25 September 2015

CERITER HARI JUMAAT


Jumaat 25 September 2015.
Jam berwarna putih yang tergantung didinding ruang tamu menunjukkan pukul 11.30 pagi. Aku masuk ke bilik air untuk mandi sunat Jumaat. Usai mandi dan potong kuku aku memilih untuk memakai jubah juga tidak lupa mencalitkan sedikit Eau De Perfume dari jenama AlRehab Perfumes, Made in Saudi Arabia.

Walaupun solat Jumaat hari ini bermula pada jam 01.08 tengahari, aku kena keluar lebih awal kerana hendak menghirup dahulu teh tarik sambil mahu membaca akhbar dimana malam tadi ketika menonton berita di tv3, ada diberitahu iaitu kejadian lebih 700 jemaah mati terpijak apabila jemaah haji merempuh sesama sendiri ketika ingin melontar jamrah di Mina, Arab Saudi.

Aku singgah di restoran India Muslim berhampiran Aeon Kepong yang dahulunya dikenali sebagai pasaraya Carefour lalu memesan secawan teh tarik. Mengeluarkan akhbar Kosmo! dari backpack, mata tertumpu pada tajuk 'Beratus jemaah haji mati di pijak' sambil menatap gambar-gambar sebilangan mangsa yang terbunuh.

Apa lagi yang hendak aku katakan apabila melihat wajah-wajah yang kaku disitu. Ya! Pada hakikatnya kita udah tahu dan yakin bahawa seluruh makhluk yang bernyawa, pastinya mati tak kira di mana kita berada. Firman Allah SWT:

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu [bila sampai ajal], sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh". - [Maksud Al-Quran surah An-Nissa' ayat 78].


Waktu
melangkah ke pukul 1225 tengahari. Masa camne aku selalunya udah berada didalam masjid kerana aku anggap waktu sebegini adalah waktu aku bertenang sementara menunggu solat Jumaat. Pada waktu tersebut kita boleh buat sembahyang tahiyyatul masjid dua rakaat dan lepastu berniat i'tikaf di dalam masjid kerana Allah Ta'ala.


Sembahyang Jumaat!
Bercakap pasal sembahyang Jumaat ne tentunya kita udah maklum bahawa ia adalah fardu 'Ain dan bagi orang lelaki yang telah cukup umur kenalah pergi mengerjakannya. Pada hari kita bersembahyang Jumaat itu, kita akan dapat mendengar nasihat-nasihat
dari Ustaz atau  mendapat pesanan dan ingatan dari   mimbar, dimana khutbah selalunya meminta kita memperbanyakan kesyukuran dan mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Seperti bacaan Khutbah Khas Iduladha semalam, dimana salah satu intipatinya ialah menyeru umat Islam memperbanyakkan ucapan salawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui banyak cara termasuk pengorbanan dan jihat. Tanda kasih kita kepada baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat [memberi segala penghormatan dan kebaikan] kepada Nabi [Muhammad SAW]; Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".


II- Usai
membaca doa, jemaah bersalaman dan beredar. Ketika melangkah keluar dari dewan utama masjid aku menepuk bahu kiri salah seorang jemaah yang aku kenal. Jemaah yang berjubah itu menoleh kebelakang dan sedikit terkejut tetapi kejutan yang gumbira. Kami bersalaman dan bergerak ke arah anjung masjid untuk berbicara.

Namanya Farid [chef]. Asal Moar dan aku kenal ketika sama-sama bekerja di Kuala Belait, Negara Brunei dalam bidang hospitality. Pengalaman si Farid ketika di Semenanjung, membolehkan  beliau diterima bekerja sebagai chef oleh Syarikat Serikandi. Itu ceriter dolu Bai! Kata si Farid, ketika ini dia dan abangnya sedang mengusahakan sebuah kedai yang menjual barang makanan dari negara timur tengah. Antara barang makanan yang dijual ialah BBQ Sauce yang status halalnya tidak diragui.

Kata Farid, ramai umat Islam ketika ini berminat nak buat jamuan makan malam ala' BBQ. Selalunya diaorang nak panggang ketulan ayam, ketulan lembu-kambing termasuk gak memanggang burger dan sausage dengan menggunakan perapan [marinade] seperti sos tiram dan LP Sauce yang halalnya masih boleh diragui. - Aku sangat setuju Bai!

Ujar Farid lagi,
negara kita pada dasarnya adalah negara Islam tetapi penduduknya mempunyai fahaman agama yang berlainan. Kerajaan kita bukan setakat buat Kedai 1Malaysia sahaja, tetapi kena buat gak  kedai Islamic Mini Market dan Islamic Restaurant bagi mengatasi kea
rguan umat Islam. Apapun kita bersyukur kerana udah ada bank-bank di Malaysia yang buat urusan cara Islam seperti Affin Islamic Bank, CIMB Islamic atau Maybank Islamic sebagai contoh. - Wallahuaklam!



Nota Lutut
: Aku petik sedikit 'Sepatah Kata' dalam karya ilmiah Halal & Haram dalam Islam hasil tulisan Dr Yusuf al-Qaradhawi iaitu:

 

"Aspek hukum-hakam merangkumi sebahagian besar dari Syariat Islam itu sendiri, lebih khusus lagi ialah perkara yang melibatkan halal dan haram. Rasulullah SAW menegaskan yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas dan diantara keduanya, ada perkara yang syubhah, yang kedudukannya tidak jelas di kalangan umat Islam, terutamanya di kalangan orang awam".




19 September 2015

Korban, Pelarian & Merah Kuning

..

Hari ini,
5 Zulhijjah suasananya mungkin sama seperti hari-hari semalam. Yang membezakan hari ini dengan hari semalam ialah bebudak sekolah kerana  hari ini bermulanya cuti sekolah. Ibu bapa tentunya udah merancang untuk membawa anak-anak mereka bercuti di kampong sambil menyambut Hari Raya Haji yang jatuh pada hari Khamis, 10 Zulhijjah 1436 bersamaan kelender kuda iaitu 24 September 2015.


I- Korban di Gombak!

Aku dan Bakar @Burn sudah sampai di restoran India Muslim yang lokasinya tidak jauh dari Taman Kamariah.
Kami berdua memilih meja diluar restoran. Kemudian seorang pekerja datang menghampiri kami. Macam biasa, dah lali dah dengan cara pekerja direstoran India Muslim mengambil pesanan sambil menjerit.

"Satu teh panas, satu teh yo" jerit lelaki India tersebut kepada pembancuh air.

"Siap!"
kedengaran dengan jelas jawapan sipembancuh air yang lokasinya nun jauh kat belakang iaitu berhampiran pintu masuk ke ruang dapur.

Seminit kemudian. Air udah terhidang diatas meja. Aku mengacau air teh yang dibawahnya terkumpul susu pekat lemak manis. Si Bakar menghirup sedikit teh O sambil membelek-belek I-pad, membaca pesanan-pesanan dari group WhatsApp!

"Arg! Macam-macamlah diaorang ne"
Rungut si Bakar. Keningnya berkerut macamlah ternampak hantu jerangkong gamaknya. Aku pulak sedang menghantar pesanan ringkas, ajak Baha minum sekali. Baha setuju!


"Ialah, kalau nak buat korban pun buatlah kat tempat kita dulu, kat kejiranan kita, kat negara kita. Kan masih ramai fakir miskin yang memerlukan daging korban!"

"Ohh! Pasal ibadat korban. Ingatkan apa tadi. Betullah yang diaorang buat tu Burn. Bantu umat Islam lain yang dalam serba kekurangan seperti di Kemboja, Thailand, Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, Filipina termasuk gah Nepal"


"Tapikan... kat negara kita masih ramai orang miskin, anak yatim yang miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya yang miskin terutama kat pendalaman. Sepatutnya golongan sasaran macam tulah yang patut kita agihkan daging korban"

"Kenapa? Selama ne golongan yang lu cakap tu tak dapat ke Burn? Mana lu tau diaorang tak dapat. Ada keluar kat lu punya group WhatsApp ke!"

"Tak adalah"

"Habis tu apasal lu macam tak puas hati je. Kalaulah benar ada sorang dua fakir miskin yang tak dapat agihan daging korban, macam kat kampong lu, Kampong Manggis misalnya...itu tanggung jawab Ketua Kampong. Dia lebih arif tentang anak-anak buahnya Burn"


Si Bakar memandang aku dengan dahi berkerut seribu. Mungkin sedang memikirkan akan kebenarannya atau dalam hatinya masih berbulu bila aku bagi pendapat sedikit panjang gitu. Agh! Positiflah sikit wahai Bakar, pujuk hatiku sambil aku menghirup teh yang berbaki tinggal separuh.

Perbulan kami terhenti apabila si Baha sampai dan memberi salam. Salam disabut, kami bersalaman.

"Tadi gua kat Jalan Ipoh masa lu sms"  sambil  Baha menarik kerusi disebelah Bakar lalu memesan secawan teh O dan secawan air suam. Aku juga turut memesan secawan ais kosong kerana tekak aku udah terasa haus mungkin kerana cuaca diluar sedikit panas. Pulaktu, teh yang dihirup rasa tidak sedap lagi kerana udah sejuk!



II- PELARIAN

Perbulan diteruskan. Kali ini perbulan lebih terbuka apabila si Baha yang bercerita tentang tragedi sebuah kren yang terletak di Masjidilharam tumbang pada 11 September lalu yang telah mengorbankan 107 jemaah haji manakala sekurang-kurangnya 2,380 lagi cedera. Kejadian itu dianggap sebagai runtuhan kren terburuk dalam sejarah dunia moden.

Kemudian cerita kedai kopi kami beralih pulak kepada kisah ribuan pelarian Syria yang cuba memasukki  negara belah Balkan untuk terus ke barat Eropah melalui Turki, Greece, Georgia, Albania, Mecedonia, Croatia, Slovenia, Bulgaria, Romania, Hungary dan Austria.

"Lu orang tau tak apa pasal diaorang jadi pelarian dan kenapa tak lari saja kat negara Islam yang bersempadan dengan Syria seperti negara Iraq, Iran, Lebanon, Jordan atau jauh sedikit belah selatan seperti negara Kuwait, Bahrin, Qatar, UAE atau setidak-tidaknya lari ke Arab Saudi misalnya". Baha bersuara, tersengih melihat kami berdua.

"Fuhh! Ini macam soalan cepu emas Bro! Kalau dapat jawab hadiah apa lu nak bagi Baha?" Soal si Bakar, ketawa kemudian menggaru kepalanya.

"Cett! Hadiah apake bendanya Bro. Saja-saja nak menduga minda".


"Soalan tu kira bagus jugak Baha. Satu, kenapa diaorang jadi pelarian sebab kerajaan Syria tengah bergaduh dengan kumpulan penentang dan juga kumpulan militan IS. Untuk terus hidup diaorang terpaksa cari perlindungan dinegara lain".

"Okey! Jawapan yang kedua?".

"Diaoran
g taknak lari belah negara Islam pasal negara yang bersempadan dengan Syria pun bermasalah.  Kalau masuk gak kira macam bunuh dirilah. Nak masuk ikut pintu mana? Hampir semua negera Arab bergolak, bermasalah, perang saudara tidak berkesudahan terutama sengketa antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan kumpulan Syiah. Bukan itu je Bro, rakyat tak puas hati dalam soal politik dan ekonomi".

"Setuju sangatlah gua Bro"

"Ehh! Belum habis lagi gua cakap".

"Dah panjang lebar tu Bro!"

"Agak-agak, siapa yang sedang ketawa terbahak-bahak melihat kacau-bilau dan kemusnahan negara-negara Islam sekarang?"

"Wah! Ada soalan gak. Kene jawab ne...tentulah musuh Islam seperti Yahudi Zionis".

"Tau takpe! Ini hanya sedikit permainan yang dilakukan oleh Zionis yang juga dikenali sebagai Konspirasi Yahudi. Tupasal kita kene hati-hati bila nak pilih warna, nak merah ke nak warna kuning?"




III- MERAH KUNING

"Ekeleh! Apa kene mengene warna merah kuning dengan pelarian Bro?"

"Memanglah takde kene mengene dengan pelarian Syria, tetapi kita mungkin juga boleh jadi pelarian kalu silap pilih warna".

"Maksud lu Bro!"

"Maksud gua, kita order secawan lagi teh. Barulah ada semangat sikit nak story pasal warna Bro. Lagipun gua tenguk muka korang monyok semacam. Orderlah, gua belanja".

"Takpelah Bro. Perut gua dah kembung kene teh O. Lu storylah pasal warna tu. Kita orang nak tau gak".


"Dalam bendera kita ada warna asas iaitu puith, kemudian dipalit dengan jalur warna merah, kemudian ada sedikit warna biru dan kuning"

"Arg! Itu paja hingusan pun tau tu. Jangan nak kelentong, nanti bau lan'tong"
Si Bakar terus mencelah dalam te'lor Minang. Kami bertiga ketawa serentak pasal lama dah tak dengar istilah lan'tong. Aku dan Baha berhenti ketawa bilamana si Bakar menunjuk dengan jari telunjuknya ke arah langit. Matahari pagi tidak kelihatan lagi. Di dada langit, tompok-tompok hitam berarak perlahan tanda nak hujan.

Sebelum langit runtuh ada baiknya kami gerak untuk mengelak terkena titisan air hujan. Ini kerana dipercayai air hujan yang mula-mula turun membasahi bumi membawa sekali kekotoran yang terkumpul sekian lama di udara. - Wallahuaklam!




18 September 2015

BACKPACKER & PENGEMBARA




Mempateh!

Usai solat Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar di Mempateh, kami bertiga iaitu adek Ali dan anak buah aku si Salim keluar dari masjid. Cadangnya kami hendak makan tengahari di salah sebuah gerai kat sekitar Mempateh. Sewaktu kami melintas jalan, kelihatan dua backpacker Mat Salleh pompuan sedang berdiri dihadapan bengkel motosikal sepertinya sedang menunggu kenderaan. "Mat Salleh tu nak ge Kuala Gandah agaknya
" ujar si Ali sebaik kami melabuhkan punggung di gerai nasi berlauk.

Di gerai, kami bertiga makan nasi putih berlaukan gulai daging campur rebung dan sirap iced. Sambil makan sambil memerhatikan gelagat dua pengembara Mat Salleh tersebut yang cuba memberi isyarat untuk menumpang kenderaan tetapi hampir duapuloh minit menunggu tidak ada sebuah kereta pun yang berhenti.

Mungkin udah penat berdiri, dua pompuan Mat Salleh tu mula bergerak ke arah gerai tempat kami makan, tersenyum sambil berkata hello! Fuhhh! Si Salim terus cargas menjawap sapaan dua pompuan Mat Salleh tersebut.

"Hallo, How are U. Where U'want to go Miss?"

"National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah"

"Oooo! Gajah Kuala Gandah. No bas no teksi, but - we can send U to Kuala Gandah by car" 
Balas si
Salim selamber, mulutnya terus menyedut lebihan air sirap.

"Faham ke Mat Salleh ne cakap kau Salim. Cuba kau tanya diaorang ne datang dari mana?" Soal
Si Ali yang sejak tadi hanya mendiamkan diri sambil matanya memerhatikan screen hanpon.

"Oh! Thanks Q, Thanks Q". Dua pompuan Mat Salleh tu tersenyum puas bilamana mendengar si Salim sanggup mengahatar ke Kuala Gandah.

"Ok! We send U to Kuala Gandah but U must pay for oil. No! No! U pay me ten ringgit for petrol. U agree girls?" Salim tersengeh-sengeh sambil memandang dua pompuan Mat Salleh.

"Okey! Okey! Thanks Q"



Tiba-tiba pulak lelaki Melayu dimeja hadapan kami bersuara dan bertanya dalam bahasa Inggeris yang sempurna gitu. Dari mana dan hendak ke mana, kepada pompuan Mat Salleh yang rendah sedikit dari rakannya. Mereka berdua berbual mesra. Pengembara tersebut layan gak dan bagitau diaorang berdua berasal dari Lyon, France.

Si Salim pulak udah selesai makan. Aku dan Ali juga udah selesai sambil bangun hendak membasuh tangan. Aku sarankan si Ali tunggu di gerai sementara kami berdua hantar pompuan Mat Salleh ne kat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Kalau si Ali nak ikut sekali pun tak ngapa tapi takut Mat Salleh tu curiga pulak.


Ali setuju tunggu digerai. Aku, Salim dan dua pompuan Mat Salleh berjalan arah ke kereta Kia berwarna hitam yang dipakir bersebelahan Balai Polis Mempateh.

"Sape nak bayar makan ne wei! jerit si Ali.

"Tunggule kami balik dari Kuala Gandah"

Aku juga macam si Ali, sedikit menjerit  sambil membuka pintu kereta sebelah kiri untuk pompuan Mat Salleh yang berbadan kecik dan berabut perang. Yang sorang lagi tu masuk ikut pintu disebelah kanan. Kereta berwarna hitam mula bergerak meninggalkan Ali yang terkebil-kebil memerhatikan kami. 


Salim memandu dan aku sebagai juru pandu. Kereta meluncur laju melalui kawasan hutan simpan menuju Kuala Gandah. Perbualan diteruskan. Si-Salim memperkenalkan diri dan bertanya nama diaorang.  Mat Salleh yang berambut perang tu suruh panggil dirinya Joe' atau nama penuhnya Mad'moiselle Joe dan rakannya yang bersanggul pulak bernama Audrey Bencib. Kedua-duanya berasal dari Perancis tetapi si Audrey yang pernah belajar di Universite' Paris sekarang tinggal di London.


Sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Gandah, banyak perkara yang dibualkan. Sesekali si Audery yang bertubuh tinggi lampai tu bersura, bertanya tentang itu dan ini tetapi yang sedikit becok ialah si Joe dan Si Salim. Mudah mesra. Akhirnya si Joe bagitau, diaorang sanggup bayar rm20.00 untuk perjalanan ke Kuala Gandah asal kami sanggup pulak jemput diaorang petang nanti dengan bayaran rm20.00 untuk dihantar ke bus stop di Lancang.


"No hal" kata Salim. Nak balik Kolompo pun si Salim sanggup hantar kalau Mat Salleh tu boleh bagi duit minyak 100 henggit. Bisik si Salim sebaik sahaja kereta membeluk masuk ke kawasan pendaftaran Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Sebelum Joe dan Audery keluar dari kereta, si Joe menghulurkan rm20.00 seperti yang dijanjikan. Kami pulak dengan senang hati akan datang semula untuk menjemput Mat Salleh tersebut pada pukul 4 petang nanti.

Kami tinggalkan Kuala Gandah. Gerak semula arah ke Mempateh kerana mahu menjemput Ali dan membayar harga makanan tengahari. Ketika dalam perjalaan pulang ada gak aku ajak si Salim untuk backpacker pada hujung tahun ne, tetapi dari raut wajahnya aku boleh agak yang si Salim ne tidak berminat. Begitu juga dengan si Amat dan si Faizal yang masing-masing hanya memberikan jawapan dengan ayat yang biasa didengar iaitu ayat tenguklah!



II
- Backpacker Ke Pantai Timur.          

Kalau jadilah, backpacker hujung tahun ne mungkin hanya tiga orang sahaja yang berminat untuk ikut sama. Aku, Otai Mahfol dan Baha. Si Saiful aka Thor kemungkinan besar tak dapat ikut pasal dah dekat nak naik jinjang pelamin gitu. Bukan apa, kalau berempat tu lebih baik dan lebih murah perbelanjaannya.

Cadangnya kali ini nak memulakan perjalanan dari Kolompo Sentral dengan menggunakan perkhidmatan KTM Senandung Wau pada pukul 2030 malam dan nak bermalam di Kuala Kerai. Boleh gak nanti pekena laksam distesen bas Kuala Kerai atau minum petang sambil menjamah tapai goreng. Yang hendak di lihat setibanya di Kuala Kerai nanti ialah kesan-kesan banjir besar yang melanda pantai timur tidak lama dulu. Lama tak lamalah, kira baru gak Bai!

Esuknya perjalanan diteruskan dengan menaiki bas dari Kuala Kerai ke Kota Bahru. Di Kota Bahru kami akan mengginap semalam di hotel badget. Dari Kota Bahru kami gerak ke Kuala Besut dengan meniki bas. Mungkin kene bermalam di Kuala Besut sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.


Setelah bermalam di Kuala Terengganu, backpacker diteruskan menuju bandar Kuantan dengan menggunakan perkhidmatan bas. Tido semalam di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Rompin dan seterusnya ke Endau dan bermalam di Mersing. Dari Mersing gerak ke Keluang dan tido semalam di bandar Keluang. Esuknya, balik Kolompo dengan menggunakan perkhidmatan KTM dan dijangka tiba di KL Sentral pada waktu petang.

Itu hanyalah ra
ncangan atas kertas. Nampak macam senang dan berjalan lancar. Bila udah memulakan perjalanan barulah kita tahu kekadang ada masalah terutama perjalanan bas yang tidak menggikut jadual. Mungkin bas yang kita tumpangi rosak di tengah jalan atau jalan di tutup kerana pokok tumbang disebabkan hujan lebat.


Begitu gak ketika mencari bilik penginapan harga murah. Jangan ingat mudah, pasal bila kita backpacker pada bulan Disember tentunya ramai kaum juga mahu bercuti. Lagi-lagi pada penghuju
ng bulan Disember adalah minggu budak sekolah bercuti termasuk Chrismas day dan sambutan menjelang tahun baru. Bilik selalunya penuh. Itulah sedikit cabaran yang perlu dihadapi Bai!


Nota Lutut:
Jika nak dibandingkan cabaran backpacker kami dengan dua pompuan Mat Salleh seperti si Joe dan si Audrey tu memang lawaklah Bai! Kira macam jauh panggang dari api kalau nak diibaratkan! Udahlah pompuan, mengembara pulak kekadang hampir memakan masa tiga empat-bulan. Ada gak kawan si Audrey yang baru menamatkan backpacker setelah tujuh bulan mengembara mengelilingi dunia.

Macam yang diberitahu oleh si Audery ketika kami menghantar diaorang kat bus stop  Lancang, yang katanya diaorang berdua baru sahaja sampai di Kolompo setelah bermalam dua hari di Bali. Selepastu diaorang akan ke George Town sebelum bermalam sehari dua di Bangkok. Taktau bila diaorang nak tamatkan backpacker kerana masih banyak tempat yang belum dilawati. - cut!

16 September 2015

HITAM PUTIH KEHIDUPAN!



 

Hitam!
Cubak kita campurkan semua warna pastinya ia akan menjadi hitam. Justeru, hitam itu pembawa warna yang dikaitkan dengan rahsia dan misteri. Hitam itu banyak menyembunyikan perkara-perkara baik atau buruk. Malah sebuah kotak berwarna jingga yang diletakkan dalam pesawat juga dikenali sebagai 'kotak hitam'.

Walaupun begitu-begini, hitam tidak semestinya sebagai petanda jahat, kerana dalam menilai hitam adalah cara penggunanya. Sungguhpun hitam dikatakan warna kebimbangan tetapi kehadirannya dapat mengawal atau dapat melindungi diri daripada ketakutan. Bagi hitam, baik atau jahat seseorang itu bergantung pada diri sendiri.



Putih!

Ia dikatakan campuran warna-warna lain dalam spektrum. Pasaltu putih membawa maksud bersih dan suci. Ibarat ilmu yang belum disingkap, macam kanvas yang belum dipalit warna. Putih menunggu penciptanya memperkembangkan diri keluar dari zonenya, kira macam sebiji telor yang baru menetas gitu!

Putih jug
a boleh diibaratkan sebagai anak yang baru  dilahirkan kerana bersih fitrahnya. Tugas ibu bapalah untuk membentuk atau mencorakkan kehidupan anak tersebut sama ada menjadikannya putih atau sebaliknya. Anak adalah anugerah, rezeki daripada Allah SWT. Semua pasangan suami isteri, takira muslim atau bukan muslim pastinya mengharapkan kurniaan tersebut.

Kehidupan!
Hidup dikandung adat mati dikandung tanah. Begitulah hitam putih kehidupan kita dimana sewaktu kita hidup hendaklan menggikut peraturan dan kebiasaan yang telah ditentukan, nantinya setelah mati hanya Allah SWT yang mengetahui atau ayat lain terserah kepada Tuhan gitu!

Jika kita mati kita akan bersendirian di dalam kubur. Hanya yang menemani kita ialah pekerjaan dan amalan baik lagi ikhlas.

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan" - Sabda Nabi SAW.



I- Zaman Hitam Putih

Andainya kita boleh memutarkan semula zaman hitam putih, rasanya mahu sahaja kita membaiki semula kelemahan dan kesilapan diri kita ketika itu. Masa tu ramai orang Melayu yang beragama Islam dalam kejahilan kerana dipengaruhi oleh budaya hindu serta budaya barat yang meracuni anak-anak Melayu.

Orang Melayu ketika itu sangat mementingkan adat serta sangatlah pemalu sehingga  terciptanya peribahasa: 'daripada bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah' yang maksudnya daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati, atau peribahasa seperti 'biar mati anak jangan mati adat' dan bermacam-macam lagi peribahasa dan simpulan bahasa yang direka cipta pada zaman itu bagi mengambarkan betapa adat itu sangatlah penting Bai!

Oleh kerana tersangat-sangat pentingnya adat sehingga mereka sanggup mengenepikan teras akidah[1] yang boleh menjurus kepada syirik. Pasaltu, dolu ada orang yang menziarahi kubur membawa pulut kuning, ada yang berjumpa Tok Dukun, ada yang mandi dibulan safar kat pantai, ada orang yang memakai azimat, memasang susuk serta ada kumpulan-kumpulan tarikat yang berzikir di dalam kelambu.

Jika adat hindu kuat mempengaruhi orang Melayu pada zaman hitam putih tidak ketinggalan juga pengaruh dari barat yang diamalkan oleh segelintir orang Melayu terutama yang tinggal di bandar-bandar besar seperti kota Singapura atau Kolompo. Ketika itu pegawai-pegawai Melayu yang bekerja dengan Mat Salleh udah pandai memakai seluar longgar dan bertali leher. Mulalah berjinak-jinak dengan arak jika ada majlis hari jadi atau sesekali mereka melepak di kelab-kelab malam [night club] dengan pompuan kabaret[2].


II- Zaman
hitam putih era Labu Labi udah mula dilupakan. Lepastu muncul pulak zaman Pop Yeh Yeh dimana anak-anak muda ketika itu terikut-ikut gaya yangki[3] atau kumpulan muzik The Beatles. Terkinja-kinja di pesta muda mudi dengan pemudanya beseluar ketat dan pemudi-pemudinya pula beseluar sendat.

Zaman Pop Yeh Yeh kita lihat bermulanya zaman melanggar adat dan kejatuhan sedikit moral muda mudi Melayu. Ketika itu muda mudi lebih gemar berparti dan berpeleseran di taman bunga atau berdua-duaan dalam rumah. Yang kene tangkap basah[4] oleh imam masjid atau orang-orang kampung selalunya di-nikahkan segera tanpa bersanding diatas pelamin bagi mengelak malu besar.

Dari hanya mendengar radio, minat muda mudi beralih pula kepada tv hitam putih. Dari pentas bangsawan, ke-taman hiburan bergerak yang dipanggil funfair[5]. Sekiranya kat kampong  tak ada funfair, tv hitam putih tulah sahabat karib mereka. Masatu diaorang disajikan dengan pilem hitam putih dari Show Brothers atau pilem import seperti Bronco, Kojak, Lassie atau The Long Ranger.


III- Masa pun berlalu.
Awal era 70'an, aku rasa adalah zaman hitam putih yang sangat gelap. Masane hilang udah istilah muda mudi atau bahasa sucinya saudara saudari. Irama muzik pop yeh yeh terus  tenggelam sebaik sahaja pop rock muncul di ikuti muzik jazz, blues dan reggae. Yang paling menyakitkan mata ketika itu ialah siswa-siswi kita di Universiti yang berpakaian ragged[6]. Memang nampak selekeh betul suasana kat kampus ketika itu Bai!

Mana tidaknya! Bebudak U ketika itu udah terpengaruh dengan gaya berpakaian hippies yang hanya memakai jeans koyah, kemeja-T, seliper Jepun, beg sandang berjurai dan ada setengahnya mengantung rantai leher lambang peace[7]. Zaman compang-camping ini tentunya dimeriahkan lagi dengan kemasukkan candu taik kambing, ganja serta pil-pil hayal bagi menghancurkan adat resam orang Melayu sekaligus melupakan seketika laungan azan di Masjid.

Anak-anak muda ketika itu tambah berani bila mana budaya memperkenalkan teman wanita kepada ibu bapa dianggap gentle[8] dan anak-anak pula merasakan ibu bapa mereka adalah yang paling sporting. Lesen yang diberi oleh ibu bapa untuk berkepit atau berpeleseran itulah yang menyebabkan anak-anak dara sunti mereka termengandung.

Bila udah terlanjur gelaplah masa depan seperti gelapnya awan dilangit ketika menunggu hujan turun. Minat untuk meneruskan hidup sedikit kureng kerana diri rasa udah kecundang. Ada setengahnya cuba membunuh diri, ada yang cuba mengugurkannya dan yang paling keji ialah perbuatan membunuh bayi tersebut dan menyumbatnya ke dalam mangkok tandas. - fullstop!


Nota Lutut :
Zaman hitam putih muda mudi Melayu yang diwarnai dengan pelbagai hiburan termasuk bermacam-macam jenis dadah akhirnya mewarnai pulak lorong-lorong belakang di bandar-bandar besar diseluruh negara dengan pelbagai jenis gelandangan termasuk pondan dan penagih dadah. Salahkah ibu-ibu yang mengandung  jika yang dikandung itu adalah baka dari Anak Ku Sazali!