19 July 2013

SALAM RAMADAN!


Assalamualaikum! Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada kenkawan yang sedang membaca blog MJ-Kakiconteng. Ketika ini langit Ramadan kelihatan cerah dan umat Islam diseluruh dunia sedang bergembira kerana kedatangan Ramadan sebagai bulan untuk beramal ibadah.

Tazkirah! Aku baru sahaja balik dari menunaikan sembahyang Jumaat, mendengar Tazkirah Ramadan mengenai santapan rohani dan jasmani. Saperti kata Ustaz iaitu tubuh manusia (jasmani) memerlukan makanan dan minuman untuk terus hidup, begitu juga rohani (roh kita) yang perlukan santapan berupa aktiviti ibadah sambil mengharap keredaan-Nya.

Sambung Ustaz lagi, sekiranya manusia memakan makanan yang tidak baik maka tubuh manusia akan menjadi lemah dan sakit.  Begitu juga halnya dengan roh. Andainya kita melakukan amalan  tidak baik pasti rohani kita juga menjadi rosak. Begitulah secara ringkasnya tazkirah yang aku dengar dimasjid tengahari tadi.

Port Ponteng Puasa! Dibulan Ramadan ne, bukan semua umat Islam buat amal baik. Saperti yang dilaporkan oleh akbar iaitu sebuah kedai makan Melayu berdekatan Istana Budaya di Tasik Titiwangsa menjual nasi campur seawal pukul 12 tengahari kepada kaki ponteng puasa. Difahamkan, kedai tersebut memang popular bagi kaki ponteng puasa kerana selalu terlepas dari tindakan pihak berkuasa. 

Di Kangar! Seorang pemuda ambik jalan mudah untuk dapatkan modal menjual air soya di sebuah bazar Ramadan, apabila tergamak melakukan kegiatan memecah tabung masjid sepanjang bulan Ramadan. Pemuda tersebut setakat ini telah berjaya memecah dan melarikan wang tabung di enam buah masjid.

Kisah dan Tauladan! Dua kisah tadi tu adalah segelintir umat Islam yang tidak mampu untuk berbuat baik dan suka melanggar segala  peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tu belum lagi kes curi lembu pasal nak jual dagingnya menjelang Hari Raya. Ada gak kes  menyeludup masuk mercun dan bunga api pada waktu berbuka yang berlaku di Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Canglun. Jika mercun tersebut bolos, aku agak pasti ramai lagi bebudak Melayu cacat. Bakar dan main mercun ne bukan amalan di bulan Ramadan, ini amalan orang Cina nak halau hantu setan!

Udahlah tak puasa, makan pulak tu menunjuk-nunjuk. Selamba jer makan dan hisap rokok kat food court. Lepas tu siap beratur kat kedai ramalan nombor. Bebudak pompuan pulak, keluar rumah pakai tudung tapi masih lagi nampak leher dan tangan. Kekadang tu siap boleh nampak pusat lagi! Orang bukan Islam terutama orang Cina sentiasa memerhatikan gerak-geri orang Islam. 

Penghinaan! Tupasal orang bukan Islam buat ancaman dan penghinaan kepada umat Islam. Mereka lihat orang Melayu Islam sendiri mempermainkan kesucian Islam terutama di bulan Ramadan. Kita akan jadi marah bila Wakil Vatican Joseph Marino, menyokong penuh tuntutan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian di negara ini. Kita juga naik angin dan rasa tercabar bila pasangan budak Cina si Alvin Tan dan Vivian Lee menghina umat Islam.

Public Enemy! Segelintir orang Melayu Islam seperti aku sebutkan tadilah yang menjadi  'Public Enemy' bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia hari ini. Mereka udah tak kisah pasal hukum-hakam, peraturan dan undang-undang Islam. Selagi tiada pengutkusaan dari pihak berwajib, selagi tulah kes-kes umat Islam ponteng puasa, beli nombor ramalan, curi lembu, seludup mercun, berpakaian tidak senonok dan berbagai lagi akan berulang.


Nota Kaki : Berita terkini mengenai pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee ialah mereka berdua udah didakwa di Makamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan. Hakim Murtazadi Amran tidak membenarkan pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin dan si Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh, manakala si Vivian pula dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula perbicaraan pada 23 Ogas depan. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya!  Kita Tungguuuuuuuuuu!   

No comments:

Post a Comment