03 June 2017

BULAN RAMADAN



Bulan Ramadan
Dalam kalender Islam yang bermula dengan bulan Muharam dan berakhir dengan Zulhijjah  [dengan izin Allah SWT], pasti kita akan bertemu bulan kesembilan iaitu bulan Ramadan dimana umat Islam diseluruh dunia mengerjakan ibadah puasa.

Puasa dalam bulan Ramadan ini juga adalah salah satu rukun Islam[1] dimana terdapat keistimewaan antaranya dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan setan dibelengu. Pada masa itu setan tidak mampu untuk menggoda atau menyesatkan manusia.

Allah Azza wajalla mewajibkan puasa Ramadan dan solat sunat pada malam harinya. Barangsiapa berpuasa dan solat malam dengan mengharap keredaan Allah, maka ia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. - Riwayat Ahmad.

Kelebihan berpuasa juga dapat dilihat melalui sabda Nabi Muhammad SAW[2] yang bermaksud:

"Bagi orang yang berpuasa itu akan mendapati dua kegumbiraan. [1]Kegumbiraan ketika berbuka. [2]Kegumbiraan ketika berjumpa dengan Tuhannya [di akhirat]"

Keutamaan berpuasa wajib atau sunnat dapat diketahui tentang berapa banyak ganjaran yang akan diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang beribadat. Ganjaran puasa itu tidak ada batasannya sehingga dinyatakan bahawa puasa itu sebagai ibadat untuk mendapatkan kecintaan Allah. Malah, bau mulut orang yang berpuasa itu akan diganti oleh Allah nanti dengan bau yang lebih harum dari minyak kasturi, kerana keutamaan amal mereka.


2-
Janganlah kita berpuasa hanya sekadar mahu merebut ganjaran. Itu namanya tidak ikhlas. Memang betul banyak ganjaran yang menanti tetapi untuk menjadi manusia yang baik, kita wajib menurut perintah. Ada diantara kita sengaja tidak mahu berpuasa. Alasan yang diberikan biasanya kerana mengidap penyakit gestrik, terlupa nak bersahur atau tidak tahan lapar.


3-
Lapar! Cuba kita tinggal sahari dua di Somalia[3] dan perhatikan berapa ramai manusia yang kelaparan dan anak-anak yang kurus keringking, hanya tinggal tulang. Sedih Beb! Cuaca kering tanpa air menyebabkan mereka terpaksa berpindah-randah dan dalam perjalanan itu pulak ada diantara anak-anak mereka yang mati kerana kelaparan.

Bercakap pasal kelaparan, teringat aku akan satu kisah benar yang diceritakan oleh Uhunu Akbar Al-Ridha:

Pada tahun ke lima Hijriah, kaum muslimin waktu itu sedang menghadapi kegawatan ekonomi sehingga seringkali tidak makan selama beberapa hari. Punbegitu, atas arahan Nabi SAW, kerja-kerja menggali khandaq[4] yang luas di sekitar Madinah terus dilakukan. Nabi SAW sendiri ikut serta dalam pengalian ketika itu.

Ketika sedang menggali khandaq, Fatimah datang membawa sepotong ruti dan mahu diberikan kepada Nabi SAW. Melihat akan kedatangan Fatimah, Nabi SAW bertanya darimana putrinya [Fatimah] mendapat ruti tersebut. Lalu diberitahu oleh Fatimah bahawa sepotong ruti itu adalah sisa dari yang dimasak olehnya buat Hasan dan Husin.

Baginda terus memakan ruti tersebut sambil berkata, "Ketahuilah bahawa ini adalah ruti pertama yang masuk ke mulutku sejak tiga hari." - Uhunu Akhbar Al- Ridha.
[5]


4-
Dalam bulan Ramadan kali ini juga kita dikejutkan dengan berita tragedi berdarah dimana pada pagi Jumaat [7 Ramadan], tujuh pelajar sekolah Maahad Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai, Kelantan menemui ajal apabila van yang mereka naiki terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu.

Satu berita lagi ialah tentang kes buli [boleh juga diistilahkan sebagai dera] seorang penuntut pegawai kanan kadet laut tahun tiga, Zulfarhan Osman Zulkarnain [21] dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia [UPNM]. Sumber berkata, selepas hampir dua minggu bertarung nyawa kerana mengalami kecederaan parah serta melecur akibat dibelasah dan ditekap dengan seterika panas oleh rakan-rakannya, meninggal dunia di Hospital Serdang malam kemarin.


5-
Baris-baris ayat diatas tadi bukanlah sebagai info tetapi sekadar ingat-mengingat kepada pembaca blog Kakiconteng kerana tentunya pembaca lebih arif tentang bab puasa di bulan Ramadan. Sebab itulah hanya sedikit sahaja yang dicoretkan dalam entri kali ini.

Punbegitu pembaca yang teringin hendak mengetahui cerita tentang bulan Ramadan boleh singgah dientri yang pernah aku siarkan antaranya:

[1] Hari Pertama, Terakhir Ramadan [09/06/16]

[2] Ramadan Yang DiNanti [13/06/15]
[3] Bazar, Tarawih dan Moreh [06/07/14]

[4] 10 Akhir Ramadan [28/07/13]
[5] Buffet Ramadan [03/07/12]

Sebagai penutup kepada entri ini diucapkan selamat berpuasa dan sambutlah kedatangan Ramadan ini dengan rasa gumbira dan ceria sambil memuji Allah SWT kerana telah memberi peluang bertemu dengan bulan Ramadan. Anggaplah Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terakhir buat kita. - Wallahuaklam!


Nota Lutut:
[1]Rukun Islam. [2]Sabda Nabi SAW [3]Somalia: Negara yang terletak di benua Afrika dan berjiran dengan negara Yamen, Djibouti serta negara Ethiopia. [4]Khandaq: Benteng berupa parit. [5]Uhunu Akhbar Al-Ridha: Kisah Benar ini dirujuk dari buku 1100 Koleksi Emas M/S 293 terbitan Jasmin Enterprise Kuala Lumpur.


No comments:

Post a Comment