'Mengembara dengan badget terhad. Mengendong beg besar [backpack] dibelakang - apalah hebatnya. Menggunakan perkhidmatan awam seperti keretapi, komuter atau bas. Kalau boleh tumpang lori triller atau pick-up lebih menjimatkan. Menginap di hotel badget, hostel atau berkemah. Makan di gerai-gerai tepi jalan. Mereka yang suka kepada aktiviti backpacker adalah orang-orang yang sudah bersedia keluar dari zon selesa. Jadilah pengembara bukan pelancung! - [Mj]
Terminal Jln Pekeliling
[Sabtu | 21 April 2018]
Pukul 0715 pagi, kami bertemu di terminal bas Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur. Kami membeli tiket bas ke Jerantut dengan harga rm18.40[1] seorang. Bas dijangka bertolak pada pukul 08.30 pagi. Masih ada masa terluang lebih kurang satu jam gitu! Baha mengajak kami sarapan disebuah gerai Mamak tidak jauh dari terminal bas. Aku dan Idris ikut sahaja cadangan si Baha. Kami bersarapan dengan teh tarik, telur setengah masak dan ruti banjir. Sarapan pagi itu kami bayar cuma rm10.60[2] untuk tiga orang.
Kami telah berada dalam perut bas. Pada pukul 0830 pagi bas gerak meninggalkan terminal Jalan Pekeliling menuju Jerantut. Sebaik bas bergerak mata aku mula mengantuk lalu tertidur. Z-Z-Z-zzz! Aku hanya tersedar ketika bas berhenti berhampiran plaza tol Chenor. Aku lihat Baha dan Idris turun menuju tandas awam. Pada masa yang sama kerja-kerja pemindahan barang [kotak-kotak] dari perut bas ke sebuah kereta berwarna putih sedang dilakukan. Aha! Dapatlah sikit side income buat pemandu bas express!
2- Bas meluncur laju. Di kiri-kanan jalan raya kelihatan ladang kelapa sawit, pelbagai warna dan logo bendera parti serta kerja-kerja baik-pulih jalan raya. Semua ini mewarnai perjalanan kami sekitar Jengka. Menghampiri pukul 1100 pagi, bas berhenti di Jengka Sentral - Pusat Bandar Jengka. Ramai pelajar perempuan dan sedikit pelajar lelaki turun dari bas. Tinggal beberapa orang penumpang sahaja yang akan meneruskan perjalanan ke Bandar Jerantut.
3- Melangkah ke pukul 1205 tengahari, bas yang kami tumpangi sampai di Terminal Jerantut. Aku dan Baha bergegas ke tandas, sementara Idris menunggu di salah sebuah gerai makan. Usai melepaskan hajat, kami bertiga makan tengahari di gerai tersebut. Sambil makan, aku sempat bertanya kepada salah seorang pekerja gerai, tentang jadual perjalanan bas ke Kuala Tahan. Pukul 0300 petang baru ada bas ke Kuala Tahan, ujar pekerja gerai tersebut. Ishhh! Kami macam tak percaya pulak!
Selesai makan tengahari dengan bayaran rm21.00[3] untuk tiga orang, aku segera ke kauter tiket untuk bertanya sekali lagi tentang jadual perjalanan bas ke Kuala Tahan. Kali ini baru aku percaya. Betul! Bas hanya gerak ke Kuala Tahan pada pukul 0300 petang. Dari info salah seorang pekerja kauter tiket iaitu jadual bas[A] pada pukul 0100 tengahari telah dibataklan atas sebab kekurangan penumpang. Gitu Pulak!
4- Kami hanya berlegar-legar di sekitar Terminal Jerantut. Aku membeli sepasang selipar rm12.00, mineral water rm1.00 dan sebungkus choklat wafer rm3.00[4] Penat berjalan, lalu kami melepak disalah sebuah kerusi menunggu di Terminal Jerantut sambil borak-borak kisah silam. Seorang lelaki warga emas, berkopiah putih serta memegang tali beg yang disilangnya dibahu kanan, senyum kepada kami dan terus duduk di sebelah Baha.
PokCik yang berumur 76 tahun itu bagitahu kami, beliau datang dari Temerloh dan sedang menunggu bas pukul 0300 petang untuk balik ke-rumah. Tidak pula aku bertanya beliau hendak balik ke mana. Yalah! Takut dikata penyebuk pulak!
Pukul 0245 petang, pintu bas ke Kuala Tahan dibuka. Penumpang, termasuk lima orang pelancung Mat Salleh masuk ke dalam bas. Injin bas dihidupkan. Seorang wanita bertudung memegang tiket bas meminta bayaran. Kami bayar tambang rm7.00[5] setiap seorang. PokCik yang peramah itu juga naik bas. Aku lambai tangan minta lelaki itu duduk disebelah aku.
"PokCik! Jangan duduk jauh di belakang, nanti lambat sampai. Duduklah kat depan, cepat sampai"
Aku sekadar bergurau.
Kg Kuala Tahan
Pukul 04.50 petang
5- Tiba di perhentian Kuala Tahan dalam keadaan cuaca panas. Kami bertiga sepakat berjalan kaki menuju Mahseer Chalet[B] melalui celah-celah lorong sempit di belakang sekolah. Mendaftar dan bayar rm110.00[6] bilik untuk tiga orang termasuk sarapan pagi. Kami mandi dan solat bergilir-gilir.
Perut lapar. Kami keluar dari chalet, menapak menuruni tangga di kaki bukit, menuju barisan gerai terapong yang mereka dirikan berhampiran jeti untuk ke seberang. Di gerai itu aku memilih minum petang dengan sepinggan meehoon dan segelas teh O iced limau dengan harga rm8.00.[7]. Lepas itu kami berjalan-jalan, mendaki bukit dan melihat pemandangan di sekitar perhentian bas. Ketika ini cuaca panas di-sekitar Kuala Tahan lalu kami singgah di sebuah gerai dan minum lagi.
Ketika mentari merah pelan-pelan hilang dari pandangan, kami pun balik ke chalet, mandi dan solat. Usai solat kami keluar semula ikut lorong sempit yang sedikit gelap, berjalan menuju gerai yang terletak di-simpang tiga berhampiran sekolah. Malam itu aku makan koew teow goreng[8] sambil layan bola sepak. Sebaik sahaja selesai tenguk bola sepak, kami balik ke chalet. Mahu tidur awal kerana pagi esok kami akan ke seberang. Mendaftar di pejabat Perhiltan Taman Negara untuk melakukan aktiviti jungle treckking arah ke Canopy Walkway. Z-Z-Z-zzz! - Cut!
Nota:
[A] Jadual Bas ke Kuala Tahan : Hanya ada dua trip iaitu 0800 pagi dan 0300 ptg. Dari Kuala Tahan ke Jerantut : 1000 pagi dan 0500 ptg sahaja.
[B] Mahseer Chalet : Kg Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang.
No HP: 3832 633 | 09-2662 563 e-mel : mahseerchalet@gmail.com
Perbelanjaan 1st Day
[1] Tiket Bas KL - Jerantut Rm18.40
[2] Sarapan Pagi Rm3.50 [3]Makan Tengahari Rm7.00
[4] Beli Seleper, Mineral Water dan Choklat Wafer Rm16.00
[5] Tambang bas ke Kuala Tahan Rm7.00
[6] Sewa bilik di Mahseer Chalet Rm36.60
[7] Minum Petang Rm8.00 [8]Makan Malam Rm7.00
Jumlah : Rm103.50 sahaja [satelah dibahagi tiga]
No comments:
Post a Comment