06 October 2013

PAGI JOGGING PETANG KAYUH


As Salam! Pagi Sabtu temankan isteri berjogging, makan tengahari di Majlis Perkahwinan Hasrin & Mariani yang diadakan kat Kg Puah, Jalan Gombak. Petang  Ahad pulak, berkayuh dengan Mahfol di Taman Tasik Metro, Kepong.

Petang Ahad! Lepas Asar 
aku mula berkayuh melalui laluan yang sama iaitu ikut short cut kawasan perumahan Laman Rimbunan dan masuk ke Taman Tasik Metro melalui pintu belakang. Berhenti di padang bola, sandar basikal kat pokok dan lepak kat tepi padang di bawah pohun rendang sambil tenguk bebudak main bola sepak.

Bola Sepak! Nak gak cakap sikit pasal keputusan separuh akhir Piala Malaysia, dimana pasukan Kelantan udah dapat melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) secara agregat, 8-5. Begitu gak dengan pasukan Sarawak yang telah menumpaskan Sime Darby dengan keputusan 3-1.


Bagi akulah,
kalau boleh tahun ne pertandingan akhir nak rebut Piala Malaysia biarlah  antara Kelantan dengan Sarawak. Barulah dinamakan 'buku bertemu ruas' pasal
kedua-dua pasukan ne aku tenguk bukan main  garang lagi bila kat padang, tu belum lagi suasana riuh rendah dan haru-biru dari kedua-dua penyokong. 

Aku masih di tepi padang!
Lebih kurang kul 0540 petang, Si Mahfol pong tiba dari Sungai Tua dan katanya petang ne kayuhannya sedikit berat kerana disebabkan cuaca panas dan terpaksa melawan angin. Kami terus berbual pasal Liga Bola Sepak Inggeris dimana pasukan ternama macam Manchester United (MU) boleh jatuh teruk sejak dibimbing oleh pengurus baharu, David Moyes.

Seperti kata Mahfol, Sepatunya MU terus mempertahankan tradisi sebagai juara, malangnya udah enam perlawanan MU hanya menang dua kali sahaja. Jika keputusan seterusnya tidak berpihak kepada MU, pastinya ramai penyokong akan resah gelisah dan sakit hati dengan David Moyes. Sambung Mahfol lagi, mungkin sudah tiba masanya MU kene menghadapi kenyataan bahawa ada lagi pasukan yang lebih kuat dari mereka.

Aku
melihat langit biru berarak dan sinar matahari petang mula beransur-ansur hilang. Mahfol terus pot-pet pasal Amerika Syarikat (AS) yang sedang menghadapi krisis politik. Pasal politik tidak sehaluan menyebabkan kerajaan AS lumpuh sejak selasa lalu dan jika beterusan boleh menyebabkan ekonomi dunia berada dalam bahaya.

Jika AS yang selama ini dikatakan negara kuasa ekonomi dunia udah lumpuh, boleh caya ke Bro! Entah-entah diorang buat sandiwara aja tak. Mereka iaitu AS bersama Yahudi-Zionis pasti sudah merancang lama untuk menjejaskan pasaran kewangan dunia, terutama kepada negara-negara Islam yang banyak berhutang, ujar si Mahfol. Wallahu'alam! 

Langit
mula gelap, matahari entah kat mana dan pengunjung mula beransur-ansur keluar dari kawasan tasik. Kami berdua turut serta bergerak dicelah-celah orang ramai, kayuh keluar dari Taman Tasik Metro. - Panjang umur kita ketemu lagi!








No comments:

Post a Comment