29 December 2013

Kayuh ke Kg Manggis-GOMBAK!


Kayuh!
Mahfol ajak aku berkayuh arah ke Gombak sambil jenguk kenkawan lama macam Ibrahim Samsudin @Baim yang tinggal kat Batu 6 Gombak dan Abu Bakar Samsuddin @Burn di Kg Manggis, Gombak. Kebetulan pulak hari Ahad,  aku dan Mahfol takada jemputan majlis kahwin - kira kami berdua tengah freelah gitu!

Pagi Ahad!
Kami berkayuh ikut depan Taman Boltan, Greenwoods Park, Simpang Tiga dan berhenti di Batu 6 Gombak berhampiran rumah Suhaimi Sariff @CheSu. Bertemu Ibrahim dan CheSu, berbual sebentar sebelum meneruskan kayuhan melalui Gombak Setia dan berhenti di Medan Idaman kat Batu 5. Sarapan dulu, lepas tu terus berkayuh untuk ke rumah Bakar di Kg Mangis. Masa dalam perjalanan tu, jumpa pulak si Amir @Paru dan Abang Ibarahim Hj Yatim, yang dulunya adalah Guru Silat Gayong.

Assalamualaikum!
Lepas pekene teh tarik dengan si Amir, kami kayuh melalui Taman Kamariah dan masuk ke kawasan Kg Manggis. Ketika kami sampai, kelihatan si Bakar tak berbaju, tengah terbongkok-bongkok menyodok tanah dan mencabut rumput di taman mininya. Si Bakar, sambil menyambut salam kami, nampak wajahnya ceria melihat kedatangan kami.

Taman Mini!
Sementara
si Mahfol dan Bakar rancak berbual, aku pulak sibuk merakam kuntum-kuntum bunga yang sedang mekar, ditaman mini yang diusahakan oleh si Bakar. Dari penjelasan si Bakar tadi, kebanyakan bunga-bunga yang ditanam adalah dari jenis bunga liar yang ditemuinya di dalam hutan. Aku nak sebut satu persatu nama-nama bunga hutan tu, aku udah tak ingatlah Beb!

Kalau Tadi
- masa jumpa CheSu, kami berbual pasal minat CheSu nak mendaki Gunung Kinabalu belum tercapai, tetapi si Bakar pulak minatnya nak berkemah kat Pulau Besar. Kami cuba gak racun si Bakar untuk ikut sama 'backpacker' arah ke selatan Semenanjung tahun depan, tapi nampaknya si Bakar kurang berminat. Huhuhu! Racun kami tak cukup mujarablah Beb!

Jam 1210 Tengahari!
Masabual bersama Bakar sudah tamat. Kami tinggalkan Kg Manggis, walaupong sebenarnya kampung tu udah tak ada sebatang pong pokok manggis.  Kami kayuh ikut jalan dalam yang sempit, menyusuri Sungai Gombak dan berhenti sekejap kat jembatan yang menghubungkan Kampung Kerdas (Batu 6) dengan Kampung Cangkat.

Kg Cangkat!
Ikut arahan si Bakar tadi, selepas jembatan jumpa simpang. Lepas tu beluk kanan melalui  Kg Cangkat dan keluar kat Simpang Tiga, Gombak. Lalauan jalan dalam ne kelebihanya tentulah cuaca yang redup dan di kira selamat kerana kurengnya kenderaan yang lalu lalang kat sini.

Simpang Tigo!
Jangan taktau pulak kalau nak sebut simpang tiga bunyinya ialah Simpang Tigo. Ini kerana kawasan kejiranan di Kg Manggis, Kg Kerdas, Kg Cangkat hingga ke Simpang Tiga ne  kebanyakan penduduk asal terdiri dari kaum Minangkabau. Kat Simpang Tiga nelah ramai kenkawan aku masa sekolah rendah dolu di SKUG.

Kawan Sekolah!
Yang aku ingatlah, dolu yang tinggal kat Simpang Tiga ialah Adnan Jumin, Shriff, Dahlan, Syukor, Arbaine, Kamal dan Jamilah. Yang lain tu ada gak tapi dah berpuloh tahun tak jumpa dan nama diaorang pong hilang perlahan-lahan dalam memori aku.  

Cuaca
bertambah panas ketika kami kayuh melalui Greenwoods Park. Mahfol cadangkan 'take five' kat kedai mamak sekitar kawasan industri ringan di Batu Caves. Kami lepak kejap sebelum Mahfol meneruskan kayuhan ke Sungai Tua dan aku pula terus kayuh melalui MRR2 dan masuk ke Taman Tasik Metro...











No comments:

Post a Comment