25 October 2017

DARI DESA ke KOTA!








Genting Sempah

1- Aku dan isteri berhenti di kawasan rehat Genting-Sempah, Km 38.4 Lebuh Raya KL-Karak. Mudah sahaja mempakir kereta pagi itu kerana masih banyak petak pakir yang masih kosong. Kami tinggalkan dua ekor anak kucing dalam sangkar, barangkali pening-pening lalat, di kerusi belakang dengan tingkap kereta sedikit terbuka. Kami berdua seperti minggu lepas, memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas, di sayap kanan berhampiran outlet Mc Donald's. Isteri aku ke stall belah kanan sekali, memesan nescafe dan limau ais untuk aku serta sekeping ruti canai. Aku pula tentunya tidak serik ke stall Ruti Leleh untuk memesan satu set ruti bakar.

Usai sarapan, kami turun ke bawah, singgah membeli sebungkus keropok ikan dan sebotol air meniral. Sebaik pintu kereta di buka, anak kucing itu bersuara. Meow! Meow! Aku berikan sedikit keropok ikan dan air. Sementara dua ekor anak kucing itu makan, kereta berwarna oren yang kami tumpangi telah pun melepasi terowong dan ketika itu kebanyakan kenderaan sangat berhati-hati sewaktu melalui selekoh tajam dan ketika menuruni bukit menuju Tol Gombak. Semuga perjalanan kami balik ke Kolumpo dalam keadaan selamat jua hendaknya!

[Malang tidak berbau! Itulah yang terjadi awal pagi semalam di Kilometer 147, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Juru arah utara, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lapan pekerja wanita maut manakala 33 lagi cedera parah selepas dua buah bas kilang terlibat dalam kemalangan].



2- Di Pinggir Kota.


Kami selamat tiba di apartment. Sangkar kucing plastik berwarna biru dibuka. Si At-tan, belang putih-kuning merangkak keluar, nampak  terpingga-pingga. Si Mu-two yang berwarna kelabu pula tidak mahu keluar. Takut! Barangkali dua ekor anak kucing itu sedang berdepan kejutan budaya atau Mat Salleh kata Shook gitu!

Sengaja kami bawa dua ekor anak kucing tersebut ke kota kerana kesian melihat mata si At-tan yang masih sakit, malah badanya kurang berisi sewaktu berada di tanah kebun. Manakala si Mu-two pula seekor anak kucing yang sihat. Mu-two ikut sekali sebagai peneman si At-tan untuk mereka bermain nanti. Kucing-kucing lain [10 ekor] termasuk dua ekor baby, kami tinggalkan di bawah jagaan adek Ali di tanah kebun. Harap-harap mata si At-tan sembuh apabila bertukar  angin!


Aku sedang membasuh sangkar berwarna biru. Di dapur, isteri aku menuang ke dalam piring sedikit susu [pet milk] dan diberikan kepada dua ekor anak kucing tersebut. Hairan aku! Tidak sampai 30 minit, si At-tan muntah. Tentunya anak kucing itu tidak serasi dengan susu yang diberikan. Aku segera membuka peti sejuk dan mengambil botol pet milk. Aku mengamati tulisan yang dicetak pada botol tersebut. 'New Zealand Cows' Milk-enjoyed by Dogs and Cats of all ages'. Ohhh! Patulah kucing muntah. Salah beli susu. Sepatutnya anak kucing diberikan susu kambing bukan susu lembu!


Tengahari, dua ekor anak kucing itu dijamu pula dengan nasi yang digaul dengan ikan sardin goreng. Si Mu-two sangat berselera berbanding si At-tan yang kelihatan tidak bersemangat untuk makan. Selesai makan, Mu-two tersandar dipintu kabinet dapur manakala si At-tan terbaring di bawah meja makan. Menjelang senja, isteri aku berikan palet. Kedua-dua anak kucing itu makan sehingga licin. Malam itu kami gumbira bila melihat si Mu-two dan At-tan sudah boleh bergurau senda, bergumpal dan bekejaran. Sihatlah sudah si At-tan! - Noktah!


No comments:

Post a Comment