- 2- Apa kata kita uji, adakah benar otak ambil jalan pintas setelah memperoses sesuatu data! Aku ada kirim gambar pada 1 Mei 2016 kat facebook. Gambar tersebut [seperti gambar no 1] dengan status:
'BerSelfie di pagi Ahad @Tanah Kebun, Lancang Pahang'.
Kebanyakaan pengguna fb terutama rakan-rakan aku tidak menyedari bahawa gambar itu bukanlah gambar Selfie yang sebenar. Ini kerana pandangan pertama mereka telah dikawal oleh persepsi bahawa kayu yang dipegang itu adalah kayu untuk merakam gambar secara Selfie.
Jika otak kita tidak ambil jalan mudah pasti kita mengetahui bahawa gambar itu adalah selfie palsu. Cuba kita lihat gambar yang ke-2, dimana dalam petak putih itu ialah penyapu dan batang kayu yang dipegang tentulah batang penyapu. Secara lojiknya, sekiranya gambar diambil dari sudut atas, bahagian atas gambar akan kelihatan besar dan dibahagian bawahnya menguncup menjadi kecil. Lihat pula pada pandangan mata mereka. Kedua-duanya sedang memandang kamera. Kepada otak yang bekerja sedkit lebih masa pasti membuat keputusan bahawa gambar itu dirakam oleh orang lain dari arah hadapan.
3- Disebabkan otak malas hendak berfikir lalu terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini seperti beberapa orang tua di tipu berpuluh ribu ringgit oleh beberapa orang yang berpakaian kemas dalam skim gores dan menang atau pompuan-pompuan yang kesunyian di tipu oleh Mat in Black melalui ayat-ayat cinta di media sosial misalnya.
Diceritakan dalam rancangan 'Your Bleeped Up Brain' iaitu pada perang Dunia Pertama, German memiliki U Boat yang digeruni oleh tentera laut British. Untuk menyerang U Boat pihak British telah memasang perangkap dengan mencipta idea gila. Iaitu semua tentera laut yang berada didalam kapal dikehendaki berpakaian wanita. Lalu penyamaran itu pun dilakukan bagi mengumpan U Boat.
Ketika tentera German yang berada di U Boat melihat kapal itu dipenuhi dengan pompuan lalu tentera German mengandaikan kapal itu tidak merbahaya. Sewaktu U Boat hampir mendekati kapal tersebut maka anak-anak kapal tentera British membedil U Boat yang memaksa U Boat cabut lari.
Begitu juga halnya pada perang Dunia Ke-2 dimana Hitler mempunyai enam[6] orang pendua [orang yang hampir sama] bagi mengelirukan musuh-musuh Hitler terutama Russia. Hitler juga memalsukan kematian beliau dengan menembak salah seorang penduanya di dahi. Berita kematian Hitler itu telah disahkan oleh pihak tentera tetapi apabila pihak Rusia menyiasat secara terpeinci barulah mereka mengetahui bahawa simati bukanlah Hitler sebenar.
Kisah otak membuat keputusan silap disebabkan persepsi juga berlaku di penjara Alctraz Island, San Francio California. Kejadian tiga tahanan dapat melarikan diri dari penjara yang dikawal ketat itu adalah membuktikan pengawal-pengawal penjara yang cukup terlatih itu terpedaya hanya dengan kreativiti tahanan. Kreativiti mereka hanyalah mencipta topeng untuk diletakan diatas katil seakan-akan mereka sedang tidur.
Topeng muka yang dibuat dari kertas, digam kemudian diletakan sedikit rambut itu telah membuatkan otak pengawal yang sedang membuat rondaan itu membuat kesimpulan bahawa mereka sedang tidur, sedangkan waktu yang sama tiga tahanan itu sedang menebuk dinding lubang udara, sehingga mereka berjaya melepaskan diri.
Tidak ketingalan juga kisah seoarang lelaki yang dapat memerdayakan kakitangan bank dengan memaluskan cek sehingga berjuta ringgit. Malah lelaki yang bernama Frank itu juga dapat memperdayakan syarikat penerbangan dengan hanya memakai pakaian seragam juruterbang. Frank dikhabarkan telah bergerak ke seluruh dunia [26 negara] dengan menaiki pesawat secara percuma dan tinggal di hotel-hotel mewah.
4- Begitulah sedikit cerita tentang otak yang malas dan suka ambil jalan pintas. Otak sering terpedaya dengan pandangan mata pada kali pertama. Seperti yang ditulis dalam buku Potensi Minda, iaitu kesilapan berfikir berlaku apabila seseorang membuat kesimpulan melampau berdasarkan satu insiden atau membesar-besarkan sesuatu. Kesilapan berfikir juga disebabkan kita hanya memfokaskan kepada suatu perkara secara terperinci dan tidak menghiraukan gambaran yang menyeluruh.
Selain itu, kesilapan berfikir yang dikenal pasti ialah berfikir secara terburu-buru atau berfikir secara bercelaru. Berfikir secara bercelaru bermaksud kegagalan merancang dan menyusun pemikiran dalam bentuk yang sistematik. Kegagalan melihat punca sesuatu masalah, kegagalan membezakan simptom masalah daripada punca sebenar masalah dan kegagalan membezakan emosi daripada fakta. Ia mengakibatkan pemikiran yang dihasilkan adalah sempit dan kabur. - Dari buku Potensi Minda [M/S 7 & 8]
Nota Lutut : Sedikit rujukan buat aku hilang fokus ketika merapu. Apapun, sumber rujukan itu aku kutip dari buku 'Meningkatkan Potensi Minda' tulisan Dr Azlena Zainal dan Dr Munir Shuib. - Walahuaklam!
10 May 2016
OTAK AMBIL JALAN PINTAS!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment