Kuala Lumpur
Aku sedang bercuti. Cuti kali ini aku mahu bertemu rakan lama si Idris dari Kampung Pandan dan si Hosni dari TTDI. Lokasi pertemuan kami ialah di Mamak Corner, Malayan Mansion, Jalan Masjid India. Sengaja kami mahu melepak di situ kerana tempat itu banyak menyimpan kenangan. - [Mj] 15 July 2017.
Intro!
'Awak Dimana! Awak Dimana!'Bunyi ringtone dari handpon lenova. Aku membuka backpack, mengeluarkan handpon, jari telunjuk menguis screen lalu aku menjawab. Ohhh! Si Hosni sudah sampai dan sedang menunggu aku di Mamak Corner, Malayan Mansion. Aku bangun. Berjalan. Melintas Jalan Tun Perak, masuk ke Jalan Melayu yang arahnya akan membawa aku kesatu kawasan perniagaan yang sesak. Dibawah satu bumbung itulah peniaga Melayu yang bermodal kecil, akan bersaing dengan peniaga-peniaga India yang sudah terkenal disekitar jalan dan lorong-lorong di situ.
5- Aku berjalan di siar kaki menuju Mamak Corner. Di-lorong siar kaki berhampiran stesen Lrt Masjid Jamek itu aku lihat seorang wanita bertudung, duduk bersila diatas kakilima. Dihadapannya ada sedikit kertas tissue. Aku menghulurkan kepada wanita buta itu sehelai wang kertas dan mengambil satu paket soft facial tissue jenama Tender Soft buat pengelap peluh nanti.
Tidak jauh dari wanita buta itu, ada seorang lelaki, duduk di kakilima dengan meletakan tongkat disebelah kaki kirinya. Sebelah kakinya berbalut dengan kain putih. Aku tarik sehelai wang kertas dari poket baju, aku hulur dan lelaki itu menyambut dengan ucapan terima kasih. Aku terus melangkah. Dihadapan ada lagi seorang lelaki buta, duduk dikerusi, sedang memegang sekotak tissue, barangkali dari jenama yang sama. Aku menyerakan sehelai wang kertas dan terus berlalu.
Aku membeluk ke arah kanan. Melalui kawasan perniagaan orang Melayu. Berjalan dilorong yang ketika ini aku anggap masih selesa jika mahu dibandingkan ketika waktu puncak nanti hingga membawa ke waktu dinihari. Pastinya sesak giler! Di lorong sempit itu nanti kita akan menyaksi lenggang gadis bergetah[1], berpimpin bersama ibu tua. Dilorong sempit itu nanti kita akan bergesel bahu dengan kumpulan remaja kota yang brutal, sekadar mundar-mandir sahaja. Di lorong sempit itu nanti jika kita bernasib baik akan bertemu orang-orang yang bernafsu serakah. Barangkali, pencuri atau penyeluk saku gitu.
Aku toleh sebelah kanan. Ada bangunan tinggi, namanya Wisma Yakin[2]. Dibelakang bangunan itu mengalir lesu air Sungai Kelang. Pintu utamanya yang berdinding kaca itu sedikit terlindung. Di bahagian bawah itu pula ialah shoplot peniaga-peniaga Melayu yang modalnya tidaklah banyak mana. Terkenal dengan perniagaan baju Melayu, jubah, sejadah, songkok, capal Hang Jebat dan kedai menjual buku agama.
6- Dolu, aku pernah berjalan di kakilima ini. Di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Disinilah tempatnya pelukis setiap pagi berkumpul mencuba nasib. Antaranya Johari Alias, Makmor Jantan, Salleh Dawam, arwah Burn dan lain-lain lagi pelukis. Di sinilah seringkali gagak meriukan alam, bertengek di dahan, pohon ke pohon lalu duburnya memuntahkan najis, bertaburan dicelah-celah akar dipangkal pokok.
Sesudah berpuluh tahun, tidak terasa, waktu melangkah begitu cepat. Tidak ada lagi pelukis melukis. Tidak ada lagi penyanyi berpuisi. Semuanya sudah berhijrah ke daerah bernama Pasar Seni di Jalan Hang Kasturi. Malah, gagak dan tahi-tahi berwarna putih yang dolu bertaburan juga tidak kelihatan lagi. Semunya hanya tinggal kenangan. Zaman remaja sudah pergi, sedang bangunan Wisma Yakin, Masjid India, Malayan Mansion masih utuh walaupun telah dimamah usia.
Menara Masjid India itu masih berdiri dicelah-celah bangunan baru didada kota. Jika mahu megimbas sejarah kewujudannya, Masjid India telah dibina seawal tahun 1863 lagi. Malah pada tahun 1889 Masjid India hadir dalam lakaran peta Kuala Lumpur oleh Kuala Lumpur Land Office. Dari sumber yang boleh dipercayai iaitu DYMM Sultan Selangor, Sultan Alaeddin Sulaiman Shah telah menyerahkan sebidang tanah kepada seorang peniaga India Muslim bernama Mohamad Kassim. Lalu dibina sebuah masjid kayu hasil sumbangan peniaga-peniaga India Muslim disekitar Kuala Lumpur khususnya disekitar Batu Road [sekarang Jalan Tar] ketika itu.
7- Aku terus melangkah. Melalui shop lot bangunan Malayan Mansion. Melihat kedai-kedai yang sudah mula beroperasi. Kebanyakan kedai-kedai itu dimiliki oleh kaum keturunan India. Seperti yang pernah aku terbaca dalam buku 'Subky Latif Istimewa Terkenang'[3] iaitu beliau menceritakan, selepas Merdeka hampir tidak ada kedai orang Melayu. Kalau ada pun di pangkal Jalan Tunku Abdul Rahman [dolu Batu Road] dan Jalan Raja Muda sebuah kedai buku kepunyaan Datuk Aziz yang dikenali sebagai Pustaka Antara.
Ujar Subky Latif lagi, adalah satu dua orang Melayu berniaga, menumpang di restoran Cina, menjual nasi Padang. Ketika itu terdapat juga bangunan Umno setinggi empat tingkat. Tertinggi di jalan itu. Walaupun bangunan itu kepunyaan orang Melayu iaitu Umno, tetapi tingkat bawahnya jadi restoran mamak. Rata-rata kedai di sepanjang Batu Road itu adalah kedai Cina. Orang Melayu hanya berjaja di tepi jalan. Untuk melihat orang Melayu berniaga hanya di Jalan Melayu. Itupun jenis perniagaan ketika itu hanya tertumpu kepada kedai gunting rambut dan gerai makan. Jalan Masjid India masa itu masih kawasan setinggan.
- 8- Aku sudah berada di salah sebuah gerai di Mamak Corner di bawah flet Malayan Mansion. Pelanggan masih ramai. Aku lihat kalibat si Hosni lalu aku memberi salam dan berjabat tangan. Aku mengambil tempat. Tidak lama kemudian, si Idris dari Kampung Pandan datang, memberi salam dan kami berjabat sambil bertanya khabar. Seorang pemuda India cargas, datang mengambil pesanan. Siap! Terhidang tiga cawan teh tarik, apom dan ruti banjir diatas meja berkilat yang sempit. Kami bertiga pagi itu mula bercerita. Pot! Pet! Pot! Pet!
Pertemuan itu memang telah dirancang. Banyak cerita lama yang dibicarakan. Berpuloh-puloh tahun aku, Idris dan Hosni menghimpun kenangan. Kenangan itu rupanya telah mengakrabkan kami. Ingatan itu belum lagi pergi jauh. Terimbas tentang Bukit Bintang ketika menjamah nasi lemak bungkus di gerai ManCo, minum teh tarik di gerai Naina dan makan burger di stall Nazri. Sesekali sepakat berpergian ke Hilton Corner, merasa Yong Tau Foo di gerai Cina. Tidak seorang pun diantara kami, was-was ketika makanan itu masuk kedalam tembolok. - Cut!
Aktiviti sosial bertemu rakan lama. Ngopi sambil berbual secara tidak langsung bukan sahaja dapat mengeratkan persahabatan tetapi dapat juga mengimbas semula detik-detk masa silam. Ketika itulah kita boleh mengetahui sejauh mana otak kita terutama 'kotak memori' berfungsi. Kekadang ketika kita bercerita pasti ada cerita yang kelakar. Membuatkan kita tersenyum atau terus ketawa sehingga hampir pecah perut. Nah! Di situ kita telah mendapat sedikit aktiviti otak, baik untuk wajah serta kehidupan yang lebih positif barangkali. - [Mj]
No comments:
Post a Comment