Assalamu'alaikum! Segala puji bagi Allah SWT. Pemilik sekelian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya.
Matahari pagi 20 Ramadan seakan-akan bersembunyi malu disebalik awan kelabu. Bulan yang mulia serta banyak manafaat dan fadhilat ini akhirnya akan tinggalkan kita. Kini tibanya penghujung yang dinanti iaitu 10 hari terakhir Ramadan, saperti kata Ustaz iaitu Rasulullah SAW mula menguatkan ikat pinggangnya.
Baginda menjauhi isteri-isterinya kerana mahu beriktikaf di dalam masjid. Baginda juga pada malam harinya mengajak keluarganya untuk memperbanyakan ibadah. Kerana itu, bila memasuki 10 Akhir Ramadan hendaklah kita mengajak anak isteri bagi memperbanyakan amal ibadah sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Lailatul-Qadar! Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu lailatul qadar. Yang diterangkan hanyalah nilai keutamaannya serta ganjaran bagi mereka yang beri'tikat dan beribadat pada malam tersebut adalah menyamai ibadat beri'tikaf selama 1,000 bulan atau 83 tahun.
Tawaran Ganjaran! Pada masa yang sama, sebahagian atau kalau boleh disebut segelitir masyarakat kita tidak mahu menerima tawaran dari Allah yang lebih besar dan hebat ini tetapi dengan bangganya mengajak anak isteri mencari tawaran lebih murah di kota gedung membeli belah.
Suasana Senja! Ketika burung-burung mula terbang pulang ke sarang, dikota pula sorak-sorai mula bergema. Gerai-gerai dan gedung beli-belah dipenuhi manusia yang bersesak-sesak kerana tawaran harga murah. Kerakusan membeli belah pada 10 Akhir Ramadan telah membuatkan manusia lupa dan membiarkan sahaja malam itu berlalu kosong, kosong dan kosonggggggggggggggggg!
Nota Kaki : Semuga entri 10 Akhir Ramadan ini dapat memberi sedikit manafat kepada diri aku dan kenkawan semua. Meminjam riwayat Hasan Al-Basri iaitu tanda-tanda turunnya malam Lailatul-Qadar ialah suasana alam pada malam itu tenang, damai dan tenteram, tidak panas dan tidak pula terlalu dingin. Cahaya matahari keesokan harinya tidaklah terik. - Wallahu'aklam!
|
|
|
No comments:
Post a Comment