31 May 2016

TITI ITU SEMAKIN MEREPUT!



          
            TITI ITU SEMAKIN MEREPUT


"Aku pernah melalui titi tu. Bukan sekali tetapi sudah acap kali. Dolu, titi itu dibena oleh penduduk kampung secara gotong royong dengan memilih kerengka kayu dan papan yang terbaik. Sewaktu kerja gotong royong itulah aku lihat dari mata kepala aku, kebanyakan 'sang lelaki'  bertungkus-lumus menyiapkan titi, manakala kaum wanitanya pula sibuk menyediakan juadah, untuk sarapan pagi serta 'rewang'
[1] untuk santapan tengahari. Menjelang petang, kanak-kanak bersorak, menjerit dan berlari diatas titi seakan menguji ketahanan titi.

Dari sehari kesehari, minggu ke-minggu, bulan beralih bulan dan tahun bertukar tahun akhirnya titi itu semakin mereput. Tidak ada lagi kerja gotong royong, rewang atau sukarelawan yang sanggup membina titi baru. Jika titi itu dibena dari batu dan simen mungkin titi itu sedang retak menanti belah. Andai kata titi itu di bena dari kaca, pastinya titi itu sudah lama pecah berderai. Begitulah nasib titi yang semakin mereput!" 

[31 May 2016 - Kolompo]




1- BARBER!


Apartmen. Kul 0830 pagi.
A
ku hendak menukar susun atur perabut. Lepastu nak menyusun buku dan surat khabar lama yang kelihatan bersempah dan senget-benget. Selepas waktu Zohur nanti cadangnya ke kedai gunting rambut dan terus ngeteh di Restoran AliMaju kat Metro Prima, Kepong. Malamnya, usai Is'yak nanti nak meng'update' blog tetapi belum ada idea. Biasalah, kekadang idea itu datang ketika bercukur dalam bilik air, kekadang datang ilham ketika berada dikedai gunting rambut atau idea mari sewaktu  pekena teh tarik gitu!

Waktu aku mengemas, ternampak surat khabar lama tetapi belum lama sangatlah! Type face[2] Utusan Malaysia berwarna putih dan berlatar belakangkan warna hijau itu menarik perhatian aku. Akhbar hari Sabtu 28 May 1016 bersamaan 21 Syaaban 1437 itu mencetak tajuk utamanya 'Siapa buka Pulau Pinang' dan 'Pulau Pinang sudah lama diduduki masyarakat Melayu sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786'. Akhbar tersebut aku lipat dengan kemas dan sumbat dalam laci yang aku anggap sebagai laci kiv[3] gitu!

Kul 0150 petang.
Seperti yang dirancang-usai solat Zohur aku gerak ke kedai gunting yang terletak diflet blok B. Walaupun kat kejiranan aku ada sebuah kedai barber[4] tetapi lama sudah aku tidak mengetam rambut di situ. Sebabnya! Adalah, nanti bila senang aku ceritakanlah.


Kul 0155 petang.
Aku di kedai gunting rambut. Rambut aku sedang diketam oleh lelaki yang aku tidak pasti identitinya. Taktau sungguh. Adakah barber itu seorang lelaki keturunan India atau Bangladesh, sebab kulitnya cerah sedikit jika nak dibandingkan warna kulit barber di sekitar Kolompo. Tak banyak cakap, barber tu terus mengeluarkan peralatan seperti gunting, sikat, ketam dan pisau cukur lalu mengetam rambut belah tepi dan bahagian belakang.

Ketika kerja-kerja mengetam, mata aku mulai layu. Aku gagahkan agar mata aku terus terbeliak. Aku  membuka pintu memory, lalu aku dapat melihat semula kisah dolu-dolu dimana  titik mula aku memboycott[5] kedai gunting rambut berhampiran kejiranan aku.


Kisahnya begini:
 

Satu petang, [entah pukul berapa tah] aku hendak mengguting rambut. Masatu hanya akulah pelanggannya. Barber bertubuh sederhana besar itu nampak gumbira apabila aku masuk ke-kedainya lalu segera mengetam ikut permintaan aku. Tidak sampai lima minit mengetam, handpon barber tersebut berdering. Lantas si tukang gunting itu meletakan ketam dikaunter dan mencapai handpon dari dalam poket seluarnya.

Berbualah si barber tersebut dalam bahasa Tamil yang memang aku tidak faham. Er'la! Yerle!
[6] [berbual]. Adalah satu dua ayat yang boleh aku terjemahkan seperti tangga'chi iaitu perempuan, kalinyanam mungkin perkahwinan dan kase'elek sepertinya duit tak ada. Masa barber tu berbual, aku terpaksa bersabar, mungkin hal yang dibincangkan itu sangat penting!

Usai Er'la-Yerle, barber tersebut sambung mengetam rambut aku. "Kring! Kringgg!"  Handpon berbunyi lagi. Segera berhenti mengetam. Macam tadi gak, layan Er'la-Yerle tanpa meminta 'excuse' dengan aku. Malah tergelak-gelak bila sebut ayat tangga'chi. Hati aku mula panas. Aku anggap barber ne biadap. Muka aku sedikit merah kerana menahan sabar. Ya! Seperti yang disaran oleh Ustaz-Ustaz, kita kenalah banyak bersabar.

"Orkey! Orkey! Ay'yaa!"

Si Tukang Gunting itu meletakan handpon atas kaunter depan cermin. Sambung mengetam. Kira, sudah 50 peratus kerja-kerja mengetam dilakuan. Alih-alih handpon barber itu menjerit lagi. Si barber tersebut buat-buat tak dengar tetapi terpaksa gak menjawap kerana mungkin 'urgent' katanya. Kali ini barber tu keluar kat kaki lima. Layan Er'la-Yer'le!. Aku pulak hilang sabar, maknanya iman[7] aku terlalu nipis-mungkin se-nipis kulit bawang.

Aku berdiri. Melepaskan appron lalu aku meletakkan rm10.00 dikaunter. Barber tersebut masuk sebaik melihat aku bangun dari kerusi dan menuju pintu untuk keluar.

"Abang-abang! Tunggu'la, saya bolum habis potong"

"Saya mau balik Bai. Saya pun ada kerja juga. Sekarang, lu boleh cakap lama-lama sama itu handpon. Sana kaunter saya ada kasi sepuloh ringgit"


"Sorry Abang! Banyak minta maaf. Tadi itu saya punya bapak juga telepon. Ini ada lebe' dua ringgit macam mana"

"Dua ringgit saya belanja minum teh pasal lu punya service sangat bagus Bai"



Aku menguak pintu cermin kedai gunting tersebut dan terus berlalu. Aku tidak menoleh lagi. Mungkin barber tersebut merasa pelik. Dalam hatinya berbisik 'Ini macam punya orang pun ada aaa'. - Cut!


2- MELAYU RETAK SERIBU!

 

Restoran AliMaju. Kul 0225 petang.
Aku memilih sebuah meja disiar kaki restoran mengadap jalan besar. Waktu macamne pelanggan sudah berkurangan tetapi kauter ruti canai masih belum beroperasi. Aku lihat ada notis pemberitahuan ditampal kat dinding:

               'Deer Costomer!      

Kaunter roti canai/Thosai akan ditutup sementara dari jam 1230 tengahari hingga 0230 petang setiap hari. Terima Kasih'


Sesiapa yang biasa melepak kat AliMaju pasti sudah mengetahui iaitu waktu tengahari - lunch time gitu, restoran ini tidak menjual ruti canai, tosei, capati atau ruti nan. Sementara menunggu kaunter ruti canai dibuka, aku memesan teh tarik. Sambil menghirup teh tarik, mata aku melilau[8] memerhatikan orang yang lalu lalang di lorong tengah.

Waktu menghampiri 0235 petang. Aku melambai salah seorang crew AliMaju. Aku memesan sekeping thosai garing. Tidak lama menunggu, tosei garing pun dihidangkan dalam bekas stainless steel yang ada tiga petak untuk diisi kuah dall, kari dan cak'ne[9]. Ha! Ketika makan tosei tiba-tiba  'mentol' minda aku menyala. Balik nanti aku nak mengupdate entri terbaru dan tak payahlah tunggu lepas waktu Is'yak seperti yang aku rancangkan.

Kul 0345 petang.
Aku sedang menggadap screen komputer. Kali ini aku hendak juga tumpang semangkuk[10] membebel, perihal 'Melayu Retak Seribu' dimana ketika ini perpaduan orang Melayu semakin mereput atau retak menanti belah gitu. Retaknya sudah lama-terlalu lama, tetapi ramai yang terlepas pandang. Ia mungkin bermula ketika zaman kesultanan Melaka atau ketika Tanah Melayu dijajah atau mungkin juga selepas Malaya Merdeka. Itu aku tidak pasti!

Bagaimana kalau aku katakan orang Melayu mula berpecah ketika berada dalam parti politik. Misalnya, sekumpulan penasihat agama dalam UMNO berasa tidak puas hati lalu keluar dan menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai PAS. Lepastu Melayu berpecah lagi kepada PKR dan yang terbaru ialah serpihan dari PAS dan PKR iaitu PAN [Parti Amanah Negara]. Tidak hairanlah jika selepas Pilihan Raya Umum [PRU] ada sahaja serpihan-serpihan dari orang Melayu yang mahu menubuhkan parti baru.

Seperti yang dihidangkan kepada umum oleh stesen tv baru-baru ini dalam rancangan Soal jawab  mengenai 'Multaqa'[11] bersama Prof. Emeritus Datuk Dr Mahamood Zuhdi Ab. Majid, dimana perpecahan orang Melayu Islam sudah sampai ke tahap gawat gitu. Mana tidaknya, dalam politik orang Melayu tidak sebulu, begitu juga dalam agama, orang Melayu berpecah-belah - ujar Prof. tersebut.

Orang Melayu sudah retak seribu. Kritikal sangat. Ketika ada orang Melayu sudah mencapai taraf hidup kelas 'elit'[12] dan ramai yang berada pada kelas menengah - disitu kelihatan ada jurang yang memisahkan orang Melayu miskin. Mungkin golongan Melayu miskin ini  terasa hati dan seperti di pinggirkan. Mereka marah lalu mereka berpecah belah.

Dalam rancangan selama 30 minit tersebut, Prof. juga ada bercakap tentang persepsi salah dimana ada orang Melayu dipilih menjadi pemimpin kerana pandai membodek[13]. Yang bijak-pandai pula hanya mampu berfikir tetapi tidak mampu untuk bertindak. Lalu, mereka yang bijak-pandai ini digelar sebagai  Profesor Kangkung[14]. Tambah Prof. lagi, kalau jantung pisang tidak keluar mana mungkin ada buah pisang. Kalau tidak dipecahkan ruyung mana boleh mendapat sagunya.

Biarlah air sungai yang mengalir dari ulu dan banyak cabang anak sungai itu airnya bersih. Dalam politik orang Melayu hari ini, melondeh[15] sesama sendiri sudah menjadi amalan terutama pemimpin-pemimpin yang sudah boleh digelar tua bangka. Kutuk mengutuk, malah ada pemimpin yang sanggup mengkafirkan[16] orang lain kerana merasa diri sangat hebat. - Cut!



Nota Lutut:
Tentulah tidak tepat susunan ayat-ayat yang aku taip mengenai Multaqa di sini kerana ketika aku menonton rancangan  di tv tempoh hari, aku hanya dapat menyimpan sedikit dalam kotak memory aku. Sewaktu aku cuba menulis semula, aku terpaksa menggunakan kaedah jelajah minda agar kata-kata Prof dapat aku lihat dan dengar semula secara keseluruhan. Sayangnya, hanya sedikit sahaja yang masih aku ingat.

Apapun, kepada kawan-kawan diluar sana yang berminat untuk mengetahui tentang Multaqa Perpaduan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Malaysia bersama Yadim baru-baru ini,  bolehlah menyelak muka surat 10 [Rencana] keluaran akhbar Utusan Melayu, Khamis 19 Mei 2016. - Terima kasih kerana anda sudi membaca!







30 May 2016

KETIKA JENDELA TERBUKA!



"Lihatlah bagaimana Tuhan mengatur kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Waktu pagi, burung-burung terbang dengan riang, bunga-bunga kembang dan para petani serta peladang keluar bekerja penuh bertenaga. Tiba waktu petang berlaku perubahan-tempo biologi, bilamana bunga gugur layu, burung pulang ke sarang dan petani serta peladang keletihan lalu berehat dan malamnya mereka terlena".



1- Tanah Kebun
!
Ketika jendela dibuka, pemandangan diluar sedikit berkabus. Kicauan burung mula kedengaran sahut menyahut di antara tekukur, merbok, kelicap, tempua dan pipit. Siulan burung-burung, sesekali bunyi anjing menyalak seakan bersatu seperti kumpulan okestera gamaknya.

Tanah basah. Hujan lebat malam tadi sudah cukup untuk akar-akar pokok bernafas dan menjalar dalam tanah. Embun masih melekat dihujung rumput tetapi si Fadzli Lombok sudah bersiap-siap untuk memulakan tugasan iaitu mengetam rumput. Aku segera ke bilik mandi. Usai mandi aku bersarapan dengan secawan teh uncang dan tiga keping biskut cream crackers jenama Hup Seng.

Di Tanah Kebun hanya aku dan Fadzli Lombok. Adek Ali balik bercuti seminggu. Mohamad Ridwan [volunteer] mungkin sudah berada dalam perut boat menuju Bali. Si Uwan pula buat kerja tukang kayu entah dimana, tidak pula aku bertanya. Kebiasaan, aku dan Fadzli Lombok hanya bersarapan ala kadar sahaja. Jika nak ikut buku, se-elok-eloknya sarapan pagi diambil  selepas tiga jam selepas kita bangun dari tidur. Tetapi jarang sekali dalam kehidupan kita ikut buku. Selalunya, celik sahaja mata, pasti kita akan memikirkan nak sarapan apa ya! 


 

2- Aku sedang menikmati teh uncang jenama Boh. Di luar, aku lihat si Fadzli Lombok sedang menuang minyak tuti berwarna pink ke dalam mesin rumput kemudian menyedut minyak petrol melalui saluran plastik lut sinar lalu minyak itu mengalir masuk ke dalam mesin rumput. Minyak sudah penuh. Mesin rumput dikendong lalu si Fadzli Lombok bergerak ke arah rumput dan lalang yang mula meninggi - mula menebal. Hanya sekali tarik, mesin rumput mula berbunyi peralahan, kuat dan bertambah bingit!

Teh sudah habis aku hirup.  Aku cuba menulis. Aku berfikir dan bermenung seketika. Cerita apa pulak yang hendak aku tulis kali ini. Beku kepala otak aku. Ketika inilah aku teringat akan saranan seorang rakan iaitu jika hendak memulakan penulisan 'jangan fikir' tetapi tulislah apa sahaja bermula dengan 'sepatah-dua perkataan'. Kemudian dikembangkan dengan sebaris ayat. Dari sebaris ayat, jadikan satu perenggan dan seterusnya hingga menjadi ayat sekurang-kurangnya 250 perkataan sebagai aktiviti minda diawal pagi.

Aku pejamkan mata. Cuba melakukan jelajah minda atau ayat lainnya ialah mahu melihat semula secara keseluruhan aktiviti yang aku lakukan seminggu yang lalu. Ahhh! Sukarnya untuk aku membuka pintu memory. Yang berlegar diingatan aku ialah aktiviti semalam yang bercampur-baur dengan bunyi cicak dan jeritan mesin rumput si Fadzli Lombok. Cuba pejamkan mata sekali lagi pujuk hatiku. Kosongkan minda. Cuba berimaginasi hal-hal yang menyeronokkan pasti pintu memory akan terbuka.


3- Pon! Poonnn! Aku berhenti berimaginasi. Retina aku terus ke pintu pagar yang masih tertutup rapat tetapi tidak bermangga. Aku lihat sebuah lori berkepala merah satu tan sedang berhenti dihadapan pintu pagar. Bunyi horn ditekan lagi. Fadzli Lombok berhenti mengetam rumput sebaik mendengar horn kedua kalinya dibunyikan. Selak pintu pagar ditarik. Daun pintu di kuak ke kiri dan ke kanan. Lori berkepala merah itu bergerak menuju pondok tempat aku cuba berimaginasi. Ishh! Ishhh! Potong stemlah lori ne!


Dua lelaki Melayu keluar dari lori. Mereka masuk dan memberi salam di ikuti si Fadzli Lombok dari belakang. Kami bersalaman sambil mereka memperkenalkan diri. Seorang lelaki bertubuh sederhana memperkenalkan dirinya sebagai En.Muhamad @Mat dan yang berbadan gepal-bulat pula di kenali sebagai En.Mukhlas dari syarikat Azal Jati Sdn Bhd. Mereka berhajat mahu membeli nangka muda secara borong [200 biji] pada harga rm1.00 sebiji. Wei! Murah sangat tu Bai, bisik hatiku.

Selang 15 minit kami berbual, masuk sebuah lagi lori satu tan berkepala merah. Aku sangkakan kawan si Muhamad @Mat yang juga hendak memborong nangka muda. Sangkaan aku meleset bilamana seorang lelaki India turun dari lori lalu memberitahu hajat hati hendak membeli besi buruk, tembaga, botol plastik, betri lama  dan tin minuman dengan harga yang murah juga. En Santheran nama di beri, katanya dari Mentakab. Entah e-ya' entah tidak, pasal pada kad perniagaan beliau tidak dicetak alamat hanya ada tertera nombor telepon.

Aku maklumkan pada En Santheran iaitu buat masa ini kami belum lagi mengumpul besi buruk dan botol minuman plastik. Nanti jika sudah terkumpul kami akan call. En Santheran mengganguk kepala tanda faham. Bangun, bersalaman lalu keluar. Kami berempat sambung berbincang tentang nangka muda.  Fadzli Lombok sanggup memetik nangka muda tetapi tidak dapat menjamin untuk mendaptkan 200 biji nangka muda dari jenis Mastura. En Muhamad @Mat dan bossnya En Mukhlas setuju. Ketiga-tiga mereka bergerak meninggalkan pondok menuju ladang nangka bersama dengan lori berkepala merah.


Aku tidak lagi mahu berimaginasi. Tanpa diarah, aku menyarung boot getah berwarna biru tua dan bertopi. Ya! Pagi ne aku nekad untuk menggumpulkan besi buruk, tin minuman dan botol-botol plastik yang mungkin tersorok dicelah-celah perdu senduduk, terlindung di sebalik pokok nangka atau sudah terbenam lama dalam timbunan sampah sarap. Bila sudah terkumpul nanti bolehlah aku call En Santheran. Harga yang di tawarkan bagi sekilo besi buruk hanya 40 sen. Murah tu! Murah pun tak kisahlah janji persekitran tanah kebun bersih dari 'tetamu maut' seperti  kala jengking, lipan, tikus atau setidak-tidaknya  kita dapat menghindari pembiakan jentik-jentik gitu. - Cut!



Pssttt!
Kata orang dolu-dolu "Berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak". Aku pulak kata "Kalau tak dipecahkan telur mana mungkin dapat makan telur dadar". Orang kebun pun pernah berjenaka: "Berjualan botol plastik dan besi buruk dahulu sementara menunggu nangka berbuah". - Wallahuaklam!






10 May 2016

OTAK AMBIL JALAN PINTAS!



1- Entri 'Otak Ambil Jalan Pintas' ne adalah sambungan entri terdahulu yang aku udah merapu tentang IQ dan Kreativiti. Kali ini apa kata aku merapu pulak tentang otak yang sering tertipu kerana persepsi atau tanggapan seseorang yang cetek dan sempit. Seperti gambar diatas, kelihatan sabuah Kabota terbenam ke dalam paya. Kabota itu terbenam kerana pandangan mata si pemandu ketika melalui paya, beranggapan paya itu boleh dilalui dengan mudah. Apabila persepi mata dihantar ke otak lalu otak memproses dengan cepat. Dengan ayat lain otak ambil jalan pintas untuk membuat keputusan.


Setelah Kabota terbenam seorang pekerja mencadangkan Kabota itu ditarik dengan tali. Cadangan itu dibantah kerana nampak tidak lojik kerana Kabota itu berat dan kedua-dua tayar belakangnya sudah terbenam. Oleh kerana otak mengambil jalan pitas lalu mereka bersetuju mencuba. Injen Kabota itu di hidupkan. Seorang menarik kabota dari hadapan dan dua orang menolak dari belakang. Beberapa kali mereka mencuba tetapi gagal. Malah, empat-empat tayar Kabota itu makin tengelam. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk meminta bantuan!


  • 2- Apa kata kita uji, adakah benar otak ambil jalan pintas setelah memperoses sesuatu data! Aku ada kirim gambar pada 1 Mei 2016 kat facebook. Gambar tersebut [seperti gambar no 1] dengan status:

    'BerSelfie di pagi Ahad @Tanah Kebun, Lancang Pahang'.

    Kebanyakaan pengguna fb terutama rakan-rakan aku tidak menyedari bahawa gambar itu bukanlah gambar Selfie yang sebenar. Ini kerana pandangan pertama mereka telah dikawal oleh persepsi bahawa kayu yang dipegang itu adalah kayu untuk merakam gambar secara Selfie.

    Jika otak kita tidak ambil jalan mudah pasti kita mengetahui bahawa gambar itu adalah selfie palsu. Cuba kita lihat gambar yang ke-2, dimana dalam petak putih itu ialah penyapu dan batang kayu yang dipegang tentulah batang penyapu. Secara lojiknya, sekiranya gambar diambil dari sudut atas, bahagian atas gambar akan kelihatan besar dan dibahagian bawahnya menguncup menjadi  kecil. Lihat pula pada pandangan mata mereka. Kedua-duanya sedang memandang kamera. Kepada otak yang bekerja sedkit lebih masa pasti  membuat keputusan bahawa gambar itu dirakam oleh orang lain dari arah hadapan.


    3- Disebabkan otak malas hendak berfikir lalu terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini seperti beberapa orang tua di tipu berpuluh ribu ringgit oleh beberapa orang yang berpakaian kemas dalam skim gores dan menang atau pompuan-pompuan yang kesunyian di tipu oleh Mat in Black melalui ayat-ayat cinta di media sosial misalnya.

    Diceritakan dalam rancangan 'Your Bleeped Up Brain' iaitu pada perang Dunia Pertama, German memiliki U Boat yang digeruni oleh tentera laut British. Untuk menyerang U Boat pihak British telah memasang perangkap dengan mencipta idea gila. Iaitu semua tentera laut yang berada didalam kapal dikehendaki berpakaian wanita. Lalu penyamaran itu pun dilakukan bagi mengumpan U Boat.

    Ketika tentera German yang berada di U Boat melihat kapal itu dipenuhi dengan pompuan lalu tentera German mengandaikan kapal itu tidak merbahaya. Sewaktu U Boat hampir mendekati kapal tersebut maka anak-anak kapal tentera British membedil U Boat yang memaksa U Boat cabut lari.


    Begitu juga halnya
    pada perang Dunia Ke-2 dimana Hitler mempunyai enam[6] orang pendua [orang yang hampir sama] bagi mengelirukan musuh-musuh Hitler terutama Russia. Hitler juga memalsukan kematian beliau dengan menembak salah seorang penduanya di dahi. Berita kematian Hitler itu telah disahkan oleh pihak tentera  tetapi apabila pihak Rusia  menyiasat secara terpeinci barulah mereka mengetahui bahawa simati bukanlah Hitler sebenar.

    Kisah otak membuat keputusan silap disebabkan persepsi juga berlaku di penjara Alctraz Island, San Francio California. Kejadian  tiga tahanan dapat melarikan diri dari penjara yang dikawal ketat itu adalah membuktikan pengawal-pengawal penjara yang cukup terlatih itu terpedaya hanya dengan kreativiti tahanan. Kreativiti mereka hanyalah mencipta topeng untuk diletakan diatas katil seakan-akan mereka sedang tidur.

    Topeng muka yang dibuat dari kertas, digam kemudian diletakan sedikit rambut itu telah membuatkan otak pengawal yang sedang membuat rondaan itu membuat kesimpulan  bahawa mereka sedang tidur, sedangkan waktu yang sama tiga tahanan itu sedang menebuk dinding lubang udara, sehingga mereka berjaya melepaskan diri.

    Tidak ketingalan juga kisah seoarang lelaki yang dapat memerdayakan kakitangan bank dengan memaluskan cek sehingga berjuta ringgit. Malah lelaki yang bernama Frank itu juga dapat memperdayakan syarikat penerbangan dengan hanya memakai pakaian  seragam juruterbang. Frank dikhabarkan telah bergerak ke seluruh dunia [26 negara] dengan menaiki pesawat secara percuma dan tinggal di hotel-hotel mewah.


    4-
    Begitulah sedikit cerita tentang otak yang malas dan suka ambil jalan pintas. Otak sering terpedaya dengan pandangan mata pada kali pertama. Seperti yang ditulis dalam buku Potensi Minda, iaitu kesilapan berfikir berlaku apabila seseorang membuat kesimpulan melampau berdasarkan satu insiden atau membesar-besarkan sesuatu. Kesilapan berfikir juga disebabkan kita hanya memfokaskan kepada suatu perkara secara terperinci dan tidak menghiraukan gambaran yang menyeluruh.

    Selain itu, kesilapan berfikir yang dikenal pasti ialah berfikir secara terburu-buru atau berfikir secara bercelaru. Berfikir secara bercelaru bermaksud kegagalan merancang dan menyusun pemikiran dalam bentuk yang sistematik. Kegagalan melihat punca sesuatu masalah, kegagalan membezakan simptom masalah daripada punca sebenar masalah dan kegagalan membezakan emosi daripada fakta. Ia mengakibatkan pemikiran yang dihasilkan adalah sempit dan kabur. - Dari buku Potensi Minda [M/S 7 & 8]

    Nota Lutut :
    Sedikit rujukan buat aku hilang fokus ketika merapu. Apapun, sumber rujukan itu aku kutip dari buku 'Meningkatkan Potensi Minda' tulisan Dr Azlena Zainal dan Dr Munir Shuib. - Walahuaklam!

09 May 2016

GULA TIDAK MANIS LAGI




Asalamualaikum!


1-
Dari sehari ke sehari aku cuba hendak meng-update blog tetapi petang ini barulah ada mood. Mood itu pun datang setelah hampir sejam melepak di Restoran AliMaju bersama Bob dan Baha. Lepastu melepak pulak di foodcourt EonMall kerana salah satu sebabnya EonMall menyediakan tempat solat [surau] serta tandas yang  dikira bersih kalau hendak dibandingkan dengan Ali Maju.

Masa kami berbual di AliMaju tadi ada siBaha bagitahu aku mengenai kiosk kosong di UIA dengan student lebih 4,000 orang. Si Baha bagitahu aku, sebab dolu aku pernah bercerita tentang hasrat aku hendak memiliki sebuah cafe yang berkonsepkan cafe gallery.

Ahhh! Itu hanyalah angan-angan. Apapun, sekurang-kurangnya aku pernah memasang angan-angan kerana dari nafsu angan-angan itu lahir sedikit harapan. Walaupun ia tidak menjadi kenyataan,  sekurang-kurangnya aku pernah berangan. Lagipun, bukannya kena duit kalau setakat kita berangan-angan!

Kami bertiga berbual pula tentang 'Tragedi Helikopter Terhempas' di Batang Lupar, Sarawak yang membawa lima penumpang dan seorang juru terbang - ada kemungkinan akibat di panah petir. Ini kerana penerbangan itu dilakukan ketika cuaca kurang baik [hujan lebat gitu!]. Fakta itu disokong pula oleh Penganalisis Pertahanan [En Muhammad Fuad Mat Noor] dimana ketika berlakunya hujan lebat, awan akan menghasilkan cas negatif manakala Heli bertindak sebagai cas positif yang boleh menghasilkan suatu tenaga apabila kedua-duanya bertembung.

Dari cerita tentang Heli terhempas, beralih pula kisah kejuaraan penuh bergaya Leicester City menjulang trofi Liga Perdana England [EPL] setelah berangan-angan selama 132 tahun. Malah pengurus Leicester City, Claudio Ranieri meminta para penyokong pasukan itu terus memasang impian lebih besar. Ya! Penyokong boleh terus bermimpi kata Ranieri.

Pot! Pet! Potpet!
Kisah insiden dua buah tren Keretapi Tanah Melayu Bhd. [KTMB] bergesel berhampiran stesen KTM Batang Kali dekat Kuala Kubu Bharu. Dengkil dilanda banjir, kisah air empangan kering dan berita Kembara Mahkota Johor [KMJ] 2016 dimana Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan memandu trak Mack paling mahal di dunia bernilai RM1.5 juta dan mengambil masa setahun untuk disiapkan di tenggara Brisbane, Australia. -
[ABC News]



2-
Sebelum aku mula menaip aku membancuh secawan teabag [Boh Gold Blend] dengan meletakan dua sudu kecil [sudu teh] gula tetapi air teh terasa seperti teh tanpa gula. Aku tambah satu sudu lagi. Aku hirup. Masih tidak manis. Aku tambah sesudu lagi gula. Ada sedikit rasa manis tetapi belum lagi menepati citarasa aku.

Hairan! Apasal pulak gula ne tak manis. Semalam, aku terpaksa top-up beberapa sudu garam ke dalam kari kepala ikan tetapi tidak juga terasa masinnya. Akhirnya aku terpaksa meletakan sedikit serbuk perasa barulah kari tersebut ada rasa sedikit masin! Begitulah  sifat minda kita. Jika kita berkata berulang kali bahawa gula itu sifatnya manis maka hal itu dianggap benar. Minda kita telah memproses apa yang didengar dan apa yang dilihat lalu kita terpengaruh.

Meminjam beberapa ayat dari tulisan bersama Ainon & Abdullah  iaitu orang yang sering menggunakan teknik pemikiran biasa sering kali dikongkong oleh apa yang dilihat oleh mata [persepi]. Sering kali tunduk kepada niat dan kepentingan peribadi. Apa-apa idea yang bertentangan dengan kepentingan itu akan diketepikan. Ciri-ciri lain dalam pemikiran biasa termasuklah berfikir tidak seimbang, dipengaruhi pengelaman peribadi serta melihat sesuatu secara terlalu sempurna atau secara ekstrim.

Ujar Ainon dan Abdullah lagi, sehingga hari ini ramai yang keliru antara kecerdasan dan kreativiti. Kanak-kanak yang mendapat markah tinggi dalam ujian IQ dianggap serupa dengan kanak-kanak yang kreatif. Melalui penyelidikan, mendapati IQ dan kreativiti adalah dua perkara yang tiada kaitan. Dalam erti kata lain, kreativiti bukan fungsi kecerdasan otak. - Dari buku Teknik Berfikir



3-
Bila aku merujuk [bukan merajuk] kepada  muka surat 22 & 23 tulisan Ainon dan Abdullah, teringat aku ketika berada di Sekolah Aminuddin Baki [SAB] awal tahun 70'an.  Ketika itu hanya ada dua [2] kelas tingkatan 3 iaitu  kelas A dan B. Selalunya kelas Tingkatan 3A terdiri pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan. Mereka telah disaring melalui ujian penilaian Tingkatan 2 dan kebanyakan pelajarnya memiliki daya ingatan yang kuat berbanding kelas B yang dianggap pelajar kureng cemerlang.

Dolu, aku pernah memandingkan antara pelajar 3A dan 3B. Ada sedikit perbezaan. Wajah pelajar 3A selalunya nampak baik mungkin terdiri dari keluarga yang baik dan berada. Pakaian mereka sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Apabila ditanya tentang cita-cita, mereka lebih berminat  untuk menjadi peguam, doktur, akitek atau paling tidak pun  menjadi guru. Pelajar 3A sering kelihatan berada di perpustakaan berbanding pelajar 3B.

Di kelas 3B, wajah-wajah pelajarnya kelihatan sedikit nakal. Jika tidak ada guru di dalam kelas, kelas mereka akan menjadi haru biru. Bising yang amat sangat. Tentang cita-cita mereka pula, kebanyakan mereka tidak ada nafsu untuk bercita-cita tinggi. Pernah ditanya oleh guru kelas [pompuan] kepada seorang murid tentang cita-cita, lalu pelajar itu dengan selamba menjawap mahu menjadi konduktor bas. Apalagi, satu kelas ketawa terbahak-bahak!

Waktu pagi, kekadang ada beberapa pelajar 3B dilihat berlari keliling padang kerana didenda. Kesalahan yang sering dilakukan ialah datang lewat, tidak memasukkan hujung kemeja kedalam seluar [tuck-in] tidak memakai stokin dan tidak memakai lencana. Walaupun pelajar 3B dianggap kureng cerdik tetapi sebahagian mereka mampu mengalahkan pelajar 3A terutama dalam aktiviti sukan bola sepak misalnya, seni kerja tangan dan selalunya hasil lukisan pelajar 3B tergantung didinding bilik lukisan berbanding pelajar 3A.


4-
Ketika awal tahun 70'an, ibu bapa dan guru-guru masih lagi berfikir secara biasa. Pelajar yang memiliki nilai-nilai yang disukai oleh guru-guru pastinya  pelajar 3A. Setelah lulus Tingkatan 5 pelajar-pelajar itu akan meneruskan pengajian di menara gading. Ketika itu sistem pendidikan masih lagi memihak kepada pelajar yang tinggi IQnya berbanding pelajar yang mempunyai daya kreativiti. Pelajar 3B yang memiliki kreativiti itu akan tercicir dan terpinggir kerana mereka gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Seperti yang ditulis oleh Dr Azlena Zainal dan Dr Munir Shuib, iaitu keputusan peperiksaan tidak mengambarkan kebolehan pelajar menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Ia hanyalah suatu angka atau abjad di atas kertas yang menunjukkan sejauh mana kita pintar atau bodoh. Menurut kajian oleh penyelidik-penyelidik dari IPPTN [Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara] menunjukkan ramai siswazah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka. Antara puncanya, mereka lemah dalam aspek penyelesaian masalah dan penjanaan keputusan. - Dari buku  Potensi Minda.


5- Dolu Ya!
Gula itu manis dan garam itu masin tetapi hari ini adakah gula itu masih manis dan garam itu rasanya masih masin. Jika benar gula itu masih manis kenapa kita terpaksa menambah lagi beberapa sudu gula ke dalam minuman kita. Tidak mustahil, pakar-pakar kimia gula telah menambah bahan lain selain daripada gula tebu semulajadi untuk menghasilkan gula. Jika ada penambahan bahan lain hanya mereka yang bertugas di bilik makmal sahaja yang mengetahui rahsia itu. - Rahsia milik mereka!

Bila ada ruang dan peluang, mereka yang kreatif  [itu pun jika boleh dipanggil kreatif] akan melahirkan idea-idea bodoh tetapi mengutungkan mereka. Contohnya, seperti seorang penoreh getah yang tidak mempunyai IQ tinggi tetapi telah memasukkan air kedalam susu getah untuk menambah berat susu getah tersebut. Peniaga tempoyak pula mencampurkan pisang bersama isi durian untuk dijadikan tempoyak. Peniaga ikan di pasar mungkin akan merenjiskan sirap merah agar ikan itu kelihatan segar.

Pernah terjadi, seorang penjual mee goreng mencampurkan daging beserta dengan daging palsu [kotak yang direndam] bagi menjimatkan kos pembelian daging. Barang tamat tempuh seperti beras misalnya akan dibungkus semula oleh pengedar dan meletakan tarikh tamat tempuh yang baru. Tidak terkecuali pada restoran makanan segera. Mereka akan mengoreng semula ayam semalam dan menjualnya melalui take away secara mencampurkan yang lama dan baru.

Begitu juga tentang penipuan Labu Peram, Love Scam, Gores dan Menang serta bermacam macam lagi idea gila yang dilahirkan oleh mereka. Adakah idea-idea penipuan itu boleh dianggap sebagai orang yang mempunyai tahap IQ yang tinggi atau individu yang mempunyai daya fikir yang kreatif. - Wallahuaklam!



Pssttt!
Kreativiti ialah fungsi berfikir. Ia memerlukan teknik berfikir. Apabila digunakan ia dapat menerbitkan idea-idea baru atau melihat semula sesuatu dengan cara baru. Kreativiti ialah "Melihat apa yang semua orang sudah nampak dan memikirkan apa yang belum terfikir oleh orang lain". - Ainon & Abdullah [Teknik Berfikir]