12 December 2013

MELAWAT DUSUN SUNGAI DARA





As Salam!
Musim buah kali ne aku diajak oleh jiran ke dusun
buah-buahan yang terletak di Sungai Dara, Tanjung Malim-Perak. Dari kata bual jiran akulah, didusunnya ada buah durian, manggis, pulasan, rambutan, cempedak dan ciku. Walaupong ada bermacam-macam jenis buah tetapi dusun tersebut tidak dijaga kerana jauh. Katanya lagi, jika kita bernasib baik bolehlah merasa makan durian kalau tidak mungkin hanya melihat kulit dan biji durian sahaja. Huhuhu!

Bezanya! Sebelum ne pong
aku pernah posting entri Ke Bukit Laggong pada 13 June 2012 dan Bermalan diKebun pada 20 Oct 2012. Kedua-dua entri tersebut storynya berkisar hanya pada kebun durian bukan dusun buah-buahan. Bezanya, kebanyakan kebun durian, buahnya dimakan oleh ahli keluarga dan selebihnya diberikan pada saudara-mara atau jiran tetangga. Dusun pula, aktivitinya agak sedikit sibuk kerana kehadiran  orang tengah untuk membeli buah-buahan secara borong.


Sungai Dara! Ketika kereta yang aku tumpangi
membeluk masuk ke perkampungan Sungai Dara, kelihatan rumah-rumah tradisi Melayu berdinding papan dan beratap zink. Di tepi-tepi jalan pula ada orang kampung menjual buah durian, rambutan dan buah manggis. Ada gak orang kampung yang menjual durian secara borong kepada pemborong terutamnya kepada kaum Cina.


Cupcai!
Kereta berhenti disalah sebuah rumah. Untuk meneruskan perjalanan masuk ke kebun, kene berjalan kaki atau menaiki motosikal. Aku dipinjamkan sebuah motosikal jenis Honda tanpa nombor pendaftaran, takde lampu dan mungkin juga takde brek. Asal injennya baik kira oklah tu kata jiran aku.

Masyuk! Injen motosikal dihidupkan tanpa menggunakan kunci. Jiran aku menunggang sebuah motosikal cup dengan dibelakangnya tersedia sebuah bakul kosong dan aku mengekorinya rapat. Jalan tar yang sempit, berselisih dengan ramai raider membawa bakul berisi buah durian. Mereka mugkin baru selesai mengutip buah durian di dusun masing-masing. Suasana nampak meriah dan wajah mereka juga nampak riang dan gumbira. Mana tidak gumbiranya Beb! Ini dikira musim durian runtuh dan tentulah masyuk!

Off Road!
Motosikal kami mula memasuki lorong becak lagi licin, kekadang melalui celah-celah pokok dan akar-akar kayu. Tiba-tiba tayar belakang motosikal yang aku tunggangi gagal melepasi halangan akar kayu diantara celah-celah pokok. Aku cuba gak beberapa kali dan akhirnya aku mengalah. Tongkat motosikal, cari batu dan letak kat akar kayu, barulah motosikal aku melepasi halangan tersebut.
Banyak Nyamuk! Sampai dah aku kat dusun. Si tuan kebun sedang nyalakan unggun api sambil tersengeh bila tenguk aku terkial-kial untuk mematikan enjin motosikal. Kat kebun ne memang banyak nyamuk maklumlah disebelah dusun ne ada kebun getah. Kat dusun ne pulak ada banyak tong yang dipenuhi air bersama jentik-jentik. Kira, kebun getah dan dusun buah-buahan ne macam ternak nyamuklah!

Lebihan Asid! Nyamuk tu pulak memang sedang menunggu mangsa. Elok sangatlah kami datang pagi-pagi camne, tentu darah masih manis. Selalunya, akses kimia pada permukaan kulit manusia menarik perhatian sang nyamuk. Sasaran nyamuk juga pada mereka-mereka yang mempunyai lebihan acid urik, kepekatan steroid atau kolesterol yang tinggi. Kalau aku sapu kulit dengan loction atau tisu lembab mencegah nyamuk, kurenglah sikit minat sang nyamuk nak dekat dengan aku.

Cari Durian! Tugas aku pagi ne ialah mencari buah durian yang gugur. Aku gerak dari pohun ke pohun, nampak banyak kulit durian, rambutan dan pulasan udah dimakan binatang.
Tugas monyet menjatuhkan buah durian dengan cara berkayut. Tupai pula akan menebuk pada buah yang hampir masak. Ada buah durian yang jatuh masih mentah dan babi hutan terpaksa tunggu dua tiga hari untuk memakannya.

Langit Mula Gelap!
Sebelum hujan turun aku sempat kutip buah durian hampir 30 biji. Ada sekumpulan monyet sedang bergayut diseberang sungai sana. Si Tuan kebun merungut kerana banyak buah durian, rambutan dan pulasan dimakan oleh binatang. Sebelum keluar dari kebun, aku berdoa semuga Tuan kebun ne dimurahkan rezeki dan buah-buahan yang selebihnya sedia dikongsi dengan haiwan! - Wallahua'klam!








No comments:

Post a Comment