27 July 2013

RATU CANTIK, SHISHA & SYIAH





Assalamualaikum! Umat Islam terus menerima penghinaan dibumi sendiri. Orang yang menghina Islam bukan sahaja terdiri dari orang-orang kafir, malah orang Melayu Islam juga tidak terkecuali menghina Islam dengan beberapa kes seperti menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa secara terbuka. Membeli nombor ramalan, cari makan sebagai GRO, menyertai pertandingan ratu cantik, berjudi disiber cafe, bekerja sebagai bar tender, hisap dadah dan bermacam lagi.

Malaysia Boleh! Cogan kata ne asalnya nak menaikkan semangat ahli sukan tapi udah digunapakai pulak oleh orang Islam sebagai lesen untuk menentang fatwa berkaitan hukum iaitu wanita Islam adalah haram dan berdosa menyertai pertandingan ratu cantik yang telah diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor pada 1995 dan diwartakan sekali lagi pada 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).


Tiada Kompromi! Pihak berwajib diharap tidak pandang sebelah mata mengenai isu empat finalis pertandingan ratu cantik, walaupong mereka udah memohon maaf. Begitu juga dengan Sister In Islam (SIS) yang turut mempertikaikan fatwa yang mengharamkan peserta wanita Islam dalam pertandingan tersebut. Pihak berkuasa agama mesti melakukan siasatan dan bertindak tegas agar menjadi pengajaran kepada orang lain. 


Haramkan Shisha! Seperti yang dilaporkan iaitu umat Islam diseru menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, proses penghasilan fatwa meliputi pelbagai prosedur dan kajian terperinci, malah tidak dibenarkan samasekali bersifat peribadi. 

Kajian! Lebih setahun lalu dengan merujuk al-Quran  dan hadis serta pakar kesihatan menunjukkan shisha memudaratkan kesihatan disamping membawa budaya melepak sehingga larut malam, membuang masa dan menyalahi syariat Islam. Kata Nooh lagi, berdosa bagi umat Islam yang menyedari mengenai fatwa pengharaman shisha namun tetap melakukannya semata-mata kerana tidak bersetuju, malah boleh menjadi murtad kerana menghalalkan sesuatu yang haram.

Fahaman Syiah! Dolu-dolu tak pernah pulak aku dengar isu pasal fahaman Syiah di Malaysia boleh mencetuskan keresahan pada umat Islam yang mojoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Malah rasa resah-gelisah ahli sunnah tidak pernah dilapurkan kerana masa itu mungkin Persatuan Syiah Malaysia belum lagi dapat peluang untuk bergerak aktif. 

Hari Ini! Isu Syiah mula diperdebatkan malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi telah mengisytiharkan iaitu Pertubuhan Syiah Malaysia adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. 

Dari Sumber Polis! Iaitu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengesan beberapa pusat kegiatan Syiah yang terletak di Selangor iaitu di Taman Seri Gombak dan sebuah permis rumah kedai di Ukay Perdana. Di negeri-negeri lain terletak di Pendang dan Sungai Petani diKedah, Taiping-Perak serta di Kota Bharu Kelantan. 

Bercangah! Seperti komentar dari Sahbulah Darwi (Khabar Dari Alor Setar) iaitu antara fahaman Syiah ialah menolak bahkan mengkafirkan semua sahabat Rasullulah SAW seperti menuduh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab r.hum membuat konspirasi untuk mendapatkan kuasa kepempinan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Syiah juga turut mendawa wahyu sepatutnya diberikan kepada Saidina Ali Abi Talib yang mereka anggap lebih layak tetapi Jibrail tersilap memberinya kepada Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Syiah Imamiyyah yang cuba dikembangkan di negara ini mempunyai akidah bahawa kesemua 12 imamnya mempunyai kedudukan tinggi hingga ke tahap makam maksum iaitu tiada melakukan kesalahan atau dosa manakala sesiapa mengingkari 12 imam itu dianggap kafir.

Pengembangan Ajaran! Ini adalah disebabkan konsep langit terbuka dimana orang Melayu Islam yang berduit boleh terbang belajar agama di India, Bangladesh, Pakistan atau dinegara Middle East saperti Mesir, Syria, Lebanon, Turkiy, Yamen, Iraq atau Iran. Tupasal ada orang Melayu Islam turut bersetuju dengan Biskop Joseph Marino mengenai isu penggunan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini sebab mereka Melayu Islam dari fahaman Syiah.

Fatwa Lagi! Terpulanglah kepada pihak berwajib untuk keluarkan fatwa bahawa Syiah adalah ajaran menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kiranya fahaman Syiah ini merebak dan menjadi kudis kepada akidah orang Melayu Islam diMalaysia ada baiknya disegerakan mewartakan fatwa bagi menyekat penyebaran ajaran tersebut. 

Salam Sayang dari Mj!


No comments:

Post a Comment