13 August 2012

ZIARAH MAJID & AMMAR - Siri 2


Salam!  Lawatan ke  lokasi bersejarah iaitu Masjid Quba, Bukit Uhud, Masjid Dua Kiblat, Masjid Tujuh dan Pasar Tamar. Nanti pulak buat lawatan ke Mina, Padang Arafah, Muzdalifah dan Gua Thur.

Masjid Quba - Masjid ini merupakan masjid pertama dibina dalam sejarah Islam. Ia dibina sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w. tiba dari Mekah ketika berhijrah bersama sahabat baginda, Saidina Abu Bakar. Allah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud "Masjid ini didirikan di atas asas ketakwaan dan digalakkan sangat kamu bersolat di dalamnya." (Surah Al-Taubah, ayat 108) 

Bukit Uhud - Disini  tempat berlakunya peperangan di antara orang-orang Islam dengan oarang-orang musyrikin Mekah. Peperangan ini terjadi kerana orang musyrikin hendak membalas dendam ke atas kekalahan mereka ketika perang Badar. Mereka membawa 3000 orang tentera berbanding dengan 700 orang tentera Islam. Dalam peperangan ini tentera Islam hampir kalah dan ramai yang terkorban, termasuk bapa saudara Rasulullah s.a.w. Saidina Hamzah. Hanya dengan pertolongan Allah dan pimpinan hebat oleh Rasulullah s.a.w. akhirnya tentera Islam mencapai kemenangan.

Masjid Dua Kiblat -  Kawasan ini asalnya adalah sebuah perkampungan Bani Salamah. Semasa Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah, kiblat orang-orang Islam ialah ke arah Baitulmaqadis. iaitu menyerupai kiblat orang-orang Yahudi. Mereka mengejek Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dengan mengatakan iaitu Rasulullah s.a.w. mengeji orang Yahudi tetapi bersolat mengikut kiblat orang Yahudi. Kira-kira 17 bulan selepas hijrah, turunlah ayat 144, surah Al-Baqarah yang memerintahkan supaya kiblat ditukarkan ke Kaabah sekarang. 





No comments:

Post a Comment