Hobi berbasikal untuk riadah sudah lama dilakukan di negara maju. Di Malaysia kebanyakan yang menunggang basikal adalah pelajar sekolah terutama yang berada diluar bandar. Senario ini dilihat kerana masih ramai rakyat kita berada pada taraf hidup yang miskin. Kebanyakan pelajar hanya mengayuh basikal ketika sekolah rendah, apabila memasuki peringkat menengah mereka mula berjinak-jinak dengan motosikal cupcai.
- Pelajar dari kaum Melayu luar bandar mula berangan-angan mahu memiliki sabuah motosikal berbanding pelajar kaum Cina yang terlebih dahulu mahu memiliki lesen kereta. Kebanyakan pelajar Melayu menunggang motosikal ke-sekolah tanpa lesen kerana masih di bawah umur. Meraka tidak lagi menunggang basikal ke-sekolah kerana basikal tersebut sudah buruk atau telah diberikan pula kepada adik yang bersekolah rendah. Penjaga mereka pula tidak mampu membelikan basikal baru, dan terpaksa meminjamkan motosikal untuk ke-sekolah.
- Di-Kuala Lumpur pula, kebanyakan penunggang basikal adalah remaja dan orang dewasa. Remaja bawah 20 tahun lebih suka kayuh basikal Fixie yang berwarna-warni. Warna basikal tidak lagi gelap saperti dulu, tapi lebih garang dengan campuran warna yang aneh. Frame warna putih, tayar depan merah dan tayar belakang hijau. Rantai, jejari dan gears dicat pelbagai warna. Lampu belakang yang berkelip-kelip juga dipasang sebagai eksesori keselamatan. Harga sebuah basikal fixed ini lebih kurang RM700.00 hingg RM 900.00. Hujung minggu remaja ini akan berkumpul di sekitar Bukit Bintang yang di- kenali sebagai "Night Fixie Meet".
- Penunggang dewasa pula akan berkayuh hujung minggu disekitar tasik, taman, trek BMX atau trek mountain bike. Ada juga yang berkayuh malam arah ke Bangsar, Hartamas atau sejauh Kajang bersama kelab masing-masing. Masa kini banyak basikal di reka lebih morden dan lebih ringan. Pebagai jenam telah memasuki pasaran di Malaysia saperti Andromeda, Pohyyon, Scott, Santa Cruz, Merinda, Konna, Xds, Basso, Look, BMC, Trek, Cevvelo, Ridley, Fixtway, Fuji, Silverback dan Fixie.
No comments:
Post a Comment