30 November 2013

MASA DAN KEMEWAHAN!




Assalamualaikum!
Tiktok! Tiktok! Masa berlalu dengan cepat, tahun berganti tahun, bulan beralih bulan. Setahun rasa sebulan, sebulan rasa seminggu. Seminggu pula seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam sahaja. Kita seakan-akan sibuk, memburu masa yang bergerak pantas tetapi tiada banyak perkara yang dapat dilakukan dalam setahun, dalam sebulan, dalam seminggu kerana telah dicabut 'keberkatan' daripadanya.- Walahuaklam!

Masa!

Hari ini
Sabtu, 28 Muharam bersamaan 30 November 2013. Pejam celik, pejam celik dah nak masuk bulan Disember dan tak lama lagi, kalau dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi  pada bulan Januari 2014. Walaupong dalam kehidupan kita ini ada masanya kita di timpa melapetaka, menerima ujian demi ujian, namun dengan kasih sayang dari Allah SWT, kita masih lagi wujud,  boleh bernafas, boleh melihat, mendengar dan boleh lagi merasa harum baunya si bungalah tanjung.

Meminjam kata-kata Abu Ali al-Banjari iaitu segala permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam sepanjang zaman, baik yang lalu, sedang dan akan datang, semuanya telah diterangkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan tidak ada satu pun yang tertinggal. Semunya diterangkan dan dijelaskan tentang cara-cara untuk menghadapi dan menyelesaikannya.

Didalam hal ini, termasuk permasalahan-permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman, dimana sejak lebih 1400 tahun dahulu telah pun diterangkan oleh Rasulullah SAW, kepada umatnya supaya mereka dapat menjada diri, berwaspada dan tetap berada dalam ajaran-ajaran yang murni serta terhindar dari segala kerosakan dan bahaya kesesatan. - oleh Abu Ali al-Banjari.


Bahaya Kemewahan!

Dalam keterangan sebuah hadis H.R. Tirmizi mengenai bahaya kemewahan iaitu 'Dalam hadis ini Nabi Muhamad SAW menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi-petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan.

Dalam keadaan demikan kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat iaitu dimana, kalau semunya sudah ada  maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad SAW, mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita". Ertinya lebih baik memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah SWT, sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi. Tetapi bila dibandingkan dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan.

Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk menambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullulah SAW, "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".


Begitulah gambaran yang sebenar terhadap tamak haloba manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehingga ia menemui kematian. Biarlah kita mencari harta benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau ada harta yang berlebihan, bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya. - Kata-kata dari Abu Ali al-Banjari.



Nota Kaki : Kepada kenkawan yang ingin membaca entri Tiktok! Tiktok! bolehlah klik entri tahun 2011, pada tarikh 16 October 2011. Semuga kita dipanjangkan umur dan dengan izinNya jua kita boleh bertemu semula di entri akan datang!


25 November 2013

DI BUKIT LAGONG!


As Salam! Aku baru sahaja selesai membasuh kedua tayar basikal mtb jenama Xds 598, yang aku beli dari rakan lama bernama Chan Ho Nam. Basikal nie semalam aku bawa berkayuh ke Taman Rimba Bukit Lagong bersama Mahfol.


Semalam! Lebih kurang jam 0750 pagi
, aku mula berkayuh menuju lokasi yang dijanjikan iaitu di Shell berhampiran Taman Paragon Utama, Selayang. Sementara menunggu si Mahfol yang berkayuh dari Sungai Tua, sempat gak aku mendengar beberapa buah lagu dari handpon Sony Ericsson.

Jam 0825 Mahfol Tiba! Kami meneruskan kayuhan arah ke Bukit Lagong. Sebelum niepong aku udah pernah berkayuh bersama Mahfol, Kuzai dan Chan Ho Nam pada 13 June 1012. Ketika itu aku berkayuh menggunakan basikal mtb jenama Giant yang bukan saiz aku. Berbeza dengan kayuhan semalam, mudah sahaja aku melepasi dua buah bukit sebelum memasuki lorong ke Taman Rimba Bukit Lagong, kerana basikal Xds nie lebih ringan dan sesuai dengan saiz tubuh badan aku.


Bukit Lagong! Memasuki kawasan hutan simpan Bukit Logong nie, terasa udaranya nyaman. Di celah-celah dahan, kelihatan sinar matahari pagi, kicauan burung-burung penuh keriangan, dibawahnya terdengar bunyi arus sungai mengalir, membawa sekali sampah-sampah semalam yang dibuang oleh manusia.

"Manusia itu memang tidak cukup akal, membuang sampah ke-dalam sungai" itulah mungkin rungutan dari arus sungai.



Tebuk Tupai! Singgah sekejap di kebun durian kepunyaan keluarga Mahfol. Ada beberapa biji buah durian yang masih hijau, sudah di tebuk tupai. Teringat aku akan istilah popular orang dolu-dolu iaitu 'Buaya Darat' dan 'Tebuk Tupai'. Selalunya mengenai seorang gadis pingitan yang di tipu oleh pemuda ala-ala Casanova gitu! Keluarga gadis tersebut malu bukan kepalang, kerana anak gadis mereka tidak jadi bertunang. Udahlah pulak tu, mengandung tiga bulan. 

Orang Asli!
Selepas berehat di kebun durian, kami kayuh semula arah ke penempatan orang Asli. Sedang kami asyik berkayuh menyusuri sungai tiba-tiba sekawan anjing menyalak.  [Yalah Bro! Maksud aku asyik tu bukanlah menaruh berahi tetapi leka sebentar apabila menikmati pemandangan hijau ciptaan Tuhan].

"Gong! gong! gonggggg!!!" menyalak lagi anjing-anjing tersebut sambil tunjuk muka garang konon.


Takut! Kalau kenkawan diluar sana menghadapi situasi seperti ini, janganlah lahirkan perasaan takut sehingga haba takut dari tubuh kenkawan dapat di hidu oleh anjing-anjing tersebut. Lagipong, anjing-anjing kampongan tersebut bukan dilatih untuk menggigit manusia. 

Off Road! Kayuh dan terus kayuh melalui laluan sempit celah-celah perkampongan orang Asli menuju jalan tanah merah, lecak dan berbukit.

"Fuhhh! Tinggi gak bukit ne"
kata Mahfol sambil tolak basikal. Aku pong terpaksa berhenti dan tolak basikal ke tepi, bila nampak ada sebuah motosikal orang Asli, yang dibelakangnya ada sebuah bakul penuh dengan buah durian. Di ikuti pulak sebuah jentera 4x4 yang dibelakangnya juga penuh dengan raja buah. 
Patah Balik! Kami berhenti diantara dua lorong. Tak pasti, baik kami berpatah balik menuruni bukit menuju arah perkampongan orang Asli dan berhenti di tepi sungai tempat selalunya orang ramai. Dua budak lelaki itu sedang mengutip sampah, seorang mengutip di dalam sungai  dan seorang lagi mengutip sampah dijalan raya dan dipingir sungai.

Sampah Sarap! Kesian melihat mereka terbongkok-bongkok mengutip sampah sarap semalam yang dibuang orang. Mahfol bertanya pada salah seorang budak tersebut, adakah mereka berdua ini suka dan rela atau kumpulan sukarelawan. Dari penjelasan  budak lelaki tersebut, mereka berdua menolong bapanya membersihkan kawasan perkelahan tersebut. Kebetulan pulak cuti sekolah, jadi ada baiknya menolong bapa bekerja daripada membuang masa di siber cafe atau bermain game dan melayari internet.



Perangai Tidak Berubah! Kami menghampiri pula seorang lelaki yang mengendong alat penyembur angin, kira macam penyapulah Bro! Kami berbual seketika dan mendengar luahan hati seorang lelaki.

"Beginilah hari-hari, kalau hari Isnin lagi banyak sampah, pasal diaorang buang ketika berkelah pada hari Sabtu dan Ahad. Walaupong udah disediakan tong sampah, tetapi pengunjung tetap buang sampah merata-rata. Ada yang lagi teruk perangainya, buang sampah ke dalam sungai." Lelaki itu memulakan bicara sambil mengisi minyak petrol kedalam tong penyembur angin.


Sambung lelaki tersebut "Pernah saya tegur satu keluarga Melayu yang buang sampah suka-suka hati dia. Keluarga Melayu tu pulak marah saya".

"Orang Melayu memang lambat pick-up, lagi-lagi bab kebersihan. Orang Melayu tak macam orang Jepun dan Korea yang sentiasa menjaga kebersihan".
Balas Mahfol sambil minta diri untuk beredar!







23 November 2013

WAJAH MELAYU!



I - Wajah Melayu!

"Melayu itu pemalu dan sering keliru, antara tanah, lorong, jalan dan Bahasa Melayu. Melayu itu ada baju Melayu tanpa sepatu Melayu. Wajah Melayu itu kian celaru sepi memilu, antara sambal belacan, cencalok dan budu, ada terselit budaya Mc Donalds dan Starbucks. Cermin Melayu itu mula diseliputi debu, retak seribu dan jatuh satu demi satu. Melayu itu nantinya menangis terbuku dalam kalbu. Terhiris hati, bila sepatu Melayu tidak di jual di Jalan Melayu kerana Melayu itu malu"

II - Kuala Berlumpur! Kisahnya dolu, pada sekitar tahun 1857 ada sekumpulan pelombong timah tempatan dari Kelang bernama Raja Abdullah, telah berakit ke hulu sungai dan mendarat di sebuah perkampongan. Di kawasan yang berlumpur itu adalah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Kelang dan Sungai Gombak.

III - Masa Berlalu!
Kuala yang berlumpur itu makin hari makin maju. Orang-orang Melayu di situ kerjanya berhuma di ladang dan ada yang melombong bijik timah. Orang-orang di situ menyebut kuala itu sebagai Kuala Lumpur. Menjadi ibu negeri Selangor dan pada 1895 menjadi ibu negeri kepada negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1948 pula, Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Merdeka! Setelah Malaya merdeka pada 31 Ogas 1957, Kuala Lumpur tetap dijadikan ibu negeri. Ketika itu antara tahun 1953 hingga 1958 penduduk di ibu kota Kuala Lumpur ialah seramai 330,000 orang. Akhirnya pada 1hb. Febuari 1972, Kuala Lumpur menerima taraf sebuah bandaraya yang sedang membangun.



IV - Malay Street! Ada sebatang lorong, pendek sahaja lorongnya, nama lorong itu di kenali sebagai Malay Street. Bermula dari Mountbatten Road berhampiran Masjid Jamek diseberang kiri jalan, memasuki Malay Street kelihatan  di sebelah kanan Sungai Gombak, di sebelah kiri pula deretan rumah kedai kaum India dan Malay Street itu berakhir di Batu Road. Adalah sedikit wajah Melayu disitu,  berniaga kain batik, ubat-ubatan dan tukang gunting rambut. Wajah Melayu itu hanya mampu menumpang berniaga di kaki lima, beratapkan langit dan berdindingkan pelastik.

Jalan Melayu! Malay Street itu di tukar kepada Jalan Melayu. Jalan Melayu itu tetap seperti dolu, pendek sahaja. Datuk Bandar ketika itu berusaha menjadikan Jalan Melayu sebagai impian orang Melayu untuk maju, maka terbinalah Wisma Yakin yang tidak dapat menyakinkan orang Melayu. Hanya sedikit sahaja orang Melayu yang yakin berniaga di situ. Wajah Melayu itu berniaga baju Melayu, songkok Melayu dan sepatu Melayu.

V - Datuk Bandar! Biasanya silih berganti. Ada badannya kurus tinggi ada yang gemuk pendek. Setiap kali duduk di kerusi pasti ada aspirasi, korek sini tutup sana, tolak sana tarik sini dan roboh sana, diri sini. Sehinggalah satu hari, iaitu pada 1hb Febuari 1974, Kuala Lumpur dijadikan sebuah wilayah terasing yang di gelar Wilayah Persekutuan.

Projek! Rangka kerja Dewan Bandaraya mengawasi setiap perkembangan serta tahap perlaksanaan projek. Setiap projek pembangunan perlu di-ilhamkan, kemudian di rancang olih perancang bandar, diselia hingga tamatnya projek tersebut. Maka, satu kertas cadangan tiba di atas meja, iaitu persekitaran Jalan Melayu dan Jalan Masjid India perlu bertukar wajah. Wajah yang dicadangkan ialah Wajah Melayu.

Wajah Melayu! Projek itu akan dilaksanakan atas alasan membantu orang Melayu membuka perniagaan dan mahu menjadikan Jalan Melayu terkenal seperti di Petaling Street. Gopoh gapahnya semua pegawai yang terbabit, kerana projek itu mesti segera dilaksanakan, lagipong Menteri Wilayah dan Datuk Bandar sudah bagi lampu hijau.

Pegawai-Pegawai! Berlari kesana kesini, terpaksa kerja lebih masa, badan yang gemuk jadi kurus, yang sihat mula sakit. Ada juga yang mencari tukang merebut peluang. Masa itu ramai wajah Melayu yang berbaju Melayu dan bercakap Melayu datang memohun ruang tempat berniaga. Wah! Ramainya orang Melayu yang mampu dan mahu berniga di Jalan Melayu.


Masyuk! Kerja-kerja pembinaan sedang giat  dijalankan dari pintu masuk ke Jalan Melayu sampailah menutup pintu masuk Wisma Yakin dan pintu masuk ke Masjid India. Seronoknya bukan kepalang kerana banyak ruang niaga boleh disewakan. Bantahan muncul dari peniaga Melayu di Wisma Yakin kemudian dari pemegang amanah Masjid India. Bantahan di terima dan sepuloh peratus ruang niaga yang siap dibena terpaksa di buka semula.

Hari Ini! Aku sengaja datang ke sini, melihat wajah Melayu berniaga di Jalan Melayu. Aku lihat tidak teratur dan ada ruang yang kotor. Lorong sempit, buat hati aku sakit. Wajah-wajah yang berniaga disitu tidak lagi sama seperti wajah-wajah mereka yang memohun dolu. Wajah mereka itu kelihatannya seperti wajah-wajah si Kitol dan wajah-wajah Ali Baba. - Wallahuaklam!


Nota Kaki : Aku menaip tanpa berfikir dulu apa yang perlu aku taip. Kekadang mugkin salah tafsir dan salah fakta. Yang paling aku gusar ialah munculnya dikepala, ayat yang tidak disangka-sangka yang akan menjadikan pembaca buruk sangka. Maaf di pinta, sekiranya anda memang salah sangka!





19 November 2013

Mundar Mandir diPETALING STREET


I - Kuala Lumpur!
Matahari pagi belum muncul lagi ketika aku menyusuri lorong belakang Masjid India. Destinasiku warung Mamak di bawah bangunan flat Selangor Mansion untuk bersarapan pagi. Sementara menunggu teh tarik yang dipesan, aku memandang sekeliling. Ramai orang bersarapan di sini kerana menawarkan menu ringkas lagi murah. Aku memilih sarapan dengan sebiji pisang montel dan senaskah akbar Kosmo!


II - Jalan Melaka!
Aku sebenarnya sedang menanti rakan aku si Azahan berhampiran station LRT Masjid Jamek, masjid tertua di bandar Kuala Lumpur. Tidak jauh dari situ, tersergam indah bangunan yang dahulunya di kenali sebagai Menara Bank Bumiputra. Di halaman bangunan itu aku lihat kerja-kerja landscape serta arca bola raga gergasi sedang dalam pembinaan.


III - Jalan Sultan!
Azahan tiba di Jalan Melaka sambil memberitahu ingin pergi ke Venus atau Nanyang Art yang terletak di Chinatown. Menyusuri Jalan Sultan, ada sebuah guest house bernama Eclipse, sesuai untuk backpackers atau transit travelers. Guesthouse ne menyedikan room service 12 jam, live cooking, adventure tours serta sarapan percuma. www.eclipseguesthouse.com


IV - Chinatown!
Pagi ini kami berdua berjalan di lorong-lorong rumah kedai dan stall yang kesemuanya milik nenek moyang Yap Ah Loy, seorang Kapitan Cina keturunan Hakka berasal dari Kwangtung, yang tiba di Kelompo sekitar tahun 1862. Hobi orang-orang Cina disini suka sangat menjual burung. Banyak burung-burung terpenjara di dalam sangkar - terpisah dari sanak saudara. "Eh! Burung apa tu?" tanya si Azahan. "Burung Murai". Burung apa tu, burung Murai, sambil si Azahan tersengeh kerana geli hati teringat iklan kat TV!


V - Seni!
Di satu lorong sunyi, ada seni terpalit didinding usang. Ada sebuah lorong lagi, kelihatan gelandangan mengumpul barang terbuang, mungkin inilah lorong yang pernah aku dengar dengan panggilan Pasar Karat! Marilah ke mari, ke Venus dan Nanyang Art untuk membeli kenvas, berus dan warna. Di sini ada banyak warna, bermacam-macam warna, termasuk warna-warna hitam putih kehidupan pelukis!


VI - Pengembara!
Kita ini seperti pengembara backpackers, sering menyusuri lorong demi lorong, ada antara lorong itu terang, ada pula lorong yang gelap gulita. Bertemu pula simpang demi simpang, bagai ia seperti satu rintangan. Mundar mandir, ke hulu ke hilir, Eh! Sesat. Hayalan dan bimbang menjalar kedalam hati. Hati belum mati, andainya memilih lorong dan jalan yang lurus, dimana nanti dihujungnya ada cahaya!


VII - Petaling Street!
Kami masih lagi mundar mandir di sini. Ramai orang - semua bangsa singgah di sini. Wajah riang Mat Salleh, Bangla atau Nepal
, pilih memilih barang tiruan seribu jenama. Waspada jangan leka, nanti gumbira jadi duka kalau beg duit tiba-tiba lesap begitu sahaja.

VIII - Pasar Budaya! Kami gerak keluar dari Chinatown menuju ke Pasar Budaya. Dalam kepala aku nie mula muskil, hairan dan pelik kenapa kawasan tadinya di panggil bandar China atau Chinatown. Sedangkan disetiap negeri di Tanah Melayu ini tentunya ada Chinatown. Malah bukan sahaja bandar atau pekan kecil itu milik keturunan Yap Ah Loy, tapi kawasan perumahan mewah jutaan ringgit juga milik mereka!


Nota Kaki :
Ketika makan tenghari di sekitar Pasar Budaya, puas gak aku cuba untuk mempengaruhi si Azahan agar turut serta dalam 'Kembara Backpackers' arah ke Pantai Timur pada awal Januari 2014. Sayangnya si Azahan tak dapat ikut pasal banyak lagi urusan yang masih belum
selesai.

Jika masih sihat dan dimurahkan rezeki, backpackers kami nanti akan bermula dari KL Central menaiki keretapi
hingga ke station Wakaf Bharu. Lepas tu tido semalam di Kota Bahru. Esuknya perjalanan di teruskan dengan menaiki bas ke Kuala Kerai, Gua Musang, Kuala Lipis, Jerantut, Taman Negara dan balik ke Kuala Lumpur! Nantikan storynya!


17 November 2013

13 November 2013

BULAN MUHARAM


Assalamualikum! Dalam bulan Muharam ne tidak banyak aktiviti yang aku buat. Nak menaip entri baru pong aku hilang mood pasal takde apa-apa yang nak aku ceritakan. So! Masa yang terluang aku habiskan dengan membaca buku atau melukis menggunakan tetikus!

Dolu! Memang betul giler kalau cerita bab kayuh basikal. Kejap-kejap kawan ajak kayuh malam ke Kelompo, kayuh pagi ke frim atau setidak tidaknya kankawan ajak berkayuh ke Tasik Metro. Yalah! Masa tu ramai raider yang masih bujang. Bila sorang demi sorang bertemu jodoh dan udah ada baby, tentulah masa yang berbaki sedikit, dihabiskan dengan keluarga tercinta.

Bulan Muharam! Berbalik kepada tajuk entri iaitu kita disaran berpuasa sunat pada 10 Muharam kerana mengambil iktibar daripada puasa yang dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya dan juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.

Peristiwa Penting! Banyak peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharam antaranya ialah Allah SWT menerima taubat Nabi Adam, Nabi Idris diangkat oleh Allah SWT kelangit. Nabi Nuh diselamatkan Allah SWT keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

Pada tarikh tersebut juga berlaku peristiwa Nabi Ibrahim diselamatkan Allah SWT daripada pembakaran Raja Namrud. Allah SWT memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur. Nabi Isa diangkat ke langit dan Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

Hari
itu juga Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf pula dibebaskan dari penjara. Nabi Ayub dipulihkan Allah SWT daripada penyakit kulitnya. Begitu juga dengan sejarah Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun. Allah SWT mengampunkan kesalahan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dikurniakan kerajaan yang besar.

Pada 10 Muharam  adalah hari pertama Allah SWT menciptakan alam. Hari pertama Allah SWT menurunkan rahmat. Begitu juga dengan menurunkan hujan, menjadikan Arasy, menjadikan Luh Mahfuz dan tarikh yang sama Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.


Nota Kaki : Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalnya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud : Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu).

Sedikit info mengenai kelebihan  dan peristiwa penting pada 10 Muharam ini aku ambil dari AgamaMega, semuga aku dan kenkawan di luar sana memohon kepada Allah SWT menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat. Amin!