28 April 2018

[3] BERMALAN di KUANTAN


Angin tengahari berhembus. Daun-daun kering berterbangan jatuh di perdu. Kami bertiga pulang menggikut jalan yang kami datang. Setelah penat berjalan, kami sampai di simpang, ada papan tanda di situ. Si Baha mahu jalan panjang, tambah lagi 600 meter. Aku dan Idris menggikut sahaja. Akhirnya pada pukul 0105 tengahari lebih kurang, kami tiba di Park Center dengan selamat. - Cut!


Kuala Tahan | Ahad

Setelah berehat sekita di Park Center, kami segera menyeberang, tumpang bot tambang rm1.00 setiap seorang. Tanpa di arah, terus sahaja kami berjalan ke gerai terapung untuk makan tengahari[1]. Baha memesan nasi putih, semangkuk sup campur. Aku dan Idris ikut juga memesan nasi putih dan semangkuk sup daging. Air minuman pula, si Baha minta buatkan satu jag air sirap. Fuhhh! Dahaga sangatlah tuu!


Usai makan tengahari, kami bertiga berjalan pulang ke sarang di Masheer Chalet. Si Baha singgah di pejabat Masheer Chalet, tambah semalam lagi dan bayar rm110.00[2]. Aku dan Idris pula, terus sahaja masuk chalet, mandi, solat dan teridur. Lepas Asar, kami bertiga keluar untuk minum petang di gerai terapung. Minum petang[3] kami kali ini ialah Teh O Iced dan semangkuk kentang goreng.

Kalau ikut atas kertas, aktiviti petang Ahad kami ialah mandi sungai di-Lubuh Simpon yang jaraknya hanya 1.0 km dari Park Center. Sayangnya, hasrat tersebut terpaksa kami pendamkan sahaja kerana sudah keletihan. Jadual malam kami, hanyalah lepak di beranda chalet sambil berbual-bual kosong. Lepas itu, pukul 1030 malam kami keluar untuk makan malam[4]. - Cut!





2- Ketika matahari Isnin datang bersama sinar yang segar, kami bertiga telah pun berada dalam dewan makan Masheer Chalet, kami sedang bersarapan. Tepat pukul 0915 pagi, kami tinggalkan Masheer Chalet, berjalan menuju perhentian bas. Memandangkan bas hanya akan tiba pada pukul 10.00 pagi, kami bertiga minum[6] sekali lagi di sebuah gerai berhampiran perhentian bas.

Pukul 0940 pagi, bas tiba di Kuala Tahan. Kami bertiga bersama beberapa orang pelancung Mat Salleh menaiki bas tersebut[7]. Bas bergerak meninggalkan Kg Kuala Tahan pada pukul 1005 pagi menuju Bandar Jerantut. Bas yang kami tumpangi tiba di Terminal Jerantut pada pukul 1130 pagi. Aku bergegas ke tandas. Baha dan Idris membeli tiket bas untuk ke  Terminal Kuantan[8]. Sementara menunggu bas gerak ke Kuantan pada pukul 0230 petang, kami bertiga ronda-ronda di sekitar Bandar Jerantut.


Kuantan | Pukul 0545 petang.

3- Bas yang kami tumpangi tiba di Kuantan Sentral. Kami bergilir-gilir masuk ke tandas. Turun ke bawah, naik bas rapid, menuju ke pusat bandar Kuantan[9]. Sampai di Hentian Bandar, naik pula bas rapid No 100 yang akan melalui Jalan Besar. Kami minta kepada pemandu rapid, tolong turunkan kami berhampiran Seven'E Jalan Besar berhampiran taman.

Kami mengatur langkah menyusuri lorong di taman, menuju Classic Hotel. Aku mendaftar di kaunter dan bayar rm130.00[10] untuk sebuah bilik tiga katil, tanpa sarapan pagi. Kami masuk ke bilik 305, mandi dan solat Magrib.

Malam itu, usai solat Magrib, kami bertiga keluar besiar-siar di bandar Kuantan. Suasana malam itu sama seperti malam di bandar-bandar lain. Jalan-jalan dipenuhi dengan kenderaan yang bersimpang-siur. Di tambah pula dengan limpahan  lampu neon serta keriuhan orang ramai berjual-beli di pasar malam depan masjid negeri. Memang nampak meriah!


Si Baha sempat membeli makanan kegemaran iaitu sotong celup tepung. Perut kami mula berkeroncong. Aku cadangkan segera mengisi perut di kedai Mamak kerana aku teringin hendak makan ruti pisang. Baha dan Idris setuju lalu kami bertiga menapak ke Restoran Mamak yang terletak di Jalan Besar.


Di restoran Mamak, kami memilih  meja di siar kaki mengadap taman. Malam itu seperti yang dihajatkan, aku makan ruti pisang dan segelas teh tarik[11], manakala si Baha dan Idris masing-masing memesan mee goreng mamak dan teh iced . Usai makan malam kami berjalan semula ke pasar malam. Idris membeli kudapan dan lepat pisang. Pukul 1000 malam, kami sudah berada di dalam bilik. Sementara Idris solat, Baha masuk bilik air, aku pula membancuh secawan nescafe segera. Malam itu kami layan bola sepak. Entah pukul berapa gamaknya dan siapa pula yang offkan tv, aku tidak tahu kerana aku sudah di jemput lebih awal untuk beradu. - Z-Z-Zzz!


4- Pukul 0830 pagi
Kami turun ke lobby Classic Hotel, serah kunci bilik dan ambil deposit. Berjalan kaki arah ke restoran Mamak melaui taman berhampiran muara sungai Kuantan. Sempat kami merakam gambar sebelum melintas jalan dan bersarapan di restoran Mamak. Sarapan pagi[12] dengan telur setengah masak, ruti banjir dan teh tarik.

Setelah membayar harga sarapan rm13.00 untuk tiga orang, kami melintas jalan menuju hentian bas berhampiran outlet Seven'E. Tidak lama menunggu, bas RapidKuantan tiba. Bayar tiket rm2.00[13] setiap seorang untuk ke Hentian Bandar. Dari Hentian Bandar naik lagi sebuah bas[14] untuk ke Kuantan Sentral. Tiba di Kuantan Sentral pada pukul 1030 pagi, terus sahaja membeli tiket bas, Kuantan - TBS  dengan harga rm18.00 sahaja. - Cut!

Nota:


No comments:

Post a Comment