Kuala Lumpur.
Pertemuan itu memang telah dirancang. Banyak cerita lama yang dibicarakan. Berpuloh-puloh tahun aku, Idris dan Hosni menyimpan kenangan. Kenangan itu rupanya telah mengakrabkan kami. Ingatan itu belum pergi jauh. Terimbas tentang Bukit Bintang ketika kami menjamah nasi lemak bungkus di gerai ManCo, minum teh tarik digerai Naina dan makan burger di Stall Nazri @Nat. Sesekali kami sepakat berpergian ke Hilton Corner, merasa Yong Tau Foo di gerai Cina. Tidak seorang pun diantara kami, was-was ketika makanan itu masuk kedalam tembolok. - [Mj]
9- Pagi masih remaja ketika kami bertiga sepakat keluar dari gerai Mamak Corner di Malayan Mansion. Ketika melalui lorong demi lorong, ada terasa di umbun-umbun kepala, sang matahari tumpang berjalan bersama. Idris dan Hosni berjalan beriringan sambil pot! pet! pot! pet! dan sesekali kedengaran mereka ketawa. Aku di belakang mereka. Melangkah sambil mata meliar melihat sekeliling.
Aku, Idris dan Hosni baru sahaja melepasi sebuah pasar raya yang jenamanya memang sudah terkenal di Malaysia. Seperti yang diceritakan oleh Subky Latif dalam buku 'Istimewa Terkenang' iaitu pasar raya Mydin yang menjadi gedung perniagaan terbesar dikawasan Jalan Masjid India adalah contoh terbaik peniaga keturunan India dan yang paling berjaya.
Orang Melayu tumpang berbangga dengan kejayaannya kerana Mydinlah yang boleh mewakili Islam dalam perniagaan besar itu. Tetapi dalam apa keadaan pun Mydin adalah keturunan India. Orang Hindu setuju atau tidak setuju, bahawa Mydin itu ada darah India.
Ujar Subky Latif lagi, setakat ini kaum India menguasi beberapa bidang perniagaan. Antaranya mengedar surat khabar, mengedar ruti, menjalankan perniagaan tukaran wang asing, kedai nasi kandar, tapak letak kereta dan lain-lain. Setakat ini belum ada pihak lain dapat menembusi bidang yang dikuasa oleh peniaga India. Maka, tapak yang sudah diduduki oleh peniaga India di Jalan Tuanku Abdul Rahman belum tentu boleh jatuh ke tangan orang lain, tetapi kedai orang lain tidak mustahil jatuh ke tangan mereka. - [Subky Latif - Istimewa Terkenang]
No comments:
Post a Comment