|
Kota Bharu! Pagi ini langit kelihatan gelap petanda hari nak hujan. Mahfol sedang bersiap-siap untuk turun sarapan dan berharap hujan tidak jadi membasahi bumi Kota Bharu. Ketika kami sedang berjalan ke arah Kedai Kopi, tiba-tiba dada langit memancutkan air dan kami segera berlari untuk mendaptkan pelindungan.
Kedai Kopi! Kami sedang sarapan sambil memerhatikan titis-titis air hujan. Pelanggan disebelah kami tidak ada lain yang dirugutkan melainkan cuaca yang tidak menentu. Sepatutnya kita tidak perlu merungut kerana setitik air hujan yang Allah hadiahkan kepada kita, kenelah terima walaupong sekampung Allah turunkan air (sehingga banjir) kene terima gak dengan redza. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui didaerah mana perlu diturunkan sedikit air dan didaerah mana yang perlu di turunkan banyak air. Walahu'aklam! |
|
Station Bus! Aku dan Mahfol sudah berada di disini menunggu bas no 5 yang akan membawa kami ke Kuala Kerai. Ketika ini jam di hanpon menunjukan kul 1015 pagi dan hujan masih turun tetapi tidaklah selebat tadi. Tidak lama kemudian bus yang ditunggu tiba dan kami berhenti ditangga untuk membanyar tambang sebanyak RM7.50 seorang. |
|
Bas mula bergerak meninggalkan Kota Bharu menuju Kuala Kerai. Jalan raya basah dan sedikit licin. Inilah kali pertama aku menjejakan kaki ke negeri Kelantan. Keputusan memilih kembara backpackers ke Pantai Timur sebagai destinasi adalah keputusan yang berbaloi. |
Aku leka melihat pemandangan dikiri kanan jalan, walaupong pemandangan aku dibatasi oleh cermin yang kabur dan basah. Hujan yang tadinya rintik-rintik bertukar menjadi lebat dan perjalanan bas agak perlahan sedikit. Tidak lama kemudian bas yang aku tumpangi memasuki kawasan pekan Kuala Kerai.
Station Kuala Kerai! Kami sampai di sini lebihkurang jam 1215 tengahari. Perut mula keroncong dan minta diisi. Nampak gayanya hujan tidak akan berhenti. Kalau sanggup meredah hujan bolehlah makan nasi berlauk diseberang jalan sana tu!
|
Laksam! Tak sanggup rasanya aku nak basahkan kasut meredah hujan hanya sekadar untuk memuskan nafsu makan. Jadi, kami makanlah laksam sepinggan dan secawan teh panas di kantin bus station. Walaupong laksam ne nampak sempoi aja tetapi sedapnya hingga habis licin. Nak minta sepinggan lagi rasa malu pulak! |
|
Hujan sudah berhenti! Kami gerak menyusuri jalan dan lorong untuk mendapatkan bilik paling murah. Pusing punya pusing akhirnya kami panjat tangga Hotel Seri Maju yang kelihatan bersih, terletak di Jalan Chu Hua. Bayar RM 35.00 untuk bilik no 111 yang terletak ditingkat satu, di belakangnya terdapat rumah cantik burung walit. |
|
Ketika kami memasuki bilik, ada sebuah katil single bed dan sebuah katil saiz queen. Bilik dan tandas kelihatan bersih, ada kipas silling dan di satu sudut berhampiran tingkap disediakan sebuah meja solek. Bilik ne lebih baik dan bersih daripada bilik yang kami sewa di Kota Bharu. *Untuk mengetahui bilik itu bersih dan dijaga rapi, kenkawan hanya perlu memeriksa bowl didalam tandas. |
|
Di dalam bilik! Keluarkan semua pakaian yang mungkin sejuk ketika bersesak-sesak, tindih- menindih ketika berada dalam perut beg. Sidai dan harap kipas dapat membantu mengeringkan dan menghilangkan bau busuk. Lepas sidai pakaian, kami tunaikan sembahyang Zuhur! |
|
Dari tingkap bilik, aku perhatikan langit masih mendung. Matahari langsung tidak kelihatan kerana dilindungi awan hitam. Awan hitam itu bergerak perlahan dan akhirnya memancutkan air yang banyak hingga aku terasa sejuknya sampai ke tulang sum-sum.
Aku tarik selimut dan terus terlena dibuai mimpi. Berkata-kata dijendela dengan se-ekor burung walid, yang hinggap dihadapan pintu kayu, pintu kayu itu kecil tapi indah. 'Inilah rumah kami, terpaksa bergilir-gilir keluar masuk kerana pintunya kecil' kata burung walid. "Walaupong pintunya kecil tetapi ruang didalamnya luas. Kekadang rumah kamu ne boleh mengalahkan setengah rumah manusia di sini". ZZZzzzzz!!! |
No comments:
Post a Comment