17 September 2012

SISWA MELAYU MALAS!


Selamat Petang! Kat entri ne aku post enam keping foto yang udah aku edit menggunakan tetikus dan photo scape. Selesai upload foto-foto ne, aku beralih pulak untuk membaca berita terkini di akbar. Masih lagi terpapar di dada akbar kisah bayi dipercayai dicampak hidup-hidup dan YouTube sekat filem dan pengguna di Malaysia tidak boleh akses Innocence of Muslims.

Seterusnya berit pasal kaum yang tidak bertanggungjawab (sangat biadab) memasang bendera merah putih di sekitar Damansara, Subang dan Shah Alam. Kalau disuruh pasang dan kibar bendera Yahudi diaorang tentu sangup, janji ada upah kan! Kalaulah kena tangkap dan masuk lokap, silap haribulan kalu pekerja kerajaan mungkin kene turun pangkat atau kena tukar bahagian. Kalu budak sekolah atau kolej, dah tentu kena buang dari kolej. - Kesian emak-bapak kat kampung! Kekadang emak-bapak diaorang ne hanyalah noreh getah je. Nak jamin pong mungkin kene jual getah beku atau getah sekerap! Kesian kan! kan! kan!
  


SISWA MELAYU MALAS!
Aku
salin sebahagian pengelaman Akmal Jamal mengenai siswa di Universiti Malaya. Ceritanya begini:   

"Minggu kuliah di universiti sudah bermula. Seperti lazimnya, pelajar perempuan masih menjadi juara mendominasi kemasukan pelajar baru ke universiti awam. Bagi pelajar baru, banyak perkara perlu disesuaikan dengan persekitaran dan budaya baru hidup di ruang yang dikelilingi ilmu.

Bermula awal semester lagi tiada alasan untuk bermalas-malas mengunjungi perpustakaan di kampus masing-masing. Seorang individu harus malu mengaku dirinya pelajar universiti jika buku masih belum dibudayakan sebagai gaya hidupnya".


"Pengelaman penulis  sewaktu di Universiti Malaya, sebelum ini menyaksikan pagi-pagi lagi ramai pelajar bukan Melayu dari pelbagai fakulti sudah berada di perpustakaan utama menelaah buku dan menggelek laptop. Ke mana perginya pelajar-pelajar Melayu Islam? Masih diatas katil lagikah? Walhal, mereka patut lebih awal meninggalkan asrama  atau rumah sewa masing-masing selepas menunaikan sembahyang fardu subuh. Atau tidak bangun untuk solat subuh!"

Sambung penulis lagi "Selain fenomena kurang mesranya sebahagian besar mahasiswa Melayu dengan perpustakaan mereka juga kurang 'ramah' dengan padang atau trek jogging. Bagaimana padang rekreasi awam di luar kampus yang hanya dimonopoli olih kaum Cina pada awal pagi begitulah keadaannya dengan ruang riadah di universiti awam". 

"Ketika rakan-rakan bukan Melayu sedang menghirup udara pagi sambil membuang peluh berjoging sepanjang jalan yang tenteram di dalam kampus, sebahagian pelajar Melayu tidak terkecuali perempuan masih lena diulit air liur basi. Ketika matahari mula meninggi sebahagian mata anak-anak Melayu kita di universiti masih belum buka lagi sedangkan sebahagian pelajar Cina sudah ringan tubuh dan otaknya untuk sambung menelaah pelajaran semula!"

"Berubahlah mahasiswa Melayu dengan mencontohi mana yang baik daripada rakan-rakan kita bukan Melayu. Ada baiknya ibu bapa bagi pelajar baru yang memasuki universiti tahun ini sekali-sekala melakukan panggilan mengejut pada awal pagi bertanyakan aktiviti  dan perancangan anak mereka untuk hari itu sebelum mereka jadi lebih liat!"

"Buat mahasiswa Melayu khususnys, rajinlah bagun pagi. Selepas solat Subuh bergeraklah ke perpustakaan atau tempat rekreasi. Utamakan belajar selain tidak lupa beriadah, bukanya menghabiskan masa dan wang di universiti dengan tidur, makan dan berbelanja besar sahaja selain leka bersembang di facebook, bermain permainan komputer atau bersembang gosip di birai katil  asrama!" - olih Akmal Jamal.

Nota Lutut: Terima kasih kerana korang sudi membaca entri Siswa Melayu Malas! Yalah, bukan senang kita nak membaca tulisan-tulisan atau komentar penulis diakbar mahupun di media baru, lagi-lagi kalau penulis tu belum top lagi!

No comments:

Post a Comment