengan kadar tambang rm9.50[2] sahaja. Waktu bas berlepas ialah pada pukul 11.30 pagi dan di jangka tiba di Terminal Larkin pada pukul 01.30 tengahari. Kami balik ke bilik penginapan untuk berkemas atau ke tandas sebelum turun ke bawah untuk memulangkan kunci bilik hotel. - Bye! Bye! Mersing! 
 




Johor Bahru.
Pukul 11.35 pagi, bas S&S International Express gerak meninggalkan stesen Mersing menuju Terminal Larkin. Jarak perjalanan antara Mersing ke Terminal Larkin lebih kurang 185 kilometer. Menghampiri pukul 01.45 tengahari, bas yang kami tumpang tiba di Terminal. Kami bergegas turun. Masing-masing mahu ke tandas melepaskan hajat.

Kami menyambung perjalanan dengan menaiki bas untuk ke bandaraya JB dengan kadar tambang rm1.70 sahaja[3] berbanding jika menaiki teksi, mugkin terpaksa membayar lebih kurang rm20.00 gitu! Bas berhenti di JB Sentral. Semua penumpang turun di situ dan kami pun turut sama keluar dari perut bas. WoW! Ramainya orang. Untuk sampai ke ruang legar JB Sentral, kami terpaksa berjalan, menyelit di celah-celah orang ramai sambil memikul bebanan. Kami berhenti di hadapan kauter pertanyaan KTM. Tiket untuk besuk pagi masih ada lagi. Aku membeli empat tiket [rm35.00 seorang][4] untuk perjalanan ke Kolompo tetapi kena transit di Gemas. Tak kisahlah!
 

Tiket KTM sudah di beli. Jadual perjalanan pagi besuk ialah pada pukul 08.45 pagi dengan menggunakan tren Shuttle. Kami berjalan menuruni eskalator, masuk ke dalam JB City Square, redah di celah orang ramai, keluar dari shopping mall dan ternampak pulak T-Hotel. Singgah dan cuba merisik, kalau-kalau ada bilik murah. Mahal!


Kami tinggalkan T-Hotel. Berjalan dan terus berjalan. Kelihatan dari jauh papan tanda Hotel JB. Kami singgah dan bertanya tentang room rate untuk empat orang. Ada sebuah bilik harganya cuma rm140.00 termasuk 6% GST, tetapi hanya boleh memuatkan untuk tiga orang sahaja. Setelah Baha menijau bilik tersebut, kami bersetuju dan meminta extra satu tilam dan bantal tanpa mengenakan sebarang kos tambahan. Kos penginapan bilik malam itu, setelah di-bahagi, hanya rm35.00[5] seorang. Kira murah sangatlah tu!



Nota Kaki: Tak siap lagi. Tunggulah!- [mj]



No comments:

Post a Comment