Di Tanah Kebun
Seminggu telah berlalu. Dalam tempuh tersebut, aku dan isteri hanya mendengar berita melalui kaca tv buntut besar yang bersiaran pada jam 8 malam di tv3. Antara berita yang menarik perhatian orang ramai ialah tentang kenaikan harga petrol, tentang barang kawalan yang disorok dan diseludup ke negara jiran seperti minyak masak dan gas memasak. Tidak terkecuali juga tentang dakwaan yang George Soros[1] melalui Open Society Foundation[OSF] kononnya menyalurkan dana bagi membiayai demonstrasi jalanan yang sering diajurkan oleh Baju Kuning[2].
Selepas itu, hangat pula cerita di media sosial yang kononnya [kononnya kali-2] Malaysia sedang dijual, bertujuan menakut-nakutkan orang ramai ekoran lawatan kerja[3] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara China. Alih-alih, cerita tentang minyak masak yang di sorok oleh peniaga, tentang George Soros, tentang Malaysia kena jual senyap seketika. Tumpuan manusia di planet Bumi terarah kepada kejayaan bilionair Donald Trump[4] menewaskan calon Demokrat Hilary Clinton untuk menduduki kerusi di White House[5].
Keputusan yang mengejutkan dunia itu juga membolehkan Donald Trump mengantikan Barack Obama[6] sebagai Presiden AS ke-45 berkuat kuasa pada 20 Januari 2017 manakala Gabenor Indiana, Mike Pence[7] dinamakan sebagai Naib Presiden AS. Kesan dari kejutan dan dasar ketidaktentuan Donald Trump itu mengakibatkan pasaran saham dunia merudum, manakala mata wang dolar jatuh berbanding Yen dan Euro. Mata wang Mexcio, iaitu Peso jatuh pada tahap paling rendah tetapi harga emas naik lebih lima peratus. Begitu juga dengan pasaran saham Jepun, Hong Kong dan Korea Selatan turut jatuh tiga dan 0.6 peratus.
2- Bukan sahaja manusia di kota besar yang shocking atau terlopong mulut, malah masyarakat yang tinggal di pinggir bandar termasuk orang kampung juga ternganga mulut, terkebil-kebil mata, bilamana mendengar Donald Trump sebagai Presiden Amerika [AS]. Barangkali jika ada mahkluk lain seperti kucing misalnya yang mengikuti perkembangan dunia hari ini, tentu kucing tersebut turut terkejut beruk. Mana tidaknya, kemenangan luar jangkaan Donald Trump itu akan memberikan pelbagai implikasi kepada komuniti yang tinggal di planet bumi.
Paling merisaukan ialah penduduk Islam di Amerika itu sendiri. Ini kerana bakal Presiden Amerika itu pernah membuat kenyataan paling kontroversi dalam kempen beliau tentang Islamphobia[8]. Malah, ketika ini masyarakat Islam AS berasa tidak selamat. Mereka takut dan bimbang kerana ramai orang Islam di Amerika yang datang secara sah bukan warganegara AS.
Kebimbangan orang Islam terutama penduduk belah Asia ternyata berasas bilamana Trump berjanji akan memperhebatkan kempen pengeboman untuk menghapuskan militan Daesh. Malah, beberapa penganalisis politik berpendapat serangan ke atas negara-negara Islam [Iran dan Syria] tidaklah mustahil berlaku kerana sifat kebencian Trump kepada pengganas Daesh dan masyarakat Islam.
3- Pada pagi 10 November, pasaran saham dan dagangan komoditi dunia tetiba kembali pulih sehari selepas kemenangan Donald Trump. Berita ini sekaligus menidakkan spekulasi[9] dan ramalan penganalisis kononnya kemenangan Trump akan membawa kesan buruk berpanjangan. Permainan spekulasi dan wayang penganalisis itu membuatkan manusia yang menggikuti perkembangan dunia melihat kesemua pasaran saham utama Asia pulih secara mendadak malah mengalami peningkatan lebih tinggi berbanding kejatuhan yang dialami semalam.
Paling buat kejutan ialah kemampuan saham utama AS iaitu Indeks Dow Jones[10] yang mencecah paras tertinggi dalam sejarahnya, iaitu indeks berada pada paras 18,589.69 mata. Bagaimanapun, nasib tidak meyebelahi ringgit [ayat yang manis gitu!] apabila mata wang [RM] merosot kepada RM4.2595 berbanding dolar, iaitu paras terburuk sejak Januari. Pemerhati pasaran pula menganggap pemulihan saham hari ini hanyalah sementara memandangkan Trump masih belum menjadi Presiden AS secara rasmi.
4- Bukanlah cerita dongeng seribu satu malam sekiranya bakal Presiden AS itu tidak mengotakan ikrar dan janji yang dibuat ketika berkempen dahulu. Antara janji Donald Trump ialah mahu mengusir semua pendatang tanpa izin yang dianggarkan kurang daripada 168,000 orang keluar dari AS. Selain itu beliau akan menyekat kemasukkan imigran dari negara-negara yang dilebal cenderung kepada keganasan termasuk pelarian perang Syria.
Dari sumber Agensi pula memberitahu, Trump melalui dasar luarnaya tidak dapat memberi jaminan perlindungan kepada negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara [NATO] jika di serang. Malah AS akan mengundurkan semua askarnya dari Eropah dan Asia sekiranya sekutu-sekutunya gagal membayar lebih bagi mendapatkan pelindungan AS.
5- Di bawah kuasa Donald Trump nanti, beliau mahu menjadikan Amerika hebat semula dimata dunia. Sudah tentu AS tidak akan memberi laluan mudah kepada China dan Rusia untuk menjadi kuasa besar dunia terutama dalam ekonomi dan ketenteraan. Untuk tujuan itu, Trump bersama-sama anggota Kongres yang dibayangi oleh kebanyakan bilionair Yahudi akan mengatur perancangan teliti seperti membatalkan bayaran berjumlah berbilion-bilion dolar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekiranya tidak mengikut segala arahan dari AS nanti.
6- Berbalik kepada rasa terkejut atas kemenangan Donald Trump, sebenarnya tidak semua yang terkejut atau harian sehingga mulut terlopong atau mengaru kepala walaupun kulit kepalanya tidak ada kerak-kerak kelemumur. Malah segelintir masyarakat di Malaysia terutama golongan marhaen[11] yang kureng arif tentang politik dan ekonomi dunia tentulah tidak ambil peduli. Ini dapat dilihat melalui pengkongsian pautan sesuatu berita dengan membuat ulasan sendiri dimuka facebook misalnya.
Individu yang tahap pemikirannya tidak sihat akan mencari hal-hal semasa negara termasuk berita terkini kemudian meletak pada muka facebook lalu memberi komen yang tidak baik. Ramailah yang menjawab ulasan tersebut manakala berpuluh-puluh lagi menekan butang Like malah ada yang Share tanpa usul periksa.
No comments:
Post a Comment