31 July 2013

INTAI - INTAI DECO LAMA - 2



















AHLI SUNNAH Vs SYIAH



                    Mukadimah!

As Salam!  Hari ini orang Melayu Islam yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jemaah (ASWJ) telah diserang dari segenap penjuru termasuk orang-orang Islam versi Syiah. Sejak wujudnya golongan Syiah diMalaysia, seluruh umat Islam ASWJ telah bangun menentang mereka. Para ulama Islam dunia juga telah banyak mengarang ribuan kitab bagi menjawab dan menolak fahaman sesat dan salah ini. 

                    Erti Sunnah


Dalam istilah ulama-ulama Hadis iaitu : Apa yang ditinggalkan Nabi SAW daripada ucapannya, perbuatan, penetapannya, kelakuan peribadi, akhlak dan riwayatnya sebelum ia diangkat menjadi Nabi atau sesudah itu. Sebagaimana yang pernah ditulis oleh Al-Qasimi atau Syaikh Tahir Al-Jazairi, yang pertama dicetak di Damsik dan yang kedua dicetak di Mesir. 

Tetapi erti Sunnah dalam istilah ulama-ulama Usul ialah apa yang diucapkan, diperbuat atau ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW. Adapun takrif Sunnah menurut ahli Fiqah ialah sesuatu yang sudah tetap mengenai Nabi selain daripada yang fardu dan wajib. Selanjutnya Sunnah ini diertikan menurut istilah ulama fiqah iaitu sesuatu yang jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa. 


               Ahli Sunnah Wal Jamaah! 

Bahawa istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah lahir atas minat Al-Asy'ari yang mempersatukan ulam-ulama Ahli Hadis dan Ahli Ra'if dalam suatu ikatan untuk menentang pendirian Muktazilah, yang dalam sesuatu hukum lebih mendahului akal daripada nas jelas dalam sejarah fiqah.

Sunnahku! Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Umar, Rasulullah tegas mengatakan "Barang siapa memegang kepada Sunnahku, ia termasuk umatku dan barangsiapa tidak suka kepada Sunnahku, maka ia tidak termasuk umatku" (Riwayat Ibn Asakir). Anas bin Malik juga pernah meriwayatkan sebuah hadis Rasullulah yang berbunyi "Barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku, ia mencintai daku dan barangsiapa mencintai daku ia akan bersama aku ke dalam syurga" (Riwayat As-Sindi). Kata Rasullulah SAW: "Amal perbuataan sedikit tetapi dalam garis Sunnah, adalah lebih baik daripada amal perbuatan yang banyak daripada yang bersifat bidaah". Hadis itu diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan disiarkan oleh Ar-Rafi'i.

Perpecahan! Rasulullah SAW pernah menggambarkan, bahawa sesudah beliau wafat, umat Islam akan berpecah dalam 73 (tujuh puloh tiga) golongan iaitu 72 golongan akan masuk neraka dan hanya satu di antara golongan itu yang masuk syurga iaitu golongan jamaah. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang kita ketahui dari sejarah adalah lebih luas dan ditujukan kepada ikatan ulama-ulama ilmu kalam, ulama-ulama fiqah, imam-imam tafsir yang bergabung dalam ikatan tersebut untuk menghadapi serangan-serangan dari Muktazilah, Khawarij dan Syiah dalam segala bentuk aliranya.


                
                 Syiah di Malaysia! 

Di Malaysia terdapat tiga kumpulan Syiah yang berkembang sejak beberapa tahun lalu iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra), Syiah Ismailiyah Agha Khan dari Syiah Ja,fariyah @Imamah Ithna Assyariyyah (Imam Dua belas).

Syiah Taiyibi Bohra! Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan ini berpusat di daerah Kelang mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang.

Syiah Ismailiyah! Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

Syiah Ja'fariyah! Kumpulan Syiah Imam 12 ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kajayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini bertambah melalui bahan-bahan bacaan dan orang persaorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

                  Fahaman Syiah

Penyelewengan! Dari sudut akidah fahaman Syiah iaitu Khalifah diwasiatkan secara Nas. Imam adalah maksum, Ilmu Allah akan berubah-rubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia. Penyanjungan  yang kerterlaluan kepada saidina Ali dan hanya Ali dan para Imam sahaja yang menghafal dan menghimpun al-Quran dengan sempurna. Juga menambah nama Saidina Ali dalam syahadah. Syiah juga menghalalkan nikah mutaah dan menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun Hadis Mutawatir.

Penyelewengan Umum! Mereka akan menziarahi kubur Saidina Hussein  dan mereka perpendapat ganjarannya adalah syurga. Kumpulan Syiah ini akan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Hussein. Mereka juga menghina isteri-isteri Rasulullah SAW, mengharuskan sembahyang jamak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab, bagi mereka sembahyang duha adalah bidaah, wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai hanya dengan membasuh kedua-duanya serta Islam bukanlah syarat wajib Haji. 


Nota Kaki : Islam versi Syiah serta kumpulan kecil Darul Arqam, Taslim, Qadiani, Bahai dan juga (kader-kader Zonis) dari gerakan Freemasonary inilah yang menjadi duri dalam daging kepada jemaah orang Melayu. Tidak mustahil kumpulan kecil ini juga telah menyusup masuk dalam demotrasi jalanan baju kuning (bersih tapi tak suci), tunjuk perasaan baju hitam (blackout) yang akhirnya mereka-mereka ini telah menjadi musuh dalam selimut! - Wallahhu'aklam!

@Sumber : Sebahagian rencana yang aku taip ini aku rujuk pada buku  Ahlus Sunnah Wal Jama'ah karangan Prof Dr H.Aboebakar Aceh dan diterbitkan oleh Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Kota Bharu, Kelantan.

28 July 2013

10 AKHIR RAMADAN




Assalamu'alaikum! Segala puji bagi Allah SWT. Pemilik sekelian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya.

Matahari pagi 20 Ramadan seakan-akan bersembunyi malu disebalik awan kelabu. Bulan yang mulia serta banyak manafaat dan fadhilat ini akhirnya akan tinggalkan kita. Kini tibanya penghujung yang dinanti iaitu 10 hari terakhir Ramadan, saperti kata Ustaz iaitu Rasulullah SAW mula menguatkan ikat pinggangnya. 

Baginda menjauhi isteri-isterinya kerana mahu beriktikaf di dalam masjid. Baginda juga pada malam harinya mengajak keluarganya untuk memperbanyakan ibadah. Kerana itu, bila memasuki 10 Akhir Ramadan hendaklah kita mengajak anak isteri bagi memperbanyakan amal ibadah sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW.

Lailatul-Qadar! Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu lailatul qadar. Yang diterangkan hanyalah nilai keutamaannya serta ganjaran bagi mereka yang beri'tikat dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beri'tikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.

Tawaran Ganjaran! Pada masa yang sama, sebahagian atau kalau boleh disebut segelitir masyarakat kita tidak mahu menerima tawaran dari Allah yang lebih besar dan hebat ini tetapi dengan bangganya mengajak anak isteri mencari tawaran lebih murah di kota gedung membeli belah.
 
Suasana Senja! Ketika burung-burung mula terbang pulang ke sarang, dikota pula sorak-sorai mula bergema. Gerai-gerai dan gedung beli-belah dipenuhi manusia yang bersesak-sesak kerana tawaran harga murah. Kerakusan membeli belah pada 10 Akhir Ramadan telah membuatkan manusia lupa dan membiarkan sahaja malam itu berlalu kosong, kosong dan kosonggggggggggggggggg!

 

Nota Kaki : Semuga entri 10 Akhir Ramadan ini dapat memberi sedikit manafat kepada diri aku dan kenkawan semua. Meminjam riwayat Hasan Al-Basri iaitu tanda-tanda turunnya malam Lailatul-Qadar ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidaklah terik. - Wallahu'aklam!











27 July 2013

RATU CANTIK, SHISHA & SYIAH





Assalamualaikum! Umat Islam terus menerima penghinaan dibumi sendiri. Orang yang menghina Islam bukan sahaja terdiri dari orang-orang kafir, malah orang Melayu Islam juga tidak terkecuali menghina Islam dengan beberapa kes seperti menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa secara terbuka. Membeli nombor ramalan, cari makan sebagai GRO, menyertai pertandingan ratu cantik, berjudi disiber cafe, bekerja sebagai bar tender, hisap dadah dan bermacam lagi.

Malaysia Boleh! Cogan kata ne asalnya nak menaikkan semangat ahli sukan tapi udah digunapakai pulak oleh orang Islam sebagai lesen untuk menentang fatwa berkaitan hukum iaitu wanita Islam adalah haram dan berdosa menyertai pertandingan ratu cantik yang telah diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor pada 1995 dan diwartakan sekali lagi pada 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan).


Tiada Kompromi! Pihak berwajib diharap tidak pandang sebelah mata mengenai isu empat finalis pertandingan ratu cantik, walaupong mereka udah memohon maaf. Begitu juga dengan Sister In Islam (SIS) yang turut mempertikaikan fatwa yang mengharamkan peserta wanita Islam dalam pertandingan tersebut. Pihak berkuasa agama mesti melakukan siasatan dan bertindak tegas agar menjadi pengajaran kepada orang lain. 


Haramkan Shisha! Seperti yang dilaporkan iaitu umat Islam diseru menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut berkata, proses penghasilan fatwa meliputi pelbagai prosedur dan kajian terperinci, malah tidak dibenarkan samasekali bersifat peribadi. 

Kajian! Lebih setahun lalu dengan merujuk al-Quran  dan hadis serta pakar kesihatan menunjukkan shisha memudaratkan kesihatan disamping membawa budaya melepak sehingga larut malam, membuang masa dan menyalahi syariat Islam. Kata Nooh lagi, berdosa bagi umat Islam yang menyedari mengenai fatwa pengharaman shisha namun tetap melakukannya semata-mata kerana tidak bersetuju, malah boleh menjadi murtad kerana menghalalkan sesuatu yang haram.

Fahaman Syiah! Dolu-dolu tak pernah pulak aku dengar isu pasal fahaman Syiah di Malaysia boleh mencetuskan keresahan pada umat Islam yang mojoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Malah rasa resah-gelisah ahli sunnah tidak pernah dilapurkan kerana masa itu mungkin Persatuan Syiah Malaysia belum lagi dapat peluang untuk bergerak aktif. 

Hari Ini! Isu Syiah mula diperdebatkan malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zaid Hamidi telah mengisytiharkan iaitu Pertubuhan Syiah Malaysia adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. 

Dari Sumber Polis! Iaitu siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengesan beberapa pusat kegiatan Syiah yang terletak di Selangor iaitu di Taman Seri Gombak dan sebuah permis rumah kedai di Ukay Perdana. Di negeri-negeri lain terletak di Pendang dan Sungai Petani diKedah, Taiping-Perak serta di Kota Bharu Kelantan. 

Bercangah! Seperti komentar dari Sahbulah Darwi (Khabar Dari Alor Setar) iaitu antara fahaman Syiah ialah menolak bahkan mengkafirkan semua sahabat Rasullulah SAW seperti menuduh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Al-Khattab r.hum membuat konspirasi untuk mendapatkan kuasa kepempinan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Syiah juga turut mendawa wahyu sepatutnya diberikan kepada Saidina Ali Abi Talib yang mereka anggap lebih layak tetapi Jibrail tersilap memberinya kepada Nabi Muhammad SAW. Selain itu, Syiah Imamiyyah yang cuba dikembangkan di negara ini mempunyai akidah bahawa kesemua 12 imamnya mempunyai kedudukan tinggi hingga ke tahap makam maksum iaitu tiada melakukan kesalahan atau dosa manakala sesiapa mengingkari 12 imam itu dianggap kafir.

Pengembangan Ajaran! Ini adalah disebabkan konsep langit terbuka dimana orang Melayu Islam yang berduit boleh terbang belajar agama di India, Bangladesh, Pakistan atau dinegara Middle East saperti Mesir, Syria, Lebanon, Turkiy, Yamen, Iraq atau Iran. Tupasal ada orang Melayu Islam turut bersetuju dengan Biskop Joseph Marino mengenai isu penggunan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini sebab mereka Melayu Islam dari fahaman Syiah.

Fatwa Lagi! Terpulanglah kepada pihak berwajib untuk keluarkan fatwa bahawa Syiah adalah ajaran menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Kiranya fahaman Syiah ini merebak dan menjadi kudis kepada akidah orang Melayu Islam diMalaysia ada baiknya disegerakan mewartakan fatwa bagi menyekat penyebaran ajaran tersebut. 

Salam Sayang dari Mj!


BERSIDANG & JAMUAN BERBUKA



As Salam! Semuga anda yang terkelik blog Mj-Kakiconteng, dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Petang ne jam 0300 petang akan diadakan Persidangan Tahunan UMNO cawangan Taman Permata Fadason, lepas tu ada jamuan berbuka puasa kat surau An-Nur Falah.


Bersidang! Kalau ikut aturcaranya, jam 0300 petang ialah pendaftaran ahli dan ketibaan jemputan. Sementara menunggu ketibaan Ybhg. Ketua Bahagian dan wakil-wakil UMNO bahagian, disatu sudut pulak ada wakil dari MAIWP bersedia menerima bayaran fitrah iaitu "Satu fitrah sebanyak satu gantang Baghdad bersamaan 2.7 kg beras bernilai RM7.00".


Jam 0400! Ketibaan Ybhg. Datuk Hj Rizuan Abd Hamid, Ketua UMNO Bahagian Kepong dan semua ahli mula memasuki dewan. Bermula dengan ucapan aluan dari Pengerusi Majlis, lepas tu bacaan doa selamat. Seterusnya nyanyian lagu Negaraku, Lagu UMNO Bersatu, ucapan Ketua Cawangan (Othman Bashah Abdul Rashid) dan seterusnya perasmian persidangan oleh Ybhg. Datuk Hj Rizuan Abd Hamid.


Agenda Persidangan! Tak payahlah aku nak bagitau secara terperinci. Biasanya kalau bersidang pasti ada beberapa pesanan dari Pengerusi mengenai tatacara persidangan. Lepastu pembentangan penyata tahunan, penyata kewangan dan memilih ketua, timbalan, setiusaha, bendahari, ketua wanita, ketua pemuda, ketua penerangan, ahli jawatankuasa serta memilih pemeriksa kira-kira.

Nota Kaki : Seperti ayat yang tercatit dalam notis persidangan yang aku terima tempuh hari iaitu kita sebagai ahli UMNO kenelah melaksanakan tanggungjawab demi perjuangan agama, bangsa dan negara. Makasih! panjang umur kita jumpa lagi dientri terbaru. Salam ceria dari Mj!









25 July 2013

RUTI CANAI & TUALA KECIK















Assalamualaikum!
Hari ini adalah 16 Ramadan 1434 bersamaan 25 July 2013, maknanya udah 16 hari kita berpuasa. Seperti kata ustaz, berpuasa di bulan Ramadan sangat tinggi nilainya iaitu setiap amalan yang dilakukan diberikan pahala berganda.

Ruti Canai!
Aku baru balik dari AmBank pasal bayar ansuran kereta (hire purchase) dan terus mengadap komputer. Hati tertarik pulak dengan satu video yang dimuat-naik kat laman facebook rakan aku bertajuk Ruti Canai.

Video ne milik Andy Sahlam, telah dijenguk lebihkurang 1,808 views. Filem pendek tanpa dailog, gerak kerja dan senimatograpi yang menarik bermula dari waktu pagi dengan kokok ayam jantan lepastu kat wakaf (pondok kecik) kelihatan seorang lelaki India berambut panjang tanpa baju dan tuala kecik sebagai selimut, bangun dari tido. Seterusnya lelaki tersebut capai basikal trak, kayuh melalui jalan sempit dan dot dot dot!

Tuala Kecik!
Nak kata tuala pong bukan tuala, hanya kain nipis yang udah kepam digunakan untuk mengelap peluh, ngelap badan dan tuala kecik tu jugalah dibuat untuk menutup ketulan 'dough' (tepung yang udah diuli untuk dijadikan ruti canai) supaya tak masuk angin. 


Walaupong video ini mungkin di muat-naik  sekadar hiburan ringan, tetapi punya makna yang tersirat. Memang ada segelintir pembuat ruti canai yang buat korja short-cut dan pengotor. Mungkin kita pernah dengar pembuat ruti canai menguli atau mencanai dough dengan kaki disebabkan permintaan yang banyak. Ada gak penebar ruti canai yang menggunakan tuala yang sama mengelap meja pelanggan lepas tu lap pulak meja tempat menebar roti canai. Wallahhuak'lam! 


Nota Kaki : Salepas kenkawan menonton vedio kat bawah ne diharap kurangkan makan ruti atau roti canai dan teh tarik kerana kedua-dua jenis makanan dan minuman ne tidak baik untuk kesihatan terutama buah pinggang. Aku pulak udah 16 hari tidak menjamah roti canai dan teh tarik. Salam Sayang dari Mj! 



19 July 2013

SALAM RAMADAN!


Assalamualaikum! Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada kenkawan yang sedang membaca blog MJ-Kakiconteng. Ketika ini langit Ramadan kelihatan cerah dan umat Islam diseluruh dunia sedang bergembira kerana kedatangan Ramadan sebagai bulan untuk beramal ibadah.

Tazkirah! Aku baru sahaja balik dari menunaikan sembahyang Jumaat, mendengar Tazkirah Ramadan mengenai santapan rohani dan jasmani. Saperti kata Ustaz iaitu tubuh manusia (jasmani) memerlukan makanan dan minuman untuk terus hidup, begitu juga rohani (roh kita) yang perlukan santapan berupa aktiviti ibadah sambil mengharap keredaan-Nya.

Sambung Ustaz lagi, sekiranya manusia memakan makanan yang tidak baik maka tubuh manusia akan menjadi lemah dan sakit.  Begitu juga halnya dengan roh. Andainya kita melakukan amalan  tidak baik pasti rohani kita juga menjadi rosak. Begitulah secara ringkasnya tazkirah yang aku dengar dimasjid tengahari tadi.

Port Ponteng Puasa! Dibulan Ramadan ne, bukan semua umat Islam buat amal baik. Saperti yang dilaporkan oleh akbar iaitu sebuah kedai makan Melayu berdekatan Istana Budaya di Tasik Titiwangsa menjual nasi campur seawal pukul 12 tengahari kepada kaki ponteng puasa. Difahamkan, kedai tersebut memang popular bagi kaki ponteng puasa kerana selalu terlepas dari tindakan pihak berkuasa. 

Di Kangar! Seorang pemuda ambik jalan mudah untuk dapatkan modal menjual air soya di sebuah bazar Ramadan, apabila tergamak melakukan kegiatan memecah tabung masjid sepanjang bulan Ramadan. Pemuda tersebut setakat ini telah berjaya memecah dan melarikan wang tabung di enam buah masjid.

Kisah dan Tauladan! Dua kisah tadi tu adalah segelintir umat Islam yang tidak mampu untuk berbuat baik dan suka melanggar segala  peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tu belum lagi kes curi lembu pasal nak jual dagingnya menjelang Hari Raya. Ada gak kes  menyeludup masuk mercun dan bunga api pada waktu berbuka yang berlaku di Kilometer 1.3, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Canglun. Jika mercun tersebut bolos, aku agak pasti ramai lagi bebudak Melayu cacat. Bakar dan main mercun ne bukan amalan di bulan Ramadan, ini amalan orang Cina nak halau hantu setan!

Udahlah tak puasa, makan pulak tu menunjuk-nunjuk. Selamba jer makan dan hisap rokok kat food court. Lepas tu siap beratur kat kedai ramalan nombor. Bebudak pompuan pulak, keluar rumah pakai tudung tapi masih lagi nampak leher dan tangan. Kekadang tu siap boleh nampak pusat lagi! Orang bukan Islam terutama orang Cina sentiasa memerhatikan gerak-geri orang Islam. 

Penghinaan! Tupasal orang bukan Islam buat ancaman dan penghinaan kepada umat Islam. Mereka lihat orang Melayu Islam sendiri mempermainkan kesucian Islam terutama di bulan Ramadan. Kita akan jadi marah bila Wakil Vatican Joseph Marino, menyokong penuh tuntutan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian di negara ini. Kita juga naik angin dan rasa tercabar bila pasangan budak Cina si Alvin Tan dan Vivian Lee menghina umat Islam.

Public Enemy! Segelintir orang Melayu Islam seperti aku sebutkan tadilah yang menjadi  'Public Enemy' bagi masyarakat Melayu Islam di Malaysia hari ini. Mereka udah tak kisah pasal hukum-hakam, peraturan dan undang-undang Islam. Selagi tiada pengutkusaan dari pihak berwajib, selagi tulah kes-kes umat Islam ponteng puasa, beli nombor ramalan, curi lembu, seludup mercun, berpakaian tidak senonok dan berbagai lagi akan berulang.


Nota Kaki : Berita terkini mengenai pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee ialah mereka berdua udah didakwa di Makamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan. Hakim Murtazadi Amran tidak membenarkan pasangan itu dibebaskan dengan ikat jamin dan si Alvin ditahan di Penjara Sungai Buloh, manakala si Vivian pula dihantar ke Penjara Kajang sehingga tarikh sebutan semula perbicaraan pada 23 Ogas depan. Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya!  Kita Tungguuuuuuuuuu!   

16 July 2013

PROVOKASI ALVIN & VIVIAN LEE


As Salam! Hari ini Rabu bersamaan 8 Ramadan 1434H ialah bulan untuk beramal ibadah. Dek kerana agama Islam dihina sebegitu rupa oleh dua orang budak Cina (Alvin Tan & Vivian Lee) kat laman sosial facebook, maka teringin gak aku menaip perihal kebodohan mereka.

Semalan! Mereka berdua telah dipanggil hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu mempersendakan bulan Ramadan dengan memuat-naik gambar hidangan bak kut teh (sup tulang babi) lengakap dengan logo halal. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahu SKMM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memastikan pihak terbabit didakwa ke makamah. Begitu juga dengan Khairy  Jamaludin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO), beliau mahu tindakan diambil walaupun mereka telah meminta maaf supaya orang tidak menganggap perkara ini selesai hanya dengan memohon maaf.

Tiada Maaf! Sepatutnya begitulah. Mana boleh hanya sekadar minta maaf tanpa dijatuhi hukuman yang setimpal sebagai pengajaran buat mereka-mereka (orang kafir) yang membenci Islam. Kalau buat salah lepastu kita maafkan, nanti orang kafir buat lagi. Nampak sangatlah kita ne orang Melayu  terlau berlembut dan terlalu berbudi bahasa sehingga orang Cina naik tocang. 


Seperti komentar sesetengah pihak bahawa pasangan yang membuat provokasi itu akan terima padahnya. Hati umat Islam sudah terguris dengan sikap mereka yang tidak menghormati Islam dan umatnya. Pihak berkuasa harus ambil tindakan tegas mengikut akta yang sedia ada, bukan sekadar nak siasat atau bagi alasan tidak cukup bukti.

Pasangan budak Cina tu buat provokasi memang dengan niat untuk mencabar umat Islam dan mencabar pihak berkuasa kerana mereka lihat  ketika ini orang Melayu rapuh dan tidak bersatu. Mereka lupa bahawa andainya orang Cina berterusan membangkitkan kemarahan atau persifat menghasut, tidak mustahil umat Islam terutamanya orang Melayu bertindak diluar jangkaan.


13 Mei 1969! Seperti yang pernah aku story sebelum ne iaitu pasal sejarah lama, dimana orang Cina ketika itu perasan nak ambik alih Tanah Melayu sambil buat provokasi melaungkan perkataan "Melayu Mati" sambil menunjukan kemaluannya dan melaungkan "Engkau Melayu Bodoh, Tiada Kuasa", maka akhirnya berlakulah kejadian rusuhan kaum iaitu 13 Mei.
 

Kita adalah Tuan! Orang Melayu memang tuan dibumi Melayu ini dan inilah fakta sejarah yang mana orang Cina Malaysia tidak boleh terima. Oleh kerana Akta Keselamatan Dalam Negeri udah dimansuhkan, tidak bermakna orang Cina terutama Alvin Tan dan Vivian Lee boleh sesuka hati mengutuk umat Islam. 

Kita sebagai tuan rumah udah terlebih baik kepada orang Cina yang datang menumpang apabila membenarkan mercun diimport, dijual dan dibakar ketika perayaan Tahun Baru Cina. Kita benarkan orang Cina menternak babi sesuka hati. Kerajaan yang dolu terlebih prihatin apabila memberi lesen perjudian untuk kasino, lesen kilang arak, lesen ramalan nombor (toto dan empat nombor ekor), lesen lumba kuda yang kononya dipanggil 'sport' serta lesen rumah urut, pub dan disko sedangkan agama resmi negara kita ialah agama Islam.
 

Setakat ini sahajalah kot! Walaupong kita tidak digalakan mengumpat atau memburukan orang lain pada bulan Ramadan yang mulia ini, tetapi tidak bermakna kita boleh duduk diam dan plaster mulut dengan membiarkan sahaja musuh-musuh Islam menghina agama kita. Terima kasih kerana membaca  dan  jikalau ada sumur diladang, bolehlah aku menumpang mandi, jikalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi dientri terbaru Mj. Selamat Berbuka!