Selamat Pagi Kawan!
Cuti bulan Disember kali ne aku ge Gerik.
Gerik terkenal dengan Tasik Temenggor dan Hutan Belum. Kalau dapat meneroka segenap ceruk Tasik Temenggor dan Hutan Belum tentunye menarik. Dapat melihat kepelbagaian flora dan fauna. Cuti empat hari tiga malam hanya dapat melihat pemandangan ketika dalam perjalanan dari Gerik ke Baling. Gunung ganang, hutan berkabus, air sungai tentunye sejuk dan burung enggang yang bergerak bebas!
Perjalanan ke Gerik bermula pada 10hb Disember 2010 jam 07.45 pagi. Singgah sarapan pagi di R&R Rawang, lepas tu bergerak menuju Tg Malim, Slim River, Sungkai, Bidor dan berhenti di R&R Tapah jam 11.00 pagi.
Lepas pekene Teh O, perjalanan diteruskan menuju Kampar, Gopeng, Ipoh, Kuala Kangsar dan terus belok ke Lenggong, pasal nak isi minyak! Dari Lenggong perjalanan diteruskan melalui Lawin dan terus ke Gerik. Bila melihat simpang ke pekan Gerik, hati rasa lega dan berhenti sekejap kat kedai Mamak untuk makan tengahari.
Lepas pekene Teh O, perjalanan diteruskan menuju Kampar, Gopeng, Ipoh, Kuala Kangsar dan terus belok ke Lenggong, pasal nak isi minyak! Dari Lenggong perjalanan diteruskan melalui Lawin dan terus ke Gerik. Bila melihat simpang ke pekan Gerik, hati rasa lega dan berhenti sekejap kat kedai Mamak untuk makan tengahari.
[Hari ke 2!]
07.30 pagi di Pekan Gerik!
07.30 pagi di Pekan Gerik!
Jalan-jalan sambil klik sana klik sini.... Dari pemerhatian aku, pekan Gerik ne cuaca sekitarnye dingin, tahap keselamatan terjamin. Kalau nak berjalan-jalan kat lorong atau waktu malam memang selamat. Yang pastinye kat pekan Gerik ne tak de lampu isyarat. Orang kat pekan ne pastinya orang-orang yang boleh bersabar dan bertolak ansur. - Sifat ne dah takde kat Kuala Lumpur!
[Hari ke-3]!
Pada 12/12/2010 jam 10.00 pagi kami bergerak dari pekan Gerik menuju ke Baling. Jarak perjalanan Gerik ke Baling ialah sejauh 57 km. Perjalanan kami melalui Kg Pahat, Kg Kerunai, Kg Jong, Kg Plang, dan Kg Lalang. Dalam perjalanan ne kelihatan di kiri kanan jalan pokok getah dan kehijauan flora. Kami juga disapa oleh penunggang motosikal yang kebanyakan kepala besi. [Aku maksudkan kepala besi pasal diaorang tak pakai helmet!]. Perjalanan kami melalui Kelian Intan, Kg Bk Buloh, Pengkalan Hulu, Dataran Gunung Inas dan terus ke pekan Baling.
[Hari ke-4!]
Jam 08.20 pagi kami chacked out dari pekan Gerik menuju Lenggong. Di Lenggong kami sarapan pagi kat gerai tepi jalan - teh panas dan roti canai ! Perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Lumpur. - Selamat tinggal Gerik dan Hutan Belum yang belum aku terokai!
Agen Sabung Ayam Terbaik Indonesia AGENS128.
ReplyDeleteAgen Bola Sbobet Indonesia
Link Alternatif Sbobet
Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / AGENS128
Line id : agens1288
WhatsApp : 0877-8922-1725
Telegram : AgenS128 / https://t.me/AgenS128