05 December 2013

BACKPACKERS - KL KOTA BHARU


Aku!
Masa remaja memang minat berkemah terutama pada penghujung tahun, walaupong selalunya hujung tahun dikaitkan dengan 'musim tengkujuh' (musim banjir) dimana angin yang bertiup di Laut China Selatan
akan bergerak menuju pantai timur  Semenanjung Tanah Melayu.


Dolu! Aku sering backpackers arah ke utara iaitu berkemah di Batu Ferringi atau di Tg Rhu, Langkawi kerana mahu menghabiskan cuti tahun cara melancung dengan badjet paling murah. Si Mahfol pula gemar mendaki gunung dan hampir kesemua gunung di Semenanjung udah didakinya. Kira si Mahfol ne orang gununglah gitu!


Di Kedai Kopi! Satu petang aku pekene teh tarik dengan Mahfol. Aku borak-borak pasal Desember Backpakers
dan Mahfol berminat turut serta jika laluannya menarik. Aku cadangkan tempat yang di tuju ialah Kota Bharu kerana aku belum pernah jejak kaki lagi seumur hidup aku. Lepas Kota Bharu, naik bas dan tido semalam di Kuala Cry. Lepas tu naik bas ke Gua Musang, tido semalam di Kuala Lipis. Gerak arah Jerantut dan tido semalam-dua di Taman Negara. Dari Jerantut naik bas dan terus balik ke Kelompo.


Hari Pertama! Kami bertemu di KL Sentral selepas waktu Magrib dan akan menaiki keretapi Senandung Wau dengan kadar tambang sebanyak MYR 42.00 seorang (kelas superior). Keretapi bergerak dari KL Sentral jam 2030 dan akan sampai di Wakaf Bharu pada jam 1008 pagi. Perjalanan melalui Kajang, Seremban, Rembau, Tampin dan tiba di Gemas pada jam 2316, kerana tukar kepala keretapi.


Gedak geduk!
Gedak geduk! Bunyi keretapi bergerak dan mata aku makin lama makin layu dan terus tertidur. Aku terjaga bila keretapi berhenti di Kuala Lipis jam 0435 pagi. Ada beberapa penumpang turun disitu. Keretapi terus bergerak melalui Gua Musang, Kembubu dan Dabong. Kepala aku mula pening, rasa mual dan nak muntah. Aku capai air mineral dan telan sebiji panadol dan tido balik!

Wakaf Bharu! Jam 1000 pagi lebihkurang di stesen Wakaf Baru. Turun dari keretapi dan nampaklah cahaya matahari yang tadinya t
erlindung dengan awan kelabu. Masuk bilik air, basuh muka dan gosok gigi. Sarapan pagi dengan teh serta setengah pinggan nasi berlaukan ikan tongkol. Lepas tu, teksi bawa kami ke Kota Bharu dengan bayaran RM20.00 sahaja.


Badjet Hotel!
Sebelum ne ada Mahfol jenguk kat blog kisah pengembara yang pernah menginap di KB Backperers. Katanya, walaupong harga bilik murah tetapi bilik dan tandasnya kotor sangat macam lorong belakang kat Chow Kit! Tetapi usahlah risau Bro, kalau datang dan nak menginap di Kota Bharu ne, banyak gak hotel  menawarkan harga bilik
mampu bayar gitu!

Daftar Masuk! Di bilik hotel badjet ne, kita boleh buat pilihan, nak bilik air dalam bilik atau bilik air diluar bilik. Kalau rasa nak jimat duit, pilih sahaja bilik yang paling murah. Kami mandi, lepas tu sembahyang Zohur Jama'k Taqdim, keluar untuk makan tengahari.


Ronda-Ronda! Langit Kota Bharu ketika ini redup. Kami berjalan-jalan sekitar Pasar Siti Khadijah, Cultural Centre, Royal Museum, Istana Jahar dan Bazar Buluh Kasap. Sambil menyusuri lorong demi lorong, aku tak lupa untuk klik! klik! menggunakan kamera handpon Sony Ericsson XPERIA.

Setelah
puas jalan-jalan, kami singgah disebuah warung untuk minum petang. Sewaktu kami menghirup kopi, kami berbual mengenai cuaca yang tidak menentu. Lepas ne kami kene pergi ke bus station untuk bertanyakan waktu perjalanan bas esuk pagi ke Kuala Kerai. Untuk ke bus station, kita hanya perlu mendongak sedikit kelangit dan kelihatan berdiri gagah sebuah pencawang elektrik. Dekat-dekat situlah bus station!

Hujan! Jam 1855 petang hujan lebat di Kota Bharu. Selepas waktu Magrib, kami keluar untuk mencari kedai yang menjual nasi berlauk. Jalan punya jalan akhirnya kami berhenti makan di sebuah kedai makan ala-ala food court. Di seberang jalan pula kelihatan restoran Pizza Hut tanpa pelanggan. Mungkin waktu camne orang Kota Bharu udah berada di rumah masing-masing. Berbeza sungguh dengan orang Kelompo yang sering memenuhi restoran, food court dan gerai sehingga larut malam.


Zzzzz! Hujan masih turun lagi membasahi bumi Kota Bharu. Aku dan Mahfol selesai makan malam dan gerak menyusuri lorong demi lorong dalam suasana gerimis. Walaupong hujan rintik-rintik tetapi baju hujan yang kami pakai basah kuyup gak. Sambil berjalan, aku cadangkan singgah di kedai Mamak untuk pekene teh tarik. Fuhhh! badan rasa panas kembali bila dapat menghirup sedikit demi sedikit teh tarik. Lepas ne pasti kami keletihan dan  tido nyenak. Zzzzzzz!!!



Sedikit Info : Bandar Kota Bharu adalah bandar selamat. Anda boleh membeli batik di Pasar Siti Khadijah, makan nasi berlauk di sekitar Handicraft Village. Boleh melawat State Museum, Islamic Museum, Balai Senilukis, Bazar Buluh Kasap, Wakaf Che Yah
dan bersembahyang di Masjid Al-Muhammadi. Jumpa lagi dientri Backpackers-II (Dari Kota Bharu ke Kuala Kerai).







2 comments:

  1. salam perkenalan,area mane ye kuala cry tu?.setahu saya devil may cry ade laa..hahaa

    ReplyDelete
  2. Salam diterima!
    Kuala Cry [ ejaan yang betul Kuala Kerai]. Maksudnya kuala menanggis pasal, bila kami sampai kat pekan hujan lebat Woooo. Pekan ne antara Kota Baharu ke Gua Musang!

    ReplyDelete