22 October 2013

CRODOUGH DAN BATH SALT


As Salam! Mood nak menaip entri baru tetap ada walaupong mata aku kekadang gatal. Setelah tadinya aku ge klinik, dapatlah ubat jenis mefenamic acid untuk tahan sakit, pil gatal dan alahan serta ubat eye drops jenama Nicol.

Fenomena!
Sebelum ne orang Kelompo udah tahu pasal pancakes, dounat, tart, apple pie, muffins, danish, strudel, croissant, scones, brownies, bread custard, quiche, macarons dan juga chocolate cookies. Pada masatu, tidaklah menjadi kegilaan bagi orang Kelompo, walaupong variasi dounat diperkenalkan oleh Mr Dounat di Bukit Bintang pada awal tahun 1980'an.

Selepas outlet Mr Dounat, sabuah lagi kedai ruti memperkenalkan pilihan  dounat yang juga terletak di Bukit Bintang. Lepas tu pada era 1990'an pula, ada sebuah cafe memperkenalkan variasi muffin. Memasuki era tahun 2000 banyak cafe-cafe jalanan di buka terutama sekitar Bintang Walk sehinggalah ke restoran-restoran mewah di pusat beli belah yang menjual pelbagai ruti, cake dan pastri.

Kita di perkenalkan pulak dengan cup cake dan mulalah menjadi trend masyarakat Kelompo bila ada tea party atau wedding resepsi, pasti ternampak di satu sudut, beranika cup cake yang berwarna warni. Inovasi ruti, pastry dan cake tidak terhenti di situ sahaja. Kini macam satu kegilaan bagi orang Kelompo yang terlebih mampu, bila nak sambut birthday atau acara potong cake mesti membeli cake di Le Chouette Macaron.

Bercakap pasal Le Chouette Macaron ne, memanglah cakenya sedikit mahal tetapi telah mendapat permintaan tinggi kerana cakenya sangat cantik, gabungan cream, cheese dan macarons. Styling, colorful, layer by layer yang juga lebih dikenali sebagai tower rainbow cake.

Crodough!
Tadi tu ceriter pasal trend orang Kelompo. Kalau di London pula, diaorang sekarang ne sangat teruja dengan inovasi terkini iaitu pembuatan ruti yang mengabungkan dounat dan croissant yang dikenali sebagai crodough.

Kegilaan itu bermula awal tahun lalu, bila seorang chef dari Perancis, Dominique Ansel memperkenalkan Cronut dan Dosant di kedai ruti miliknya di bandar raya New York. Yang terbaru di London, Crodough di perkenalkan oleh Jennifer Rinkoff, generasi keempat yang meneruskan perniagaan ruti milik keluarganya di Timur London.

Jennifer mendakwa, dia asalnya melihat di laman sosial Twitter, kesukaran orang ramai untuk mendapatkan cronut di London. Dari situ Jennifer mula bermain dengan tepung selama tiga hari dengan menggunakan resipi 100 tahun milik keluarganya.

Hasilnya beliau dapat menghasilkan doh yang dikenali sebagai Crodough - doh bersalut, leper dan dilipat ke dalam lapisan sebelum digoreng dan diisi dengan pilihan kastard, jem, raspberi atau karemel epal.


Bath Salt!

Kita beralih topik pulak kepada inovasi dadah Bath Salt yang juga mencetuskan fenomena di kalangan penghuni planet bumi ketika ini. Sebelum kita pergi jauh, ada baiknya kita toleh kebelakang sekejap pasal sejarah dadah yang bermula dengan istilah candu, daun ganja, heroin, pil ekstasi, syabu, pil kuda dan lain-lain termasuk gak yang kurang popular ialah daun ketum.

Pada tahun 50'an, mungkin ganja telah dibawa masuk melalui pintu sempadan di Utara Semenanjung. Tahun 1960'an, masyarakat udah mula mendengar, melihat dan merasai ganja. Ganja ketika itu sangat popular pada kelompok masyarakat yang gemarkan hiburan  sambil kepala terasa seakan-akan kosong atau istilah lain kepala tengah ting-tong.

Pengemar ganja terdiri dari remaja, belia dan warga tua. Mereka akan menghisap ganja dengan mencapurkannya ke-dalam rokok, membalut ganja dengan daun atau menggunakan botol dan batang betik yang dikenali sebagai dapur. Ada gak yang mengisap menggunakan biji kelapa muda serta daun kelapa yang dipanggil suling.

Pertengahan tahun 1970'an pula, dadah baru iaitu heroin telah diperkenalkan. Dadah ini yang berasal dari bunga poppy juga diseludup masuk oleh pegedar dadah melalui pintu sempadan belah utara dan pantai timur. Selepas dadah heroin, bermacam-macam lagi dadah dihasilkan oleh pakar kimia yang asalnya bertujuan untuk kegunaan pesakit menahan sakit, terutama ketika perang.

Hari ini, ada lagi dadah sintetik terbaru dengan panggilan Bath Salt yang boleh memberi kesan seperti dadah amphetamine. Penagih bath salt dikatakan mampu memberikan kekuatan luar biasa kepada penggunanya dan di ambil dengan cara memakan, disuntik ke dalam salur darah atau menyedutnya melalui hidung.

Bagaimanapong, menurut pakar, kesan pengambilannya boleh menyebabkan halusinasi, kekeliruan, hipertensi dan paranoia. Bath Salt boleh menyebabkan masalah salur darah dan jantung, murung, ingin bunuh diri, psikosis dan kematian.

Dunia telah dikejutkan, apabila seorang lelaki yang mengambil dadah bath salt telah bertindak memakan muka seorang lelaki gelandangan  di Miami, Amerika Syarikat. Selain kes diatas, ada kes lain dilaporkan di Texas melibatkan seorang pemuda berumur 22 tahun menyerang orang ramai dan memakan seekor anjing peliharaan. Polis berkata, pemuda tersebut dipercayai mengambil dadah dikenali sebagai K-2. - Wallahu-alam!



 


No comments:

Post a Comment