28 December 2016

BACKPACKER KE KUALA ROMPIN [1]


Kuala Lumpur.
Pagi terasa nyaman ketika aku tiba disekitar perhentian bas Jalan Pekeliling. Kelihatan lopak-lopak air masih bergenang di tepi jalan. Mungkin malam tadi penghuni Kolompo kesejukan kerana hujan pada bulan Disember biasanya lebat dan berlarutan hingga berjam-jam lamanya. Aku berjalan menuju gerai makan sambil mengendong backpack berwarna hijau pucuk pisang, sempat juga retinaku melihat kesibukan orang ramai yang mula memenuhi stesen bas, walaupun hari ini adalah cuti umum sempena hari Krismas.

Di gerai paling tepi aku meletakan backpack, menarik sebuah kerusi pelastik hitam lalu aku duduk. Aku mengeluarkan telefon bibit jenama lenovo, meletakan diatas meja, jari telunjuk kanan menekan butang contacts Mahfol, menaip beberapa ayat lalu aku menghantar kepada Mahfol. Seorang pompuan bertudung datang mengambil pesanan dalam pelat Jawa. Aku minta secawan teh O' dan dua biji telur setengah masak. Pekerja gerai berlalu. Aku buka semula telepon bimbit, forward ayat tadi kepada Baha dan Idris.

Menghampiri pukul lapan pagi, kelibat Baha kelihatan, di ikuti Mahfol dan Idris. Kami berempat sarapan ala kadar kerana aturcara seterusnya, kami akan gerak ke TBS untuk memulakan kembara 'December Backpacker'. Usai membayar harga sarapan sebanyak rm7.00 untuk empat orang, kami tinggalkan gerai, stesen bas lalu memijak tangga escaltor, yang sedang bergerak sendiri. Kami tiba di stesen lrt. Baha, menghampiri peti token. Menekan butang Terminal Bersepadu Selatan[TBS], memasukkan rm3.80, waktu yang sama Idris dan Mahfol membeli  token di kauter sahaja.

Pukul 9.15 pagi, kami tiba di TBS, membeli tiket bas Bulan Restu ke Kuantan dengan harga rm22.00 seorang. Yang menariknya, tiket bas yang kami beli, dicetak dengan nama dan no IC penumpang. Bas akan gerak pada pukul 09.30 pagi menerusi gate 07. Tidak lama menunggu, bas mula gerak meninggalkan TBS menuju Kuantan Sentral. Pukul 1150 pagi, berhenti sekejap di Hentian Sebelah Maran, lepastu meneruskan perjalanan dan tiba di Kuantan lebih kurang pukul satu tengahari.

 



Sentral Kuantan

Kami berempat keluar dari perut bas. Bergegas ke tandas. Bergerak dari satu kauter ke satu kauter untuk membeli tiket bas ke Kuala Rompin. Hanya ada satu kauter sahaja [No 18] yang menjual tiket ke Mersing tetapi ketika itu tiada petugas. Mungkin tengah lunch! Perut kami pun lapar. Kami gerak ke food court untuk melayan perut yang udah berkeroncong. Aku hanya makan nasi lemak dan seketul ayam goreng dengan harga rm5.00 sahaja.

Makan tengahari sudah selesai. Si Baha intai kauter 18, katanya sudah dibuka. Kami gerak ke kauter dan beratur. Beli tiket ke Kuala Rompin
dengan harga rm17.80 iaitu harga tiket dari Kuantan-Mersing. Menggunakan perkhidmatan bas Maju Berhad yang akan berlepas pada pukul 04.30 petang. Terpaksalah menunggu hampir satu setengah jam di Terminal Sentral Kuantan[TSK]. Di kesempatan itu, si Mahfol call Cikgu Lihan Ali yang akan mengambil kami bila sampai nanti di stesen bas Kuala Rompin.

Bas gerak meninggalkan Sentral Kuantan pada pukul 0445 petang menuju Mersing dan berhenti di Pekan kerana mengambil penumpang. Bas terus bergerak. Tetiba si Mahfol kata, Kuala Rompin sudah terlepas kerana tadinya dia terlihat merchu tanda pekan Rompin iaitu sesekor ikan layar. Si Baha pula yang sebelum ini pernah sekali singgah di Kuala Rompin mengatakan bahawa bas ini tentu akan berhenti di setesen bas Kuala Rompin tetapi Baha tidak pasti dimana perhentian bas tersebut. Mahfol segera bertanya kepada pemandu kedua yang sedang duduk tidak jauh dari kami. Kata pemandu kedua, Kuala Rompin sudah terlepas. Adus!

Kami segera bagun. Mengendong backpack masing-masing apabila bas berhenti di tepi jalan kerana menurunkan seorang penumpang wanita. Ujar pemandu bas, kami sudah terlepas kira-kira lapan kilometer gitu. Mahfol segera call Cikgu Lihan Ali. Tidak lama menunggu, En Lihan datang. Kami bersalaman. Mahfol, Idris dan En Lihan  berpelukan kerana lebih tigapuloh tahun tidak berjumpa. Kami segera dibawa ke D'Kuala Water Front Chalet di Kuala Pontian kepunyaan En Lihan Ali.

Tiba di chalet ketika hampir senja. En Lihan membuka dua pintu chalet. Sementara Mahfol dan Idris berbual, aku dan Baha pula masuk ke dalam chalet. Meletakan backpack dan keluar semula. Membidik beberapa keping gambar disekitar jeti. Kami mandi dan solat. Nanti malam, En Lihan  akan datang menjemput kami  untuk makan malam.




Kuala Rompin
 
Malam itu seperti yang di janjikan, Cikgu Lihan Ali menjemput kami berempat untuk makan malam. Hujan renyai ketika kereta yang dipandu En Lihan meluncur laju, gerak ke pekan Kuala Rompin. Beluk ke kanan. Kereta berhenti dihadapan sebuah restoran Arab. Kami segera keluar menuju restoran. Ramai pelanggan sedang menjamu selera. Kebetulan, masih ada dua buah meja yang masih kosong. Aku, Baha dan Idris terus ke meja yang masih kosong berhampiran kauter juru wang. En Lihan Ali dan Mahfol pula berhenti disebuah meja lalu bersalaman dengan pelanggan-pelanggan tersebut.

Kami berlima sedang membelek-belek menu. Antara menu tersebut ialah  Lamb Mandy, Chicken Kabsa, Kebab, Chicken BBQ dan lain-lain lagi. Pelayan datang. Kami memesan makanan. Sementara menunggu makanan malam di hidangkan, Cikgu Lihan dan Mahfol rancak berbual tentang kisah-kisah silam mereka ketika tinggal di Kolompo. Kebanyakan kisah berkisar tentang sepak takraw dan bola sepak, di mana En Lihan adalah seorang pemain sepak takraw yang terkenal dengan libasannya. Sering kali juga aku ikut serta sebagai penyokong team En Lihan ketika perlawanan akhir di Stadium Negara misalnya. 




Nasi Arab sudah terhidang diatas meja. Sedang kami asyik menikmati makanan, datang dua orang bersalaman dengan kami. En Lihan memperkenalkan kepada kami iaitu beliau ialah YB Kuala Rompin iaitu En Mohd Johari Hj Hussin. Ujar En Lihan lagi,  beliau pernah bertugas di KoR Agama Angkatan Tentera Malaysia[KAGAT], Institut Latihan dan Kefahaman Islam serta Penaung Majlis Guru Besar Daerah Rompin.

Makanan sudah licin. Cikgu Lihan masih berbual dengan Mahfol dan sesekali Idris mencelah. Ada perkara yang lucu, mereka ketawa. Aku bangun mahu membayar bil makan malam. En Lihan menegah. En Lihan memanggil salah seorang pekerja restoran untuk membayar bil makan malam. Pekerja restoran tersebut memberitahu bil makan malam telah di bayar oleh YB Kuala Rompin. Rezeki kami. Alhamdulliah!






Nota Lutut :
Kepada kenkawan yang suka berkemah atau kaki pancing yang berminat untuk menempah bilik di sekitar Kuala Pontian sila klik fb D' Kuala Waterfront Chalet & Boat Charters atau hubungi di talian 012-921 3023.

Selepas ini ikuti pengembaran kami dari Kuala Rompin ke Mersing. - Salam Sayang dan Jumpa Lagi! [mj].



22 December 2016

JENDELA TAHUN BARU



1- Pagi itu, aku terlewat lagi membuka jendela. Aku lihat matahari telah berbalam dicelah-celah dahan dan pohon-pohon. Aku dengar irama burung yang berlagu. Aku dongak melihat langit warnanya kelam tidak selalu membiru. Aku terlewat lagi menghitung hari. Tidak terasa waktu berlalu menghambat usia, hingga hitam bertukar warna, hayat semakin singkat.

Aku harap tidak terlewat lagi membuka jendela tahun baru.
Mahu melupakan bait-bait kenangan pahit tahun lalu. Dari jendela ini, semuanya kembali terimbas tentang suhu panas awal tahun lalu dimana suhu melebehi 37 darjah Celsius yang memaksa penutupan sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah. Fenomena El-Nino itu juga  hampir-hampir mengeringkan Sungai Pahang.

Bahang panas dan kering yang melanda negara tidak terhenti disitu bilamana suhunya bertambah panas dengan berita mengenai dana kerajaan yang diseleweng berjumlah rm20 juta. Kisah mewah terlampau Setiausaha Bahagian KBS bersama lapan kontraktor menyeleweng dana lebih rm100 juta. Lalu, cerita tentang salah guna kuasa itu terus tersebar dari bulan ke bulan apabila SPRM terus melakukan Op Tiris dan ramai lagi yang menunggu nasib.

Dari jendela ini, aku mengimbas kenangan. Melihat retak orang Melayu semakin menggaris. Berjalan tidak
sehaluan. Seperti kemarin juga orang Melayu ceritanya berkisar tentang 'badut' yang menyerang di media sosial. Memfitnah dan menghasut buat kita bertelagah  dan akhirnya kita berpecah belah. Sepatutnya, setiap cerita dan berita yang di-lihat dan di-dengar, harus  dinilai  dengan akal yang waras. Bak kata pepatah orang Jawa, hidupnya perlu ada tiga teras iaitu waras, keras dan beras.


2- Aku pernah mendengar dari Ustaz iaitu kita sekarang sedang berada pada zaman fasa ke-4 iaitu   zaman penuh kezaliman, ketidak adilan dan zaman fitnah memfitnah. Zaman dimana pegar yang diharapkan menjaga sawah padi akhirnya  ingkar. Zaman dimana rakyat Palestin terus  dizalimi Zionis. Zaman topeng, dimana Aung San Suu Kyi itu kononnya wirawati pejuang hak asasi manusia. Walaupun sudah terang bahawa Rohingya itu juga manusia tetapi hakikatnya nyawa manusia Rohingya di Myanmar itu bagaikan tiada berharga.

Kini bandar Aleppo pula bermandi darah. Kumpulan penentang Presiden Syria [Bashar Al-Assad]
 
telah kalah kerana bantuan militia Syiah Hizbollah dari Lebanon serta bantuan serangan udara bertubi-tubi oleh Rusia. Apabila dunia berada dihujung usiannya, manusia sudah tidak tahu kenapa manusia lain dibunuh. Manusia hilang akal, hilang budi. Akhlak dan nilai moral  manusia hancur menyembah bumi.  Tidak ada lagi kebijaksanaan, keberanian, keperwiraan dan keadilan.


3-
Semoga jendela tahun baru tidak lagi ditutupi jelaga dan berharap sangat warna kelam langit bertukar ceria. Muga tidak ada lagi cerita duka tentang diskriminasi dan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar. Muga, tidak ada lagi kekejaman Zionis di Gaza. Biarlah bara sengketa yang dahulunya membakar panas baran manusia terpadam. Semoga zaman pemujaan wang dan ketidakadilan sosial tamat.

S
elamat tahun baru. Kepada anak-anak yang baru lahir muga ibu bapa tidak menamakan anak lelaki mereka 'Basher Al-Assad' dan anak perempun mereka 'Aung San Suu Kyi'.  Selamat tahun baru. Lihatlah, anak-anak kita semakin  membesar, janganlah dipakaikan baju berwarna merah atau baju berwarna kuning. Pakaikanlah anak-anak dengan akhlak bersumberkan wahyu yang tidak boleh diubah. Zaman ini adalah zaman anak-anak siswazah perit dan sukar mendapat kerja walaupun segulung ijazah sudah dijaja. Selamat Tahun Baru!