02 November 2016

1st day @KG KUALA TAHAN




"Kami terus berjalan menyusuri lorong sempit antara pagar sekolah dan pondok serta rumah papan yang usang. Masuk ke dalam lagi, ikut petunjuk arah papan tanda. Di situ kami nampak kawasan chalet dan hostel antaranya Dakili Hostel, Rainbow Hostel, Hana Hostel, Juli's Hostel dan Marsheer Chalet. Kami berhenti dikauter pertanyaan Marsheer Chalet untuk bertanyakan room rate bagi satu malam di hostel atau chalet" - [Tiga Hari Dua Malam]


Kuala Tahan.
Ketika kami berhenti dihadapan kaunter pertanyaan, tiada petugas waktu itu. Baha menoleh ke kiri dan ke kanan kalau-kalau ada petugas chalet yang mungkin sedang mengemas bilik atau membersihkan kawasan halaman chalet. Seorang budak pompuan comel datang menghampiri kami, si Baha memberitahu akan tujuannya. Budak pompuan itu lantas berlari ke belakang sambil memanggil ibunya. - [Tiga Hari Dua Malam - 31/Oct/2016]



Urusan dikaunter selesai setelah membayar Rm140.00[5] untuk dua malam. Kami diberikan kunci pintu chalet nombor 05, lalu membuka pintu dan memberi salam. Ketika kami masuk, kami dapati ada dua buah katil yang tilam dan bantalnya dibalut dengan kain berwarna biru tua. Dua helai tuala dan selimut. Dihadapan katil, tersedia sebuah meja panjang yang diatasnya ada 2 biji sabun, pemanas air, 2 gelas, segulung tissu dan beberapa peket kopi.


 
Kami segera mandi dan solat Zohur. Ketika itu jam di screen handpon aku jarumnya sudah melangkah ke pukul 03.30 petang. Selepas meluruskan kaki dan berehat seketika di atas katil, aku ajak Baha keluar untuk minum petang. Ketika hendak keluar, terdapat dua ekor kucing di atas tangga dan beberapa ekor ayam sedang bebas bergerak mencari makan. Se ekor ayam jantan berbulu merah, berekor panjang sepertinya menjadi ketua, di ikuti sang betina dan beberapa ekor anak yang masih kecil. Ayam-ayam itu menguis dan mematuk di celah-celah tiang, di celah-celah rumpun.


Aku dan Baha menapak keluar menuju kedai kopi melalui lorong diantara deretan chalet, sambil memerhatikan beberapa buah chalet sudah di penuhi pelancung Mat Salleh. Aku lihat seorang pelancung lelaki Mat Salleh sedang berdiri di beranda sambil memegang kamera, lalu membidik punat ke arah sekawan ayam yang sedang mencari makan.

Kami keluar ke jalan yang berturap tar. Di kiri jalan  aku lihat sebuah rumah atau lebih tepat di panggil pondok sahaja. Atap dan dindingnya hampir reput. Kelihatan beberapa orang budak berdiri dihadapan pintu. Pakaian yang masih basah dijemur menghadap jalan. Kenderaan lalu-lalang menuju pick-up point yang terletak di pinggir tebing Sungai Tembeling.




Tetiba langit cerah bertukar warna. Ada tompok-tompok hitam tergantung di dada langit. Tidak lama kemudian tompok-tompok hitam itu pecah lalu memuntahkan air. Hanya gerimis. Kami berlari anak-anak menuju deretan kedai berhampiran bus stop. Si Baha memesan teh iced dan membeli keledek dan kentang goreng di gerai berhampiran.  Aku pulak lapar sangat. Aku memilih untuk makan nasi putih berlaukan ikan patin masak tempoyak dan air suam dengan harga rm7.50[6]
 

Malam.
Di luar masih lagi gerimis. Aku dan Baha hanya berbual kosong sambil berselimut, berbaring diatas katil. Malam itu dingin di luar, bersatu dengan hawa dingin dalam chalet yang kami sewa. Usai solat Isha' kami keluar dari chalet menuju kedai berhampiran bus stop. Aku singgah di kedai runcit memebeli Panadol Soluble [rm2.40][7] sebagai persediaan. Di warung kopi, Baha meminta secawan teh 0' dan sepinggan mee hoon goreng dan aku pulak mahu bunger daging dan secawan teh panas. Makan malam hanya rm4.00[8]. Sambil makan sambil layan perlawanan bola sepak antara Sunderland Vs Arsenal.



Selesai sudah perlawanan bola sepak.  Hujan  rintik-rintik masih berterusan, barangkali membawa ke-waktu tengah malam. Kami tinggalkan warung kopi menuju chalet melalui hadapan Jai Guest House, Abot Guest House, Mini Market, Rayyan Hostel dan turun ke bawah kerana hendak melihat-lihat restoran terapung [floating restaurant], hendak melihat bot-bot yang berlabuh di tebingan Sungai Tembeling. Esuk! Ya esuk pagi, kami akan melintas Sungai Tembeling untuk melakukan aktiviti jungle trekking. - Cut!


Entri terdahulu:
1- Taman Negara Kuala Tahan [28/Oct/2016]
2- Tiga Hari Dua Malam      [31/Oct/2016]




Perbelanjaan Hari Pertama:

[1]Sarapan Pagi rm3.00 [2]Tiket bas KL-Jerantut rm18.40
[3]Makan Tengahari rm4.00 [4]Tiket bas Jerantut-Taman
Negara Kuala Tahan rm7.00. [5]Sewa Chalet 2 malam rm70.00.
[6]Makan/Minum Petang rm7.50. [7]Makan Malam & Panadol rm6.40


Jumlah Perbelanjaan :Rm116.30.


No comments:

Post a Comment