25 June 2017

BERAYA di TANAH KEBUN




Tanah Kebun.
Ini pagi adalah pagi 1 Shawal. Aku dan isteri sedang menikmati nasi impit dan rendang kerbau[1]. Di corong radio  bergema takbir Aidilfitri. Usai sarapan, aku buka jendela. Sinar matahari pertama telah memancar di balik kabus, sedang pohon-pohon mula disinggahi burung. Burung-burung itu ada yang terbang sambil bersiul-siul ada juga bertenggek di hujung ranting, seakan sedang bercanda seperti dua sejoli.

Di halaman pondok, daun-daun buluh kering bertaburan gugur di tuip angin. Anjing yang berbaring di kawasan lapang menderam[2] bilamana sekawan kucing datang meminta sarapan. Isteri aku sudah pun menyediakan sepinggan nasi yang digaul bersama ikan sardin. Meow! Kucing-kucing itu dengan lahapnya meratah sambil bertolakan. Aku dan isteri sudah bersiap-siap dengan baju baru-sepatu lama untuk ke Masjid Kampung Teris yang jaraknya hanya lima kilometer dari Tanah Kebun.

Ketika aku menguak daun pintu untuk keluar, mata aku terpandang barisan buah nanas Md2[3] yang aku susun di atas rak kayu. Dua hari lepas anak buah aku si Ammar hendak datang ke Madrasah Paya Siput dan katanya akan singgah di Tanah Kebun. Lalu aku bergegas memetik dua pulohlima biji nanas yang masak ranum untuk di bawa balik ke Kolompo. Sayangnya, si Ammar tidak sempat menyinggah kerana mengejar masa.

Aku mengambil keputusan untuk memberikan nanas tersebut kepada orang kampung. Petang semalam, aku hanya sempat menghantar empat biji nanas ke rumah Tok Imam Kampung Teris. Selebihnya barangkali hanya menunggu kulitnya lebam, berbuih dan seterusnya terpaksa di buang begitu sahaja. Yalah! Orang kampung mana pulak yang hendak makan buah nanas pepagi buta Aidilfitri!

[2]
Matahari pagi tadi yang sinarnya lembut mula menghangatkan ubun-ubun kami ketika keluar dari kereta sebaik mengampiri pakir hadapan outlet McDonald[4] Genting Sempah. Di sinilah akan menjadi titik pertemuan antara ibu mertua, adek ipar dan anak buah aku yang hendak beraya di Tanah Kebun. Sementara menunggu kedatangan mereka, isteri aku cadangkan takeaway kopi dan burger sekali kerana perut sudah keroncong. Bagus juga cadangan tu!

Aku gerak masuk ke dalam outlet McDonald. WoW! Ramai orang sedang berbaris di kaunter, menunggu giliran untuk dilayan. Aku lihat, kebanyakan pelanggan McDonalad pagi ini terdiri dari kaum Cina yang menggambil kesempatan  bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri. Aku turut beratur di salah satu barisan. Sabar menunggu sambil retina aku menerjah ke dalam  bahagian dapur. Fehhh! Punyalah sibuk crew-crew bertugas. Pun begitu mereka yang terdiri dari remaja Melayu nampak segak dan bergaya di pagi lebaran kerana berpakaian  baju Melayu dan bersongkok bagi si-lelaki manakala remaja perempuan pula  berbaju kurung dan bertudung.




3- Setelah berbaris dan menunggu lebihkurang sepuloh minit, aku mendapat layanan. Aku pesan dua kopi, satu orange juice[5], dua filet-fish burger dan lima chicken burger. Dari pemerhatian aku, crew McDonald adalah pekerja yang terlatih. Bersemangat dan sangat pantas, walaupun menghadapi pelbagai karenah pelanggan. Barangkali mereka sering berbincang, menggikuti tatakerja dan SoP[5] yang disediakan oleh pihak pengurusan. Tidak lama manapun, pesanan aku sudah siap. Aku tinggalkan kauter dengan menjinjing bag kertas dan bukannya bag plastik seperti dolu-dolu.

Mereka, ibu mertua dan adek ipar aku yang datang dari Felda Gedangsa sudah sampai. Di-pakir kereta itulah kami bersarapan kali kedua. Ada yang minum kopi di dalam kereta ada yang makan burger sambil mencangkung dan ada juga berdiri dicelah-celah pintu kereta. Usai sarapan, kami gerak menuju Tanah Kebun melalui lebuhraya dan shortcut ikut jalan negeri yang bermula dari Karak melalui beberapa buah kampung sehingga sampai di simpang ke Mempatih[6].

4- Cuaca redup ketika kami sampai di Tanah Kebun. Ini kali pertama adek ipar aku si Ayu yang tinggal di Alor Gajah dan anak buah aku yang bernama Fatin jejak kaki disini, berbanding si Zainal serta ibu mertua aku yang sudah dua kali bertandang menjenguk kami di Tanah Kebun. Sementara isteri aku mengajak si Ayu dan si Fatin bersiar-siar di sekitar kebun, aku pula melayan ibu mertua dan si Zainal di dapur.

Diatas meja dapur sudah terhidang nasi impit, rendang kerbau dan air oren. Sambil makan mereka rancak berbual. Sesekali di sulami gelak ketawa. Tidak terasa waktu melangkah begitu cepat. Si Zainal, Ayu dan Fatin mahu balik ke Felda Gedangsa manakala ibu mertua pula akan tinggal seminggu-dua di Tanah Kebun kerana esuk pagi si Zainal mahu beraya pula di kampung belah isterinya.

Sebelum Zainal gerak meningalkan Tanah Kebun, buah nanas yang berbaki duapuloh satu biji itu di-sumbat dalam bonet kereta. Boleh juga nanti si Zainal bawa ke kampung isterinya di Perak sebagai buah tangan. Aku pula berasa lega kerana setidak-tidaknya nanas yang aku petik dua hari lalu dapat diagih-agihkan dan tidaklah membazir. - Wallahuaklam!

Nota Kaki:
[1]Rendang Kerbau:
Daging kerbau [sapi] yang dihiris melawan urat. Dimasak menggunakan bahan seperti santan pekan, santan cair termasuk cili merah, bawang putih, bawang merah, kunyit, gula dan garam. Ketika menjelang Shawal, hanya daging kerbau sahaja yang dijual sekitar Kampung Mempatih dan Pekan Lancang.

[2]Menderam: Bunyi anjing.

[3]Nanas Md2: Sila singgah entri pada 12 Febuari 2017 bertajuk 'Intai-Intai Ladang Nanas'.

[4]McDonald: Restoran makanan segera dari Amerika yang diusahakan oleh Richard & Maurice McDonald sekitar tahun 1940. Jenama yang sinonim dengan menu burger itu telah melayan 68 juta pelanggan setiap hari, mempunyai 36,900 outlet di 120 buah negara seluruh dunia.

[5]Orange Juice: Ketika pelanggan menatap menu, mereka sering keliru diantara orange juice dengan fresh orange. Sebenarnya orange juice disediakan dari kodial pekatan rasa oren [Sunquick misalnya] yang dibancuh dan disimpan dalam mesin dispencer untuk penyejukan. Manakala fresh orange pula disediakan dengan menggisar [guna blender] buah oren dengan sedikit air masak dan diletakan beberapa ketulan ais sebelum dihidangkan.

[6]SoP: Bermaksud 'Standard Operating Proceduer'.

[7]Mempatih: Berasal dari logat orang Minangkabau yang berasal dari tumbuhan Maman Putih. Perlu diketahui juga iaitu orang Minangkabau sangat gemar dengan daging atau rendang kerbau. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Mempatih sila selak entri 'Kayuh Petang ke Mempateh' bertarikh 27 April 2015.






No comments:

Post a Comment