25 August 2014

24 August 2014

MAJLIS KAHWIN ANAK EN ROZLAN


Assalamualaikum!

 

I- Bulan Syawal akan berakhir dan menyusul pula bulan Zulkaedah. Begitulah tugas pengiliran bulan berganti bulan hingga sampai ke bulan Rabiul Awal iaitu bersamaan penghujung bulan Disember 2014. Dalam bulan Syawal ini, aku seperti kenkawan diluar sana tentunya agak sibuk dengan majlis-majlis kerana mendapat jemputan 'open hause', majlis harijadi atau majlis perkahwinan. - Kira sibuk sikitlah!


Bukan
semua jemputan dapat aku hadirkan diri kerana tarikhnya kekadang bertembung dengan majlis perkahwinan, majlis tahlil atau majlis peresmian pameran lukisan. Contohnya, si Mahbob kawan lama aku jemput datang 'open hause' di Kajang dan Puan Darulneza jemput majlis hari jadi anaknya juga disekitar Kajang pada 16/8/2014 tetapi aku tak dapat datang. Begitu gak pada Majlis Mesra Idulfitri Surau An-Nur Falah pada 17/8/2014, aku juga tak dapat datang. - Maaflah yer kalau tak dapat datang!

Malam Jumaat lepas, aku sepatutnya ikut serta majlis tahlil dan bacaan Yasin di surau tempat kijiranan aku. Alih-alih, malam tu aku terpaksa pergi tahlil dan bacaan Yasin di Masjid Al Iman kat Kemesah Hight kerana jemputan kawan lama [Nan Nayan] yang adeknya baharu sahaja meninggal dunia. Lepas selesai tahlil dan pekene sekeping capati, si Nan ajak pulak datang ke rumah kerana katanya boleh berjumpa adek beradiknya yang lain iaitu Alam, Fadzil, Yati dan Kazer. - Malam tu aku balik lewatlah!


II- Hari Ahad [24/8/2014] aku bersama isteri  hadir ke Majlis Perkahwinan anak pasangan kepada En Rozlan Asari & Puan Zainin Noordin @Kak Yan. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Jinjang Utara, Kolompo. Kami tiba pada jam 1245 tengahari dan ketika itu di dalam dewan udah pong dipenuhi dengan ramai tetamu.

Tetamu boleh memilih untuk menikmati makan tengahari dengan nasi putih atau nasi minyak. Pilihan lain ialah ruti John yang disediakan secara 'live cooking'. Ada gak disediakan manisan serta buah-buahan yang udah dicucuk dengan lidi, stall cendol dan stall ice cream. - Kira meriahlah kalau nak cerita bab makan-makan ne!

III- Bercakap
pasal jemputan majlis perkahwinan ne, ada satu lagi jemputan yang akan diadakan di Sungai Sireh, Tanjung Karang pada 31 Ogas 2014 iaitu tarikh yang sama kita akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan dengan tema "Di sini lahirnya sebuah cinta".

Kali ini  sambutan ulang tahun kemerdekaan akan dibuat secara sederhana sahaja pasal menghormati keluarga mangsa tragedi MH370 yang gaib serta MH17 yang terhempas kerana kene tembak di Ukraine. Ya! Negara kita sekarang dalam suasana berkabung jadi adalah lebih baik stesen radio atau Tv meraikan peristiwa bersejarah itu dengan menyelitkan lagu-lagu patriotik sementara premis-premis dan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang.


IV- Walaupong
kita sedang barkabung tetapi aktiviti berpameran dan workshop tetap diteruskan. Sebelum ne udah diadakan pameran lukisan di Galeri Shah Alam pada 7-28 Ogas 2014. Pada 30-31 Ogas 2014 pula akan diadakan 'A Two Day Workshop' oleh HOM Art Trans. Disusuli dengan Pameran APS Bangkit di Galeri Seni Universiti pada 13 Ogas hingga 12 Sept. 2014. Lepas tu jangan lupa menyertai pameran yang akan dibuat oleh Rajawali ArtGroupe [555] pada 25 September 2014.


Eh! Lain tajuk lain pulak ceritanya. Sebenarnya aku udah tau [masih sedar gitu!] tajuk dan gambar-gambar yang aku upload ini tentunya dari Majlis Perkahwinan anak En Rozlan Asari. Nak story panjang-panjang pasal tajuk entri ne nanti kenkawan boring pulak, tu pasal aku story mengenai kemerdekaan dan pameran lukisan. - Kalau budak dalam pic ne baca pong memang pening kepalalah. Fullstop!









18 August 2014

KAYUH & HITCHKER


I- Aku dan Mahfol berkayuh pagi, arah ke Kampung Melayu Kepong. Ketika melalui deretan gerai tepi jalan kelihatan sebuah gerai menjual nasi lemak. Aku ajak Mahfol sarapan dahulu sebelum meneruskan kayuhan. Kami berhenti digerai dan sarapan nasi lemak yang warnannya sedikit hijau. Nasi Lemak Pandan kata Mak Cik tu!

Tak kisahlah
apa warna nasi lemak tersebut, janji halal Beb. Sambil menikmati sarapan, kami berbual tentang Diari  Pengembara
[Siri 6] oleh Zahariz Khuzaimah yang berkayuh sejauh kira-kira 135km, dari Dunhuang ke Kumul. Pengalaman berkayuh ketika angin kencang dari arah bertentangan, mendaki sehingga 2,000 meter, berkayuh dibawah terik matahari serta terpaksa meredah malam kerana tidak cukup bekalan air untuk berkemah. - Itulah kepuasan yang tidak ternilai!

Berbeza pulak dengan pengalaman sekumpulan pengayuh basikal Kembara Merdeka yang kena samun. R. Ragu, 39 bersama isteri serta lima anak mereka yang mahu menjelajah Semenanjung sejauh kira-kira 2,800 meter bermula 4 Ogas lalu dari tempat kediaman mereka di Ipoh.

R. Raju
bersama dua anak, mengayuh basikal sambil diiringi kereta yang dipandu isteri beserta tiga lagi anaknya. Malangnya, dalam seronok dan kepenatan berkayuh lebih 1,000 kilometer mereka disamun ketika tiba di Kuala Ibai pada pukul 07.30 pagi lebihkurang.

Agaknya,
keluarga R.Ragu tidak pernah terfikir perkara buruk
mungkin berlaku ketika buat jelajah berbasikal. Mana tidaknya, penyamun tersebut berjaya mengambil kesemua wang tabung berjumlah RM300, sebuah tablet jenis Samsung serta beg pinggang berisi wang tunai RM2,600.00 sebelum melarikan diri dengan motosikal jenis EX5 berwarna merah. - Banyaknya bawak duit cash. Wow!

Mengembara
secara solo atau berkumpulan perlu juga memikirkan akan risikonya lagi-lagi kalau kita mengembara menggunakan basikal. Kita kene tau serba sedikit 'repair' basikal  kalau tiub basikal bocor misalnya. Begitu gak kalau raider bawak wang tunai yang banyak, tentu ada risk! - Persoalannya, kenapa perlu bawak banyak wang tunai sedangkan kita boleh gunakan kad ATM.
 

Zaman udah berubah Bro! Dolu, sekitar awal 70'an ramai 'hiker' dari Eropah datang ke Malaysia hanya hiking iaitu menumpang kenderaan secara percuma. Jarang sekali aku dengar berita pengembara yang buat hiking atau backpaker kene samun, kene rogol atau kene bunuh. Aku ada dengar kisah kejayaan beberapa pengembara dari Kelompo seperti rakan aku si-Sidek budak Kg Nakhoda yang  hiking hingga sampai ke Rome. 

Begitu gak cerita backpaker secara solo, pelukis hebat Jai [Jailani Abu Hassan] yang  melalui perjalanan dari London, Belgium, Yugoslavia, Austria, Greece, Turki, Iran, Pakistan, Bangkok sebelum tiba kat Kolompo pada 26 Mei 1987, tiga hari lagi sebelum aidilfitri. - Kisah pengembraan beliau telah disiarkan pada halaman Sepanjang Jalan dalam majalah Fantasi 1987!

Budaya
mengembara dengan menumpang kereta udah tidak ada lagi dalam kamus kita di Malaysia. Hiker tidak berani menumpang kereta kerana takut kene samun begitu gak pemandu kereta atau lori tidak berani menumpangkan pengembara takut sipengembara itu adalah seorang penyamun tarbus! Jadi, trend mengembara guna basikal atau motosikal adalah dikira lebih selamat.


Nota Kaki :
Aku, Mahfol dan dua rakan lagi merancang untuk backpaker arah ke Utara pada hujung tahun ini atau awal tahun 2015. Kepada kenkawan yang meminati story dan gambar pengembaran, bolehlah singgah di blog Kakiconteng. - Dengan Izin Allah!










JAMUAN RAYA [KELUARGA]












13 August 2014

KHALID MASIH MB SELANGOR!




 

I- Sg Sireh, Tanjug Karang!
Petang
itu sorak-sorai pun bergema apabila Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan kerusi yang pernah diduduki oleh Dr Mohamad Khir bin Toyo. Ramai penduduk desa yang baru pulang dari kebun, yang baru pulang dari ladang tercengang-cengang melihat ramainya orang bersesak-sesak  dikedai kopi Wak Dol.

Ketika mereka menghampiri kedai kopi Wak Dol, pandangan mereka terarah pada kaca Tv yang ketika itu Abdul Khalid Ibrahim sedang tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada orang Selangor kerana telah mengundi dan memilih beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang kelapan.

Wajah-wajah orang kampung itu kelihatan ceria kerana mereka pasti, MB yang baru dilantik dari pakatan pembangkang itu akan dapat  merubah masa depan mereka. "Refomasi! Refomasi!" kedengaran jeritan anak-anak muda yang menungang cupcai ketika melintasi kedai kopi Wak Dol. - Cut!


II- Ahad, Kedai Wak Dol!

Pagi,
Kedua-dua biji mata Wak Dol yang terlindung dengan cermin mata rabun dekatnya, tidak bekelip sekali pun ketika menatap muka depan Mingguan Malaysia. Dibelakang Wak Dol ada beberapa orang lagi tumpang sekaki membaca tajuk berita iaitu 'Kalid dipecat'.
 


Dibelakang Wak Dol itu hanyalah  orang-orang tua yang rambutnya udah putih dan kulit mereka yang mula mengedur. Mereka tidak bersekolah tinggi malah tidak ada cita-cita untuk menjadi Yang Berhormat. Cukuplah dapat mengerjakan sawah bendang dua kali setahun. Seminggu sekali dapat bawak anak bini ke-pekan Tanjung Karang, kira sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya dapat gak merasa air batu campur, makan soto ayam atau pecal yang dijual dipasar Minggu. - Cut!




III- Isnin, Sungai Buloh. 
Malam, kebiasaannya Abdul Jabbar, anak sulong Wak Dol yang bertugas sebagai guru di SMK Sungai Buloh, akan berada dibilik bacaan sambil mengadap laptop. Ketika inilah Jabbar terbaca entri di-wall fb penyair Pyanhabib Rahman berbunyi:


"Satu kerusi terus digoncang. Dibawahnya para macai para barua terus berkelahi, memarahi satu sama lain. Sibangang lurus bendul seperti gua terpinga-pinga diberi nasi, makan - diberi kopi, minum. Satu kutu tercungap-cungap dengan gua, terjah dengan kepala lutut  berkata: Gua berdoa dia orang terus bergaduh sesama sendiri, berbunuh-bunuh sampai mampos, biar manusia bodoh berkurang dan Malaya aman makmor". - Pyanhabib Rahman.


Selepas tu Jabbar berminat pulak untuk mendapatkan info mengenai sejarah lampau sistem pemerintahan Negeri Selangor sebelum Merdeka.

"Sistem pemerintahan Negeri Selangor sekarang mempunyai sejarahnya yang panjang, kerana sebelum Merdeka ia dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Negeri. Bermula pada tahun 1877 apabila Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri menggikut panduan Residen Inggeris pada masa itu
Bloomfield Douglas. Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri pertama ialah Tunku Kudin dan ahli-ahlinya.


[Dipendekan Cerita] Pada 20 Mei 1959 iaiitu selepas Merdeka, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan untuk mentadbir Negeri Selangor. Allahyarham Dato' Abu Baka bin Baginda telah dilantik sebagai Menteri Besar [MB Selangor yang pertama selepas Merdeka].


 

Menteri Besar Selangor silih berganti bermula dengan Dato'Abu Bakar bin Baginda, lepas tu diganti dengan Dato' Seri Hj Harun Idris, diikuti Dato' Seri Hj Hormat bin Rafei, kemudian diganti oleh Tan Seri Dato Hj Ahmad Razali bin Hj Mohd Ali, ganti pulak dengan Tan Sri Dato Hj Muhammmad bin Hj Muhammad Taib, lepas tu Yg. Bhg Dato' Seri (Dr) Hj Abu Hassan bin Hj.Omar dan MB yang ketujuh ialah Dato' Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo dan yang masih kekal hingga ke hari ini ialah Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim. - Cut!

 

IV- Selasa, Kopitiam di Kajang!
Si Mahbob, menantu Wak Dol sedang leka membaca Kosmo! Berita tentang MB Selangor di pecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik perhatiannya. Episod 'Langkah Kajang' bermula apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahukan Anwar Ibrahim menggantikan Abdul Khalid dengan segera. Oleh kerana Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kes meliwat, maka PKR melantik Wan Azizah sebagai calon baharu menggantikan Anwar.
 

Abdul Khalid pula enggan meletak jawatan Menteri Besar sehingga pengalnya berakhir pada 2018. Pada 9 Ogas 2014, Abdul Khalid dipecat daripada PKR kerana mengingkari keputusan mesyuarat MPP PKR yang sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar. Pada 11 Ogas pula, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi pekenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor. - Cut!


V- Rabu,  Bukit Indah, Ampang.


Malam di Bukit Indah, aku bersama Azhan dan Hafiz sedang menikmati teh tarik di restoran mamak. Kami berbual tentang isu panas mengenai Abdul Khalid yang telah memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), berkuatkuasa  serta-merta semalam. Tindakan keras itu diambil kerana mereka cuba untuk menghadkan kuasa Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


"Tenguk Khalid! Kene pecat belum tentu hilang kuasa". Si Hafiz memulakan bual bicara, sementara si Azahan bangun menuju stall sate.

"Pendirian Majlis Syura Pas yang mahu Khalid kekal sebagai MB memang aku sokong, pasal tuduhan terhadap Khalid hanyalah bersifat spekulatif". Sambung Hafiz sambil menghirup teh tarik.


"Gua pong tak fahamlah Hafiz, apasal kelam-kabutnya si Anwar Ibrahim suruh Khalid letak jawatan. Padahal tempoh Khalid jadi MB belum tamat lagi".

"Tulah! Semuanya udah dirancang melalui Kajang-Move untuk ambik alih jawatan MB Selangor. Nama Azmin Ali yang diaorang sebut sebagai calon MB tu saja jer, macam kira calon bebas gitu. Padahal yang tersirat ialah Wan Azizah". Jawab si Hazif. Azahan datang dan duduk disebelah Hafiz.
 


"Aku pesan 20 ayam 10 lembu dan tiga ketul nasi himpit. Ok ker tu! Soal Azahan.

"Bolehlah Bro! Kira banyak tu". Sekarang kita sambung pasal kes MB Selangor".

"Wah! Aku dah terlepas banyak ne. Boleh ulang tayang ker?", Gurau si Azahan sambil matanya memandang stall sate yang ketika itu Wak Sate sedang terkial-kial mengipas sambil merenjiskan sedikit minyak masak menggunakan batang serai.

"Eleh! Lu bukan minat sangat pasal politik Selangor. Lagipun lu bukan rakyat Selangor". Bisik Hafiz ke cuping telinga si Azahan dan si Azahan cuba menepis tangan si Hafiz. Kami bertiga ketawa!


"Gini ha ceritanya. Gua ada baca semalam tulisan Zainuddin Maidin pasal rahsia yang belum didedahkan sebelum ne".

 

"Ok! Ok! Teruskan cerita". Si Azahan bersura lagi sambil menuang kuah kacang keatas nasi himpit. Si Hafiz pula terus meratah sate ayam sambil di selang-selikan dengan memakan hirisan timun dan bawang.

"Kata Zainuddin Maidin, satu persefahaman tersirat selama ini antara Pas dan Umno apabila kedua-dua parti tersebut menolak mentah-mentah Anwar Ibrahim sebagai PM, sebelum PRU-13 dolu".

"Wah! Rahsia bukan rahsia lagi, teruskan". Sambil Hafiz melambai-lambai tangan kepada pekerja restoran. Pekerja restoran datang dan si Hafiz memesan air suam. Aku dan Azahan juga memesan air suam kerana teh tarik kami udah tinggal buih sahaja.


"Rahsia dalaman itu didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam interviu dengan wartawan The Sunday Star. Pas pernah menemui Tengku Razaleigh Hamzah dan meminta beliau untuk bertanding sebagai calon Pas untuk menjadi PM".
 

"Lagi! lagi!", si Azahan mencelah. Mungkin berminat atau udah bosan mendengar ceramah aku. Si Hafiz pula senyum sambil menampakan barisan giginya yang putih tetapi ada terselit sedikit daging ayam.

"Aku rasa kita sambung lain kalilah, lagipong besuk pagi aku kene hantar anak kesekolah". Perlahan sahaja suara si Hafiz sambil mengeluarkan note 50 dari walletnya.

"Lu nak payung ke Hafiz? Apakata kita share bayar".
 

"Takpelah Azahan. Kali ne aku payung". Sambil si Hafiz menghampiri Wak Sate dan membayarnya. Aku pula gerak ke kauter untuk membayar harga minuman. Kami bertiga berpisah kerana malam semakin larut. Bukan larut malam! - Fullstop!

10 August 2014

BERKAYUH BERSAMA MAHFOL



Usai sembahyang Asar, aku bersiap-siap untuk berkayuh ke Tasik Metro. Begitu juga si Mahfol yang mungkin sedang mengayuh basikalnya dari Sungai Tua, melalui Bandar Baru Selayang menuju tempat yang dijanjikan iaitu dipintu kedua Tasik Metro.

 

I- Di Tasik Metro! Suasana petang di sini sangat damai dengan tiupan angin yang datang dari kawasan berbukit, menghantarkan sedikit kesegaran ke-pipi aku. Diatas jalan tar kelihatan tiga orang nyonya sedang berjalan, menyusun langkah demi langkah dengan berhati-hati. Ketara benar kendur kulit nyonya-nyonya tersebut ketika melintas dihadapan aku.


Sambil aku duduk memerhati air tasik yang sesekali berkocak, tiba-tiba sahaja aku teringatkan si Mahfol. Memang udah lama benar aku mengenalinya, iaitu era awal 70'an disekitar Bukit Bintang. Sering bersama ke panggung wayang menonton filem seperti Battle The Planet of The Apes, The Man with The Golden Gun, Chinatown, filem Rocky atau filem Convoy misalnya.

Sekitar awal 70'an, masa tu belum ada lagi Sungei Wang Plaza atau BB Plaza. Yang ada hanyalah deretan rumah kedai dan pasar basah yang kini tapaknya didirikan sebagai pusat belibelah Lot 10. Ketika itu Jalan Bukit Bintang tetap menjadi tumpuan remaja kota kerana ada pusat bowling yang terletak didalam kawasan hotel. Tidak jauh dari hotel Malaya pula ada dua buah panggung wayang yang sentiasa penuh sesak sekiranya ada tayangan filem dari Hollywood.

II- Jam 0550
petang Mahfol tiba di Tasik Metro. Kami berbual tentang kisah silam dimana kami selalu bersama dengan seorang lagi kawan  iaitu Idris Baba, bersarapan digerai ManCo. Gerai ManCo itu letaknya dibawah pokok cerry, menjual nasi lemak bungkus, mee dan meehoon goreng bungkus, sate paru serta kuih muih. Salah satu kuih yang masih aku ingat ialah kuih Bumiko yang dihatar oleh seorang pegawai bernama En Othman Md Noor.

Tidak
jauh dari tempat kami berehat, ada dua lelaki sedang memancing. Sebuah van mucul dan beberapa orang penguatkuasa DBKL turun lalu menghampiri kedua orang lelaki tersebut. Mereka mungkin disaman kerana memancing dan meletakan motosikal ditempat yang tidak dibenarkan. Kemudian, beberapa warga Bangladesh juga mungkin disaman kerana kesalahan memancing  yang tasiknya memang dipenuhi ikan keli kegemaran mereka.

Lega
rasanya bila aku melihat petugas DBKL menahan beberapa penungang motosikal yang masih berdegil, sering memasuki jalan disekeliling tasik sambil melepaskan asap motor beracun kepada  jogger dan penunggang basikal. "Kasi ajar sama diaorang Bro", kata Mahfol ketika berkayuh melintasi beberapa petugas DBKL yang sedang memberi amaran atau mungkin kene saman.

III-
Langit Mendung!
Ada titis-titis air yang turun dari langit menandakan sebentar lagi mungkin hujan akan turun. Kami segera berkayuh tinggalkan Tasik Metro, menyeberang jalan MRR2 dan terus kayuh arah ke Kampung Melayu Kepong. Kami berhenti disebuah gerai makan. Si Mahfol pesan secawan air limau panas dan ruti sardin, aku pula pesan teh tarik dan ruti sardin gak!

Sambil aku menikmati ruti sardin, aku mendongak ke langit melihat wajah penuh bulan tanpa ditemani cahaya bintang. Kekadang, bulan itu hilang disebalik awan hitam, kekadang kelihatan semula wajah sinarnya setelah awan hitam itu berlalu. [Mj]- Awan memang kelihatan mendung tetapi hujan tak jadi. Hanya Allah jua yang mengetahui dan mengatur  tentang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta sekelian isi alamnya. - Wallahuaklam!







09 August 2014

13 SYAWAL 1435H


I- Pinggir Bandar Kolompo
- Jam 1235 tengahari aku dan isteri udah terpacak di pintu masuk Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis 2, setelah tadinya kami dengan santai menyusuri Jalan Ipoh, PPRT Batu Muda, melepasi Masjid Saidina Hamzah dan beluk ke Jalan 45/10 berhampiran Balai Polis dan Kolej UNIKOP. Di sinilah berlangsungnya Majlis Perkahwinan pasangan Izani dan Ain.

Ketika kami memasuki dewan, belum ramai lagi tetamu yang hadir dan tidak perlu beratur di meja buffet untuk mengambil makanan. Kali ini kami memilih untuk makan nasi minyak yang sedikit di-warnakan dengan warna biru, merah dan jingga seakan-akan nasi hujan panas atau nasi pelanggi gitu. Perkhidmatan Catering ini disediakan oleh Dapur Emas Catering dari Taman Dagang, Ampang Selangor. Tel: 012-6112174 [Sariah] atau 017-8884174 [Azman]. Web: www.dapur.emas.blogspot.com

Jam 0110 petang, kami tinggalkan Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis kerana udah berjanji dengan keluarga Joe dan Nor akan  datang pada majlis jamuan raya di Taman Selayang Jaya. Dari Taman Batu Muda hendak ke lebuhraya MRR2, kenderaan mula bergerak perlahan. Berpusu-pusu arah ke pusat bandar dan juga arah ke Sungai Buloh.

Minggu kedua Syawal biasanya, ramai orang Kolompo akan keluar beraya, ziarah-menziarahi sanak saudara, rakan taulan kerana kebanyakan umat Islam udah selesai melakukan puasa enam, tupasal ada rakan-rakan aku buat majlis jamuan raya. Apapong, kenelah bersabar ketika berada dalam kesesakan jalan raya.

II- Taman Selayang Jaya.
Kami sampai gak dirumah pasangan Joe dan Nor dengan selamat. Kami bersalam-salaman, bertanya khabar sambil menikmati juadah yang disediakan tuan rumah. Pelbagai cerita suka-duka dolu-dolu kami bualkan termasuk isu panas mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam PKR, empat penghasut yang sedang dikehendaki polis iaitu Kelvin Yap, Vignamona VM, Mohd Adam Asyiq dan Persatuan Kongsi Gelap Melayu juga berita tentang Khazanah Nasional ambil alih pemilikan saham MAS, sebagai langkah awal untuk mengembalikan keuntungan syarikat.

Udara
ketika ini nyaman dengan tiupan angin petang dengan membawa sekali aroma sate yang dibakar oleh dua pemuda dihalaman rumah. Sedang aku makan sate, aku terima pesanan ringkas dari rakan lama aku si Mahbob yang tinggal di Kajang. "Saya dlm perjalanan kesubang jaya & sungai buluh, klu sempat saya akan terus kesana".


Tidak
lama kemudian telepon aku berbunyi, kali ini si Mahbob sudah berada disekitar taman perumahan Selayang Jaya tetapi tidak menemui lorong masuk untuk ke rumah Joe. Aku pas telepon pada Joe untuk bagitau si Mahbob, bagaimana untuk datang ke sini. Biasalah! kalau first time masuk kawasan perumahan
tentulah gelabah sikit. Pulak tu, nampak rumah-rumah teres tu hampir sama jer dari segi warna dan reka bentuknya. - Fullstop!