05 November 2015

RENDANG NANGKA MUDA & MANDAI



Tuk! Tuk Tukkk!


Aku sedang berkemas dibilik bacaan bilamana kedengaran pintu apartment diketuk dari luar. Aku mendiamkan diri. Sudah menjadi kebiasaan aku jika pintu diketuk tanpa memberi salam atau tidak memperkenalkan diri kira bolayan![1] Kalau aku layan juga nanti panjanglah ceritanya. Selalunya yang mengetuk pintu tanpa salam terdiri dari wakil penjual Astro [pasal aku memang tak ada Astro], wakil jualan langsung, ada juga yang datang menjual makanan ringan dan paling membosankana aku ialah sebaik sahaja pintu dibuka nanti, tercegat dua-tiga remaja China yang tersengih-sengih[2] sambil menawarkan hadiah guris dan menang!

Assalamualaikum!

Tuk! Tuk! Tukkk!


Kali ini bunyi pintu diketuk tambah kuat. Aku menyambut salam sambil membuka pintu. Ohhh! Rupanya jiran aku datang menghantar sepiring rendang ayam. Nampak sedap, kebetulan pulak aku belum makan tengahari. Lantas sahaja aku membuka peti sejuk, mengambil periuk nasi yang nasinya masih berbaki. Aku senduk nasi sejuk sepinggan penuh dan panaskan dengan microwave oven[3].

Ya, Mikrowave jenama Elba ne dibeli ketika awal perkahwinan kami dan sudah berbelas tahun peti ajaib ini berbakti kepada kami.  Bukan sahaja dapat menjimatkan gas memasak tetapi memperceptkan tugas ketika berada di ruang dapur. Walaupun mikrowave yang kami beli ini adalah jenis convection iaitu boleh memanaskan air, buat popcorn, pizza, cake atau merebus kentang tetapi tak pernah pun kami gunakan kearah itu. Mikrowave ini hanya digunakan untuk memanaskan makanan sejuk dan mencairkan bahan makanan sejuk beku [frozen].


Trit! Tit! Tit!

Bunyi mikrowave. Nasi sudah cukup panas, siap berasap lagi. Aku mengaut dua sudu makan rendang ayam ka dalam pinggan. Makan dengan penuh selera. Sebaik rendang masuk ke dalam mulut. Ehhh! Bukan rendang ayam tetapi rendang nangka muda. Tipah tertipu[
4]. Aku senyum sendirian sambil menguis-nguis kuah rendang, manalah tahu kalau ada seketul dua daging ayam. Tak ada daging ayam Bai! Memang sah yang ini rendang nangka muda. Memang pandai jiran aku ne mengfusionkan[5] menu makanan,  hingga aku boleh habiskan nasi sepinggan hanya berlaukkan rendang nangka muda. Sedap Bai!



II-
Usai makan tengahari aku menyambung kerja dibilik bacaan. Sambil menyusun buku-buku yang sudah berhabuk dan memasukkan kedalam bekas pelastik. Sebahagian buku-buku tersebut akan aku bawa ke tanah kebun esuk pagi. Bagaikan satu mimpi. Pejam celik, pejam celik, sudah 10 bulan aku berada di tanah kebun. Aku memang suka mengembara. Aku juga suka pada alam semula jadi. Itu pasal, aku langsung tidak kekok ketika aku mula-mula menjejakkan kaki di tanah kebun.

Teringat aku. Satu malam selepas Magrib ketika berada di-tanah kebun, rakan adek aku bernama Awai dengan gigihnya memperoses sejenis makanan yang dikenali sebagai mandai[6]. Katanya, kalau malas nak membuat mandai, kita boleh beli kat pasar malam Sungai Buloh. Tetapi ujar si Awai lagi, buat mandai bukanlah susah sangat. Kulit cempedak bahagian luar dikupas. Buang bahagian dalam. Potong-potong, masukkan dalam bekas yang udah dibubuh air panas serta garam dan biarkan potongan kulit cempedak tersebut terendam selama dua-tiga minggu. Kira garam tersebut macam agent[7] pengawet gitu!

Selepas tiga minggu, aku ambil tiga ketul kulit cempedak untuk dibawa balik ke Kulompo. Kulit cempedak yang dikenali sebagai mandai itu dihiris halus dan digoreng garing oleh isteri aku. Kemudian digoreng pula sedikit ikan bilis, hirisan tempe, hirisan cili kering dan sedikit hirisan bawang merah. Gaulkan semua bahan tersebut dengan hirisan lada hijau serta hirisan halus spring onion [daun bawang] bagi nampak menarik. Lepastu, aku bagilah rasa sepiring mandai yang difusionkan ke pada jiran aku. 



Nota Lutut
.
Puas juga aku menyelak helai demi helai [muka surat] Kamus Dewan edisi baru yang istilah mandai itu lebih kepada maksud sejenis tumbuhan [pokok] tetapi bukan sejenis  makanan. Memang tak ada dalam Kamus Dewan kerana mandai ini adalah makanan yang dipelopori oleh kaum Banjar. - Wallahuaklam!