10 April 2018

SEMBANG KENCANG!





  • Merujuk kepada Kamus Dewan - Edisi Baru iaitu maksud istilah 'Persepsi' ialah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran [tentang sesuatu], pandang menerusi pancaindera, tanggapan kekuatan imaginasi, kepekaan terhadap alam dan kehidupan. - Kamus Dewan Ms954


Lancang

Pada suatu pagi, aku keluar ke pekan dengan motosikal untuk bersarapan. Suasana pekan kelihatan riuh rendah dengan orang ramai berjual beli di pasar pagi atau di sebut oleh orang tempatan sebagai 'Pekan Sari'.

Aku berhentikan motosikal dekat dengan salah sebuah kedai makan. Di situ ada dua buah kedai makan yang beroperasi menyediakan menu sarapan pagi. Di belah kiri, menunya ialah nasi lemak berlauk, pulut rendang ayam dan meehoon goreng. Kedai belah kanan biasanya ramai pelanggan kerana menyedikan menu popular iaitu ruti canai dan ruti telur. Jika hendak dibandingkan dengan gerai atau kedai makan lain di pekan ini, aku tak tipulah - ruti canainya memang sedap!

Aku membuka topi keledar sambil memerhatikan kedai mana yang masih ada meja kosong. Aku memilih kedai belah kiri kerana aku lihat masih ada dua meja bercantum yang masih kosong. Aku melangkah masuk dan mengambil tempat di hujung sekali berhampiran kauter pembancuh air. Aku pesan segelas teh panas dan pulut rendang ayam kepada seorang pembantu kedai.

2- Aku bangun ke meja sebelah. Aku capai naskah akhbar Kosmo! yang muka hadapannya nampak lusuh dek kerana ramai orang membaca barangkali. Ada juga terdapat kesan sambal tumis dan bekas air kopi - memang nampak macam pembukus belacan gamaknya. Sambil menikmati sarapan, aku menyelak helai demi helai akhbar Kosmo! yang antara beritanya mengenai penangkapan raja dadah rakyat Malaysia dikenali sebagai AJ yang cuba mendalangi percubaan menyeludup 700 kilogram [kg] syabu[1] untuk memasuki Malaysia pada hujung bulan lepas.

Berita selebihnya atau yang paling banyak ialah tentang Pilihan Raya Umum ke-14 [PRU-14] yang gendang perang sudahpun dipalu bagi pengundi di Malaysia untuk memilih kerajaan baharu. Maka bermulalah perang mulut serta perang menggunakan media sosial bagi tujuan manipulasi fikiran pengundi. Beruntunglah, pengundi generasi hari ini, kerana boleh mencari maklumat tentang calon yang hendak dipilih dengan hanya sekali klik!

Hanya menguis-guis jari telunjuk di pemuka screen, mereka yang mempunyai telepon pintar akan mula melakukan propaganda bagi manipulasi tanggapan orang ramai tentang personaliti calon serta manifesto[2] parti melalui laman sosial seperti facebook, grup WhatsApp dan lain-lain lagi. 

Ramai pihak, termasuk kerajaan dan pembangkang berkata bahawa PRU-14 kali ini adalah ibu segala pilihanraya di Malaysia yang paling sengit dan mendebarkan. Malah kata seorang kenalan aku, ia boleh mengalahkan pemilihan penuh debar ketika rancangan tv Maharaja Lawak Mega, jika hendak dibandingkan. Entahlah! Aku sendiri pun tidak faham dimana hebatnya Maharaja Lawak Mega, pasal aku tidak mengikuti siaarannya. - Cut!

4- Aku baru sahaja menghabiskan sepinggan pulut berlaukan rendang ayam bilamana dua orang pelanggan lelaki masuk dan duduk dihadapan aku. Lelaki Melayu itu menegurku manakala lelaki Cina itu hanya sekadar senyum kambing[3] menampakan gigi kuningnya gara-gara terlalu banyak menghisap rokok barangkali.

Aku menunduk kepala, sambil membaca akhbar, berharap dua lelaki dihadapan aku tidak menggangu aku dengan 'sembang kencang' tentang politik dan pilihanraya. Tetapi itu tidak terjadi. Sebaliknya, lelaki Cina itu dengan selambe'[4] bertanya kepada aku dan aku terpaksa melayan lelaki tersebut.

"Lu ala akat rem?"

"Apa itu rem"

"Itu Najib
kasi punya, b'bilim"

"Ohhh! Brim. Kenapa?"

"Haiya, dolu ta'un saya lapat rm400.00, ini ta'un saya lapat rm300.00. Taktau apa pasat!"

Aku tidak terus menjawab soalannya. Aku cuba melarikan pandang, tunduk - menyelak akhbar Kosmo! Memang aku tidak arif dalam hal pembayaran Brim. Aku memang tidak mahu terjebak dengan bual bicaranya, namun apakan daya, lelaki Cina itu terus membebel[5] sambil, tangannya memegang sudu, mengacau air teh yang bercampur dengan susu itu.

Sesekali lelaki Melayu di sebelahnya menyampuk. Menokok-tambah cerita-cerita karutnya tentang gst, tol, brim dan kenaikan  harga barang. Sungguh, aku seperti seorang yang sedang diserang 'kebiadaban' bilamana dua orang lelaki yang tidak aku kenali itu terus menerus 'sembang kencang' tentang Jho Low, IMDB, kenaikan kos sara hidup dan bermacam-macam lagi.

5- Dalam kekalutan itu, mahu saja aku bangun meninggalkan dua lelaki itu menuju kauter pembayaran. Biar dua lelaki itu terpingga-pingga dengan mulut terlopong. Ya! Perbulaan itu buat hati aku sakit. Tanpa sedar, aku bangun,  bayar harga sarapan dan terus melangkah keluar. Aku mungkin dilihat oleh dua lelaki itu sebagai kurang ajar. Biarlah, apa tanggapan mereka berdua tentang aku, janji fikiran aku tidak diracun dengan cerita-cerita propaganda pilihanraya.

Aku hidupkan injen motosikal. Sarung topi keledar dan bergerak menuju deretan rumah kedai dua tingkat yang masih kekal beratap zink dan berdindingkan papan. Di salah satu kedai di-situ, ada seorang wanita India menjual akhbar dan majallah. Aku membeli akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia. Kali ini aku mahu sambung membaca di Restoran Nara Sea Food yang lokasinya bersebelahan dengan Mempaga Supermarket.

Aku mempakir motosikal betul-betul dihadapan Restoran Nara dan retina aku mengecil, memandang ke dalam restoran. Cantik! tidak ramai pelanggan. Hanya ada lima meja pelanggan sedang bersarapan, itu pun kebanyakannya warga emas. Aku mengambil tempat disudut restoran. Kali ini aku berharap sangat tidak diganggu ketika sedang membaca.

6- Di restoran, aku hanya memesan teh O panas. Sambil meneguk sedikit demi sedikit air yang masih hangat, aku mula membaca akhbar Sinar Harian edisi Pahang. Beritanya lebih kurang sama dengan akhbar-akhbar harian lain iaitu tentang Manifesto Barisan Nasional dan PRU-14. Tidak ada berita baik tentang Pakatan Harapan begitu juga jika kita membaca akbar on-line Malaysiakini atau  Harakahdaily, tidak banyak kebaikan tentang Barisan Nasional [BN].

Berbalik kepada cerita tentang 'Berita Tidak Benar' di media sosial. Baik di portal berita, blog, grup WhatsApp atau facebook, jika kita rajin singgah pasti akan menemui berita palsu atau dolu-dolu disebut orang sebagai 'Khabar Angin'. Boleh dikatakan berita-berita tersebut hanyalah sebagai propaganda yang telah dirancang untuk menjenamakan imej seseorang calun bagi tujuan memenangi pilihanraya.  Kebetulan pula aku memang tidak memiliki akuan WhatsApp. Jadinya, bersihlah sedikit minda aku dari menerima dan membaca berita tidak sahih atau cerita-cerita yang suka mengaibkan orang lain.

Punbegitu, aku masih memiliki akaun facebook. Dari facebook itulah aku dapat mengetahui arah tuju rakan-rakan aku. Ada yang arah ke-kanan ada yang ke-kiri dan ada juga rakan aku yang seperti lalang. Mereka [netizen] suka berkongsi berita-berita palsu serta berlumba-lumba untuk menjadi 'wartawan segera' dalam memuat naik berita-berita palsu tersebut. Mereka itu hanya mahu menagih like atau ada udang di sebalik batu[6]. - Cut!


Maknanya:
[1]Syabu [2]Manifesto [3]Senyum Kambing [4]Selambe'[5]Membebel [6]Ada Udang di Sebalik Batu.







No comments:

Post a Comment