Semalam! Selepas sembahyang Jumaat aku mula mengepam tayar basikal depan-belakang. Maklumlah udah hampir dua bulan lebih aku tidak berkayuh. Lepas tu ganti betri lampu belakang dan check lampu handle. Sediakan antiseptic cream, plaster dan sebotol air masak.
Jam lebih kurang 1630 petang aku mula berkayuh bersama En Ahmad menuju Tasik Layang-layang kerana Kuzai sedang menunggu kami disana. Sampai kat tasik, kami bertiga berbual sebentar sebelum meneruskan kayuhan menuju Frim Kepong. Sesampai aje kami di pintu masuk Frim, Mahfol bersama rakan dari Sungai Tua udah menunggu.
Kami masuk ke Frim dengan bayaran RM3.00 seorang. Kali ne kami merancang berkayuh off road ikut laluan yang sama tetapi dipendekan sedikit kerana cuaca dalam hutan akan cepat gelap ketika menghampiri waktu senja.
Laluan kali ne lebih lancar kerana trek kering dan tiada pacat. Camaner pun, aku masih gagal mendaki beberapa bukit. Semput Beb! Terpaksa tolak basikal, dan selalunya si Mahfol akan temankan aku ketika kayuhan aku semakin perlahan. Ketika kayuhan off road menghampiri penamat, aku lihat En Ahmad dan sorang rider lagi sedang duduk dan dua raider lagi udah jauh kehadapan.
Rupanya, En Ahmad udah terlangar tunggul kayu dan tergolek. Halmet retak, dahi calar-balar dan jari kelingking (kanan) udah patah. Si Kuzai bersama sorang lagi raider berpatah balik. Jari di ikat dengan ranting kayu dan lepas tu ramai-ramai cari cermin mata yang udah tertanggal dari bingkai. Huhuhu...
|
No comments:
Post a Comment