15 November 2017

TokWan | HUJAN & Dosa



TokWan!
Petang itu matahari terlindung dibalik awan dan burung-burung mula terbang balik ke sarang. Susu getah dikebun TokWan sudah pun membeku didalam cawan. Sewaktu TokWan duduk diatas tikar mengkuang, mengulong rokok daun, angin dari baruh pun datang menghantarkan sedikit kesegaran. Sambil menyedut rokok daun yang berisi tembakau, cengkih dan kemenyan itu, TokWan sedang berkira-kira, esuk pagi TokWan akan turun ke kebun, menghabiskan torehan yang masih berbaki semalam. Jika selesai menoreh nanti TokWan bercadang mahu kepaya memetik pucuk paku atau mengutip cendawan kukur yang sering tumbuh pada pohun yang tumbang.

[2] Hujan!
Asap rokok berkepul-kepul dilepaskan dari mulut TokWan, naik ke udara dan hilang entah kemana.  Angin bertiup perlahan kemudian kencang menerpa jendela yang terbuka. TokWan bangun menjengukan kepalanya keluar, mendongak kelangit, melihat awan hitam dan tidak lama hujan pun turun diikuti pancaran kilat. TokWan segera menutup daun jendela dan dari pancaran kilat tadi kelihatan raut wajah TokWan yang keripot itu ada nada resah, ada nada sayu dan ada rasa pilu bila teringat dosa masa lalu. Setitis air mata TokWan turun bersama kenangan lalu.

[3] Dosa!
Seperti hari-hari semalam, waktu membawa senja menjadi malam. Diluar pondok TokWan, hujan masih berterusan. Dingin malam mula mencengkam. Malam segera menjemput TokWan untuk berbaring diatas tilam lalu TokWan terlena. Malam itu TokWan tidur tanpa rasa resah tanpa rasa pilu. TokWan tidak lagi bermimpi untuk turun ke kebun  megutip getah beku atau memetik pucuk paku. Hujan diluar, pelita minyak tanah, tilam dan bantal didalam bilik menjadi saksi TokWan telah pergi kehadrat Ilahi ketika malam menghampiri pagi. Siapa Peduli! - [Mj]

03 November 2017

DEKLARASI BALFOUR - 1917


Intro!
Maka terbinalah sebuah perkampungan Zionis di Palestin setelah ada permainan manipulasi dan rasuah dari kaum Yahudi kepada segelintir pengkhianat yang terdiri dari orang Arab dan Turki. Apabila British berkuasa lalu terciptalah 'Deklarasi Balfour' pada 2 November 1917 dan telah memberi lampu hijau untuk kaum Yahudi-Zionis bebas masuk dan menetap di bumi Palestin. Kira-kira 20,000 orang Yahudi dibawa masuk setiap tahun dan menjadikan jumlah mereka meningkat dari 100,000 orang dalam tahun 1925 kepada 300,000 orang pada tahun 1935. -  Konspirasi Yahudi-Zionis [21 Sept 2013]

31 October 2017

Photo [ofthemonth | Oct | 17]


          Bola Habang | Burung Pinguin
                                                                        Zebra Crossing
  • Sewaktu kita memandu atau menunggang motosikal, kita akan berhenti apabila lampu merah menyala di 'zebra crossing'. Ketika berhenti, barangkali kita hanya sekadar melihat tempat melintas pejalan kaki yang dicat warna kuning itu hanya sekadar tempat melintas. Tidak lebih dari itu! Jika kita lihat pada sisi lain, zebra crossing itu sebenarnya tempat kita di-duga dengan sedikit kesabaran. Adakah kita sudah cukup sabar?

Dua Sahabat
Pohun Itu Tidak Rendang Lagi
Langit Biru Polos
Kereta Itu Milik Utuh Kidok

Seorang Teman | Pondok Kayu | Arca |

27 October 2017

Berjalan di River of Live




" Setelah  penat berjalan keliling kota, aku pun berhenti ditebing sungai. Aku lihat riak air mengalir lesu, berwarna kelabu, kotor dan berbau. Arus yang mengalir itu cuba sedaya upaya, mengheret sekali sampah sarap yang terapung. Aku lihat sekawan gagak turun hinggap di gigi sungai mematuk bangkai.  Arus itu tetap mengalir dalam beban sejarah silam. Petang itu tanpa janji, hujan pelan-pelan turun. Kubah Masjid Jamek basah. Sekawan gagak menjadi saksi bilamana  dua sungai berpeluk menjadi satu "  - [Mj] Di Tebing Sungai Gombak - 15 June 2015











25 October 2017

DARI DESA ke KOTA!








Genting Sempah

1- Aku dan isteri berhenti di kawasan rehat Genting-Sempah, Km 38.4 Lebuh Raya KL-Karak. Mudah sahaja mempakir kereta pagi itu kerana masih banyak petak pakir yang masih kosong. Kami tinggalkan dua ekor anak kucing dalam sangkar, barangkali pening-pening lalat, di kerusi belakang dengan tingkap kereta sedikit terbuka. Kami berdua seperti minggu lepas, memanjat anak tangga untuk ke tingkat atas, di sayap kanan berhampiran outlet Mc Donald's. Isteri aku ke stall belah kanan sekali, memesan nescafe dan limau ais untuk aku serta sekeping ruti canai. Aku pula tentunya tidak serik ke stall Ruti Leleh untuk memesan satu set ruti bakar.

Usai sarapan, kami turun ke bawah, singgah membeli sebungkus keropok ikan dan sebotol air meniral. Sebaik pintu kereta di buka, anak kucing itu bersuara. Meow! Meow! Aku berikan sedikit keropok ikan dan air. Sementara dua ekor anak kucing itu makan, kereta berwarna oren yang kami tumpangi telah pun melepasi terowong dan ketika itu kebanyakan kenderaan sangat berhati-hati sewaktu melalui selekoh tajam dan ketika menuruni bukit menuju Tol Gombak. Semuga perjalanan kami balik ke Kolumpo dalam keadaan selamat jua hendaknya!

[Malang tidak berbau! Itulah yang terjadi awal pagi semalam di Kilometer 147, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Juru arah utara, Seberang Perai, Pulau Pinang. Lapan pekerja wanita maut manakala 33 lagi cedera parah selepas dua buah bas kilang terlibat dalam kemalangan].



2- Di Pinggir Kota.


Kami selamat tiba di apartment. Sangkar kucing plastik berwarna biru dibuka. Si At-tan, belang putih-kuning merangkak keluar, nampak  terpingga-pingga. Si Mu-two yang berwarna kelabu pula tidak mahu keluar. Takut! Barangkali dua ekor anak kucing itu sedang berdepan kejutan budaya atau Mat Salleh kata Shook gitu!

Sengaja kami bawa dua ekor anak kucing tersebut ke kota kerana kesian melihat mata si At-tan yang masih sakit, malah badanya kurang berisi sewaktu berada di tanah kebun. Manakala si Mu-two pula seekor anak kucing yang sihat. Mu-two ikut sekali sebagai peneman si At-tan untuk mereka bermain nanti. Kucing-kucing lain [10 ekor] termasuk dua ekor baby, kami tinggalkan di bawah jagaan adek Ali di tanah kebun. Harap-harap mata si At-tan sembuh apabila bertukar  angin!


Aku sedang membasuh sangkar berwarna biru. Di dapur, isteri aku menuang ke dalam piring sedikit susu [pet milk] dan diberikan kepada dua ekor anak kucing tersebut. Hairan aku! Tidak sampai 30 minit, si At-tan muntah. Tentunya anak kucing itu tidak serasi dengan susu yang diberikan. Aku segera membuka peti sejuk dan mengambil botol pet milk. Aku mengamati tulisan yang dicetak pada botol tersebut. 'New Zealand Cows' Milk-enjoyed by Dogs and Cats of all ages'. Ohhh! Patulah kucing muntah. Salah beli susu. Sepatutnya anak kucing diberikan susu kambing bukan susu lembu!


Tengahari, dua ekor anak kucing itu dijamu pula dengan nasi yang digaul dengan ikan sardin goreng. Si Mu-two sangat berselera berbanding si At-tan yang kelihatan tidak bersemangat untuk makan. Selesai makan, Mu-two tersandar dipintu kabinet dapur manakala si At-tan terbaring di bawah meja makan. Menjelang senja, isteri aku berikan palet. Kedua-dua anak kucing itu makan sehingga licin. Malam itu kami gumbira bila melihat si Mu-two dan At-tan sudah boleh bergurau senda, bergumpal dan bekejaran. Sihatlah sudah si At-tan! - Noktah!