19 November 2013

Mundar Mandir diPETALING STREET


I - Kuala Lumpur!
Matahari pagi belum muncul lagi ketika aku menyusuri lorong belakang Masjid India. Destinasiku warung Mamak di bawah bangunan flat Selangor Mansion untuk bersarapan pagi. Sementara menunggu teh tarik yang dipesan, aku memandang sekeliling. Ramai orang bersarapan di sini kerana menawarkan menu ringkas lagi murah. Aku memilih sarapan dengan sebiji pisang montel dan senaskah akbar Kosmo!


II - Jalan Melaka!
Aku sebenarnya sedang menanti rakan aku si Azahan berhampiran station LRT Masjid Jamek, masjid tertua di bandar Kuala Lumpur. Tidak jauh dari situ, tersergam indah bangunan yang dahulunya di kenali sebagai Menara Bank Bumiputra. Di halaman bangunan itu aku lihat kerja-kerja landscape serta arca bola raga gergasi sedang dalam pembinaan.


III - Jalan Sultan!
Azahan tiba di Jalan Melaka sambil memberitahu ingin pergi ke Venus atau Nanyang Art yang terletak di Chinatown. Menyusuri Jalan Sultan, ada sebuah guest house bernama Eclipse, sesuai untuk backpackers atau transit travelers. Guesthouse ne menyedikan room service 12 jam, live cooking, adventure tours serta sarapan percuma. www.eclipseguesthouse.com


IV - Chinatown!
Pagi ini kami berdua berjalan di lorong-lorong rumah kedai dan stall yang kesemuanya milik nenek moyang Yap Ah Loy, seorang Kapitan Cina keturunan Hakka berasal dari Kwangtung, yang tiba di Kelompo sekitar tahun 1862. Hobi orang-orang Cina disini suka sangat menjual burung. Banyak burung-burung terpenjara di dalam sangkar - terpisah dari sanak saudara. "Eh! Burung apa tu?" tanya si Azahan. "Burung Murai". Burung apa tu, burung Murai, sambil si Azahan tersengeh kerana geli hati teringat iklan kat TV!


V - Seni!
Di satu lorong sunyi, ada seni terpalit didinding usang. Ada sebuah lorong lagi, kelihatan gelandangan mengumpul barang terbuang, mungkin inilah lorong yang pernah aku dengar dengan panggilan Pasar Karat! Marilah ke mari, ke Venus dan Nanyang Art untuk membeli kenvas, berus dan warna. Di sini ada banyak warna, bermacam-macam warna, termasuk warna-warna hitam putih kehidupan pelukis!


VI - Pengembara!
Kita ini seperti pengembara backpackers, sering menyusuri lorong demi lorong, ada antara lorong itu terang, ada pula lorong yang gelap gulita. Bertemu pula simpang demi simpang, bagai ia seperti satu rintangan. Mundar mandir, ke hulu ke hilir, Eh! Sesat. Hayalan dan bimbang menjalar kedalam hati. Hati belum mati, andainya memilih lorong dan jalan yang lurus, dimana nanti dihujungnya ada cahaya!


VII - Petaling Street!
Kami masih lagi mundar mandir di sini. Ramai orang - semua bangsa singgah di sini. Wajah riang Mat Salleh, Bangla atau Nepal
, pilih memilih barang tiruan seribu jenama. Waspada jangan leka, nanti gumbira jadi duka kalau beg duit tiba-tiba lesap begitu sahaja.

VIII - Pasar Budaya! Kami gerak keluar dari Chinatown menuju ke Pasar Budaya. Dalam kepala aku nie mula muskil, hairan dan pelik kenapa kawasan tadinya di panggil bandar China atau Chinatown. Sedangkan disetiap negeri di Tanah Melayu ini tentunya ada Chinatown. Malah bukan sahaja bandar atau pekan kecil itu milik keturunan Yap Ah Loy, tapi kawasan perumahan mewah jutaan ringgit juga milik mereka!


Nota Kaki :
Ketika makan tenghari di sekitar Pasar Budaya, puas gak aku cuba untuk mempengaruhi si Azahan agar turut serta dalam 'Kembara Backpackers' arah ke Pantai Timur pada awal Januari 2014. Sayangnya si Azahan tak dapat ikut pasal banyak lagi urusan yang masih belum
selesai.

Jika masih sihat dan dimurahkan rezeki, backpackers kami nanti akan bermula dari KL Central menaiki keretapi
hingga ke station Wakaf Bharu. Lepas tu tido semalam di Kota Bahru. Esuknya perjalanan di teruskan dengan menaiki bas ke Kuala Kerai, Gua Musang, Kuala Lipis, Jerantut, Taman Negara dan balik ke Kuala Lumpur! Nantikan storynya!


No comments:

Post a Comment