13 December 2010

DARI KL KE - GERIK!




Selamat Pagi Kawan!

Cuti bulan Disember kali ne aku ge Gerik.
Gerik terkenal dengan Tasik Temenggor dan Hutan Belum.
Kalau dapat meneroka segenap ceruk Tasik Temenggor dan Hutan Belum tentunye menarik. Dapat melihat kepelbagaian flora dan fauna. Cuti empat hari tiga malam hanya dapat melihat pemandangan ketika dalam perjalanan dari Gerik ke Baling. Gunung ganang, hutan berkabus, air sungai tentunye sejuk dan burung enggang yang bergerak bebas!

Perjalanan ke Gerik bermula pada 10hb Disember 2010 jam 07.45 pagi. Singgah sarapan pagi di R&R Rawang, lepas tu bergerak menuju Tg Malim, Slim River, Sungkai, Bidor dan berhenti di R&R Tapah jam 11.00 pagi.

Lepas pekene Teh O, perjalanan diteruskan menuju Kampar, Gopeng, Ipoh, Kuala Kangsar dan terus belok ke Lenggong, pasal nak isi minyak! Dari Lenggong perjalanan diteruskan melalui Lawin dan terus ke Gerik. Bila melihat simpang ke pekan Gerik, h
ati rasa lega dan berhenti sekejap kat kedai Mamak untuk makan tengahari.



[Hari ke 2!]
07.30 pagi di Pekan Gerik!
Jalan-jalan sambil klik sana klik sini.... Dari pemerhatian aku, pekan Gerik ne cuaca sekitarnye dingin, tahap keselamatan terjamin. Kalau nak berjalan-jalan kat lorong atau waktu malam memang selamat. Yang pastinye kat pekan Gerik ne tak de lampu isyarat. Orang kat pekan ne pastinya orang-orang yang boleh bersabar dan bertolak ansur. - Sifat ne dah takde kat Kuala Lumpur!




[Hari ke-3]!
Pada 12/12/2010 jam 10.00 pagi kami bergerak dari pekan Gerik menuju ke Baling. Jarak perjalanan Gerik ke Baling ialah sejauh 57 km. Perjalanan kami melalui Kg Pahat, Kg Kerunai, Kg Jong, Kg Plang, dan Kg Lalang. Dalam perjalanan ne kelihatan di kiri kanan jalan pokok getah dan kehijauan flora. Kami juga disapa oleh penunggang motosikal yang kebanyakan kepala besi. [Aku maksudkan kepala besi pasal diaorang tak pakai helmet!]. Perjalanan kami melalui Kelian Intan, Kg Bk Buloh, Pengkalan Hulu, Dataran Gunung Inas dan terus ke pekan Baling.



[Hari ke-4!]
Jam 08.20 pagi kami chacked out dari pekan Gerik menuju Lenggong. Di Lenggong kami sarapan pagi kat gerai tepi jalan - teh panas dan roti canai ! Perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Lumpur. - Selamat tinggal Gerik dan Hutan Belum yang belum aku terokai!



08 December 2010

CYCLING

Salam Maa'l Hijrah!

Bulan Disember dah hampir ke penghujung. Pada Selasa 7 Disember 2010 adalah bersamaan 1 Muhram 1432H. Bulan Muharam adalah merupakan detik permulaan kalender baru dalam Islam.

Macam-macam cerita kita dengar tentang Maa'l Hijrah. Ada hijrah taubat,ada cerita pasal hijrah menjadi negara maju dan yang menarik ialah kalaudapat lakukan hijrah minda. Macam kata penulis Abdul Razak Idris dalam rencana hari Rabu 8 Disember 2010. Umat Islam kecoh pasal harga barang terutama minyak RON95 dan gula naik. Kata Abdul Razak " Cubalah umat Islam melihat isu tersebut pada sudut positif. Kalau harga gula naik, kurangkan pengunaan gula. Jadi tidaklah perlu mengidap diabetes yg menyebabkan sakit darah tinggi, buah pinggang dan lemah jantung ".

Tapi apa pulak kaitan dengan cycling! Ini pun hijrah... Aku dah lama tingalkan hobi cycling! Dulu aku memang suka cycling. Zaman remaja aku dulu, aku ada basikal yang handle nyer " kelepit". Lepas tu aku beli basikal racing. Oleh kerana kebanyakan kawan masa tu pakai motor cupcai, aku pun jual setengah harga kat budak Keramat. Tahun 80'an pulak, aku gian balik nak cycling. Aku beli racing bike kat Subang Jaya. Tak lame hayat basikal aku, pasal kene langar ketika kayuh kat Sri Gombak. Tapi masa kayuh tu bukan akulah...abang aku! Hehehe....



Bulan Disember 2010 ne aku beli mountain bike pulak! Dah lama tak cycling. Mula-mula cycling keliling tasik, lepas tu nak cycling kat Frim, Gombak, dan Hartamas. Cycling ne sebenarnye seronok. Badan sihat dan boleh hindarkan penyakit tiga serangkai. Tahun depan aku ingat nak cycling ge Pulau Pangkor dengan kawan - ikut jalan pantai barat. Dari KL, gerak ke Sg Buloh, Bt Berjuntai, belok Asam Java, Kuala Selangor, Tg Karang, Sekinchan, Sg Besar, Sabak dan terus ge Simpang Empat, singgah kat Bagan Datuk. Esoknye gerak ke Sitiawan melalui Kota Setia, Kg. Batu Sepuloh Lekir dan seterus nye ke Lumut.


Muga tahun depan aku masih bernafas!
Sihat dan boleh cycling ge Pulau Pangkor!

11 October 2010

OPEN HAUS!



  • As Salam! Kita jumpa lagi kat blog Kakiconteng. Entri kali ne aku nak bercerita pulak pasal  Open House. Kisahnya! Masa aku bebudak dolu tak pernah dengar pun istilah open house. Masatu keluarga aku pindah disekitar kampung Melayu kat Gombak, Kolompo. Perkampungan ne  bermula dari Batu 5 belah kiri, ialah deretan rumah kedai Cina. Lepas tu Taman Kamariah dan di belakangnya Kg Manggis. Sepadan dari Tmn Kamariah, ialah Kg Kerdas, Simpang Tiga, Sungai Cincin, Batu 8,9,10 dan Batu 11 pulak ialah kawasan penempatan orang asli yang diselia oleh Jab. Orang Asli.

    Dari Batu 5 sebelah kanan pulk ialah Kilang Getah Lee Ruber, simpang ke Tmn Ibu Kota, Gombak Setia dan Tmn Perwira.


  • Aku gambarkan kawasan aku tinggal ne ialah kerana pertembungan dua budaya Melayu. Dari Tmn Kamariah hingga ke Batu 10 adalah kawasan kampung Melayu yg kebanyakan penduduk nye terdiri dari orang Minang. Manakala disebelah kanan ialah kawasan perumahan Melayu morden.


  • Masa bulan puasa aku ada tugas kat Masjid Batu 6 Gombak. Tugas aku dgn. kengkawan sediakan makan-minum untuk jemaah yg bertawarih. Lepas jemaah balik, kami pastikan semua peralatan sudah dibersihkan.

  • Kalu kat umah pulak, emak sibuk buat kueh. selaunye adik perempuan aku tolong. Emak akan buat kueh bahulu yg dibakar dengan arang, rasanyer memang sedap. Emak juga buat kueh kembang loyang, dan halua betik. Dulu kueh kegemaran aku ialah halua betik, agar-agar kering dan kembang loyang.

  • Menjelang malam raya, aku dengan kengkawan akan ge hantar doa dari umah ke umah. Kalu yang ikut rombongan tu 20 orang, terpaksalah singgah 20 umah. Kekadang balik umah jam 0100 pagi. Walau pong letih tetapi seronok kerana dapat ge umah kengkawan. Pagi raya pulak, lepas sembahyang raya...balik umah minta ampun dan maaf dengan ibu- bapa dan adik-beradik. Sarapan dulu! lepas sarapan aku pong ge umah kawan yang terdekat. Bila dah ade 5 atau 6 orang kawan, kami pong jalan-jalan cari makan.

  • Kawasan yang kami tuju tentulah kawasan perumahan mewah orang Melayu. Kami selalunye ge Gombak Setia. Masa tu tak de istilah open house. Kami ge dari umah ke umah yang pagarnye terbuka dengan modal. Wallahuaklam!

04 October 2010

KOLEKSI OKTOBER!



Salam Oktober buat kaki blog!


Bulan September dah pun berlalu. Mase ne dok sibuk layan open haus!
Sesekali tangan gatal gak nak pegang berus, kalu x menconteng rasa
macam ade yang tak kene. Tahun 80'an aku suka conteng atas kertas. Sejak kebelakangn ne aku menconteng atas papan, playwood, plastik, tikar getah dan kekadang kenvas. Selain menconteng aku memang minat klik! klik! klik! Aku klik bila keluar dari ummah. Kebanyakan photo-pic yang aku klik hanya menggunakan Cybershot dari phone Sony Ericson.





23 September 2010