29 December 2013

Kayuh ke Kg Manggis-GOMBAK!


Kayuh!
Mahfol ajak aku berkayuh arah ke Gombak sambil jenguk kenkawan lama macam Ibrahim Samsudin @Baim yang tinggal kat Batu 6 Gombak dan Abu Bakar Samsuddin @Burn di Kg Manggis, Gombak. Kebetulan pulak hari Ahad,  aku dan Mahfol takada jemputan majlis kahwin - kira kami berdua tengah freelah gitu!

Pagi Ahad!
Kami berkayuh ikut depan Taman Boltan, Greenwoods Park, Simpang Tiga dan berhenti di Batu 6 Gombak berhampiran rumah Suhaimi Sariff @CheSu. Bertemu Ibrahim dan CheSu, berbual sebentar sebelum meneruskan kayuhan melalui Gombak Setia dan berhenti di Medan Idaman kat Batu 5. Sarapan dulu, lepas tu terus berkayuh untuk ke rumah Bakar di Kg Mangis. Masa dalam perjalanan tu, jumpa pulak si Amir @Paru dan Abang Ibarahim Hj Yatim, yang dulunya adalah Guru Silat Gayong.

Assalamualaikum!
Lepas pekene teh tarik dengan si Amir, kami kayuh melalui Taman Kamariah dan masuk ke kawasan Kg Manggis. Ketika kami sampai, kelihatan si Bakar tak berbaju, tengah terbongkok-bongkok menyodok tanah dan mencabut rumput di taman mininya. Si Bakar, sambil menyambut salam kami, nampak wajahnya ceria melihat kedatangan kami.

Taman Mini!
Sementara
si Mahfol dan Bakar rancak berbual, aku pulak sibuk merakam kuntum-kuntum bunga yang sedang mekar, ditaman mini yang diusahakan oleh si Bakar. Dari penjelasan si Bakar tadi, kebanyakan bunga-bunga yang ditanam adalah dari jenis bunga liar yang ditemuinya di dalam hutan. Aku nak sebut satu persatu nama-nama bunga hutan tu, aku udah tak ingatlah Beb!

Kalau Tadi
- masa jumpa CheSu, kami berbual pasal minat CheSu nak mendaki Gunung Kinabalu belum tercapai, tetapi si Bakar pulak minatnya nak berkemah kat Pulau Besar. Kami cuba gak racun si Bakar untuk ikut sama 'backpacker' arah ke selatan Semenanjung tahun depan, tapi nampaknya si Bakar kurang berminat. Huhuhu! Racun kami tak cukup mujarablah Beb!

Jam 1210 Tengahari!
Masabual bersama Bakar sudah tamat. Kami tinggalkan Kg Manggis, walaupong sebenarnya kampung tu udah tak ada sebatang pong pokok manggis.  Kami kayuh ikut jalan dalam yang sempit, menyusuri Sungai Gombak dan berhenti sekejap kat jembatan yang menghubungkan Kampung Kerdas (Batu 6) dengan Kampung Cangkat.

Kg Cangkat!
Ikut arahan si Bakar tadi, selepas jembatan jumpa simpang. Lepas tu beluk kanan melalui  Kg Cangkat dan keluar kat Simpang Tiga, Gombak. Lalauan jalan dalam ne kelebihanya tentulah cuaca yang redup dan di kira selamat kerana kurengnya kenderaan yang lalu lalang kat sini.

Simpang Tigo!
Jangan taktau pulak kalau nak sebut simpang tiga bunyinya ialah Simpang Tigo. Ini kerana kawasan kejiranan di Kg Manggis, Kg Kerdas, Kg Cangkat hingga ke Simpang Tiga ne  kebanyakan penduduk asal terdiri dari kaum Minangkabau. Kat Simpang Tiga nelah ramai kenkawan aku masa sekolah rendah dolu di SKUG.

Kawan Sekolah!
Yang aku ingatlah, dolu yang tinggal kat Simpang Tiga ialah Adnan Jumin, Shriff, Dahlan, Syukor, Arbaine, Kamal dan Jamilah. Yang lain tu ada gak tapi dah berpuloh tahun tak jumpa dan nama diaorang pong hilang perlahan-lahan dalam memori aku.  

Cuaca
bertambah panas ketika kami kayuh melalui Greenwoods Park. Mahfol cadangkan 'take five' kat kedai mamak sekitar kawasan industri ringan di Batu Caves. Kami lepak kejap sebelum Mahfol meneruskan kayuhan ke Sungai Tua dan aku pula terus kayuh melalui MRR2 dan masuk ke Taman Tasik Metro...











24 December 2013

BERCUTI KE FIREFLY PARK RESORT



Asalnya
kami bertiga cadang nak bercuti ke Teluk Intan, Perak tetapi saat akhir tukar pulak lokasi iaitu ke Firefly Resort, Bukit Belimbing-Kuala Selangor. Bukan apa! Cuti kali ne nak bawak emak @Mak Mertua sekali. Disebabkan emak mertua sedikit uzur dan sering pening kepala ada baiknya memilih tempat percutian yang paling dekat dengan Kelompo.
Jam 1045! Perjalanan kami menuju Kuala Selangor mengambil masa lebih satu jam pasal Jalan Raja Musa sedang dinaik taraf. Oleh kerana waktu 'check in' kul 0200 petang, kami bertiga meneruskan perjalanan ke Tanjung Karang untuk makan tengahari. Singgah di pekan dan makan soto serta tapai pulut merah. Kat pekan ne memang terkenal dengan soto, tapai, sate serta cendol pulut.
Dari Tg Karang! Kami meneruskan perjalanan ke Firefly Resort yang terletak di Bukit Belimbing-Kuala Selangor. Akhirnya, jam 1400 petang kami mendaftar masuk ke chalet dengan bayaran RM180.00 semalam. Chalet yang kami sewa ne mempunyai 2 bilik berhawa dingin, sebuah bilik air dan tandas sekali.
Chalet! Mempunyai 12 buah chalet yang didirikan kat tasik buatan manusia. Tidak jauh dari chalet ada sungai Putting Beliong dan jetty untuk naik boat (waktu malam sahaja), kerana air sungai pasang bermula pada jam 1930 malam. Waktu camnelah selalunya pelancung mula ramai  nak tenguk kelip-kelip!
Bukit Melawati! Lepas waktu Asar kami menyambung percutian dengan membawa emak melawat Bukit Melawati dengan menggunakan trem. Sebenarnya ada banyak tempat yang boleh dilawati seperti Taman Alam, Taman Ikan Air Tawar, Muzium Sejarah, Telaga Tujuh, Batu Hampar, Meriam Penggawa dan Perigi Beracun.
Emak tidak boleh berjalan jauh, kami hanya berhenti di puncak Bukit Melawati melihat pemandangan dan aksi monyet-monyet jenis silver dan ekor panjang. Lepas tu kami naik trem semula menuruni bukit menuju Taman Ikan Air Tawar. Disini pong kami bertiga tidak turun kerana kelihatannya emak tidak mampu untuk berjalan jauh. Lepas tu kami gerak arah ke Tesco yang terletak di kawasan bandar baru, pasal nak minum kat foodcourt.
Waktu Malam! Selepas sembahyang Magrib, kami bertiga keluar dari chalet, beli tiket nak tenguk kelip-kelip atau istilah lainnya kunang-kunang. Harga tiket setiap seorang ialah RM15.00. Walaupong harganya sedikit mahal tetapi itulah kos yang sepatutnya kene bayar. Untuk melihat kelip-kelip kita dilarang membawa lampu suluh, membawa ubat nyamuk dan juga dilarang buat bising ketika operasi pengembaraan kelip-kelip sedang dijalankan.
Sedikit Info! Untuk pengetahuan kenkawan, kelip-kelip adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Kelip-kelip adalah serangga dari kumpulan kumbang dan specis jenis 'Pteroptyx Tener'. Kelip-kelip ini cuma berukuran 6mm panjang dan kadar kelipannya adalah 3 kelipan sesaat. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang berbanding sibetina kerana bertujuan untuk menarik perhatian sang betina. Jangka hayat kelip-kelip selama 2 hingga 3 bulan sahaja.
Pokok Berembang! Juga dikenali sebagai 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar ditebing Sungai Selangor. Pokok tersebut amat sesuai sebagai habitat kelip-kelip selain bertindak sebagai penapis kekotoran dan racun bagi tujuan   air bersih untuk hidupan di sungai.
Jam 1945 Malam! Kami bertiga udah siap memakai 'jacket keselamatan' sebelum menaiki boat. Ikut syarat-syarat yang tertara kat belakang tiket iaitu harga tiket yang dibeli adalah termasuk premium insurans dan tiket yang udah dibeli wangnya tidak akan dikembalikan. Betullah tu!
Naik Boat! Setiap boat boleh diisi dengan penumpang lebihkurang 10 orang. Masa yang diambil untuk pengembaraan melihat kelip-kelip ne mungkin lebih kurang 20 minit sahaja. Boat ini menggunakan injen senyap dan tidak memasang lampu bagi mengelak kelip-kelip tu terkejut beruk! Berbeza dengan cara melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Disitu (Kg Kuantanlah!) pelancung disediakan sampan dan didayung oleh seorang pendayung. Kalau tak silap aku, harga sewa sebuah sampan untuk melihat kelip-kelip sebanyak RM50.00. Sekianlah cerita-chetera dari Mj!
















BUKIT MELAWATI-KUALA SELANGOR


As Salam! Ini adalah kali ketiga aku ke Bukit Melawati-Kuala Selangor. Sengaja aku memilih untuk datang ke sini kerana lokasinya tidak jauh sangat dari Kelompo. Sebelum ne, aku datang pada hari biasa, (maksud aku bukan hujung minggu), jadi tak pernahlah aku naik trem! 

Trem!
Kalau kenkawan nak merasa pengelaman naik trem ada baiknya datang pada hari Sabtu dan Ahad. Perkhidmatan trem bermula berhampiran pintu masuk ke Bukit Melawati dengan bayaran RM5.00 seorang (dewasa), sah untuk satu perjalanan sahaja.

View!
Trem bergerak arah Bukit Melawati dan penumpang turun di puncak bukit dan akan disambut oleh sekumpulan monyet. Dari pucak bukit tersebut, kenkawan akan dapat melihat pemandangan laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Di situ juga kenkawan boleh memberi makanan pisang atau kacang panjang kepada monyet (silver-leated monkeys) dan lotong (longtailed macaques).

Tempat Sejarah! Kenkawan juga boleh singgah melawat Muzium Sejarah, Batu Hampar, Telaga Tujuh dan Perigi Beracun. Setelah puas mengunjungi tempat tersebut, perjalanan diteruskan dengan menaiki trem menuruni Bukit Melawati, lalu kat pekan lama Kuala Selangor dan trem akan meneruskan perjalanan ke Taman Ikan Air Tawar. Selepas itu tunggu trem untuk membawa kenkawan semula ke stesen terakhir di pintu masuk Bukit Melawati.


Lapar!
Sekiranya perut udah terasa lapar, kenkawan boleh singgah di Bagan Restoran (coner lot) berhadapan Masjid tidak jauh dari lokasi pintu masuk ke Bukit Melawati. Di hadapan restoran tersebut kenkawan akan nampak nanti Mak Cik sedang membakar ikan keli dan ikan kembong sebagai 'trade mark'. Aromanya membutkan air liur melilih dan kalau dah makan tentu ketagih! Hehehe...

Cafe!
Kalau taknak makan nasi berlaukan ikan bakar dan ulam-ulam sambal belacan, ada gak cafe yang menyedikan makanan ala'barat (sebaris dengan Restoran Bagan), tetapi taktau pulak status halalnya pasal aku belum pernah masuk Beb! Mungkin kalau aku datang sekali lagi ke Kuala Selangor nak gak jenguk-jenguk status cafe-cafe disitu.

Tempat Tido!
Kalau rasa letih dan mengantuk ada baiknya bermalam sahaja di Kuala Selangor. Ada beberapa hotel dan rumah rehat disitu seperti De Palma, Sun Inn, Melawati Ria Hotel, Taman Alam atau bermalam di Firefly Park Resort kat Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

Bermalam!
Sekiranya kenkawan ingin bermalam di hotel atau resort, pastikan dapat info serba sedikit tentang harga bilik, jenis bilik serta kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel melalui carian di internet. Sepekara lagi, kepada pasangan yang udah bernikah, jangan lupa membawa sekali Surat Perakuan Nikah atau Kad Nikah sebagai bukti sekiranya ada pihak berwajib mengetuk pintu bilik nanti!


Manafaat Percutian!
Sebut pasal bercuti ne, kita bukan sekadar untuk berehat selepas penat bekerja tetapi percutian dapat mengeratkan ikatan perkahwinan kerana ketika bercuti, pasangan lebih bersedia dan tertarik untuk melakukan pelbagai aktiviti  secara bersama.


Bercuti
juga mampu menyegarkan minda, mampu membebaskan individu daripada stres juga memungkinkan seseorang untuk membuat keputusan yang lebih bijaksana di tempat kojer. Secara tidak langsung percutian membantu meningkatkan prestasi kerja dan menjadi lebih produktif. Bab ne bukan aku yang cakap tetapi dari kajian Penelitian National Institute of Health.

Kajian!
Satu kajian dari pimpinan profesor psikologi Le Moyne College, Amerika Syarikat, Dr Krystine Batcho, menjelaskan individu yang dapat mengimbas kenangan lalunya sewaktu percutian, berupaya memperbaiki dan mengekalkan perhubungan peribadinya. Nostalgia yang diimbau membuatkan individu lebih menghargai perhubungan serta persahabatan selain membentuk perasaan kasih sayang. - Wallahu-alam!









19 December 2013

TITIK TENGAH SEMENANJUNG!





Assalamualaikum!
Semuga kenkawan diluar sana berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Entri kali ne kisah aku bersama Majid Tatt, Azahan, Razak, Sani dan Azmi yang datang melawat Madrasah Darul Ulum yang diusahakan oleh Ustaz Sabaruddin Othman, terletak di Kg Paya Siput, Batu 11, Jalan Karak Lancang-Pahang.

Dalam Perjalanan!
Kami berempat iaitu Mj, Majid Tatt, Azahan dan Azmi singgah di kebun Sani yang terletak di Kg Paya Pelantar berhampiran Kg Lengkong-Karak. Sementara menunggu kedatangan Razak dari Selayang-Kelompo, kami relex kat pondok Sani sambil menikmati buah durian.

Titik Tengah! Tidak
lama kemudian Razak tiba dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan menunju Madrasah Darul Ulum yang di katakan adalah lokasi 'Titik Tengah Semenanjung'. Al-Kisahnya, Pada zaman pemerintahan Inggeris dolu, sudah ada beberapa lokasi yang dikatakan sebagai titik tengah iaitu di Kg Kertam, Maran-Pahang. Satu lagi di Kg Belimbing, Lipis-Pahang. Bagaimanapong, penentuan titik tengah pada era tersebut dikatakan tidak begitu tepat.

Kaedah Satu! Oleh
kerana lokasi titik tengah itu
telah menimbulkan pertikaian ahli akademik, maka sekitar tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melakukan kajian untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia. Tiga kaedah digunapakai iaitu Kaedah Satu, menggunakan cara pengukuran rupa bentuk muka bumi dan hasilnya titik tengah terletak di Hutan Simpan Ulu Cheka-Lipis, Pahang.

Kaedah Kedua! Pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik. Pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan X bersamaan 469579,6934 dan Y 386338,7621 iaitu di Kg Paya Siput, Lancang, Temerloh- Pahang.


Kaedah Ketiga! Pengiraan jisim secara abstarak iaiitu lokasi titik tengah terletak di Jerangsang, Benta-Lipis Pahang. Setelah tiga kaedah itu di buat, pihak JUPEM telah menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan titik tengah. Kerajaan negeri memutuskan cara terbaik ialah dari segi 'common sense' kedudukan Kg Paya Siput di Lancang, Temerloh memang terletak diantara Lipis dan Maran Selatan. Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang terletak di Temerloh.

Ustaz Sabaruddin Othman! Kami dijemput minum petang di rumah beliau sambil beliau bercerita tentang titik tengah yang dimaksudkan itu, terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni Madrasah disitu. Untuk pengetahuan kenkawan, Madrasah ini kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

Destinasi Pelancongan! Kami juga dimaklumkan oleh Ustaz Sabaruddin iaitu Kerajaan Negeri kononnya berminat untuk membangunkan kawasan tersebut kerana kedudukannya yang menarik selain destinasi pelancong sedia ada seperti Gunung Senyum, Pusat Gajah Kuala Gandah, Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau.


Comman Sence! Sekiranya Kerajaan Negeri ingin membangunkan kawasan tersebut, kene fikir masak-masak dulu masalah yang akan di hadapi oleh Ustaz Sabaruddin bersama penghuninya. Memang mudah kalau ikut atas kertas iaitu kerajaan ambih tanah tersebut dan beri pampasan. Soalnya! Kemana bebudak tu nak ditempatkan dan adakah Madrasah Darul Ulum hanya tinggal nama?


Lagipong, kalau tak silap aku, tanah persendirian milik keluarga Ustaz Sabaruddin
tu terletak dibahagian belakang. Masih ada lagi tanah berpaya dibahagian hadapan jalan besar. Sepatutnya tanah berpaya itulah yang harus dibangunkan sebagai pusat destinasi pelancongan 'titik tengah'. Tak semestinya batu tanda titik tengah itu didirikan dalam kawasan Madrasah Darul Ulum, walupong ikut ukuran tepatnya titik itu berada disitu.


Sebelum
Kerajaan Negeri membangunkan kawasan tersebut ada baiknya kerajaan membantu sedikit Madrasah Darul Ulum seperti naik taraf dan pelebaran jalan masuk  ke Madrasah atau mendirikan papan tanda
misalnya. Nanti, jika destinasi tersebut udah terkenal, pasti ramai pelancung yang beragama Islam ingin bersembahyang di Madrasah tersebut. Wallahua'lam!