31 July 2013

AHLI SUNNAH Vs SYIAH



                    Mukadimah!

As Salam!  Hari ini orang Melayu Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jemaah (ASWJ) telah diserang dari segenap penjuru termasuk orang-orang Islam versi Syiah. Sejak wujudnya golongan Syiah diMalaysia, seluruh umat Islam ASWJ telah bangun menentang mereka. Para ulama Islam dunia juga telah banyak mengarang ribuan kitab bagi menjawab dan menolak fahaman sesat dan salah ini. 

                    Erti Sunnah


Dalam istilah ulama-ulama Hadis iaitu : Apa yang ditinggalkan Nabi SAW daripada ucapannya, perbuatan, penetapannya, kelakuan peribadi, akhlak dan riwayatnya sebelum ia diangkat menjadi Nabi atau sesudah itu. Sebagaimana yang pernah ditulis oleh Al-Qasimi atau Syaikh Tahir Al-Jazairi, yang pertama dicetak di Damsik dan yang kedua dicetak di Mesir. 

Tetapi erti Sunnah dalam istilah ulama-ulama Usul ialah apa yang diucapkan, diperbuat atau ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW. Adapun takrif Sunnah menurut ahli Fiqah ialah sesuatu yang sudah tetap mengenai Nabi selain daripada yang fardu dan wajib. Selanjutnya Sunnah ini diertikan menurut istilah ulama fiqah iaitu sesuatu yang jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. 


               Ahli Sunnah Wal Jamaah! 

Bahawa istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah lahir atas minat Al-Asy'ari yang mempersatukan ulam-ulama Ahli Hadis dan Ahli Ra'if dalam suatu ikatan untuk menentang pendirian Muktazilah, yang dalam sesuatu hukum lebih mendahului akal daripada nas jelas dalam sejarah fiqah.

Sunnahku! Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umar, Rasulullah tegas mengatakan "Barang siapa memegang kepada Sunnahku, ia termasuk umatku dan barangsiapa tidak suka kepada Sunnahku, maka ia tidak termasuk umatku" (Riwayat Ibn Asakir). Anas bin Malik juga pernah meriwayatkan sebuah hadis Rasullulah yang berbunyi "Barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku, ia mencintai daku dan barangsiapa mencintai daku ia akan bersama aku ke dalam syurga" (Riwayat As-Sindi). Kata Rasullulah SAW: "Amal perbuataan sedikit tetapi dalam garis Sunnah, adalah lebih baik daripada amal perbuatan yang banyak daripada yang bersifat bidaah". Hadis itu diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan disiarkan oleh Ar-Rafi'i.

Perpecahan! Rasulullah SAW pernah menggambarkan, bahawa sesudah beliau wafat, umat Islam akan berpecah dalam 73 (tujuh puloh tiga) golongan iaitu 72 golongan akan masuk neraka dan hanya satu di antara golongan itu yang masuk syurga iaitu golongan jamaah. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang kita ketahui dari sejarah adalah lebih luas dan ditujukan kepada ikatan ulama-ulama ilmu kalam, ulama-ulama fiqah, imam-imam tafsir yang bergabung dalam ikatan tersebut untuk menghadapi serangan-serangan dari Muktazilah, Khawarij dan Syiah dalam segala bentuk aliranya.


                
                 Syiah di Malaysia! 

Di Malaysia terdapat tiga kumpulan Syiah yang berkembang sejak beberapa tahun lalu iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiyah Agha Khan dari Syiah Ja,fariyah @Imamah Ithna Assyariyyah (Imam Dua belas).

Syiah Taiyibi Bohra! Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan ini berpusat di daerah Kelang mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah! Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

Syiah Ja'fariyah! Kumpulan Syiah Imam 12 ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kajayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini bertambah melalui bahan-bahan bacaan dan orang persaorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

                  Fahaman Syiah

Penyelewengan! Dari sudut akidah fahaman Syiah iaitu Khalifah diwasiatkan secara Nas. Imam adalah maksum, Ilmu Allah akan berubah-rubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia. Penyanjungan  yang kerterlaluan kepada saidina Ali dan hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna. Juga menambah nama Saidina Ali dalam syahadah. Syiah juga menghalalkan nikah mutaah dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir.

Penyelewengan Umum! Mereka akan menziarahi kubur Saidina Hussein  dan mereka perpendapat ganjarannya adalah syurga. Kumpulan Syiah ini akan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Hussein. Mereka juga menghina isteri-isteri Rasulullah SAW, mengharuskan sembahyang jamak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab, bagi mereka sembahyang duha adalah bidaah, wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh kedua-duanya serta Islam bukanlah syarat wajib Haji. 


Nota Kaki : Islam versi Syiah serta kumpulan kecil Darul Arqam, Taslim, Qadiani, Bahai dan juga (kader-kader Zonis) dari gerakan Freemasonary inilah yang menjadi duri dalam daging kepada jemaah orang Melayu. Tidak mustahil kumpulan kecil ini juga telah menyusup masuk dalam demotrasi jalanan baju kuning (bersih tapi tak suci), tunjuk perasaan baju hitam (blackout) yang akhirnya mereka-mereka ini telah menjadi musuh dalam selimut! - Wallahhu'aklam!

@Sumber : Sebahagian rencana yang aku taip ini aku rujuk pada buku  Ahlus Sunnah Wal Jama'ah karangan Prof Dr H.Aboebakar Aceh dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment