Malam Itu.
Hujan rintik-rintik masih berterusan barangkali membawa waktu ke tengah malam. Sebaik selesai menonton perlawanan bola sepak, aku dan Baha tinggalkan warung kopi menuju chalet melalui hadapan Jai Guest House, Abot Guest House, Mini Market, Rayyan Hostel dan turun ke bawah kerana ingin melihat bot-bot yang berlabuh di tebingan Sungai Tembeling. Esuk! Ya esuk pagi kami akan melintas Sungai Tembeling untuk melakukan aktiviti jungle trekking.
Pagi Ahad.
Kami awal-awal pagi sudan menungkas melalui lorong sempit yang becak dan sepakat menuju warung kopi berhampiran bus stop. Pagi itu Baha bersarapan nasi lemak dan secawan teh, aku pulak bersarapan sekeping ruti canai dan teh panas. Sarapan pagi itu hanya rm3.00 seorang sahaja[1].
Selesai sarapan, kami berjalan menuju Jetty's Crossing sambil aku mengendong day backpack yang isinya sebotol air mineral [500ml], sedikit biskut, tiga ketul bun kelapa[200gm], kamera, telepon, tuala 'good morning', emergency poncho bernilai rm6.90[2], pemetik api, first-aid plaster dan deep rub [untuk melegakan sakit otot]. Dalam beg si Baha pula, di isi dengan sepasang seliper getah, sehelai seluar mandi, tuala, emergency poncho, selfie monopot, setin mosquito spray, lampu suluh dan sebotol minyak hangat cap kuda.
Kami menumpang bot untuk ke HQ Park Centre [Jabatan Perhiltan Taman Negara] dengan membayar tambang cuma rm1.00 seorang[3]. Singgah di pejabat Taman Negara dan diminta untuk mengisi borong pendaftaran. Bayar untuk permit masuk rm1.00[4] seorang dan lesen kamera rm5.00[5]. Sebelum memulakan jungle trekking, kami membaca peta [trail map] yang dipacak diluar pejabat perhilitan. Ketika itu kelihatan sekumpulan pelajar sekolah menengah bersama beberapa guru sedang memulakan senaman panas badan sebelum melakukan aktiviti rentis dalam hutan.
Kami memulakan langkah pertama, merentis menyusuri tebing Sungai Tembeling menuju Bumbun Chegar Anjing yang jaraknya sejauh 3.1 kilometer. Ketika berjalan, aku bayangkan trek laluan pasti lecak dan berlumpur kerana semalam hujan turun rintik-rintik hingga membawa ke Subuh. Sebaik memasukki kawasan rentis, kelihatan papan tanda yang memberitahu:
'Menghayati keajaiban alam semulajadi. Lindungilah sepertimana alam menghajatinya. Ia adalah syurga dunia'.
Sangat santai kami berjalan di atas titi. Walaupun begitu kami tetap berhati-hati, takut tergelincir disebabkan permukaan titi yang licin. Sambil berjalan kami melihat kesan sondolan dan lopak air yang menjadi kegemaran babi hutan berkubang. Terdengar siulan burung-burung, tupai melompat dari dahan ke dahan. Tumbuh-tumbuhan yang menghijau, ada tinggi ada rendah, ada besar ada kecil. Ada yang sedang berbunga, sedang berputik dan sedang berbuah. Buah-buahan itu pula ada yang boleh di makan, ada yang boleh menjadi ubat dan ada pula yang beracun.
Pelbagai spesis pokok boleh ditemui di sini. Malah, senang pula kita mengetahui jenis-jenis pokok kerana sudah di tanda nama antaranya pokok Lundai, Rambutan Pacat, Sebasah, Macang dan lain-lain. Lebih kurang 30 minit perjalanan, kami berhenti di Lubok Simpon. Sambil meneguk air, kami memerhatikan sebuah bot dengan lima penumpang sedang bergerak, sebuah bot lagi berlabuh di tebing sungai, sepasang pelancung Mat Salleh sedang mandi, seorang lelaki duduk di pondok wakaf sedang makan dan seorang budak lelaki leka bermain di-gigi air.
Hampir 10 minit kami berehat di Lubuk Simpon lalu kami meneruskan perjalanan merentis hutan melalui titi yang terpaksa didaki, sesekali berselisih dengan pelancung Mat Salleh. Kami bertegur sapa dengan berkata 'Hello, good morning' itu sahaja. Kami terus berjalan dan berjalan sehingga sampai pada laluan bertiti yang terakhir. Langkah di teruskan. Kali ini kami terpaksa pula berjalan diatas permukaan single trek yang sedikit lecak. Setelah berjam-jam menelusuri dan kepenatan terasa, akhirnya kami sampai di Bumbun Chegar Anjing.
Di Bumbun Chegar Anjing, kami melepaskan penat dan peluh jantan sudah membasahi separuh kemeja-T yang kami pakai. Kata pakar, berjalan seribu langkah sehari baik untuk jantung tetapi kali ini jantung kami degupnya sangat laju. Terasa lelah. Lelahnya seperti orang mengidap asma pulak. Si Baha lantas membuka baju yang di pakainya kerana kepanasan. Aku pulak meneguk air kerana kehausan. Kami berdua berehat agak lama di sini sambil makan ruti kelapa sambil berbual tentang aktiviti petang nanti.
Tenaga kami sudah pulih. Kami bergerak meninggalkan Bumbun Chegar Anjing dan berpatah balik ke HQ Perhilitan. Berselisih dengan beberapa pelancung lagi dan lebih kurang pukul 1235 tengahari, kami sudah pun berada dalam bot tambang untuk menyeberang. Bayar tambang seringgit seorang[6] dan terus bergegas ke View Floating Restaurant. Lapar dan dahaga sangat. Kami berdua sepakat memesan Char Keow Teow goreng dan air tembikai yang harganya rm12.00[7] seorang.
Balik ke chalet. Mandi. Aku sapu betis yang uratnya sedang tegang dengan minyak hangat cap kuda. Tengahari solat dan terus terlena. Kononnya selepas Asar kami hendak rentis ke Canopy Walkway yang jarak laluannya sejauh 1.9 km sahaja. Oleh kerana keletihan agaknya, kami hanya terjaga ketika azan Magrib berkumandang di handpon aku.
Malamnya, usai solat Isha' kami keluar makan malam sambil layan final bolasepak antara Selangor dengan Kedah. Kedah Juara. Bayar harga makan malam rm9.00[8] dan kami menapak di tengah malam - tiba di chalet pukul 1215 pagi. Pagi Isnin, mandi dan solat. Berkemas untuk pulang ke Kolompo. Serahkan kunci chalet, bergerak ke bus stop. Sementara menunggu bas, kami berdua sarapan teh panas dan ruti canai. Bayar rm3.00[9] seorang.
Dipendekan cerita. Pukul 7.57 pagi bas sampai. Bayar tiket bas rm7.00 seorang[10]. Tiba di Teminal Sentral Jerantut kul 8.45 pagi. Pukul 1010 pagi, bas gerak dari Jerantut menuju Jalan Pekeling Kolompo dengan membayar harga tiket rm18.40[11]. Kami tiba di perhentian bas Jalan Pekeliling jam 1130 pagi. Naik lrt guna kad TouchN'Go ke stesen Masjid Jamek. Menapak ke Selangor Mansion untuk pekena nasi putih, lauk kari kambing masak kurma dengan bayaran rm7.00[12] sepinggan. Lepastu! Lepastu kami berpisah. - Cut!
Nota Kaki:
Perbelanjaan pada hari kedua dan ketika ialah sebanyak rm73.90. Jika dicampur dengan perbelanjaan hari pertama sebanyak rm116.30, maka jumlah keseluruhan bagi perbelanjaan backpacker ke Taman Negara Kuala Tahan [3 hari 2 malam] hanya memerlukan sekitar rm200.00 sahaja. Haa! Apa tunggu lagi, pikul beg dan rehatkan minda di Kuala Tahan.
No comments:
Post a Comment