17 August 2012

BERBUKA+ SATU BIKING


Salam Jumaat! Aku masih ada di sini sedang post entri yang tertangguh. Minggu lepas iaitu 12 Ogas 2012, aku berbuka bersama team kayuh basikal Satu Biking. Masa aku sampai kat coffee haus jam o645 si Kuzai, Uan dan Herlin udah menanti aku di meja yang telah di tempah tiga hari lebih awal. Lepas tu datang En Ahmad (kira wakil Satu Bikinglah), Hisham, Fazzul Ali bersama Cikgu Zul. Menyusul lepas tu Saiful, Rimba Bara dan Rieka.

Sambil menunggu waktu berbuka, kami chit-chat pasal berkayuh malam lepas raya, cerita pasal nak buat logo Satu Biking dan plan nak berkayuh ke Taiping. Sambil chit-chat  sambil tenguk gelagat tetamu lain yang datang untuk berbuka puasa ala' buffet. Kalau nak story bab menu memang banyaklah Beb! Dari buah-buahan termasuk kurma, nasi dengan lauk-pauk, ulam-ulam sambal belacan, kerabu, green garden salad, lemang, mee, bubur manis dan ice cream. Kat satu sudut plak ada beranika sliced cake, cup cake, kueh dan buah tembikai yang di cucuk dengan lidi. Kat satu bilik khas ada rojak buah, soto java, steam boat, roti canai dan cucur udang. Kat luar coffee haus  pulak pekerja cafe  sedang membakar sate dan bbq kambing. Ada gak menu yang aku terlepas pandang! Hehehe...

Sebelum ne ada aku story pasal Buffet Ramadhan kan! Kalau nak berbuka puasa ala'buffet ne ada adabnya. Jangan sesekali penuhkan meja dengan bermacam jenis makanan. Memanglah! Tenguk yang tu nampak sedap- tenguk ne pong nak gak. Bila waktu berbuka, makan sikit pong udah kenyang. Habis tu  makanan yang terlebih kat atas meja tu  siapa nak makan Beb? Teringat aku satu kisah yang dipaparkan kat TV pasal orang Kemboja yang berbuka puasa di Masjid. Hari-hari jemaah masjid tu berbuka hanya dengan bubur nasi. Nak makan sedap hanya sekali dua, itu pong kalau ada orang Malaysia yang datang melawat mereka. Tumbanglah se ekor dua lembu dan hari tu mereka rasa seronok buat kerja gotong-royong memasak untuk berbuka puasa. Kata mereka kepada orang Malaysia "Kalau makan tu ingat-ingatlah kami di sini dan kalau ada makanan yang lebih, hantar-hantarlah kepada kami". Sedih Beb!






No comments:

Post a Comment