24 November 2016

Ke TANAH GAMBUT



1- Di Lebuhraya.
Pagi masih muda ketika matahari menghulurkan sinarnya dicelah bukit bukau dan gunung ganang disepanjang banjaran Titiwangsa. Dingin pagi beransur hilang ketika kereta yang dipandu Ammar melepasi jembatan Kuala Selangor kemudian Pasir Penambang dan terus meluncur laju menuju Tanjung Karang. Di Tanjung Karang kami berhenti dipasar basah membeli ikan, sayur dan ulam-ulam sebelum meneruskan perjalanan ke rumah adek Ali yang terletak di Sekincan.


2- Di Sekincan, kami menjemput adek Ali untuk turut serta ke rumah Kak Timah yang terletak di Tananh Gambut. Dari pekan Sekincan, short-cut ikut jalan satu lorong. Dari dalam kereta, retina aku tidak lepas memandang keluar melalui cermin kaca. Saujana mata memandang melihat sawah padi yang menghijau serta burung bangau yang terbang meriuhkan alam. Burung-burung berwarna putih itu hinggap dibatas bendang. Ada yang menyelam kedalam tali air mencari makan. Nun! Sayup-sayup kelihatan dihujung jalan, sekumpulan burung terbang melayang-layang, mengelilingi sebuah bangunan. Bangunan itu digelar orang bendang, sebagai  rumah agam burung walid.

Menjelang pukul duabelas tengahari, kami sampai di rumah Kak Timah. Kami berempat melangkah masuk ke-laman rumah. Di situ ada Abang Ali yang sedang beristirahat disebuah sofa panjang. Kami bersalaman. Menyerahkan sekampit beras, ikan dan sayur-sayuran. Tengahari itu, setelah bersiap mandi dan berwangi-wangi kami pergi ke Masjid Al-Sakirin di Parit Lapan, Tanah Gambut untuk solat Jumaat.




3- Di Rumah Kak Timah.
Bahang panas diluar menerobos masuk melalui jendela yang terbuka. Diatas meja sudah terhidang kari ikan bagok. Karinya pekat. Juga ada goreng ikan sembilang bersama sayur tempe, ulam pegaga, ulam raja, kacang botol, petai rebus dan sambal belacan. Asap dari kari yang pekat itu berkepul-kepul naik ke udara. Kak Timah sibuk menghalakan dua buah kipas kearah meja makan. Abang Ali yang kelihatan sedikit uzur, hanya sengih melihat tingkah-laku isterinya melayan tetamu. Walaupun udara  panas membahang, tidak sesekali mematahkan selera kami. Aku, Mawar, abang Ali, kak Timah, adek Ali dan Ammar, tengahari itu menjamu selera dengan penuh kesyukuran. Alhamdulliah!


4- Petang itu kami memulakan kerja-kerja mengorek, mengisi tanah hitam ke dalam karung guni pelastik dan menyusunnya dalam trak pick-up untuk di bawa balik ke tanah kebun di Lancang Pahang. Tanah gambut yang berwarna hitam itu adalah tanah peroi yang siap berbaja sesuai di-gunakan untuk menyemai benih nangka atau menanam pokok bonsai, ujar adek Ali suatu petang di Lancang.

Melangkah ke pukul 0500, track pick-up yang di pandu Ammar meninggalkan rumah Kak Timah dan Abang Ali yang wajahnya kelihatan sayu ketika kami berjabat tangan tadi. Kereta yang kami tumpangi itu  melalui jalan short-cut yang sama dengan membiarkan cermin tingkap ssedikit terbuka. Biarlah angin dari bendang itu masuk membelai kulit wajah kami. Biar kehijuan padi, burung-burung dan langit senja melihat akan kami yang sedang pulang  untuk mengharungi hidup, mengutip rezeki dari persisiranya. - Cut! 




No comments:

Post a Comment