Petang diTanah Kebun.
Ya! Ketika ini hujan gerimis. Aku berkurung didalam pondok sambil jari jemari cuba menekan keyboard, mencetak beberapa ayat sebagai pemanas entri. Sebelum ini banyak juga entri yang tidak sempat aku bercerita kerana keletihan. Antara entri tersebut ialah Tetamu Awal Januari, Enam Ekor Kucing!, Garis-Garis dan Warna, Singgah di Tanah Kebun, Lama Dah Tak Kayuh dan Petang Itu di Tanah Kebun.
1- Semalam.
Pagi Ahad, anak buah aku si Ammar dan rakannya mengajak intai-intai ladang nenas di TKPM[1] Lancang Pahang. Kami intai dari luar pagar sahaja. Disebelah kiri nampak landscape yang cantek. Mungkin pengusaha sedang tanam nanas madu, morris atau nanas MD
Khabarnya, LPNM[2] menggalakan agar lebih ramai peladang muda menanam nanas MD2 kerana menjanjikan pulangan yang lebih baik. Baka nanas MD2 yang telah dibawa masuk dari Filipina itu mampu dijual hingga RM6 [enam hengit sekilogram]. Ujar Ketua Pengarah LPNM satu ketika dolu, nanas MD2 telah mendapat permintaan tinggi di China, Korea Selatan dan Jepun. Melalui program 'Jutawan Nanas' yang diperkenalkan oleh LPNM tidak lama dolu, diharap lebih ramai usahawan muda khususnya, menceburi bidang tanaman nanas MD2.
2- Aku pernah bercerita tentang nanas MD2 pada entri bertarikh 27 July 2016 yang bertajuk 'Buah Kedondong + Nanas MD2'[3]. Antara ceritanya ialah pasal nanas MD2 dimana kulitnya berwarna kuning keemasan bila sudah cukup masak. Kelopak kulitnya [matanya] lebih besar berbanding nanas-nanas lain. Aromanya semerbak dan boleh buat air liur meleleh. Buahnya berbentuk selinder dan empatsegi lonjong. Sesudah dikupas, isinya berwarna kuning dan sangat juicy. Yang pastinya ketika makan nanas MD2, lidah tidak melidas. Harganya pula bergantung pada berat buah tersebut!
Usai intai-intai ladang nenas, Ammar dan rakannya gerak ke kawasan semak yang dipenuhi rimbunan pohun renek dan melihat anak-anak pisang, pelastik dan besi buruk yang barangkali dibuang oleh pekerja-pekerja ladang berhampiran. Nyamuk tak usah nak cakaplah, berterbangan mengerumuni kami dan cuba hendak menyedut darah. Terpaksalah kami bersilat!
Tak boleh tunggu lama. Kami segera tinggalkan kawasan yang dipenuhi nyamuk, sebaik selesai merakam gambar. Ammar dan rakannya terus gerak ke Madarasah Darul Ulum di Paya Siput. Aku pula bercadang hendak ke kedai runcit di Mempateh untuk membeli makanan kucing [cat food] dan sedikit barang keperluan dapur. Jika aku tidak ke Mempateh nanti kucing-kucing bising pulak kerana kelaparan dan dapur aku tentunya tidak berasap!
3- Pekan Lancang.
Matahari hampir segalah ketika aku sampai di Mempateh. Singgah di kedai runcit untuk membeli makanan kucing tetapi sudah habis pulok! Terpaksalah aku gerak ke Lancang yang jaraknya lagi tiga kilometer lebihkurang. Di Lancang, aku sempat membeli senaskah akbar Mingguan Malaysia dan minum secawah teh panas sebelum masuk ke dalam mini market.
Tadi di kedai kopi, sambil aku menghirup teh sambil mata menatap akhbar. Walaupun tajuk utama muka hadapan akbar mengenai wanita muda dalang pelaburan palsu yang dapat menipu hampir RM55 juta, tetapi tidak berminat untuk terus membacanya. Bagi aku berita yang lebih menarik ialah mengenai kerugian sebanyak RM44 bilion yang dialami Bank Negara Malaysia [BNM] melalui kegiatan perdagangan mata wang sepanjang era pentadbiran Dr Mahathir, sepertimana yang didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid. Ia adalah merupakan skandal yang tidak diperkatakan sepanjang tempoh 24 tahun lalu. Soalnya, kenapa baru sekarang skandal tersebut mahu ditelanjangkan! - Wallahuaklam!
Nota Lutut: [1]TKPM : Taman Kekal Pengeluaran Makanan. [2]LPNM : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. [3]Buah Kedondong + Nanas MD2 : Entri yang bertarikh 27 July 2016.
No comments:
Post a Comment