15 December 2013

LITTLE INDIA & RUSUHAN DI SINGAPURA!




As Salam!
Pagi semalan aku bersama isteri turut serta pada acara Hari Keluarga DBKL yang berlansung di Taman Botani, Lake Garden-Kelompo. Semalam juga aku udah post 13 keping gambar tanpa cerita di entri bertajuk 'Hari Keluarga DBKL 2013'. Walaupong aku tak sempat nak menaip storynya tetapi melihat pada gambar-gambar tersebut pastinya kenkawan udah mengerti betapa meriah, sporting dan gumbiranya staff dbkl ketika itu.

Hari ini! Sepatutnya aku menghadirkan diri pada Majlis Perkahwinan anak kepada Ustaz Taher yang diadakan di Tamam Kosas, Ampang. Sayangnya aku terpaksa batalkan pada saat-saat akhir kerana waktu yang sama ada gak majlis berhampiran kawasan kejiranan aku.

Little India! Ini kisah minggu lepas iaitu kejadian rusuhan yang berlaku di daerah Little India di Singapura. Media tempatan melaporkan kira-kira 400 pekerja asing dari India berang berikutan kematian seorang rakan mereka di kenali sebagai Sakthivel Kumaravelu, 33 di langgar sebuah bas di persimpangan Jalan Race Coure dan Jalan Hampshire kira-kira pukul 9.20 malam.

Ikut laporan media tersebut, kira-kira 300 anggota polis termasuk unit khas Kontinjen Gurkha, dikerah ke lokasi kejadian yang mengambil masa dua jam untuk memulihkan keadaan selepas perusuh bertindak membakar tiga buah kereta polis dan masing-masing sebuah ambulans dan motosikal.

Selepas kejadian rusuhan tersebut, sebanyak 24 daripada 27 pekerja asing dari Asia Selatan yang ditahan, didakwa disebuah mahkamah. Mereka berdepan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan sebatan jika didapati bersalah terlibat dalam rusuhan serta menggunakan senjata berbahaya.

Alkohol! Pihak berkuasa Singapura akan menguatkuasakan larangan penjualan dan minuman minuman keras di Jalan Race Course, yang dikenali sebagai Little India, lokasi tercetusnya rusuhan terburuk di republik itu dalam tempoh lebih 40 tahun. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, S. Iswaran memberitahu iaitu larangan tersebut ada asas dan 'munasabah' kerana pengambilan alkohol mungkin merupakan faktor penyumbang rusuhan tersebut.

Rusuhan di Singapura! Ada beberapa kejadian rusuhan yang pernah mengemparkan Singapura seperti Rusuhan Natrah yang berlaku pada 11 Disember 1950. Rusuhan tersebut berpunca daripada bantahan orang Islam di Singapura terhadap keputusan mahkamah yang mengarahkan wanita Belanda, Maria Hertogh atau Natrah dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agamanya. Ketika kejadian tersebut, seramai 18 orang mati dan 173 cedera akibat pertempuran dengan pihak polis dan tentera Britain.

Pada 13 Mei 1954! Kira-kira 500 pelajar membantah undang-undang Britain di Singapura yang mengkehendaki lelaki berusia antara 18 dan 20 tahun menjalani Latihan Khidmat Negara secara separuh masa. Tunjuk perasaan berubah menjadi rusuhan apabila sekumpulan pelajar terbabit bertempur dengan pihak polis menyebabkan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan.

Rusuhan Hock Lee Bus! Kejadian yang berlaku pada 12 Mei 1955 ialah kerana pekerja di Singapura tidak setuju dengan waktu kerja dan gaji yang rendah serta bertindak menghalang perkhidmatan bas beroperasi. Seramai 4 orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak menggempur kumpulan perusuh.

Rusuhan Sekolah Menengah Cina! Tercetus pada tahun 1956 apabila Ketua Menteri ketika itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua pertubuhan prokomunis iaitu Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan Muzik Cina Gong serta membubarkan Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU). Ketika rusuhan, seramai 13 orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan kumpulan pelajar bertukar ganas dan merebak kebandar.

21 Julai 1964! Rusuhan kaum Cina-Melayu tercetus pada sambutan Hari Maulidur Rasul apabila perarakan orang Islam di Singapura ketika itu diganggu. Seramai 36 orang terbunuh dan 556 cedera, sementara kira-kira 3,000 orang ditahan. Ada lagi rusuhan kaum berlaku iaitu pada 13 Mei 1969. Tercetus akibat tempias rusuhan kaum yang berlaku di Malaysia dan seramai 4 orang terbunuh dan 80 orang lagi cedera.


Nota Kaki : Di Kelompo ada gak Little India dan China Town tetapi takde pulak Little Ma'lai atau Malay Town. Pong begitu masyarakat Melayu Kelompo tetap berbangga sebab ada sebuah lorong yang dinaiktaraf sebagai Jalan Melayu. Di jalan inilah dikatakan orang Melayu berniaga tetapi tidaklah seramai manapong. Di Jalan Silang pula, adalah  lokasi yang menjadi kebanggaan bagi pekerja asing dari Asia Selatan. Disekitar lokasi ini selalunya akan dipenuhi oleh mereka terutama ketika hujung minggu dan cuti umum. Harap-harap tidak berlaku rusuhan kat sini.


No comments:

Post a Comment