28 September 2013

MAJLIS KAHWIN ANAK PN NORA


Assalamualaikum!
Sabtu tengahari, aku bersama isteri udah berada diatas Jalan Kucing menuju Jalan Tun Ismail, dimana letaknya Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid bagi Majlis Perkahwinan anak lelaki kepada Allahyarham Hjh Noraffizah bt Nordin @Nora iaitu Amir Zaidi bin Hj Lokman dengan pilihan hatinya Nor Hafizah bt Mohammad Hanafi.

Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid! Kami disambut mesra oleh anak-anak Allahyarham sejurus tiba di pintu masuk dewan yang letaknya dalam kawasan Kementerian Kerja Raya Malaysia.


Aroma
dari masakan yang disediakan disalah satu sudut buffet adalah medan magnet bagi kami dan para tetamu yang lain di mana pihak catering menyediakan veriasi menu terbaik seperti nasi beryani, nasi putih, ayam masak kurma, kari daging, sotong sambal, pajeri nenas dan acar buah.

Halua Telinga!
Sambil menikmati makan tengahari yang enak, tetamu turut dihidangkan dengan irama orkestra dari Uitm. Selesai makan nasi minyak, pekene pulak kuih-muih tradisional yang  potongan kuehnya ala-ala cocktail gitu.

Jam 0110 Tengahari!
Kami tidak dapat menunggu ketibaan pengantin (tu pasal takder gambar pengantin) kerana aku udah  janji nak jumpa Doktor di Klinik City sambil tu nak collect keputusan pemeriksaan kesihatan
yang aku buat dua hari lepas. Bersalaman dengan tuan rumah, terima door give dan melangkah keluar tinggalkan Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Klinik! Gerak tinggalkan Jalan Tun Ismail, lalu depan Bank Negara dan beluk ke Jalan Kucing. Tiba di Klinik City dan bersemuka dengan doktor. Alhamdulliah! Keputusan ujian kesihatan seperti yang doktor bagitau iaitu aku tidak ada darah tinggi dan kencing manis. Buah pinggang aku juga sangat baik tetapi cholesterol aku agak tinggi.
Bercakap pasal cholesterol ne, tiba-tiba jer aku tergolong dalam kelompok high cholesterol, padahal aku udah berhati-hati ketika bersarapan, makan tengahari atau makan malam. Mungkin sejak kebelakangan ne selera aku berubah, iaitu lebih suka sarapan french toast, makan nasi putih berkanji waktu malam dan besuknya pulak tak buat aktiviti untuk membakar cholesterol.
Lepas ne aku kene lebih berhati-hati untuk memilih makanan, seperti yang disarankan oleh Teman Dear Nestle' iaitu terdapat banyak cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu berbelanja lebih. Kepada kenkawan diluar sana yang berminat untuk mendapat idea, tip atau resipi lazat, bolehlah sertai kelab Dear Nestle, Nestle Products Sdn Bhd, 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No 1 Jln PJU 7/3, Mutira Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


P/S  : Minggu depan ada satu lagi undangan majlis dari En Hashim bin Baharuddin dan Norin Bt Md Ghani kerana majlis kahwin putera sulong beliau yang diadakan pada hari Sabtu, 5 Oktober 2013, bertempat di Madarasatul Nazariah, Kg Puah, Jalan Gombak Setapak, Kelompo. Lepas tu pada Sabtu, 12 Oktober 2013 pula,
jemputan dari Puan Hjh. Hadiah bt Hanan, kerana majlis kahwin puteri beliau yang diadakan  @Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar Kelompo. - Jumpa Lagi!





























25 September 2013

KAYUH, SARAPAN & KEDAI BASIKAL


Pagi! Tepat kul 0800, aku mula bergerak kayuh menuju Tasek Metro melalui deretan rumah kedai di kawasan perumahan Laman Rimbunan, lepas tu short cut ikut lorong belakang yang boleh tembus kepintu masuk tasik.

Sinar matahari
telah keluar ikut celah-celah daun, di celah-celah dahan disekitar tasek. Nampak beberapa lelaki tua sedang menyusun langkah demi langkah, mereka tidak berlari-hanya sekadar berjalan perlahan. Salah seorang, orang tua itu berjalan sambil mengelap muka yang berpeluh dengan tuala putih 'Good Morning'.


Aku
berkayuh menuju tempat yang dijanjikan ikut laluan basikal. Berselisih pula dengan dua penunggang basikal mtb sambil salah seorang menggucapakan "Morning!". Aku sempat jawab morning gak dan lepas tu kayuhan aku sedikit mendaki apabila menghampiri padang bola sepak berhampiran pintu masuk.

Rehat! Aku sandarkan basikal, duduk sambil menunggu si Mahfol yang mugkin sedang berkayuh melalui Bandar Baru Selayang menuju tasek, tempat yang kami janjikan untuk bertemu. Tiba-tiba handphone aku berdering dan si Mahfol kata ada berlaku kemalangan, tidak jauh dari tasik.

Aku
bergegas keluar dari kawasan tasik, melintas lebuhraya mrr2, kayuh arah stesen Petronas dan kelihatan si Mahfol sedang godek-godek basikalnya dengan menggunakan tools set.

"Basikal aku takleh geraklah Man".

"Macam mana boleh accident Bro?".

"Tak tau pulak! Tiba-tiba aja depan aku ada kereta meyelit dan berhenti pasal laluan udah tersekat.
Apa lagi aku pong tersondol belakang kereta tu dan kereta kat belakang aku pulak himpit basikal aku". Jawab si Mahfol sambil membetulkan gear basikal yang udah sangkut.

"Boleh tolak tak basikal ne? Kalau boleh jom tolak dan cuba try betulkan gear yang sangkut tu kat Tasik Metro. Kat sana redup
sikit
Bro" cadang aku kepada Mahfol.

"Ok lah" Jawab Mahfol sambil siap sedia untuk gerak ke arah tasik.


Kami berdua tolak basikal. Jarak antara lokasi accident dengan tasik tidaklah sejauh mana pong. Kata orang, kalau hisap sebatang rokok pong (kami dua-dua tak hisap rokok) tak abis lagi, sebab kami udah sampai. Si Mahfol cuba repair mana yang patut, terutama pada gear dan handle. Akhirnya Mahfol menghela nafas lega bila gear basikalnya boleh dibaiki.


"Basikal ne kene hantar gak kat bengkel Man, pasal gear rendahnya masih sangkut dan
berbunyi" kata Mahfol ketika kami berkayuh arah jembatan dekat tasik.

"Takde hal Bro, aku boleh temankan. Lagipong kedai basikal Robert tu bukak kul 1000 pagi. Apa kata kita sarapan dulu, lepas tu kita slow-slow kayuh ke bengkel basikal."

Mahfol
angguk tanda setuju. Kami kayuh keluar dari tasik, menyusuri laluan tar di Laman Rimbunan dan berhenti di gerai simpang empat tidak jauh dari pasaraya. Kami menikmati nasi lemak sambil berbual pasal accident sebentar tadi. Perbualan kami terhenti seketika apabila tuan gerai datang dan duduk disebelah kami. Topik perbualan pong bertukar!

Kami
bertiga terus berbual. Sinar matahari
tanpa malu mula mengintai di celah-celah bangunan rumah kedai. Aku mengamati jam dihandphone aku. Udah pukul 0945! Kami berdua bangun, Mahfol bayar harga sarapan dan mula gerak arah kedai basikal Robert.

Kami sampai
di kedai basikal Robert. Adek Robert sedang membaiki beberapa buah basikal antaranya fixie, bmx dan basikal yang satu lagi tu aku tak tau. Nak kata bmx bukan, nak kata chopper pong bukan. Biasalah basikal bebudak sekolah, ada yang seatnya rendah hendlenya tinggi dan bermacam ragam lagi.

Lepas
tu adek Robert (aku udah lupa namanya) godek-godek sikit basikal Mahfol dan tukang basikal tu kata udah ok. Bayaran upah bagi betulkan gear dan luruskan handle cuma dua hinggit aja Bro. Murahkan!









24 September 2013

PERTUBUHAN GERAKAN ZIONIS!



As Salam! Jom kita terus berkongsi maklumat tentang topik konspirasi Yahudi-Zionis yang masih 'kureng' popular di kalangan pembaca-pembaca umat Islam. Entri kali ini membawa kenkawan terus kepada Protokol Ke-24 iaitu protokol terakhir dalam buku 'Protokol-protokol Zionis -1901'.

Protokol Ke-24!
Pertubuhan DiBawah Gerakan Yahudi. Protokol terakhir ini ialah pelembagaan yang penting kerana melibatkan beberapa buah pertubuhan yang telah di wujudkan bagi tujuan untuk mencapai matlamat Zionis. Pertubuhan-pertubuhan ini sebenarnya berselindung sebalik kebajikan dan kemanusiaan tetapi mempunyai banyak wang yang disalurkan oleh tabung Empayar Yahudi.


Senhendren - Ia sebuah majlis yang mengambil peranan untuk menjalankan rancangan yang dirancang oleh pelembangaan Yahudi dalam buku protokol bagi menguasai dunia. Senhendren atau Majlis Tertinggi Suhyun telah diberi kuasa untuk merancang segala plan Yahudi termasuk mengguasai penyebaran propaganda dan akhbar-akhbar.

Senhendren juga diberi kuasa meluluskan sesuatu gerakan yang boleh mencetuskan huru-hara terutama negara-negara Islam serta memusnahkan rakyatnya sekali. Majlis ini berpusat di New York dan bergerak secara sulit dengan melantik agen-agen di setiap negara di dunia yang menyamar bekerja sebagai peguam, wartawan, doktor, jurutera, wakil gereja atau wakil NGO.

Kahila - Ia seakan-akan sebuah makamah tinggi yang merupakan satu pertubuhan yang luar biasa. Tugasnya ialah mengendalikan masa hadapan orang-orang Yahudi dengan dibantu oleh pertubuhan 'Freemasonry' dan lain-lain pertubuhan yang bertopengkan ajaran Telmud dan Pendita Suhyun.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang terletak di New York adalah hasil dari idea Kahila dan kini badan tersebut (PBB) dikuasi oleh anggota Kahila sendiri dan begitu juga pentadbiran Amerika Syarikat. Krisis ekonomi yang sering berlaku hari ini adalah bermula dari campur tangan Kahila. Selain tugas menyerang ekonomi dunia, Kahila juga sering kali campur-tangan dalam politik dunia, keruntuhan moral serta merosakan agama-agama lain.

Freemasonry
- Sebuah lagi pertubuhan antarabangsa Zionis yang pernah kita dengar atau membacanya di akhbar atau di internet. Ia sebuah pertubuhan kebajikan manusia dan kebahagian masyarakat yang berpusat di Washington. Keanggotaannya terbuka kepada semua bangsa tidak kira agama dan keturunan. Cogan katanya ialah 'Bebas, Persaudaraan dan Persamaan'.
Benai Prezs
- Satu pertubuhan sulit yang terletak dibawah gerakan Suhyun sedunia. Benai Prezs hanya terdapat diAmerika sahaja dan tujuannya ialah untuk memerhati dan mengawal politik masyarakat Amerika.

Kelab Rotary
dan Kelab Lion - Dua buah kelab ini adalah diantara kelab-kelab antarabangsa yang menjalankan kebajikan. Kelab ini akan memberi bantuan kepada yang memerlukan tetapi ada tujuan disebaliknya seperti 'Ada udang gadang disebalik batu'. Kelab-kelab ini adalah diantara pertubuhan sulit agenda Zionis yang terletak dibawah pemerhatian gerakan Suhyun sedunia.

Bahai
- Ia sebuah agama baru yang 'sengaja' direka dalam abad ke-19 oleh Zionis bagi menyesatkan orang-orang Islam dikalangan fahaman Syiah yang kebanyakan penggikutnya terdiri dari orang-orang Yahudi sendiri. Tujuannya ialah untuk memecah-belahkan kekuatan Islam melalui dua  fahaman iaitu diantara Syiah dan Ahli Sunnah. Walaupong umat Islam diseluruh dunia berwaspada tetapi mereka yang lemah akhirnya terperangkap dengan agen-agen Yahudi yang memainkan soal akidah dan keagamaan. - Wallahua'lam!


Nota Kaki
: Apabila aku membaca buku 'Rahsia Simbol Yahudi' susunan Ibnuyaacob, barulah aku tahu iaitu pertubuhan Freemason ada di Malaysia. Di Semenanjung Tanah Melayu, lodge pertama dipercayai di buka di Pulau Pinang pada 6 September 1806 dengan nama Lodge Neptune. Pertubuhan ini masih aktif seperti di Jalan Utama, Georgetown Pulau Pinang. Di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak. Di Johor Bahru pula bangunan Freemason terletak di Jalan Abu Bakar, Johor Bahru Johor dan sebuah lodge lagi di Jalan Junid, Muar Johor. Bangunan atau kuil Freemason ini juga ada di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka dan sebuah bangunan lagi di Jalan Penghulu Cantek, Seremban Negeri sembilan. - Harap kita jumpa lagi dientri terbaru dengan izin Allah!



KOMPLOT ZIONIS - BHG 2


Assalamualaikum!
Aku terus menaip bagi menyambung entri semalam 'Protokol-Komplot Zionis' yang mendedahkan beberapa rahsia helah terancang kaum Yahudi yang bercita-cita menguasai dunia. Kejayaan mereka menguasai dunia bukanlah secara kebetulan tetapi melalui tindakan terancang, sistematik dan sangat rahsia. Penulis buku "Protokol-protokol Zionis" (1901), Prof. Sergei A Nilus dari Russia telah berjaya membongkar rancangan sulit kelompok elit Yahudi yang bermesyuarat di Bassel, Hungary.

Ikutilah sambungan protokol ke-6 iaitu Menggalakan Kelahiran Anak Luar Nikah! "Kita juga akan mempermainkan dan merosakkan moral pemuda-pemudi bukan Yahudi dengan meracuni fikiran mereka secara teori dan prinsip-prinsip palsu. Kita juga menggalakan mereka mengadakan hubungan seks secara bebas dan kita tidak akan menghukum mereka kerana dengan perbuatan mereka itu akan lahirlah zuriat-zuriat yang boleh kita permainkan.

Setelah ini berhasil, dunia ini akan kita kuasai dengan mudah kerana mereka tidak mengenali ibu bapa mereka dan kalau mereka di beri kepercayaan untuk memerintah negara, mereka akan memerintah ikut telunjuk kita".

Protokol Ke-7!
Musnahkan Demokrasi "Disemua negara terdapat satu badan yang diberi bermacam nama iaitu Dewan Perwakilan, Kementerian, Senate, Majlis Negeri, Dewan Undangan dan sebagainya. Tiap-tiap satu daripada instiusi-instiusi tersebut akan melaksanakan suatu tugas yang penting. Perkataan 'penting' bukanlah kami maksudkan bagi instiusi tetapi bagi tugas".

Apabila kita bawa ke dalam negeri racun liberalisme, suasana politiknya berubah sama sekali. Negeri-negeri itu telah dihinggapi penyakit bahaya-racun dalam darah. Kita hanya menunggu mereka menghembuskan nafas yang terakhir".

Seterusnya! Aku sambung  Protokol ke-8 secara ringkas sahaja iaitu Kebebasan Akhbar Hasutan Yahudi (udah aku story pada Protokol Ke-2) dan Protokol  Ke-9 ialah Memperalatkan Sistem Pelajaran dengan menjadikan pusat-pusat pengajian tinggi sebagai salah satu lagi cabang untuk meracuni siswa-siswi yang melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat tersebut.

Sistem membataskan pemikiran sudah pun dilaksanakan dengan menggunakan apa yang dikatakan sistem mengajar dengan teladan, yang mana tujuannya ialah menjadikan orang-orang bukan Yahudi tidak berdaya fikir, sentiasa menunggu hingga sesuatu itu dihadapkan kepada mereka, barulah mereka mengetahuinya.

Protokol Ke-10! Usaha Meleburkan Agama, Protokol Ke-11 ialah Presiden Sebagai Boneka, Protokol Ke-12 ialah Main Peranan Dalam Hal Cukai dan bagi aku Protokol Ke-13 inilah yang perlu diketahui oleh kenkawan semua kerana Zionis sedang Berusaha Menimbulkan Krisis Ekonomi. Seperti kata-kata perancang ekonomi Zionis "Kita telah menimbulkan krisis-krisi sekonomi di negara-negara bukan Yahudi dengan menarik balik wang dari peredaran. Modal-modal besar telah ditahan dan tidak bergerak. Wang ditarik balik dari negara-negara yang mana selalu terpaksa meminta pinjaman dari modal yang tertahan itu.

Negara Peminjam itu merupakan beban yang besar kepada negara mereka kerana terpaksa membayar faedah dan menjadikan negara peminjam sebagi hamba kepada moda-modal tersebut. Negara peminjam juga digalakan  membuat pinjaman tahun demi tahun, agar mereka menggunakan wang secara boros, maka perbendaharan negara mereka akan menjadi kosong dan bayaran wang pinjaman mereka akan menjadikan negara-negara mereka (bukan Yahudi) menjadi bankrap".

Protokol Ke-14! Yahudi Zionis sangat menggalakan Pinjaman Mata Wang Asing kerana kalau sesuatu pinjaman dikenakan bunga sebanyak 5%, maka dalam tempuh 20 tahun negara peminjam itu terpaksa membayar bunga yang jumlahnya sama banyak dengan wang pokok yang dipinjamnya.

Dalam masa 40 tahun mereka akan membayar dua kali ganda, dalam 60 tahun pula negara peminjam akan membayar tiga kali ganda dan pinjaman itu tidak sedikit pun berkurangan. Kita akan terus mempengaruhi mereka supaya meminjam dari luar negara, maka semua kekayaan negara peminjam itu masuk ke peti wang kita dan semua negara bukan Yahudi akan menjadi hamba abdi kita seperti rakyat jelata mengabdikan diri kepada raja." - Wallahua'lam!


Nota Kaki : Setakat ini sahaja yang dapat aku taip buat kali ini, semuga kenkawan yang berminat ke arah topik konspirasi Yahudi-Zionis terus membaca entri seterusnya iaitu Pertubuhan Yahudi-Zionis! - Salam sayang dan kita jumpa lagi dengan izin Allah!
 

23 September 2013

PROTOKOL | Komplot Zionis




Komplot Zionis


Dengan izin Allah jua kita dapat bertemu lagi di-entri Protokol[1], sambungan dari entri sebelum ini yang bertajuk Konspirasi Yahudi-Zionis. Walaupun negara kita tidak sedikit pun terjejas oleh sebarang Komplot Zionis antarabangsa, namun kita sentiasa bersama umat Islam Asia Barat mengencam keganasan Zionis yang sedang berlaku dan akan terus berlaku selagi orang Yahudi belum mencapai cita-cita mereka untuk menjajah secara aman[2] di seluruh dunia.

Rancangan Yahudi-Zionis telah dibuat sejak beberapa lama dahulu, iaitu beberapa orang cerdik pandai dari kalangan mereka telah mengadakan mesyuarat rahsia dari tahun 1897 hingga tahun 1905. Dalam masyuarat tersebut digariskan beberapa perkara bagi membangkitkan huru-hara dan pemberontakan[3] di-seluruh dunia yang sesuai dengan kepentingan gerakan Zionis.

Bagaimanapun, rahsia mereka sudah tidak rahsia lagi apabila terbongkar dari masa kesemasa. Setiap rahsia rancangan mereka akan jatuh ke tangan orang lain dan negara-negara Islam cuba mengambil sikap berhati-hati tetapi huru-hara, pemberontakan dan pembunuhan tetap berlaku.

Hari
ini bumi Palestin[4] setiap hari bermandi darah dan rakyat Afghanistan, Iraq dan Lebanon ramai dibunuh. Malah kecelaruan politik dan situasi tidak menentu di Mesir dijangka berterusan selepas bekas Persiden Mesir  digulingkan. Mohammed Mursi  [bekas persiden] sukar untuk kembali berkuasa kerana tentangan pelbagai pihak termasuk pelobi-pelobi Zionis terhadap bekas pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin itu. Ribuan rakyat Mesir dilaporkan terkorban dalam konflik  pertembungan dua pendirian yang berbeza lagi ekstrem iaitu tentera Mesir dan Ikhwanul Muslimin.

Setelah komplot Yahudi-Zionis yang berpusat di Tel Aviv berjaya membuat huru-hara di Mesir, mungkin selepas ini akan berjangkit kepada Syria, Jordan dan Iran kerana negara-negara ini sangat hampir dengan Israel  dan dianggap akan menjadi batu penghalang kepada cita-cita bangsa Yahudi. Selepas itu tidak mustahil Zionis terus meracun rakyat  Yamen, Oman dan Kuwait untuk membuat huru-hara dan pemberontakan.


Protokol
[PoTo]
1- Melalui buku kecil Protokol [yang selepas ini disebut PoTo sahaja] yang aku simpan sejak petengahan tahun 70'an, ditemui taktik halus Zionis dalam usahanya menjadi makhluk perosak. Bermula dari PoTo-1 iaitu Sifat Jujur Tidak Ada Dalam Jiwa Yahudi. Dari sudut pandangan Yahudi-Zionis, sebaik-baik cara memerintah ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan kerana perbincangan secara akademik tidak akan berhasil. Politik bagi Zionis ialah sangat berbeza daripada moral. Pemerintah yang berpegang kepada moral bukanlah ahli politik yang bijak dan dia tidak akan kekal sebagai pemerintah.

Jika diteliti mereka yang ingin memerintah mestilah pandai guna tipu-helah[5] kerana sifat-sifat mulia seperti berterus-terang dan jujur merupakan sifat buruk dalam politik ini kerana bagi mereka sifat tersebut boleh menjatuhkan pemerintah dengan lebih berkesan jika dibandingkan dengan kekuatan musuh.

2-
[PoTo-2] iaitu Kesempatan Dalam Kebebasan Akhbar. Menjelaskan iaitu peperangan disifatkan sebagai langkah pertama ke arah menghuru-harakan manusia di-dunia. Peperangan tidak semestinya menggunakan senjata kerana banyak cara lagi boleh dilakukan. Salah satu peperangan yang digunapakai oleh Zionis ialah menggerakan fikiran orang ramai melalui akhbar. Peranan akhbar ialah menunjukkan keperluan-keperluan yang kononnya mesti dipenuhi, menyampaikan suara dan sungutan orang ramai, serta menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Menerusi kebebasan akhbar, Yahudi-Zionis memperoleh kuasa mempengaruhi manusia, sementara itu mereka Zionis] sendiri menyembunyikan diri. Tidak ubah seperti pepatah Melayu 'Baling Batu Sembunyi Tangan'[6]. Ini kerana akhbarlah yang membuat Zionis telah mendapat emas melalui lautan darah dan air mata, walaupun Zionis terpaksa mengorbankan ramai orang-orang mereka sendiri. Bagi Zionis, setiap seorang Yahudi yang terkorban, nilainya seribu orang bukan Yahudi.
3-
Dalam PoTo-3  Zionis pula ada memberitahu iaitu jika mahu berkuasa mesti Membelit Macam Ular. Hari ini dapatlah kita lihat bahawa matlamat serta cita-cita yang yang Zionis idamkan itu hampir tercapai. cuma jaraknya sahaja yang menjadi pemisah. 'Hak Rakyat' itu hanya wujud didalam fikiran sahaja, kerana hak itu tidak boleh tercapai dalam kehidupan. Kaum buruh yang terpaksa bertungkus-lumus, bekerja keras, yang sibuk dengan masalah kehidupan pasti tidak menghiraukan cakap-cakap cerdik pandai.

Setelah menimbulkan keadaan serba kekurangan dan iri hati serta benci di kalangan pekerja-pekerja maka Zionis akan dapat mengerakkan mereka[kaum buruh] supaya menghapuskan siapa sahaja yang menghalang kemaraan Zionis.

4-
  Jadikan Pemimpin Dunia Berfahaman Zionis[PoTo-4]. Apabila  orang ramai telah melihat bahawa berbagai-bagai kelebihan telah diberikan kepada mereka atas nama kebebasan maka mereka akan berasa seolah-olah mereka itu raja dan telah memperolehi kuasa.

Contohnya seperti Revolusi Perancis[7]. Ingatlah yang mana mereka itu telah menggelarkan 'besar punya' kerana rahsia penyiapannya telah diketahui oleh Zionis. Sebab Yahudi-Zionislahlah yang merancang dan menyelengara Revolusi Perancis tersebut. Perkataan 'kebebasan' menyebabkan orang ramai menentang setiap kuasa, setiap pihak yang berkuasa, bahkan Tuhan dan peraturan alam.

5- Hapuskan Keparcayaan Kepada Tuhan[PoTo-5]. Apakah bentuk pemerintahan yang dapat diberikan kepada bangsa atau kaum-kaum yang telah diresapi oleh rasuah. Akhlak yang rendah dan ajaran-ajaran agama dicampurkan seperti yang haram dihalalkan dan sebaliknya. [Inilah yang telah berlaku di serata dunia sekarang].

Jika kita undur kebelakang, zaman dahulu, kebanyakan orang menganggap raja-raja sebagai orang yang punya kuasa mutlak dan rakyat mesti menurut perintah raja. Tetapi semenjak Yahudi-Zionis menyemaikan dalam fikiran manusia sejagat bahawa kosep mempunyai hak-hak yang sama, maka orang ramai pun telah menganggap raja juga adalah manusia biasa.



Zionis telah melaga-lagakan di antara mereka sejak dua puluh kurun yang lampau. Ini sebabnya tiada sebuah negara pun yang akan mendapat bantuan jika ada tentangan kerana mereka sedar sebarang usaha hendak menentang Yahudi-Zionis akan merugikan mereka semua.

Tenaga yang menggerakan jentera pemerintahan disetiap negara ada di-tangan Zionis dan tenaga itu ialah emas, sains, politik dan ekonomi yang direka oleh pemimpin-pemimpin Yahudi-Zionis yang bijak. Kalau sesebuah negara hendak bekerjasama tanpa rintangan, mestilah bebas untuk menegakkan monopoli[8] perusahaan dan perdagangan dan perlulah dilaksanakan oleh tangan yang tidak dilihat oleh umum.

Setelah semua ini berjaya, Yahudi-Zionis itu akan memperolehi satu kuasa yang maha besar, lebih besar dari kuasa Tuhan. Kuasa itu akan Zionis namakan 'Pentadbiran Kerajaan Maha Besar'. Kuasa akan meluas ke-segala arah dan organisasinya akan menjadi begitu besar maka ia pasti menundukkan[9] semua negara di dunia ini.

Keterangan: [1][2][3][4][5][6][7][8][9]
NotaKaki:
Zionis akan berusaha terus menghapuskan kepercayaan beragama dan ketika ini sudah ramai manusia tidak punya agama kerana Yahudi-Zionis telah menyemai dan meracun fikiran mereka. Mereka sudah tidak percaya kepada Tuhan Jesus atau Buddha lagi disebabkan kesibukan serta  ingin hidup bebas. Ps} Kepada pembaca yang suka kepada story Yahudi-Zionis ini, sila ikuti entri seterusnya iaitu 'Protokol-Komplot Zionis Bhg II'. - [Mj]




21 September 2013

KONSPIRASI YAHUDI - ZIONIS




Assalamualaikum! Menurut Kamus Dewan edisi baru-1993, simbol ialah sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, lambang atau tanda, manakala maksud konspirasi pula ialah perancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang terutamnaya yang berbaur politik.

Kaum Yahudi! Mereka pernah dihalau keluar oleh pemerintah Rom dari Baitulmaqadis. Sejak itu kaum Yahudi berpecah dan menetap di beberapa kawasan dunia. Setelah beberapa kurun kemudian, orang-orang Yahudi menjadi komuniti yang maju di beberapa bahagian Eropah. Mereka aktif dalam bidang perniagaan dan kewangan serta mula menjadi perhatian sejak kurun ke-16.

Kuasa ekonomi orang-orang Yahudi menyebabkan penduduk-penduduk Eropah lain merasa cemburu. Cara orang-orang Yahudi menjalankan perniagaan pula tidak menguntungkan mereka, malah komuniti Yahudi ini hidup secara eksklusif  dan mempertahankan hubungan intra-etnik sehingga mereka tidak dipercayai oleh orang-orang Eropah.

Menggikut
sejarahnya, diaorang telah merempat di beberapa buah negara Eropah, sebahagian dari mereka telah berkahwin dengan bangsa Eropah hingga sifat-sifat fizikal mereka menjadi seakan-akan orang Eropah sendiri, tetapi tabiat dan tingkah laku mereka masih tidak berubah. 

Mereka diusir dari Portugis dan Sepanyol, kemudian di halau dari England dalam tahun 1290. Kaum Yahudi juga telah diusir dua kali dari Perancis pada tahun 1306 dan 1394. Kemudian dalam tahun 1370  mereka diusir pula dari Belgium dan Czechoslovakia, diikuti oleh Itali dan Belanda.

Kaum Yahudi tidak mendapat tempat di mana-mana negara, malah di Rusia dan Jerman sekalipong, mereka dianggap sebagai binatang yang patut ditembak tanpa sebarang belas kasihan. Sikap demikian merupakan suatu pembalasan dan hukuman keatas perbuatan-perbuatan mereka sendiri.

Kerana tekanan -tekanan di Eropah Tengah dan Timur buat kaum Yahudi bertambah minat untuk mendapatkan 'tanahair' sendiri. Sebelum itupun, iaitu pada zaman pertengahan, kaum Yahudi sentiasa mencari seorang 'rasul' yang boleh membawa kembali ke tanah yang dijanjikan seperti yang tertulis dalam kitab mereka.

Asas teori Zionisme mula dibentuk oleh Moses Hess, seorang Yahudi berbangsa Perancis. Pada abad ke-19 Zionis mula bergerak secara aktif dalam bentuk politik. Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Theodor Herzl, seorang Yahudi dari Austria. Pada tahun 1895, beliau telah menulis buku 'The Jewish State' dan menerangkan mengapa sebuah tanahair perlu dibentuk untuk kaum Yahudi di dalam wilayah Palestin di mana terletaknya Baitulmaqadis.

Beliau mahu orang-orang Yahudi yang kaya dan berpengaruh di Eropah Barat menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan sokongan kerajaan-kerajaan di sana mengenai penubuhan negara Yahudi di Palestin. Herzl juga mencadangkan wang Yahudi digunakan untuk memberi rasuah kepada ahli-ahli Parlimen dan para menteri. Beliau turut memberitahu iaitu negara Yahudi di Asia Barat itu akan menguntungkan mereka. Katanya lagi, negara itu akan menjadi sebahagian daripada benteng antara Eropah dan Asia. - "an outpost of culture against babarism".


Akhir sekali, Herzl telah merancang penglibatan orang-orang Arab dan empayar Othmaniah Turki yang menguasi Palestin ketika itu. Beliau yakin pemerintah Arab boleh disogok untuk menjual tanah mereka kepada orang Yahudi yang ingin menetap di Palestin. Pemimpin Othmaniah pula boleh dipujuk untuk menerima penasihat-penasihat Yahudi untuk menguruskan kewangan empayar mereka agar hasil-hasil empayar itu kelak dapat menguntungkan mereka.

Pada tahun 1897, satu kongres Zionis diadakan di Basle, Switzerland dan penubuhan sebuah negara Yahudi dipersetujui. Organisasi Zionis mula tumbuh dibeberapa negara Eropah, begitu juga di Amerika Syarikat. Britain pula menyedari kepentingan kedudukan strategik Palestin di Mediterranean dan mula memberi sokongan politik  kepada Zionis, sebagai langkah melindungi perdagangan mereka.

Manipulasi! British, rasuah dari Yahudi dan pengkhianat dari bangsa Arab serta Turki, maka terbinalah perkampungan Zonis di Palestin. Sementara itu, penduduk Palestin dan Arab telah sedia menentang penempatan kaum Yahudi tetapi apabila Perang Dunia Pertama meletus pada tahun 1914, Palestin yang dolunya berada dibawah Empayar Othmaniah jatuh di bawah mandat Britain.


Deklarasi Balfour! Deklarasi ini adalah sumbangan terbesar Britain kepada Zionis pada sekitar tahun 1917, selain menjaga kepentingan strategiknya, deklarasi Balfour ini juga adalah sebagai satu langkah  Britain memujuk Amerika menyertai Perang Dunia tersebut. Apabila Britain berkuasa, kaum Yahudi bebas masuk dan menetap di bumi Palestin. Kira-kira 20,000 orang Yahudi  dibawa masuk setiap tahun dan menjadikan jumlah mereka meningkat dari 100,000 orang dalam tahun 1925 kepada 300,000 orang pada tahun 1935.


Nota Kaki : Entri ini hanyalah untuk bacaan bagi menambah pengetahuan kenkawan yang beragama Islam tentang sedikit sejarah bangsa Yahudi yang juga disebut dalam al-Qur'an sebagai Bani Isra'il. Selepas ini akan menyusul entri  Protokol-Komplot Zionis yang mengancam dunia umat Islam di Asia Barat terutama di bumi Palestin. - Jumpa lagi dientri seterusnya dengan izin Allah!







17 September 2013

NASI LEMAK di BUKIT INDAH



KUALA LUMPUR!
Aku
sekarang berada dalam perut bas rapidKL menuju Bukit Indah, Ampang. Tujuanku ke Bukit Indah untuk bertemu kawan lama aku si Azahan yang khabarnya sudah memulakan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan disebelah malam bersama Hafiz.

Bas rapid bergerak menyusuri Jalan Ampang dan berhenti di hadapan bangunan KLCC, dua orang penumpang naik dan aku sempat menjeling jam ditangan aku yang jarumnya menunjukan pukul 1155 pagi. Dengan memejamkan mata, aku teringat kali pertama bertemu si Azahan ketika sama-sama mendaftar sebagai ahli persatuan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) di Jalan Tun Razak.

Si Azahan nie kalau tak silap aku, berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan bersekolah di Klang, Selangor. Pernah bekerja di  syarikat penerbitan majallah sebagai pelukis graphic (Varia Pop) majallah golf dan juga di majallah His sebagai art director. Lepas tu bila syarikat penerbitan tutup, pindah ke Kemaman, Terengganu kerana hendak berniaga katanya.

Treettt! Loceng bas berbunyi, bas berhenti di Ampang Points dan beberapa orang penumpang turun. Bila cerita pasal Terengganu nie, ingatan silam aku berbunga semula, kekadang seperti sebuah lukisan yang kabur, terbayangkan kali pertama aku merasa budu ketika aku berada di ITM Dungun pada awal tahun 80'an.

Di Dungun! Masa itu aku tinggal di Tanah Lot tidak jauh dari pekan cowboy Dungun, yang pekannya dipenuhi deretan kedai dinding papan dan atap zing milik kaum China. Sesekali melihat sekawan kambing bebas bergerak di celah-celah lorong menuju jetty nelayan sambil melepaskan najis diatas jalan. Bila malam harinya, sering kali juga, aku bersama beberapa rakan pergi merayau hingga ke pasar malam di Sura Gate. Di sinilah aku dapat merasai laksam, ikan goreng tepung, nasi dagang, budu dan beberapa jenis masakan warisan lain milik nenek moyang orang Pantai Timur.

Handphone!
Tiba-tiba berbunyi dan flasback aku bersama rakan ketika berada di Sura Gate terus hilang. Tenguk kat inbox messaging, rupanya pesanan ringkas dari isteri aku yang katanya udah selamat sampai kat Bandar Melaka. Isteri aku datang ke Melaka kerana menggikuti kursus yang dianjurkan oleh jabatan tempat dia kojer selama 3 hari 2 malam.

Bukit Indah!

Aku baru sahaja melangkah turun dari bas rapidKL. Call Azahan, tidak lama kemudian Azahan turun dari tempat tinggalnya di tingkat satu dan kami sepakat pergi makan tengahari di restoran Nasi Minang. Lepas makan rehat sekejap di rumah Azahan dan tumpang solat Zohur. Sementara si Azahan buat kojer di dapur aku pula layan facebook dan ternampak entri rakan pasal McDonalds.

McDonalds! Ada entri yang bagitau iaitu mayonnaise yang digunakan oleh Mc'D Malaysia tidak halal kerana menggandungi campuran lemak babi dan di fb Ian Mc Kinncy, pada Sept 8 2013 pula video pasal Chicken Nugget yang dijual kat outlet McDe' di USA.


Kata Ian Mc Kinncy!
"What You're really eating-McDonalds Chicken Nugget by under a high-powered digital microscope. See the strange, fibers, blue objects, red coloring and other add shapes found in this forensic invertigation".

Macam-macam
entri yang diorang update mengenai halal-haram, termasuk pasal gambar onwer Nasi Kandar Pelita yang beragama Hindu sedang menderma kepada wakil kuil Batu Cave. Ada kenkawan yang mempertikaikan logo halal dan gambar masjid yang digantung kat restoran tersebut. Aku memang tidak pernah minum di Nasi Kandar Pelita pasal sudah maklum iaitu image pelita itu sendiri menggambarkan milik kaum India yang beragama Hindu. - WalahhuA'lam!

Minum Petang!
Selepas waktu Asar aku bersama Azahan turun ke bawah untuk minum petang. Sambil turun call sorang lagi kawan bernama Taher dan ajak pekene teh tarik dan ruti banjir. Ketika berjalan menuju restoran mamak terampak pulak beberapa gerai berhampiran yang menjual nasi minyak, popia, laksa, rojak, nasi budget dan kueh-muih. Aku belilah dua ketul samosa dan dua hinggit cekodok pisang. Nampaknya tak jadilah makan ruti banjir.

CHinPeNg!
Tak lama selepas kami pesan minuman, siTaher pong sampai dengan membawa akhbar Kosmo! Aku pinjam dan selak helai demi helai dan yang menarik perhatian aku ialah berita ketua pengganas komunis si Chin Peng mati di Bangkok, Thailand.

Nada keras dan seriousnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia adalah bukti betapa bencinya kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap kelakuan ganas Chin Peng yang pernah menyerang ladang-ladang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu.

Kejamnya! Chin Peng dan orang-orangnya terbukti ganas dan kejam, apabila menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Lenga, Muar/Segamat, Johor pada 23 Febuari 1950. Seramai 180 orang komunis tanpa belas kasihan telah membunuh dan membakar 17 anggota polis serta dua orang isteri anggota keselamatan.

Manusia bertopengkan Parti Komunis Malaya (PKM) ini sebenarnya bernama Ong Boon Hwa, dilahirkan di Sitiawan, Perak. Anak lelaki kedua kepada penjual basikal yang berhijrah ke Malaya dari wilayah Fujian, China. Berhijrah kerana ketika itu kebanyakan wilayah di China menghadapi huru-hara  perang saudara dan memperjudikan nasib di sebuah negara majoritynya orang Melayu beragama Islam.

Pada 1941! Tentera Jepun ketika itu udah membanjiri Tanah Melayu. Keadaan tidak menentu, pekerja lombong yang terdiri orang Cina mula berang kerana tidak dapat bekerja. Mereka cuba mempengaruhi kawan-kawan yang lain supaya menentang tentera Jepun. Mereka berbuat begitu bukan sahaja disebabkan tidak dapat melombong tetapi kerana perasaan anti-Jepun memang udah wujud semenjak tentera Jepun melanggar  negara China pada tahun 1937.

Untuk memenuhi cita-cita kaum Cina anti-Jepun ne, mereka menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang kemudiannya PKM tubuhkan pulak Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun yang dikenali dengan nama Bintang Tiga. Pada masa yang sama orang Melayu tidak berpihak kepada pendatang kaum Cina ini dan kesempatan ini diambil oleh tentera Jepun dengan mengambil orang-orang Melayu menjadi tentera dan polis.

Gestapo! Pihak komunis sangat marah dengan orang Melayu kerana kebanyakan orang Melayu terpaksa (rela dalam paksa gitu!) ikut telujuk tentera Jepun. Apabila orang Melayu udah tersepit diantara Leftenan Yamaguchi yang menjadi ketua Gestapo dengan ketua komunis Chen Peng, maka lahirlah pasukan 'Gerila Harimau' dalam hutan Slim yang menentang kezaliman tentera Jepun.

Selempang Merah!
Di Muar dan Batu Pahat pula muncul pahlawan-pahlawan Melayu menentang komunis yang salah seorang dikenali sebagai Kiyai Hj Salleh, dengan menubuhkan tentera Selempang Merah. Ramai perwira Melayu rebah, mati menumpahkan darah kerana mempertahankan tanah air.



Nota Kaki : Kebanyakan pekerja lombong adalah terdiri kaum Cina yang mengangotai kongsi gelap. Mereka berjuang kerana mahu mempertahankan perniagaan lombong bijih timah dan memang anti-Jepun. Orang Melayu pulak berjuang kerana mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Ditakdirkan Jepun terus memerintah Tanah Melayu hingga ke hari ini, pasti kebanyakan kaum Cina lari  semula ke kampung masing-masing di tanah besar China. Orang Melayu mahu lari mana Bro? - WallahhuA'lam!





15 September 2013

Majlis @Pusat Belia Antarabangsa


Assalamualaikum!
Kepada kenkawan yang terkelik blog aku, diucapkan selamat menyambut Hari Malaysia (esok) dan selamat bercuti panjang di hujung minggu. Hari ini kul 1145 pagi, aku bersama isteri dan keluarga adek Ali dari Sekincan sedang gerak arah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan puteri kesayangan pasangan Md Akhir Ibrahim dan isteri Nureha Bt Md Kassim. 

Asalnya!
Dalam perjalanan menuju lokasi nanti cadangnya adek Ali nak jemput anak pompuannya yang sedang belajar di Maluri-Ceras, alih-alih batal pulak. Jadi perjalanan diteruskan ikut Jalan Tun Razak, Jalan Loke Yew dan terus masuk ke Jalan Yaacob Latif di mana terletaknya Kompleks Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Ceras-Kelompo!

First! Jumpa Kak Munah dan Inoor dipintu masuk kompleks, lepas tu Majid sekelurga tiba dan bersalam-salaman sambil bertanya khabar. Bertemu saudara sepupu si Fauzi, Epit (tak ingat nama penuh), Hamsi dan Salbiah. Tentulah sedikit kecoh dan riuh rendah kerana lama tak jumpa, lepas tu bergilir-gilir tulis kata-kata ucapan tahniah kat buku yang disediakan!

Gerak! Masuk
ke dalam dewan jamuan, bersalaman dengan Md Akhir dan Nureha (tuan ummah), klik-klik kejap dengan sekumpulan bebudak yang menjinjing bakul 'door give' dan memberi salam pada Kak Hajar, acara seterusnya tentulah ke meja buffet untuk menjamu selera.

Di Luar Dewan! Masih ada lagi ramai tetamu yang sedang berbual dan bertanya khabar termasuk adik beradik, sepupu dan ipar duai yang baru tiba iaitu adik Ana-Leman sekelurga, keluarga abang Hj Omar dan Nurulains sekelurga. Belum kelihatan lagi ialah keluarga Kak Ana, keluarga Zali Midah dan keluarga Mail-Misah.
  


Sekeping Kad!
Kami 4 keluarga duduk di dua meja bulat berhampiran meja buffet. Sambil makan sambil jeling beberapa keping kad perniagaan kat atas meja yang tertulis  Sh Mahligai Wedding Couture. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pelamin, deco table, deco bilik, tempahan baju pengantin, hantaran dan make-up pengantin. Kenkawan yang sedang merancang untuk bersanding atas pelamin bolehlah hubungi Kak Sue ditalian 012-2170974 atau 012-9761692. Email : kaksue-kassim@yahoo.com

Silaturrahim! Keluarga Hj Omar, Zali-Midah dan keluarga Shila Majid tiba, makan dan sambil tu pot-pet, pot pet dalam suasana gumbira. Ketika inilah aku teringat kata-kata dari Iman Ghazali dalam buku bertajuk Imam Ghazali Ulama Tasawuf & Akidah susunan Khairul Ghazali iaitu pentingnya amalan menghubungkan silaturrahim di kalangan keluarga yang jauh dan dekat kerana amalan ini amat disukai oleh Allah SWT dan merupakan amalan para nabi.

Sambung Lagi!
Silaturrahim juga adalah sebagai langkah untuk mengekalkan kemesraan, perpaduan dan komunikasi, ia juga dapat menghindarkan kita daripada kemurkaan Allah sekaligus membuka pintu rezeki. Sudah pasti orang yang menghubungkan silaturrahim itu luas pergaulannya dalam masyarakat atau sekurang-kurangnya di kalangan kaum kerabatnya.

Sikit Lagi Bro! Apabila kita merapatkan silaturrahim, semua kaum kerabat dikenalinya secara dekat dan dia sendiri dikenali dengan mesra, dihormati dan dikasihi. Itulah punca kepada manfaat murah rezeki dan panjang umur sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadis "Sesungguhnya menghubungkan silaturrahim itu akan menimbulkan perasaan cinta (kasih sayang) dikalangan keluarga, menyuburkan rezeki (harta) dan memanjangkan umur". (Riwayat Tarmizi daripada Abu Hurairah).

Sedang Kami Berbual! Tiba-tiba muncul kelibat sepupu aku yang udah lama lost contact iaitu Alias atau lebih dikenali sebagai Hamly Sulaiman bersama isteri dan anak. Ramailah saudara mara yang bertanya khabar dan ada yang sampai mengalirkan air mata kegumbiraan. Pada masa yang sama, diluar mula kedengran paluan kompang menandakan ketibaan pasangan pengantin Nur Firdaus binti Md Akhir  dengan pilihan hatinya Mohamad Azhari bin Mastor untuk acara bersanding kat atas pelamin, makan beradab dan yang terakhir ialah acara potong kek!

Nota Kaki
: Macam bisalah Bro! Aku hanya upload photo lebih kurang 10 hingga 12 keping sahaja setiap satu entri. Yang lainnya boleh singgah di laman http://Sosialdiari,blogspot.com - Harap dapat kita berjumpa lagi dientri terbaru dengan izin Allah!