'Kota Metropolitan pagi itu masih tidak bosan menerima tetamu walaupun di hujung minggu. Kota, diantara salah satu kota yang malamnya orang berjaga dan siangnya bekerja. Kota yang detik sejarah silamnya bermula di pertemuan dua sungai. Sungai yang menyimpan helai-helai sejarah. Mengalir lesu, bercampur-baur, selut dan berlumpur. Selut dan lumpur-lumpur itulah yang dibangga. Dijaja hampir seluruh dunia bahawa kota itu sudah merdeka. Berpuluh tahun sudah aku berkongsi memori di tepi sungai ini. Di lorong, dan di kaki-kaki lima inilah tapak kasut aku pernah menjadi saksi ketika sulitnya mencari hitam putih kehidupan' - 15 July 2017 - Mamak Corner Malayan Mansion KL.
- Kuala Lumpur
Aku sedang bercuti. Cuti kali ini aku mahu bertemu rakan lama si Idris dari Kampung Pandan dan si Hosni dari TTDI. Lokasi pertemuan kami ialah di Mamak Corner, Malayan Mansion, Jalan Masjid India. Sengaja kami mahu melepak di situ kerana tempat itu banyak menyimpan kenangan.
I- Aku sedang berjalan mengampiri bangunan flat Malayan Mansion. Dihadapan kakilima, aku berhenti. Aku hulur seringgit kepada seorang lelaki India dan aku capai akhbar Kosmo! Aku gerak melalui lorong sempit di sebelah lift. Ketika itu orang ramai sedang bersarapan. Aku tarik sebuah kerusi. Duduk. Aku letakan akhbar disudut meja. Meja yang sempit itu ada sesisir pisang montel, telur rebus, cekodok dan beberapa bungkus nasi lemak. Itu pemandangan biasa. Aku keluarkan handpon. Aku hantar sms bagitahu kepada rakan aku bahawa aku sudah sampai di Mamak Coner. Selalunya orang yang kita tunggu akan lambat sampai!
Seorang lelaki India separuh umur datang mengambil pesanan. Aku pesan dua biji telur setengah masak, ruti banjir dan teh tarik. Sambil menghirup teh tarik sambil membaca. Muka depan Kosmo! 'Rakyat Malaysia Antara Paling Malas Berjalan Di Dunia'. Kata pakar, berjalan kaki mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, strok, diabetes, asma dan kanser kerana ia menguatkan jantung dan meningkatkan imun seseorang.
Tak ramai pun orang Kolumpo yang ambik kisah pasal penyakit kronik. Kebanyakan orang lebih suka memandu kenderaan atau menuggang motosikal. Seboleh-bolehnya, mahu meletakan kenderaan mereka di tempat yang paling dekat dengan destinasi yang dituju. Ujar Perunding Kecergasan dan Nutrisi, Kevin Zahari.
Tak ramai pun orang Kolumpo yang ambik kisah pasal penyakit kronik. Kebanyakan orang lebih suka memandu kenderaan atau menuggang motosikal. Seboleh-bolehnya, mahu meletakan kenderaan mereka di tempat yang paling dekat dengan destinasi yang dituju. Ujar Perunding Kecergasan dan Nutrisi, Kevin Zahari.
2- Di atas meja sempit. Segelas teh tarik hanya tinggal buih. Piring sisa kulit telur yang bertindih dengan pinggan bekas ruti banjir sudah kering. Kosmo! Setiap helaian selesai aku selak. Aku mengintai jarum jam jenama adidas yang aku pakai di lengan kanan. Baru pukul 0915 pagi. Masih awal lagi. Aku bagun, membayar harga sarapan dan berjalan keluar melalui lorong di belakang Masjid India. Kaki aku terus melangkah arah ke Jalan Tun Perak.
Jalan Tun Perak tidak pernah sunyi. Jika pagi hujung minggu itu dikata orang Kolumpor masih awal, namun jalan itu telah dipenuhi dengan pelbagai kenderaan. Keriuhan pagi itu disulami dengan bunyi injin kenderaan yang bercampur baur dengan bunyi tayar besi lrt yang melalui landasannya di bahagian atas.
Aku melihat peti mesin atm CIMB Islamic gah tersandar ditepi bangunan. Aku menguak pintu kaca. Di dalam bilik kaca itu sepi. Hanya berdiri megah beberapa mesin layan diri sedang mananti. Aku menghampiri salah sebuah mesin pengeluaran tunai. Masukkan kad yang berwarna merah tua yang sedia tercetak MasterCard dan MyDebit kedalam lubang, tekan punat pengeluaran. Segala-galanya mudah. Semuanya dilakukan dihujung jari. - Entri: Mudah & Cepat 27 April 2016.
3- Aku gerak arah ke Stesen Masjid Jamek. Melintas jalan. Di tepi bangunan, seorang lelaki gelandangan atau seorang pelancung kesiangan, tergesa-gesa, berdiri dihadapan pagar bunga, menarik zip seluar lalu anunya memuntahkan air kuning pekat, yang telah tersimpan berjam-jam dalam pundi kemaluannya. Aku lihat sekali imbas. Lelaki yang bermata sepet, berkulit putih, mengendong backpack warna hitam yang diselit sekali sehelai jacket bercorak warna hijau itu, wajahnya selamber!
Di hadapan pintu berpagar. Seorang pelancung wanita dari negara China, berdiri sambil merakam gambar Masjid Jamek yang sekarang dikenali dengan nama 'Masjid Jamek Sultan Abdul Samad'. Di tepi masjid itu ada sungai. Dua sungai mengalir lesu, sering bertemu. Menyimpan banyak kuntum-kuntum sejarah silam seperti cerita Uda dan Dara yang bertemu, bercinta, akhirnya berpisah.
4- Tika matahari mula menyinar, suasana sekitarnya bertambah sibuk. Aku lihat ramai orang ke hulu, ke hilir. Ada yang berniaga nasi lemak, ada juga yang berjaja buah potong, guna lori pick-up. Tiga pemuda duduk ditembuk, bermenung barangkali memikir sebuku nasib, bagaimana untuk meneruskan kehidupan di kota itu. Ada yang berdiri, menunggu lampu hijau untuk melintas jalan. Ada juga yang baru keluar masuk di Stesen Lrt Masjid Jamek. Pelancung mula ramai. Aku, ke mana lagi arah mahu di-langkah. Aku lelah bila berada di tengah-tengah keriuhan Kota Metropolitan!
Aku duduk disalah sebuah kerusi di taman. Kelihatan di taman itu ada pohun-pohun kurma. Seorang pompuan setengah usia, berbaring. Kedua belah kakinya dilipat bengkuk. Di hujung kakinya ada topi kaledar dan berhampiran kepalanya sebuah beg. Entah apalah isinya didalam beg hitam itu. Tidak siapa peduli. Seorang lelaki, pekerja masjid sedang menyapu sampah di taman. Tidak jauh dari situ, dua lelaki tua juga sedang berbaring berhampiran air pancut. Fikiran mereka kosong!
Datang seorang lelaki berwajah kacukan Asia Barat. Menjinjing sebuah beg plastik. Dia menghampiri pompuan yang sedan berbaring itu sambil menghulurkan sebugkus makanan yang dibelinya dari penjual lori pick-up. Pompuan berwajah murung itu bangun, menyambut sebungkus makanan lalu membukanya. Makan dengan lahap! Lelaki yang berhati mulia itu berjalan pula ke arah air pancut. Menghulurkan bungkusan makanan kepada dua lelaki gelandangan. Seperti pompuan tadi juga, tanpa berdoa, tanpa membasuh tangan terus makan. Ketiga-tiga watak gelandangan itu meninggalkan kertas minyak pembalut makanan di atas kerusi simen. Wajah mereka bertiga juga selamber. Wajah orang-orang yang tidak pernah rasa bersalah gitu!
Datang seorang lelaki berwajah kacukan Asia Barat. Menjinjing sebuah beg plastik. Dia menghampiri pompuan yang sedan berbaring itu sambil menghulurkan sebugkus makanan yang dibelinya dari penjual lori pick-up. Pompuan berwajah murung itu bangun, menyambut sebungkus makanan lalu membukanya. Makan dengan lahap! Lelaki yang berhati mulia itu berjalan pula ke arah air pancut. Menghulurkan bungkusan makanan kepada dua lelaki gelandangan. Seperti pompuan tadi juga, tanpa berdoa, tanpa membasuh tangan terus makan. Ketiga-tiga watak gelandangan itu meninggalkan kertas minyak pembalut makanan di atas kerusi simen. Wajah mereka bertiga juga selamber. Wajah orang-orang yang tidak pernah rasa bersalah gitu!
- 'Awak dimana! Awak dimana!' Bunyi ringtone dari handpon lenova. Aku membuka backpack. Mengeluarkan handpon, menguis screen, lalu menjawab. Ohhh! Si Hosni sudah sampai dan sedang menunggu aku di Mamak Coner, Malayan Mansion. Aku bangun. Berjalan. Melintas Jalan Tun Perak. Masuk ke Jalan Melayu yang arahnya akan membawa aku ke-satu kawasan perniagaan yang sesak. Dibawah satu bumbung itulah orang-orang Melayu yang modalnya kecil, bersaing dengan peniaga-peniaga India yang sudah terkenal di sekitar jalan dan lorong-lorong di situ. - Cut!
No comments:
Post a Comment