29 August 2012

MERDEKA, BASIKAL & SATE HUT

Lusa! Tanggal Tigapuluh Satu
Bulan Ogas 1957 - Merdeka!


Salam dari Mj kepada kengkawan dan kakiblog diluar sana! Petang semalam jam 1530 petang, aku bersama Mahfol, En Ahmad dan Pizal ge kedai basikal baru Nan Starway Bicycle Center di Kuala Selangor. 

Sampai kat sekitar shop lot Bicycle Centre, tiada kelihatan kibaran Jalur Gemilang walaupun lusa adalah sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Kebanyakan peniaga kat sini nampaknya buat bodoh je pasal Hari Kemerdekaan.

Masuk ke dalam kedai basikal, tak banyak basikal mtb atau fixie yang dijual kat kedai ne. Adalah sikit basikal mtb jenama Xds, dan satu-dua jenama Exitway, Kona dan TRS. Kalau dah masuk tak sah kalu tak beli. Aku, En Ahamd dan Mahfol belilah beg basikal pasal murah kalu di bandingkan kedai basikal Samy di Batu Cave. En Ahmad  beli gak pedal warna biru pun pasal terpengaruh dengan harga. Hehehe... 

Kita udah Merdeka! Udah 55 tahun lamanya. Tak banyak kedai basikal kaum Melayu berbanding kaum Cina. Kebanyakan basikal pulak tu, di import dari negara China dan Taiwan. Kita orang Melayu hanya tahu beli dan tak pandai jual, apatah lagi untuk membuatnya. Ekonomi negara China dan Taiwan berkembang kerana kita telah membantu membeli basikal rekaan mereka. Bila agaknya kaum kita nak buat basikal rekaan sendiri!

Singgah kat kedai mamak, pekene teh tarik, roti canai bersama kuah dal yang sedap! Walaupun  kita udah 55 tahun Merdeka, kita tetap bersama mamak. Hehehe! Nak ge mana pulak lepas minum? Jalan-jalan sekejap kat jeti berhampiran jembatan yang menghubungkan pekan lama Kuala Selangor dengan Pasir Penambang. Kepada Kaki Pancing! Boleh memancing kat sini dan umpan ada di jual berhampiran jeti. Foto kat bawah ne pulak ialah sebahagian remaja "Anak Merdeka" sedang menunggang fixie di sekitar Bukit Melawati. Anak Merdeka masih berbangga dengan memakai kemeja-T bendera bekas penjajah!

Kelihatan jembatan yang menghubungi pekan lama Kuala Selangor dengan pekan Pasir Penambang. Terbinanya jembatan tersebut adalah hasil dari Tanggal Tigapuluh Satu-Merdeka! 

Sambung balik story! Selepas berehat sekejap kat Bukit Melawati, kami pergi beraya ke ummah kenalan En Ahmad di Sawah Sempadan. Lepas tu gerak ke pekan Tanjung Karang! Kami berempat nak pekene sate bersaiz besar di Sate Hut. Untuk pengetahuan kengkawan di luar sana, sate bersaiz besar ne pernah dijual sekitar tahun 80'an dengan jenama Sate Ria. Sayangnya Sate Ria milik anak syarikat Mara tu tak dapat bertahan lama.

Walupun kita udah lama merdeka, tak semestinya kita bebas nak buat sesuatu perkara yang melanggar tatasusila, adat dan budaya kita. Pembangunan boleh dilaksanakan tanpa menggugat nilai-nilai tradisi.

Kita mungkin udah lupa! Sebelum kita Merdeka kebanyakan rumah kita hanya diterangi lampu minyak tanah dan dapur kayu. Sedikit sangat yang menggunakan dapur minyak kerana kemiskinan. Kita mungkin terlupa, sebelum Merdeka kebanyakan anak-anak kita tidak memakai kasut kerana kesusahan. Kita mungkin udah lupa kebanyakan jalan ketika itu hanya tanah merah yang berdebu. Menjadi lumrah kehidupan ketika itu, orang kita memakai songkok, berkain pelikat dan berbaju Melayu. Kalau yang berada pulak, memakai songkok, seluar dan berjeket hitam (gaya separuh Melayu separuh Mat Salleh gitu!).

Andainya kita belum Merdeka, belum tentu kita dapat  menghantar anak-anak kita ke Uitm. Andainya kita belum Merdeka belum pasti saudara-saudara kita yang miskin dapat meneroka tanah-tanah rancangan Felda. Sudah pasti tidak ada Felda, Felcra, Mara, Uda, Tabung Haji dan sebagainya. Sekiranya kita belum Merdeka, mungkin anak-anak kita tidak dapat memegang handphone, ipad, note book atau laptop. Tidak ada facebook mak! Huhuhu...

Andainya kita belum Merdeka, mungkin anak-anak kita sedang menangis kelaparan seperti yang dialami olih etnik Rohingya. Mungkin ketika itu ada negara maju yang sudi menyediakan Tabung Kemanusian Malaya. Jika belum merdeka, mungkin kaum kita menjadi seperti bangsa Palestin atau pun kaum kita menjadi pelarian atau pendatang haram tanpa izin di negara Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia. Huhuhu!


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!
                                                                                  

No comments:

Post a Comment